Sabtu, Januari 18, 2020

Tafsir nota 3(55)

Tafsir nota 3(55)

(tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): 'Adakah Engkau (YaTuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang-orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (sebagai khalifah),⁷¹  padahal kami sentiasa bertasbih memujiMu dan mentaqdiskan Mu?"⁷² Jawab Allah: "sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak diketahui olehmu.⁷³ [30].

_____________________________________________________________________________________________________

jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertakwa."
(al-Furqaan:74).

An-Nisa' 4:4

وَءَاتُوا۟ ٱلنِّسَآءَ صَدُقَٰتِهِنَّ نِحْلَةًۚ فَإِن طِبْنَ لَكُمْ عَن شَىْءٍ مِّنْهُ نَفْسًا فَكُلُوهُ هَنِيٓـًٔا مَّرِيٓـًٔا

Bermaksud: Dan berikanlah kepada perempuan-perempuan itu mas kahwin mereka sebagai pemberian yang wajib. Kemudian jika mereka dengan suka hatinya memberikan kepada kamu sebahagian dari mas kahwinnya, maka makanlah(gunakanlah) pemberian (yang halal) itu sebagai ni'mat yang lazat, lagi baikkesudahannya.
(an-Nisaa':4).

⁷¹ Pertanyaan para malaikat ini menunjukkan khalifah yang Allah hendak jadikan dibumi itu bukan Nabi Adam seorang sahaja. Ia merupakan bukti paling dekat tentang perkataan خليفة yang digunakan sebelum ini adalah isim jenis. Walaupun ia mufrad,tetapi ma'nanya adalah jama'. Jika tidak diterima begitu, niscaya ia bererti para malaikat menganggap Adamlah yang akan melakukan bencana di muka bumi dandialah yang akan menumpahkan darah! Padahal Adam bersih dan ma'shum daripada semua itu. Kalau perkataan خليفة itu dipakai sebagai isim jama', maka selesailah masalahnya. Memanglah ada di kalangan anak cucu Adam pemerintah dan penguasayang adjl, sebagaimana ada juga di kalangan mereka pemerintah dan penguasa yang zalim, yang melakukan kerosakan di bumi dan suka pula menumpahkan darah.

⁷² Kami juga mengetahui tentang segala benda. Oleh itu kamilah yang lebih berhakdan lebih layak dengan jawatan khalifah itu. Apa yang ditaqdirkan ini pada zahirnyatidak tersebut, tetapi isyaratnya terdapat di akhir ayat ke-30 dan ke-31 selepas ini.Bahagian ini tidak dinyatakan mereka. Bahagian inilah yang disembunyikan oleh mereka sesuai dengan firman Allah di akhir ayat ke-33 nanti.

⁷³ Aku mengetahui apa maslahat kejadiannya dan kemampuannya untuk memikul jawatan itu. Pada kejadian kamu pula tidak ada persediaan untuk itu. Di dalam ayat yang lain Allah menjelaskan bahawa hanya manusia sahaja yang mempunyai persediaan dan kelayakan untuk menyandang jawatan khalifah itu. Ia adalah suatu amanah. FirmanNya:

Al-Ahzab 33:72

إِنَّا عَرَضْنَا ٱلْأَمَانَةَ عَلَى ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلْأَرْضِ وَٱلْجِبَالِ فَأَبَيْنَ أَن يَحْمِلْنَهَا وَأَشْفَقْنَ مِنْهَا وَحَمَلَهَا ٱلْإِنسَٰنُۖ إِنَّهُۥ كَانَ ظَلُومًا جَهُولًا

Bermaksud: Sesungguhnya Kami telah mengemukakan amanah (Kami) kepada langit-langit, bumi dan gunung-ganang, maka semuanya enggan untuk memikul amanah itudan bimbang tidak dapat menyempurnakannya (kerana tidak ada pada mereka

55

Tiada ulasan:

Catat Ulasan