Rabu, Ogos 19, 2020

Tafsir asas quran nota 4(056).

Tafsir asas quran nota 4(056).


Qaedah umum dan ciri-ciri surah Madaniyyah pula adalah sehagai berikut:
(i) Surah-surah yang mengandungi kewajipan-kewajipan agama (seperti puasa, zakat,haji dan sebagainya) dan hukum-hukum hudud adalah Madaniyyah.
(ii) Surah-surah yang menyebutkan tentang golongan munafiqin dan gelagat-gelagat mereka Madaniyyah, kecuali Surah al-' Ankabut.
(iii) Surah-surah yang mengandungi ayat-ayat yang ditujukan kepada Ahli al-Kitab dan dialog serta kritikan terhadap mereka adalah Madaniyyah
(iv) Surah-surah yang di dalamnya terdapat ayat yang dimulakan dengan يأَيُّهَا الَّذِيْنَ آمَنُوْا
(v) Surah-surah yang mengandungi hukurn-hakam ibadat, muamalat, hudud, pusaka, perang', damai, kekeluargaan, kenegaraan dan kemasyarakatan serta hubungan antara
bangsa Madaniyyah kesemuanya.
(vi) Banyak daripada surah Madaniyyah panjang . Demikian juga dengan ayat-ayatnya. Di dalamnya terdapat panduan yang agak ter'perinci tentung sesuatu peraturan atau tatacaramelaksanakan sesuatu perintah dan larargan Allah.
(vii) Kalau surah-surah Makkiyyah lebih banyak menyatakan pertentangan antara orang-orang lslam dan penyembah berhala secara khususnya, maka surah-surah Madaniyyah
pula lebih banyak menyatakan pertentangan antara orang-orang Islam dan Ahli al-Kitab atau golongan munafiqin.
(viii) Gaya bahasa surah-surah Madaniyyah pada umumnya bersahaja dan terang. Penggunaan bahasa-bahasa berbunga dan penuh dengan pelbagai seni bahasa "Arab
kurang terdapat di dalamnya. Ini kerana realiti masyarakat Madinah adalah daripada latarbelakang yang berbeza-beza. Keadaan mereka sememangnya menghendaki bahasa yang terang dan sederhana digunakan.

(ix) Kalau surah-surah Makkiyyah lebih hanyak menekankan fasal tauhid,kenabian ,kehidupan di alam akhirat. pemandangan hari kiamat,menghiburkan Rasulullah s.a.w.

55

Tiada ulasan:

Catat Ulasan