Khamis, September 03, 2020

Mishkat al-masabih kitab iman 2 ms051-52s

Mishkat al-masabih kitab iman 2 ms051-52s

Misykatul Masobih syarah hadis kitab iman sesi 6
12 mei 13.


٢- عَنْ ابْنِ عُمَرَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بُنِيَ الْإِسْلَامُ عَلَى خَمْسٍ شَهَادَةِ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَأَنَّ مُحَمَّدًا رَسُولُ اللَّهِ وَإِقَامِ الصَّلَاةِ وَإِيتَاءِ الزَّكَاةِ وَالْحَجِّ وَصَوْمِ رَمَضَانَ

2- Ibnu 'Umar r.a.⁶⁴ meriwayatkan, katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: "Islam dibina atas lima⁶⁵ perkara (rukun); iaitu (pertama) bersaksi bahawa sesungguhnya tiada Tuhan melainkan Allah dan Muhammad itu adalah utusan Allah, (kedua) mendirikan  sembahyang, (ketiga) memberi zakat, (keempat) mengerjakan haji dan (kelima) berpuasa dibulan Ramadan.⁶⁶ (Bukhari-Muslim)⁶⁷
___________________________________________________________

⁶⁴ Apabila disebut Ibnu 'Umar (anak laki-laki 'Umar) secara umum begitu, maka dimaksudkan dengannya 'Abdullah bin 'Umar. Walaupun selain beliau 'Umar mempunyai ramai lagi anak laki-laki. Antara sebabnya ialah dia merupakan anak laki-laki 'Umar yang paling menonjol. Beliau sering juga dipanggil dengan nama kunyah, Abu Abdir Rahman. Ibnu 'Umar memeluk agama Islam ketika masih kecil bersama ayahandanya 'Umar semasa di. Mekah, di peringkat awal da'wah Rasulullah s.a.w. Berhijrah ke Madinah bersama ayahnya 'Umar. Beliau tidak dibenarkan mengikuti peperangan Badar kerana dianggap belum cukup umur pada ketika itu. Peperangan pertama bersama Rasulullah s.a.w. yang diikuti beliau ialah perang Khandaq. Ketika itu beliau  baru berumur lima belas tahun. Kemudian teruslah beliau mengikuti peperengan demi peperangan yang dilancarkan oleh Rasulullah s.a.w. Ibnu 'Umar adalah seorang daripada enam orang sahabat yang banyak meriwayatkan hadits. Salah seorang daripada empat orang 'Abdul( العبادلة الأربعة). Ibnu Umar adalah seorang yang sangat wara', alim dan zahid. Selain itu beliau juga dikenali sebagai seorang yang sangat teliti, berhati-hati dan sangat kuat dalam mengikuti sunnah Nabi s.a.w. Beliau kémudiannya dikenali sebagai mahaguru di kalangan sahabat . Kerana itulah Imam Malik menjadikan beliau sebagai rujukan utama dari kalangan sahabat untuk fiqhnya. Rasulullah s.a.w. pernah bersabda tentangnya, kata Baginda s.a.w.: "Sesungguhnya 'Abdullah  adalah,seorang lelaki yang baik (saleh)." Kata Ibnu Mas'ud: "Ibnu 'Umar adalah antara pemuda Quraisy yang paling dapat mengawal dirinya daripada (pengaruh) dunia."
Sa'id bin al-Musaiyyab berkata: "Tidak ada orang di muka bumi ini yang lebih aku suka menemui Allah dalam keadaan membawa amalan sepertinya daripada Ibnu Umar pada hari beliau meninggal dunia." Kata Naafi: "Ibnu 'Umar meninggal dunia setelah memerdekakan lebih seribu orang hamba." Banyak lagilah keleblhan-kelebihan dan keutamaan-keutamaan beliau yang dicatatkan oleh para ulama' di dalam kitab-kitab mereka. Satu ribu enam ratus tiga puluh (1,630) hadits telah diriwayat daripada beliau. Satu ratus tujuh puluh (170) hadits daripadanya telah diriwayat bersama oleh Bukhari dan Muslim. Lapan puluh satu (81) daripadanya telah diriwayatkan oleh Bukhari sahaja. Tiga puluh satu (31) daripadanya pula telah diriwayat oleh Muslim sahaja. Selepas Abu Hurairah beliaulah sahabat yang paling banyak meriwayatkan hadits. Ibnu 'Umar wafat pada tahun 73H. ketika berumur 84 tahun. Sesetengah Aulama' berpendapat ketika berumur 86 tahun. Ramai sekali orang-orang yang meriwayatkan hadits daripada beliau dari kalangan sahabat dan tabi'in r.a.

⁶⁵ Perkataan lima di sini adalah terjemahan kepada perkataan خمس yang merupakan isim adad.
Tamyiz bagi 'adad mumaiyyaz ini tidak disebutkan. Sama ada ia ditaqdirkan dengan perkataan دعائم (tiang). Riwayat 'Abdur Razzaaq dan Muhammad bin Nashr di dalam Kitab as-Shalah bahkan dengan jelas menyebutkan perkataan ini. la boleh juga ditaqdirkan dengan perkataan ) خصال
(perkara) atau قواعد (prinsip). Semuanya harus dan betul. Di dalam Sahih Muslim tidak tersebut  tetapi sebaliknya . Maka ma'dudnya hendaklah ditaqdirkan dengan أشياء(perkara), أركان(rukun) atau أصول (asas). Tetapi menurut ahli-ahli tahqiq dalam ilmu Nahu 'Arab, dalam keadaan ma'dud (sesuatu yang dibilang) tidak tersebut, kita bebas menggunakan 'adadnya, sama ada dalam bentuk muzakkar atau muannats.


⁶⁶ Menerusi hadits ini Rasulullah s.a.w. mengumpamakan sebuah khemah itu tegak dengan satu tiang seri dengan 4 pancang di sekelilingnya,begitulah juga dengan agama Islam. Bangunan Islam akan berdiri megah selagi ada lima rukun yang tersebut didalam hadits ini.

Empat pancang di sekeliling  sesebuah khemah  menepati  empat lagi rukun Islam  selain dua kalimah syahadah.
Kesemuanya bertindak sebagai penyokong dan pengukuh kedudukan khemah.

Kalau satu, dua atau tiga  daripadanya tiada, maka khemah itu masih ada juga. Tetapi dalam keadaan lemah dan tidak sempurna. Ada ketikanya ia mungkin terdedah kepada keruntuhan.

Menafa'at sepenuhnya khemah tidak lagi dapat diambil daripada khemah seperti itu.

Jika tiang serinya pula tiada, maka pada ketika itu tiada lagi apa yang dinamakan khemah. Tiada lagi ruang berteduh di bawahnya. Tiada lagi menafa'at dan faedah yang dapat diambil daripadanya.

Demikianlah juga dengan bangunan Islam. Ia tegak sempurna dan megah dengan kelima-lima rukunnya.  Tiang seri bangunan Islam ialah dua kalimah syahadah iaitu bersaksi bahawa sesungguhnya tiada Tuhan melainkan Allah dan Muhammad itu adalah utusan Allah. Dalam kata yang Iain ia merupakan pernyataan kepercayaan kepada Allah Tuhan Yang Maha Esa  (aqidah dan kepercayaan kepada kerasulan Muhammad. Kalau rukun asas ini tiada, maka tidak ada apa yang dinamakan Islam itu. Kalau satu atau dua daripada empat lagi rukun Islam yang diumpamakan oleh Rasulullah s.aw. dengan empat pancang di sekeliling sebuah khemah itu pula tiada, maka bangunan Islam akan menjadi lemah dan tidak sempurna. Dalam keadaan  keempat-empat rukun Islam selain dua kalimah syahadah tidak ada, Iebih-lebih lagilah bangunan Islam itu terancam kepada keruntuhan dan kerobohan. Perumpamaan yang dibuat oleh Rasullah s.a.w. ini jelas menggambarkan dua perkara berikut:
(1) Apabila seseorang masuk ke dalam khemahnya, selamatlah dia daripada ancaman musuh dalam dan luarnya. la juga terpelihara daripada kepanasan dan kesejukan. Begitulah keadaannya apabila seseorang nmasuk ke dalam Islam yang sempurna, dia akan terselamat daripada ancaman musuh dalamannya berupa nafsu ammaarah dan ancaman musuh luarnya berupa syaitan. Dia juga akan terpelihara daripada ancaman neraka daripada thabaqah naariyyah (azab berupa api dan kepanasan yang sangat dahsyat) dan thabaqah zamharirnya (azab neraka berupa kesejukan yang tidak terperi).
(2) Komponen bagi sesuatu benda atau perkara terbahagi kepada dua bahagian.
(a) Yang menyebabkan kewujudannya (جزء مقوم).
(b) Yang menyempurnakannya (جزء مكمل).

Komponen daripada bahagian (a) kalau tidak ada, niscaya tidak akan wujudlah sesuatu benda atau perkara. Dalam perumpamaan yang diberikan Rasulullah s.a.w. itu kesaksian bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan Muhammad itu adalah utusan Allah, merupakan komponen daripada bahagian (a) atau ia merupakan bagi agama Islam. Seseorang tidak akan dikira beragama Islam sekiranya komponen ini tidak ada padanya. Sementara empat rukun selainnya pula merupakan komponen daripada bahagian (b). Seseorang yang tidak menegakkannya tetap dikira beragama Islam jika komponen pertama telah ada padanya, meskipun Islamnya itu tidak sempurna kerana ketiadaan penyempurna- penyempurnanya.

Para 'ulama' berpendapat'  walaupun rukun Islam itu hanya lima, tetapi secara simboliknya ia merangkumi hampir kesemua ajaran Islam yang Iain. Ajaran Islam itu secara keseluruhannya mungkin berupa ucapan atau tidak. Kalau berupa ucapan, maka sudah termasuk dalamnya ucapan dua kalimah syahadah. Kalau bukan berupa ucapan, mungkin ia merupakan perbuatan atau tidak . Kalau bukan perbuatan, sudah termasuk dalamnya puasa. Kerana dalam berpuasa seseorang tidak perlu melakukan apa-apa Yang diperlukan ialah meninggalkan makan, minum dan beberapa perkara yang Iain. Kalau ia berupa perbuatan pula, maka salah satu daripada tiga bentuk perbuatan berikut tidak akan terkeluar, iaitu
(a) Perbuatan yang melibatkan tubuh badan semata-mata. Sembahyang sudah

termasuk dalamnya.
(b) Perbuatan yang melibatkan harta benda semata-mata. Sudah termasuk dalamnya zakat.
(c) Perbuatan yang melibatkan tubuh badan dan harta benda. Ibadat haji termasuk dalam bahagian ini. Jihad tidak disebut Rasulullah s.a.w. sebagai rukun Islam kerana sifatnya berkala atau kerana ia bukan merupakan fardhu ain (sesuatu yang wajib atas setiap orang Islam).
Kenapa berpuasa di bulan Ramadhan disebut sebagai rukun Islam kelima dan mengejarkan haji pula sebagai rukun keempat? Padahal puasa difardhukan pada tahun kedua hijrah. Haji pula difardhukan pada tahun keenam atau kesembilan??
Ada dua jawapannya.
(1) Huruf 'athaf yang digunakan di dalam hadits di atas adalah huruf و . Erti 'athaf dengan و ialah  مطلق الجمع. Maksudnya ialah hadits ini semata-mata menyebutkan rukun Islam tanpa mengambil kira tertib sebenarnya.
(2) Di dalam riwayat Muslim berpuasa di bulan Ramadhan tersebut sebelum mengerjakan haji. Inilah tertib sebenarnya. Antara pengajaran dan panduan yang terdapat di dalam hadits ini ialah:
(1) Rukun Islam ada lima kesemuanya. Satu daripadanya merupakan juzu' muqauwwimnya (komponen yang menentukan ada atau tiadanya Islam seseorang) dan yang empat lagi itu adalah juzu' mukammilnya (komponen yang menyempurnakannya).
(2) Lima perkara yang tersebut di dalam hadits ini semuanya adalah fardhu ain yang wajib ke atas setiap orang Islam melaksanakannya.
(3) Keharusan menggunakan perkataan Ramadhan sahaja untuk bulan Ramadhan.
(4) Keharusan mentaqdirkan erti-erti yang sesuai daripada sabda Rasulullah s.a.w. yang tidak jelas atau ringkas. Perkataan lima (خمس) tanpa tamyiz, harus ditaqdirkan dengan rukun, asas, tiang dan Iain-lain scbagai tamyimya.

⁶⁷  Selain Bukhari dan Muslim hadils ini diriwayatkan juga oleh Ahmad, Tirmizi, Nasaa'i, lbnu Abi Syaibah, Abu Ya'la, Ibnu Ilibbaan, Thabaraani dan Iain-lain.  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan