Khamis, Jun 04, 2020

Daurah tafsir 2019 sesi 02(2:001-283)nota 2(022)

Daurah tafsir 2019 sesi 02(2:001-283)nota 2(022)

pembunuh akan bayaran fidyah (tebusan) sahaja. Pada melaksanakan hukum qishash dikatakan ada 
kehidupan.ولكم فى القصاص حياة g'.(Lihat ayat 178-179).

(b) Puasa di bulan Ramadhan difardhukan.
Kepada orang-orang yang bermusafir atau sakit dibenarkan tidak berpuasa, tetapi ia perlu mengqadh'nya pada hari-hari (Lihat ayat 183-184).

(c) Dilarang memakan harta orang lain dengan cara yang tidak benar iaitu dengan memberi rasuah kepada pihak pemerintah. (Lihat ayat 188).

(7) Paragraf ketujuh, ia bermula dari ayat 190 hingga 207. Di dalamnnya terdapat hukum jihad, infaq dan haji. Di sini sekali lagi cerita tentang jihad disebutkan. Bulan-bulan haji hendaklah ditentukan berdasarkan bulan.
Kemudian diperintahkan berjihad dan berperang. Tujuan berperang ialah untuk menghapuskan
 fitnahوقاتالوهم حتى لاتكون فتنة . (Lihat ayat 193).

 Diperintahkan agar ada sifat ihsan apabila berbelanja. Tidak berbelanja di jalan Allah bererti membinasakan
masyarakat. Dan berbelanja di jalan Allah pula akan menyebabkan seseorang dikasihi Allah.(Lihat ayat 195).

Di dalamnya juga ada hukum haji. Orang yang hendak mengerjakan haji diperintahkan supaya berbekal.
(Lihat ayat 196-203).

Selepas itu disebut pula tentang taghut. Taghut adalah kuasa jahat yang mesti diperangi. Cakap-cakapnya nampak baik, tetapi ia sebenarnya adalah perosak di muka
bumi, ia juga pemusnah tanam-tanaman dan binatang ternakan. Taghut adalah ahli neraka. Orang yang menentang dan memeranginya adalah orang yang mencari
keredhaan Allah. (Lihat ayat 204-207).

(8) Paragraf kelapan (bermula dari ayat 208 hingga 213).
Di dalamnya Allah memerintahkan supaya masuk ke dalam Islam secara menyeluruh. Dan jangan mengikut langkah-langkah syaitan. (Lihat ayat 208).

Umat Islam dikehendaki mengelak diri daripada sifat melampau Bani Israil. (Lihat ayat 213).

(9) Paragraf kesembilan(bermula dari ayat 214 hingga 218). Di dalamnya dinyatakan hukum-hakam infaq dan jihad. Di sini cerita tentang jihad diulangi buat kali ketiga.

22

Tiada ulasan:

Catat Ulasan