Jumaat, Mei 01, 2020

Qawaid tafsir 2018 kaedah 0003

Qawaid tafsir 2018 kaedah 003

Kaedah 3 
قاعدة 3 إِذَا الشَّرْطُ والْجَزَاءُ لَفْظًا دَلًّ عَلَى الْفَخَامَةِ
Apabila syarat dan jaza' sama pada lafaznya, maka ia menunjukkan kehebatan atau kedahsyatannya.

Syarat dan jaza' yang tersebut di dalam qaedah ini tidaklah dipakai dengan erti biasa(mengikut nahu),
malah ia bererti suatu perkataan yang disusuli oleh perkataan yang sama dengannya,di mana perkataan terkemudian kelihatan sebagai jawab bagi perkataan pertama.
Antara contoh yang dapat diberikan untuk qaedah ini ialah:
(1)
Al-Haqqah 69:1
ٱلْحَآقَّةُ 
Al-Haqqah 69:2
مَا ٱلْحَآقَّةُ 
Al-Haqqah 69:3
وَمَآ أَدْرَىٰكَ مَا ٱلْحَآقَّةُ 


1. Saat yang tetap berlaku (hari kiamat) itu;
2. Apakah dia sifat dan keadaan saat yang tetap berlaku itu?
3. Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui tentang sifat dan keadaan saat yang tetap berlaku itu?
(al-Haaqqah:1-3).

*bila lafaz yg sama berulang adalah kedahsyatanya.

(2)
Al-Waqi'ah 56:8
فَأَصْحَٰبُ ٱلْمَيْمَنَةِ مَآ أَصْحَٰبُ ٱلْمَيْمَنَةِ 
Al-Waqi'ah 56:9
وَأَصْحَٰبُ ٱلْمَشْـَٔمَةِ مَآ أَصْحَٰبُ ٱلْمَشْـَٔمَةِ 

8. Iaitu golongan kanan. Alangkah mulia dan bahagianya golongan kanan itu
9. Dan golongan kiri. Alangkah seksa dan sengsaranya golongan kiri itu.
(al-Waqi'ah:8-9).
*memberi makna hebat.

(3)

Al-Qadr 97:1
إِنَّآ أَنزَلْنَٰهُ فِى لَيْلَةِ ٱلْقَدْرِ 
Al-Qadr 97:2
وَمَآ أَدْرَىٰكَ مَا لَيْلَةُ ٱلْقَدْرِ 
Al-Qadr 97:3
لَيْلَةُ ٱلْقَدْرِ خَيْرٌ مِّنْ أَلْفِ شَهْرٍ 

1. Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (Al Quran) pada malam kemuliaan
2.Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu?
3. Malam kemuliaan itu lebih baik dari seribu bulan. 
(al-Qa-dr:1-3)
*malam yg hebat dan istimewa.
*macam jawap atau penjelasan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan