Tafsir nota 3(54)
_____________________________________________________________________________________________________
An-Nur 24:55
وَعَدَ ٱللَّهُ ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ مِنكُمْ وَعَمِلُوا۟ ٱلصَّٰلِحَٰتِ لَيَسْتَخْلِفَنَّهُمْ فِى ٱلْأَرْضِ كَمَا ٱسْتَخْلَفَ ٱلَّذِينَ مِن قَبْلِهِمْ وَلَيُمَكِّنَنَّ لَهُمْ دِينَهُمُ ٱلَّذِى ٱرْتَضَىٰ لَهُمْ وَلَيُبَدِّلَنَّهُم مِّنۢ بَعْدِ خَوْفِهِمْ أَمْنًاۚ يَعْبُدُونَنِى لَا يُشْرِكُونَ بِى شَيْـًٔاۚ وَمَن كَفَرَ بَعْدَ ذَٰلِكَ فَأُو۟لَٰٓئِكَ هُمُ ٱلْفَٰسِقُونَ
Bermaksud: Allah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal shaleh dari kalangan kamu (wahai umat Muhammad) bahawa Dia akan menjadikan mereka khalifah-khalifah yang memegang kuasa pemerintahan di bumi, sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka khalifah-khalifah yang berkuasa dan Dia akan menguatkan dan mengembangkan agama mereka (agama Islam) yang telah diredhaiNya untuk mereka; dan Dia juga akan menggantikan bagi mereka keamanan setelah mereka mengalami ketakutan (dari ancaman musuh). Mereka terus beribadat kepadaKu dengan tidak mempersekutukan sesuatu yang lain denganKu dan (ingatlah) sesiapa yang kufur sesudah itu, maka mereka itulah orang-orang yangderhaka.
(an-Nuur:55).
Perkataan خليقة walaupun mufrad, tetapi di sini ia dipakai sebagai jama', kerana ia adalah isim jenis. Isim jenis sering dipakai oleh orang-orang'Arab dengan erti jama'.Di dalam Al-Qur'an juga pada beberapa tempat isim jenis dipakai sebagai jama',sebagai contohnya lihat ayat-ayat berikut
Al-Qamar 54:54
إِنَّ ٱلْمُتَّقِينَ فِى جَنَّٰتٍ وَنَهَرٍ
Bermaksud: Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa itu ditempat dalam taman-taman syurga (yang indah) dan (dekat) beberapa sungai.
(al-Qamar:54).
Perkataan نهر di dalam ayat ini walaupun mufrad, ia dipakai sebagai jama' dengan erti beberapa sungai. Sebabnya ialah di dalam syurga bukan ada sebatang sungai sahaja,malah ada beberapa.
Sebagai contohnya, dapat anda lihat pada firman Allah ini:
Muhammad 47:15
مَّثَلُ ٱلْجَنَّةِ ٱلَّتِى وُعِدَ ٱلْمُتَّقُونَۖ فِيهَآ أَنْهَٰرٌ مِّن مَّآءٍ غَيْرِ ءَاسِنٍ وَأَنْهَٰرٌ مِّن لَّبَنٍ لَّمْ يَتَغَيَّرْ طَعْمُهُۥ وَأَنْهَٰرٌ مِّنْ خَمْرٍ لَّذَّةٍ لِّلشَّٰرِبِينَ وَأَنْهَٰرٌ مِّنْ عَسَلٍ مُّصَفًّىۖ وَلَهُمْ فِيهَا مِن كُلِّ ٱلثَّمَرَٰتِ وَمَغْفِرَةٌ مِّن رَّبِّهِمْۖ كَمَنْ هُوَ خَٰلِدٌ فِى ٱلنَّارِ وَسُقُوا۟ مَآءً حَمِيمًا فَقَطَّعَ أَمْعَآءَهُمْ
Bermaksud: Sifat Syurga yang telah dijanjikan kepada orang-orang yang bertakwa ialah di dalamnya terdapat sungai-sungai dari air yang tidak berubah (rasa dan baunya), sungai-sungai dari susu yang tidak berubah rasanya, sungai-sungai dari arak yang lazat bagi para peminumnya dan sungai-sungai dari madu yang disaring. Mereka juga mendapat di dalam syurga segala jenis buah-buahan dan keampunan dari Rabbmereka, (Adakah orang-orang yang tinggal kekal di dalam Syurga yang sedemikian itu keadaannya) sama dengan orang-orang yang tinggal kekal di dalam Neraka dan diberi minuman air yang mendidih sehingga menghancurkan tali-tali perut mereka?(Sudah tentu tidak sama)! (Muhammad:15).
Al-Furqan 25:74
وَٱلَّذِينَ يَقُولُونَ رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَٰجِنَا وَذُرِّيَّٰتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَٱجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَامًا
Bermaksud: Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) yang berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami daripada isteri-isteri dan zuriat keturunan kami perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan
54
Tiada ulasan:
Catat Ulasan