Daurah tafsir 2019 sesi 07(15)nota7(134)
Sesi 07(15,16,17)
Zaman Diturunkan
Ia diturunkan sekitar tahun ke-11 dan 12 Kenabian, ketika itu tuduhan gila kepada Rasulullah s.a.w. tersebar dengan meluas dan penentangan pihak musyrikin Mekah juga sangat kuat. Pemimpin-pemimpin Quraisy mengatakan Nabi Muhammad s.a.w. yang diturunkan الذكر (Qur'an) kepadanya gila (Ayat: 6).
وَقَالُوا۟ يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِى نُزِّلَ عَلَيْهِ ٱلذِّكْرُ إِنَّكَ لَمَجْنُونٌ
Dan mereka berkata, “Wahai orang yang kepadanya diturunkan Al-Qur'an, sesungguhnya engkau (Muhammad) benar-benar orang gila.
Pemimpin-pemimpin Quraisy yang memperolok-olok dan mempermain-mainkan Rasulullah s.a.w. dan orang-orang yang beriman diancam dengan kebinasaan seperti yang telah berlaku kepada kaum Luth, Ashaabul Aikah dan Ashaabul Hijr. Di dalam Surah al-Hijr juga terdapat تسليه berita gembira dan pujukan kepada Rasulullah s.a.w. bahawa dalam masa beberapa tahun sahaja lagi pemimpin-pemimpin Quraisy yang sombong itu akan menyesali perbuatan mereka dan mereka nanti akan berkata: "Alangkah baiknya kalau mereka dahulu Islam". (Ayat:2)
رُّبَمَا يَوَدُّ ٱلَّذِينَ كَفَرُوا۟ لَوْ كَانُوا۟ مُسْلِمِينَ
Orang kafir itu kadang-kadang (nanti di akhirat) menginginkan, sekiranya mereka dahulu (di dunia) menjadi orang Muslim.
Ramalan yang diberikan telah menjadi kenyataan pada tahun ke-2 Hijrah di mana pemimpin-pemimpin besar Quraisy telah dibinasakan dalam peperangan Badar, ia juga telah menjadi kenyataan pada tahun ke-8 Hijrah di mana berlakunya pembukaan Mekah. Kebanyakan kandungan Surah al-Hijr turun selepas Surah Ibrahim iaitu pada bahagian empat dan terakhir kehidupan Rasulullah s.a.w. di Mekah, sekitar tahun 11 hingga 13 Kenabian. Sesetengah
ayatnya pula besar kemungkinan diturunkan lebih awal iaitu ketika perisytiharan umum agama Islam diberikan, seperti ayat (Ayat: 94).
فَٱصْدَعْ بِمَا تُؤْمَرُ
Maka sampaikanlah (Muhammad) secara terang-terangan segala apa yang diperintahkan (kepadamu)
Perkaitan Surah Al-Hijr Dengan Surah Sebelum Dan Selepasnya
1. Di dalam Surah Ibrahim sebelum ini gambaran أيَّامُ الله telahpun diberikan secara kasar dan umum, didalam Surah al-Hijr ini pengikut-pengikut setia Iblis yang terkutuk terdiri daripada pemimpin-pemimpin dan pembesar-pembesar Quraisy yang selalu memperolok-olokkan perjuangan Rasulullah s.a.w. difahamkan dan diberitahu bahawa mereka juga mungkin ditimpa azab dan dibinasakan seperti kaum Luth, Ashaabul Aikah dan Ashaabul Hijr kerana mendustakan rasul-rasul yang diutuskan kepada
mereka.
2. Di dalam Surah an-Nahl selepas ini dibuat perbandingan di antara pimpinan Quraisy yang durjana dan pimpinan Rasulullah serta para sahabat yang shaleh. Di akhir kedua-dua surah dinyatakan adab dan
134
Tiada ulasan:
Catat Ulasan