Tafsir nota 3(56)
Al-Baqarah 2:31
وَعَلَّمَ ءَادَمَ ٱلْأَسْمَآءَ كُلَّهَا ثُمَّ عَرَضَهُمْ عَلَى ٱلْمَلَٰٓئِكَةِ فَقَالَ أَنۢبِـُٔونِى بِأَسْمَآءِ هَٰٓؤُلَآءِ إِن كُنتُمْ صَٰدِقِينَ
Al-Baqarah 2:32
قَالُوا۟ سُبْحَٰنَكَ لَا عِلْمَ لَنَآ إِلَّا مَا عَلَّمْتَنَآۖ إِنَّكَ أَنتَ ٱلْعَلِيمُ ٱلْحَكِيمُ
Al-Baqarah 2:33
قَالَ يَٰٓـَٔادَمُ أَنۢبِئْهُم بِأَسْمَآئِهِمْۖ فَلَمَّآ أَنۢبَأَهُم بِأَسْمَآئِهِمْ قَالَ أَلَمْ أَقُل لَّكُمْ إِنِّىٓ أَعْلَمُ غَيْبَ ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلْأَرْضِ وَأَعْلَمُ مَا تُبْدُونَ وَمَا كُنتُمْ تَكْتُمُونَ
Al-Baqarah 2:34
وَإِذْ قُلْنَا لِلْمَلَٰٓئِكَةِ ٱسْجُدُوا۟ لِءَادَمَ فَسَجَدُوٓا۟ إِلَّآ إِبْلِيسَ أَبَىٰ وَٱسْتَكْبَرَ وَكَانَ مِنَ ٱلْكَٰفِرِينَ
Dan Dia (Allah) mengajarkan kepada (Nabi) Adam segala nama (benda-benda dan gunanya), kemudian mengemukakannya kepada para malaikat ⁷⁴ lalu berfirman: "Ceritakanlah kepadaKu nama benda-benda ini jika kamu memang golongan yang benar.⁷⁵ [31]
Jawab mereka: Maha sucilah Engkau (Ya Allah)! Kami tidak mempunyaipengetahuan selain dari apa yang Engkau ajarkan kepada kami; sesungguhnyaEngkau jualah Yang Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.[32]
_____________________________________________________________________________________________________
-persediaan untuk memikulnya), dan (pada ketika itu) manusia (dengan persediaan yang ada padanya) sanggup memikulnya. (Ingatlah) Sesungguhnya (tabiat kebanyakan) manusia itu suka melakukan kezaliman dan suka pula melakukan perkara-perkara yang tidak patut (dil akukan). (al-Ahzaab :72) .
⁷⁴ Tujuan mengemukakannya kepada malaikat ialah untuk menyalahkan da'waan mereka yang tidak dinyatakan di dalam ayat ke-30 bahawa mereka juga mengetahui tentang semua benda, maka merekalah yang lebih berkelayakan untuk jawatan itu jika direstui Allah. Kesimpulannya ialah di dalam ayat ke-30 tersebut dengan jelas empat perkara yang dikatakan oleh para malaikat, iaitu "Adakah Engkau (Ya Tuhan kami)hendak menjadikan di bumi itu orang-orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (sebagai khalifah), sedangkan kami sentiasa bertasbih memujiMu dan kami juga sentiasa mentaqdiskanMu.
Dua perkara pula tidak dikata oleh mereka, ia disembunyikan, iaitu kami juga mengetahui tentang semua benda,kerana itu kami juga layak dijadikan khalifah di bumi.
⁷⁵ Allah befirman begini untuk membuktikan da'waan para malaikat yang disembunyikan bahawa mereka mengetahui segala benda adalah tidak benar. Kerana banyak lagi benda dan perkara yang tidak diketahui mereka. Adam bahkan lebihmengetahui tentangnya daripada mereka. Kerana itu dia dan anak cucunya lebih layak untuk jawatan khalifah itu. Jika para malaikat tidak pemah menda'wa walaupun secara tersembunyi bahawa mereka mengetahui segala benda, niscaya tidak berertilah firman Allah ini: "Ceritakanlah kepadaKu nama benda-benda ini jika kamu memang golongan yang benar."
56
Tiada ulasan:
Catat Ulasan