Jumaat, Mei 01, 2020

Qawaid tafsir 2018 kaedah 0002

Qawaid tafsir 2018 kaedah 002

Kaedah 2 
قاعدة 2 الأَمْرُ الْوَارِدُ بَعْدَ الْحَظْرِ  يَعُوْدُ حُكْمِهُ إِلَى حِالِهِ قَبْلَ الْحَظْرِ. 

Perintah(Allah) yang datang selepas larangan
kembali hukumnya kepada keadaan sebelum larangan.

Contoh aplikasi qaedah ini dapat dilihat pada dua firman Allah berikut:
1. Al-Ma'idah 5:1
يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓا۟ أَوْفُوا۟ بِٱلْعُقُودِۚ أُحِلَّتْ لَكُم بَهِيمَةُ ٱلْأَنْعَٰمِ إِلَّا مَا يُتْلَىٰ عَلَيْكُمْ غَيْرَ مُحِلِّى ٱلصَّيْدِ وَأَنتُمْ حُرُمٌۗ إِنَّ ٱللَّهَ يَحْكُمُ مَا يُرِيدُ 
2.Al-Ma'idah 5:2
يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ لَا تُحِلُّوا۟ شَعَٰٓئِرَ ٱللَّهِ وَلَا ٱلشَّهْرَ ٱلْحَرَامَ وَلَا ٱلْهَدْىَ وَلَا ٱلْقَلَٰٓئِدَ وَلَآ ءَآمِّينَ ٱلْبَيْتَ ٱلْحَرَامَ يَبْتَغُونَ فَضْلًا مِّن رَّبِّهِمْ وَرِضْوَٰنًاۚ وَإِذَا حَلَلْتُمْ فَٱصْطَادُوا۟ۚ وَلَا يَجْرِمَنَّكُمْ شَنَـَٔانُ قَوْمٍ أَن صَدُّوكُمْ عَنِ ٱلْمَسْجِدِ ٱلْحَرَامِ أَن تَعْتَدُواۘ وَتَعَاوَنُوا۟ عَلَى ٱلْبِرِّ وَٱلتَّقْوَىٰۖ وَلَا تَعَاوَنُوا۟ عَلَى ٱلْإِثْمِ وَٱلْعُدْوَٰنِۚ وَٱتَّقُوا۟ ٱللَّهَۖ إِنَّ ٱللَّهَ شَدِيدُ ٱلْعِقَابِ 


1. Wahai orang-orang yang beriman, penuhi serta sempurnakanlah perjanjian-perjanjian. Dihalalkan bagi kamu (memakan) binatang-binatang ternak (dan
sebagainya), kecuali apa yang akan dibacakan (tentang haramnya) kepada kamu.(Halalnya binatang-binatang ternak dan sebagainya itu) tidak pula bererti kamu boleh
menghalalkan perburuan ketika kamu dalam keadaan berihram. Sesungguhnya Allah menetapkan hukum apa yang Dia kehendaki.
2.Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu ingat halal membuat sesuka hati mengenai syiar-syiar agama Allah dan mengenai bulan-bulan yang dihormati, dan
mengenai binatang-binatang yang dihadiahkan (ke Mekah untuk korban) dan mengenai kalong-kalong binatang hadiah itu dan mengenai orang-orang yang menuju
ke Baitullah Al-Haram, yang bertujuan mencari limpah kurnia dari Tuhan mereka(dengan jalan perniagaan) dan mencari keredaanNya (dengan mengerjakan ibadat
Haji di Tanah Suci) dan apabila kamu telah selesai dari ihram maka bolehlah kamu berburu dan jangan sekali-kali kebencian kamu kepada suatu kaum kerana mereka
pernah menghalangi kamu dari Masjidilharam itu, mendorong kamu menceroboh dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertakwa dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan dan bertakwalah kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah Maha Berat azab seksaNya (bagi sesiapa yang melanggar perintahNya).
(al-Maa'idah:1-2).

Ini adalah contoh sesuatu yang asalnya diharuskan. Berburu asalnya harus.
Kemudian ia dilarang dalam keadaan seseorang berihram. Kemudian datang pula perintah supaya berburu selepas halal (membuka ihram). Perintah terkemudian supaya
berburu itu tidak memberi erti wajib. Ia hanya memberi erti harus sahaja.

Pada asal perintah tuhan bererti wajib.tetapi jika asal perintah ini harus maka kembali kepada hukum asalnya yg harus.
jika perintah asal wajib akan kembali wajib pula.

(2)
contoh yg wajib
At-Taubah 9:5

فَإِذَا ٱنسَلَخَ ٱلْأَشْهُرُ ٱلْحُرُمُ فَٱقْتُلُوا۟ ٱلْمُشْرِكِينَ حَيْثُ وَجَدتُّمُوهُمْ وَخُذُوهُمْ وَٱحْصُرُوهُمْ وَٱقْعُدُوا۟ لَهُمْ كُلَّ مَرْصَدٍۚ فَإِن تَابُوا۟ وَأَقَامُوا۟ ٱلصَّلَوٰةَ وَءَاتَوُا۟ ٱلزَّكَوٰةَ فَخَلُّوا۟ سَبِيلَهُمْۚ إِنَّ ٱللَّهَ غَفُورٌ رَّحِيمٌ 


Kemudian apabila habislah (masa) bulan-bulan yang dihormati itu maka bunuhlah orang-oranq musyrik itu di mana sahaja kamu menemuinya dan tawanlah mereka, dan juga keponglah mereka, serta tunggulah mereka di tiap-tiap tempat mengintipnya.Kemudian jika mereka bertaubat (dari kekufurannya) dan mendirikan sembahyang serta memberi zakat, maka biarkanlah mereka (jangan diganggu). Sesungguhnya
Allah Maha Pengampun,lagi Maha Mengasihani.(at-Taubah:5).

Ini adalah contoh sesuatu yang asalnya wajib. Membunuh kafir harbi dalam
peperangan adalah wajib. Di bulan-bulan haram pula diharamkan peperangan.Kemudian Allah memerintahkan supaya membunuh pula mereka selepas berlalunya bulan-bulan yang dihormati. Maka perintah Allah ini memberi erti wajib, kerana pada asalnya wajib.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan