Jumaat, Mei 01, 2020

Qawaid tafsir 2018 kaedah 0001

Qawaid tafsir 2018 kaedah 001

Kaedah 1 - Pada Asalnya Turun Ayat Tidak Berulang
قاعدك 1 الْأََصْلُ عَدَمُ تَكَرُّرِ النِّزُوْلِ

Pada asalnya turun ayat tidak berulang. 

Qaedah ini diaplikasikan pada kebanyakan tempat. Tetapi ada juga firman Allah yang terkecuali. Antaranya firman Allah ini:

Ar-Rum 30:1
الٓمٓ 
Ar-Rum 30:2
غُلِبَتِ ٱلرُّومُ 
Ar-Rum 30:3
فِىٓ أَدْنَى ٱلْأَرْضِ وَهُم مِّنۢ بَعْدِ غَلَبِهِمْ سَيَغْلِبُونَ 
Ar-Rum 30:4
فِى بِضْعِ سِنِينَۗ لِلَّهِ ٱلْأَمْرُ مِن قَبْلُ وَمِنۢ بَعْدُۚ وَيَوْمَئِذٍ يَفْرَحُ ٱلْمُؤْمِنُونَ 

1. Alif, Laam, Miim.
2. Orang-orang Rom telah dikalahkan;
3. Di negeri yang dekat sekali dan mereka sesudah kekalahannya itu akan mengalahkan lawannya;
4. Dalam masa tidak sampai sepuluh tahun. Kepada pentadbiran Allah jualah terpulang segala urusan, sebelum berlakunya dan sesudah berlakunya dan pada ketika
berlakunya (kemenangan Rom) itu, orang-orang yang beriman akan bergembira; 
(ar-Ruum:1-4).

Berdasarkan hadits-hadits yang sahih, sesetengah 'ulama' berpendapat firman Allah ini diturunkan dua kali. Mula-mula sekali ia diturunkan di Mekah. Maka ia dikira sebagai ayat-ayat Makkiyyah. Kemudian ia diturunkan pula di Madinah. Kerananya ia dikira sebagai ayat-ayat Madaniyyah.

Antara hadits yang menunjukkan ia diturunkan di Mekah ialah hadits berikut:...
Maksudnya:
Ibnu Abbas meriwayatkan tentang firman Allah s.w.t.,
Alif laam Miim.Telah dikalahkan bangsa Rum.Di negeri yang terdekat."(Ar Ruum: 1-3).
Kata beliau: GHULIBAT dan GHALABAT. Kaum musyrik senang terhadap kemenangan Persia atas Romawi kerana kaum musyrikin dan orang-orang Persia adalah para penyembah berhala, sedangkan kaum muslimin senang atas kemenangan Romawi terhadap Persia kerana mereka ahli kitab. Mereka sampaikan hal ini kepada Abu Bakar lalu Abu Bakar memberitahukannya kepada Rasulullah s.a.w., Baginda bersabda: "Ingat, sesungguhnya mereka (Rum) akan menang." Kemudian Abu Bakar memberitahukannya kepada mereka. Mereka berkata: Tentukan suatu waktu, bila kami menang kami mendapatkan ini dan itu dan bila kamu menang, kamu mendapatkan ini dan itu. Abu Bakar menentukan batas waktu lima tahun tapi mereka(Romawi) Tidak juga menang lalu mereka memberitahukan hal itu kepada nabi s.a.w.,Baginda bersabda: "Kenapa engkau tidak mengangkat (waktu)nya hingga (kurang dari sepuluh)?" Abu Bakar berkata: Menurutku sepuluh (tahun). Abu Sa'id berkata:Bidh'u adalah bilangan kurang dari sepuluh. Abu Sa'id berkata: Kemudian Romawi menang setelah itu, itulah firman Allah s.w.t.a: "Alif laam Miim. Telah dikalahkan
bangsa Rumawi" hingga firmanNya: "Karena pertolongan Allah. Dia menolong siapa yang dikehendakiNya."
(Ar Ruum: 1-5)
Sufyan berkata: Aku mendengar mereka(Romawi) mengalahkan Persia ketika terjadi perang Badar.Antara hadits yang menunjukkan ia diturunkan di Madinah pula ialah hadits berikut:.....
Maksudnya: Kata Abu Sa'id, "Pada hari (berlakunya
peperangan) Badar, tentera-tentera Ruum mengalahkan tentera-tentera Parsi. Orang-orang mu'min gembira
dengan kemenangan mereka. Maka turunlah (Kata beliau, "Maka bergembiralah Orang-orang mu'min dengan
kemenangan tentera-tentera Rum dalam memerangi tentera-tentera Parsi.
Kedua-dua hadits di atas dikemukakan oleh at-Tirmidzi di dalam Jaami'nya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan