Khamis, Januari 16, 2020

Tafsir nota 2(32)

Tafsir nota 2(32)

Atau (bandingannya) seperti (orang-orang yang ditimpa) hujan lebat dari langit,
⁴⁶ disertai gelap-gelita dan guruh serta kilat; mereka menyumbat jari-jari. Rahsia mereka menjadi pekak, tidak dapat mendengar kebenaran, bisu, tidak dapat berkata benar, dan buta, tidak nampak kebenaran pula, telah didedahkan oleh Allah didalam ayat di bawah ini sebab-sebabnya

Al-A'raf 7:179

وَلَقَدْ ذَرَأْنَا لِجَهَنَّمَ كَثِيرًا مِّنَ ٱلْجِنِّ وَٱلْإِنسِۖ لَهُمْ قُلُوبٌ لَّا يَفْقَهُونَ بِهَا وَلَهُمْ أَعْيُنٌ لَّا يُبْصِرُونَ بِهَا وَلَهُمْ ءَاذَانٌ لَّا يَسْمَعُونَ بِهَآۚ أُو۟لَٰٓئِكَ كَٱلْأَنْعَٰمِ بَلْ هُمْ أَضَلُّۚ أُو۟لَٰٓئِكَ هُمُ ٱلْغَٰفِلُونَ

Bermaksud: Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka Jahannam ramai dari kalangan jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannyauntuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai.
(al-A' raaf:179).

⁴⁵ Kerana kemampuan untuknya telah hilang terus daripada mereka. Itulah yang dimaksudkan oleh Allah di dalam ayat berikut:

At-Tin 95:5

ثُمَّ رَدَدْنَٰهُ أَسْفَلَ سَٰفِلِينَ

Bermaksud: Kemudian Kami kembalikannya ke serendah-rendah tahap orang-orangyang rendah.
(at-Tiin:5).

⁴⁶ Maksud langit (السماء)di dalam Al-Qur'an apabila dikaitkan dengan hujan yang turun darinya ialah awan. Hakikat ini dapat dilihat pada beberapa firman Allah berikut

An-Naba' 78:14

وَأَنزَلْنَا مِنَ ٱلْمُعْصِرَٰتِ مَآءً ثَجَّاجًا

Bermaksud: dan Kami turunkan dari awan air (hujan) yang banyak mencurah-curah.
an-Naba':14)

Al-Waqi'ah 56:68

أَفَرَءَيْتُمُ ٱلْمَآءَ ٱلَّذِى تَشْرَبُونَ

Bermaksud: Selain dari itu, tidakkah kamu melihat air yang kamu minum?

Al-Waqi'ah 56:69

ءَأَنتُمْ أَنزَلْتُمُوهُ مِنَ ٱلْمُزْنِ أَمْ نَحْنُ ٱلْمُنزِلُونَ

Kamukah yang menurunkannya dari awan ataukah Kami yang menurunkan?
(68)Kamukah yang menurunkannya dari awan (sebagai hujan) atau Kami yangmenurunkannya?
(69).
(al-Waaqi' ah:68-69)

Ar-Rum 30:48

ٱللَّهُ ٱلَّذِى يُرْسِلُ ٱلرِّيَٰحَ فَتُثِيرُ سَحَابًا فَيَبْسُطُهُۥ فِى ٱلسَّمَآءِ كَيْفَ يَشَآءُ وَيَجْعَلُهُۥ كِسَفًا فَتَرَى ٱلْوَدْقَ يَخْرُجُ مِنْ خِلَٰلِهِۦۖ فَإِذَآ أَصَابَ بِهِۦ مَن يَشَآءُ مِنْ عِبَادِهِۦٓ إِذَا هُمْ يَسْتَبْشِرُونَ

Bermaksud: Allah jualah yang menghantarkan angin, lalu angin itumenggerakkan awan; kemudian Allah menyebarkan awan itu di langitsebagaimana yang dikehendakiNya dan menjadikannya berkelompok-kelompok; Ialu engkau melihat hujan keluar dari celah-celahnya. Maka apabilaAllah menurunkan hujan itu mengenai sesiapa yang dikehendakiNya dari hamba-hambanya, mereka serta merta bergembira.
(ar-Ruum:48)

32

Tiada ulasan:

Catat Ulasan