Rabu, Ogos 19, 2020

Qawaid tafsir 2018 nota 5(0071)

Qawaid tafsir 2018 nota 5(0071)

(e) Untuk menyatakan kemuliaan dan kedudukan istimewa seseorang atau sesuatu golongan. Antara contohnya ialah firman Allah di bawah ini:
Al-Waqi'ah 56:27
وَأَصْحَٰبُ ٱلْيَمِينِ مَآ أَصْحَٰبُ ٱلْيَمِينِ 
Maksudnya: Dan golongan kanan, alangkah bahagianya golongan kanan itu! (al-Waaqi'ah:27).

(f) Untuk menyatakan kehinaan, keterukan dan kedahsyatan keadaan seseorang atau sesuatu. Antara contohnya ialah firman Allah di bawah ini:
(i)Al-Waqi'ah 56:41
وَأَصْحَٰبُ ٱلشِّمَالِ مَآ أَصْحَٰبُ ٱلشِّمَالِ 
Maksudnya: Dan puak kiri, alangkah seksanya keadaan puak kiri itu! (al-Waaqi'ah:41).

(ii)Al-Haqqah 69:1
ٱلْحَآقَّةُ 
Al-Haqqah 69:2
مَا ٱلْحَآقَّةُ 
Al-Haqqah 69:3
وَمَآ أَدْرَىٰكَ مَا ٱلْحَآقَّةُ 

Maksudnya: Hari kiamat (hari yang pasti terjadi).(1) 
Apakah hari kiamat itu? (2).
Dan tahukah kamu apa hari kiamat itu?(3).
(al-Haaqqah:1-3).

(g) Sebagai ancaman dan ugutan. Antara yang dapat dikemukakan sebagai contohnya
ialah firman Allah berikut:
At-Takathur 102:3
كَلَّا سَوْفَ تَعْلَمُونَ 
At-Takathur 102:4
ثُمَّ كَلَّا سَوْفَ تَعْلَمُونَ 
Maksudnya: Jangan sekali-kali (bersikap demikian)! Kamu akan mengetahui kelak!(3) 
Sekali lagi (diingatkan): Jangan sekali-kali (kamu bersikap demikian)! Kamu akan mengetahui kelak! (4).
(at-Takaatsur:3-4).

(h) Untuk menyatakan keta'ajjuban dan kehairanan. Firman Allah di bawah ini adalah
contohnya:

71

Tiada ulasan:

Catat Ulasan