Jumaat, Mei 01, 2020

Qawaid tafsir ‎2018 ‏nota ‎1(01)

Qawaid tafsir 2018 nota 1(01)

Kaedah 1 - Pada Asalnya Turun Ayat Tidak Berulang
قاعدك 1 الْأََصْلُ عَدَمُ تَكَرُّرِ النُّزُوْلِ

Pada asalnya turun ayat tidak berulang. 

Qaedah ini diaplikasikan pada kebanyakan tempat. Tetapi ada juga firman Allah yang terkecuali. Antaranya firman Allah ini:

Ar-Rum 30:1
الٓمٓ 
Ar-Rum 30:2
غُلِبَتِ ٱلرُّومُ 
Ar-Rum 30:3
فِىٓ أَدْنَى ٱلْأَرْضِ وَهُم مِّنۢ بَعْدِ غَلَبِهِمْ سَيَغْلِبُونَ 
Ar-Rum 30:4
فِى بِضْعِ سِنِينَۗ لِلَّهِ ٱلْأَمْرُ مِن قَبْلُ وَمِنۢ بَعْدُۚ وَيَوْمَئِذٍ يَفْرَحُ ٱلْمُؤْمِنُونَ 

1. Alif, Laam, Miim.
2. Orang-orang Rom telah dikalahkan;
3. Di negeri yang dekat sekali dan mereka sesudah kekalahannya itu akan mengalahkan lawannya;
4. Dalam masa tidak sampai sepuluh tahun. Kepada pentadbiran Allah jualah terpulang segala urusan, sebelum berlakunya dan sesudah berlakunya dan pada ketika
berlakunya (kemenangan Rom) itu, orang-orang yang beriman akan bergembira; 
(ar-Ruum:1-4).

Berdasarkan hadits-hadits yang sahih, sesetengah 'ulama' berpendapat firman Allah ini diturunkan dua kali. Mula-mula sekali ia diturunkan di Mekah. Maka ia dikira sebagai ayat-ayat Makkiyyah. Kemudian ia diturunkan pula di Madinah. Kerananya ia dikira sebagai ayat-ayat Madaniyyah.

Antara hadits yang menunjukkan ia diturunkan di Mekah ialah hadits berikut:..

1

Tiada ulasan:

Catat Ulasan