Isnin, November 30, 2020

K457.Payahnya Bila Anak Tak Nak Makan, Bukan Salah Mama, Kenal Pasti Sebab Ni!

K457.Payahnya Bila Anak Tak Nak Makan, Bukan Salah Mama, Kenal Pasti Sebab Ni!

Anak tak mahu makan sememangnya merunsingkan ibu bapa. Lagi pula bila berat anak muka menurun disebabkan tidak cukup zat. Walaupun anak minum susu seperti biasa, tetapi dengan hanya minum susu tanpa sumber makanan lain, kenaikan berat anak mula merosot. Inilah yang selalunya membuatkan ibu merasa kecewa.

Namun anak tidak mahu makan bukanlah salah ibu. Anak sebenarnya sedang melalui fasa hidupnya yang dipenuhi dengan bermain dan meneroka. Jadi tumpuannya untuk makan semakin berkurangan. Ini yang dikongsikan oleh Dietitian Fizah Sobri.

Anak usia 8-11 bulan nak tak nak makan je. Haish sedih hati mommy, suap makanan asyik luah balik lagi lagi yang bertekstur. Berat maintain, asyik nak minum susu je. Mommy dah risau ni.

Mommies relaks. Usia ini biasa begini. Berikut sebab anak usia ini selalu tak nak makan.

1. Sedang tumbuh gigi
Kalau tumbuh gigi memang bagi apa pun tak nak makan kecuali yang smooth senang telan atau sesuatu yang keras sejuk dan melegakan gatal gusi.
So dont worry selalu lepas tumbuh ok balik dah.

Selang seli tekstur makanan yang lembut dan finger foods macam buah sejuk,sayur keras sikit (macam karot,ubi rebus) untuk bagi anak makan ye.

2. Fasa nak explore
Baru reti merangkak kan. Ada yang baru dapat kaki lagi. Mana nak duduk diam makan…hehehe. Nak main nak main. So apa kita boleh buat? Jadikan waktu makan waktu anak main. Bagi mereka amalkan baby led weaning..makan sendiri.

Letak macam macam atas pinggan, tak nak guna pinggan pun takpe (tu macam anak bujang I dalam gambar)

3. Hati hati waktu bagi susu
Jangan terlalu dekat dengan waktu makan. 2 jam sebelum/ selepas..kalau dekat sangat anak akan kenyang susu saja.

4. Pelbagaikan tekstur makanan
Ada anak yang selesa makanan lembut tak nak tukar ke makanan yang lebih tekstur macam dari puree ke kisar. Cadangan saya, selang seli kan, kalau 2x/hari makan 1 kali puree 1 kali kisar halus.

Kalau 3x/hari puree, kisar, puree dan lama lama tukar kepada tekstur lain terus. Ada mommies harini puree esok terus tukar tekstur lain..hmmmm terkejut anak. Rasa pelik amenda rasa dekat lidah ni?

Anak yang tak amalkan baby led weaning/finger fooda akan lagi mudah terkejut dengan perubahan tekstur tau.

5. Dont give up…dont stress
Kalau anak sihat, masih tambah berat, tak mudah sakit, membuang dengan elok tak sembelit, you are on the right track.

Journey sebagai seorang parent memang trial and error sebab setiap anak berbeza. Tapi janganlah sampai membahayakan nyawa anak.

Dietitian fizah

K456.Ajar Anak Jadi Penyayang Dari Kecil, Ini Mak Ayah Kena Buat, Insya-Allah Berkesan!

K456.Ajar Anak Jadi Penyayang Dari Kecil, Ini Mak Ayah Kena Buat, Insya-Allah Berkesan!

Bila mama atau papa nampak sedih atau kepenatan pulang dari kerja, ada anak yang tanpa disuruh datang dan membawa segelas minuman. Rasa sejuk hati, hilang rasa penat lelah dan tekanan seharian.

Apakah ada antara anak-anak anda yang bersikap begitu? Menurut Dr Redza Zainol, jika ada si kecil anda yang bersikap begini boleh jadi secara tidak sedar anda telah mendidik mereka dari kecil untuk jadi anak yang penyayang.

Namun untuk membuatkan sifat tersebut lebih kuat dan cepat, beliau sarankan mama papa buat 5 perkara yang dinyatakan di bawah:

Anak suka pujuk kita waktu kita bersedih?.

Kalau kecil-kecil lagi dah ada sifat empati macam ni, boleh jadi secara tak sedar kita dah didik anak kita sampai jadi Compassionate Child (anak yang penyayang).

Anak penyayang ni pandai letakkan diri dia dalam situasi orang lain. Selain tu :

✔️Dia ada kebolehan membaca emosi orang lain melalui pergerakan badan dan mimik muka orang sekeliling.
✔️Dia suka berkongsi permainan, makanan dan apa saja barang milik mereka.
✔️ Dia sayang pada binatang.
✔️ Dia suka puji orang lain.
✔️ Dia akan pastikan tak ada sesiapa tertinggal dalam apa-apa permainan (games).

Bila dah nampak anak kita dah mula ada ciri kanak-kanak penyayang ni, sebaiknya buat 5 benda ni supaya sifat penyayang tu jadi makin kuat dengan cepat :

👉🏻 Beri contoh teladan yang baik. Bila mak ayah bercakap yang baik dan hormat pada semua orang, anak kita sedang memerhati. 

👉🏻 Ajar anak tentang berkhidmat untuk orang lain. Contohnya : Menderma, volunteer untuk berkhidmat pada orang yang memerlukan.

👉🏻 Ajar anak tentang Self Care. Kita hanya boleh berikan benda yang kita ada pada orang lain. Kalau anak sayang pada diri sendiri, barulah dia boleh sebarkan rasa sayang tu pada orang lain pula.

👉🏻 Puji secara spesifik. Bila anak berbuat baik, terus puji anak. Fokuskan pujian tu pada emosi gembira anak bila dia buat perkara yang baik.


Contoh : Mama suka kakak kongsi permainan ni dengan budak perempuan tu. Seronokkan bila dapat main sama-sama. Esok kita datang, bolehlah main sama-sama lagi.

👉🏻 Biarkan anak (termasuk anak lelaki) tolong kita di rumah. Contohnya :
– sapu lantai
– masukkan baju dalam mesin basuh
– kemas permainan sendiri.
– susun pinggan dan cawan atas meja.

Jom sebarkan ilmu ni pada pasangan dan mak ayah yang lain juga

K130Asing bilik tidur anak

K130Asing bilik tidur anak
K130
K153
K173
K198
K206



K130.Asingkan Bilik Tidur Anak Sejak Usia 6 Bulan, Nanti Dia Biasa Dengan Rutin” Ibu Ini Kongsi Pengalaman.

Menjadi satu kebiasaan bagi ibu bapa di Asia ini untuk tidur bersama dengan anak terutama bagi yang masih bayi. Situasi ini berbeza dengan ibu bapa di Barat yang sudah membiasakan anak mereka, walaupun masih bayi, untuk mempunyai bilik tidur sendiri.

Namun ibu bapa di asia sekarang lebih terbuka dan mula memisahkan anak-anak dari bilik tidur. Bunyinya agak kejam namun secara hakikinya, kanak-kanak tidak memerlukan ibu bapa pada waktu malam. Yang mereka perlukan adalah rehat. Jadi, tidur sendirian di waktu malam adalah yang terbaik untuk setiap kanak-kanak.

Tambahan pula, belajar untuk tidur sendiri adalah kemahiran penting yang perlu dicapai oleh kanak-kanak. Dengan tidur sendirian dapat membantu kanak-kanak berasa dia boleh berseorangan dan selamat. Apatah lagi, dia tahu ibu bapanya ada di sebelah biliknya jika berlaku sebarang perkara. Ikuti perkongsian daripada ibu ini dimana sahabatnya berjaya mendidik anak untuk tidur di bilik sendiri ketika usia anak masih bayi.

Beberapa hari yang lepas saya berjumpa dengan seorang sahabat bekerjaya sebagai seorang guru, ibu kepada 3 orang anak, berPJJ lagi dengan suami kerana tempat kerja yang berlainan. MasyaAllah saya lihat anak-anak nya well behaved dan apa lagi, inilah masa untuk tanya tips tips dari ibu ibu hebat. Beliau berkongsi pengalamannya tentang pentingnya anak mempunyai tidur yang cukup. Antara point penting yang saya dapat;

1️⃣ Biasakan anak anak tidur awal setiap hari lebih lebih lagi waktu suami tiada dirumah. Mula tidurkan anak waktu suami ke surau solat isyak berjemaah.

2️⃣ Pastikan anak siap makan malam sebelum jam 8.

3️⃣ Selepas solat isyak jam 9 malam tutup semua lampu dan segala gadget yang ada. Beritahu anak sekarang dah malam dan masa untuk tidur.

4️⃣ Asingkan tempat tidur anak dan ibu bapa. Tidurkan anak dalam bilik anak anak. Setelah anak lena, bangun dan tidur didalam bilik sendiri. Katanya awal awal perlu berkorban sedikit, berulang alik ke bilik anak jika anak menangis, lama lama anak akan terbiasa tidur didalam biliknya sendiri.

MasyaAllah kata sahabat saya beliau bermula mengasingkan bilik tidur anak sejak anak berusia 6 bulan. Terbiasa dengan rutin akhirnya waktu siang pun anak anak masuk ke bilik untuk tidur sendiri kerana lebih selesa. Pesannya, memang perlu bersusah susah dulu pada awalnya dan kentalkan hati, namun impaknya banyak kemudahan dikemudian hari bila anak semakin besar dan pandai tidur di bilik sendiri.




K153.Pisahkan Tempat Tidur Anak Seawal 3 Tahun. Bukan Kejam Tapi Jaga Aib Mak Ayah.

Ramai ibu bapa tertanya-tanya bila waktu sesuai nak pisahkan tempat tidur anak. Alasan yang selalu diberi anak tak mahu tidur kalau tak ada teman dan risau anak tidur sendirian.

Memang betul jika ibu bapa rasa risau tapi jika dah sampai umur yang sesuai, nak tak nak ibu bapa kena berkeras dan biasakan agar tak timbul perkara lain yang mungkin akan memberi kesan tak elok pada perkembangan anak.

Perkongsian dari Nieza Termizi mengenai bila waktu sesuai pisahkan tempat tidur dan bagaimana nak pastikan ia berjaya boleh ibu bapa praktikkan bermula dari sekarang.

Haritu ada seorang ibu tanya kat group fb, “Perlu ke pisahkan tempat tidur parents dengan anak-anak? Anak saya dah besar masih takut tidur sorang-sorang”

Lepas tu scroll baca komen. Ya allah.. ramainya mak mak belum pisahkan tempat tidur antara ibu bapa dan anak walaupun anak dah masuk sekolah rendah. Bukan sebab tak cukup bilik tapi belum ready, susah, fed up, anak takut, dah terbiasa, tak jadi hal tidur sekali sebab bilik besar dan macam-macam lagi.

Ada lagi parah, mak dah cuba nak pisahkan tempat tidur tapi ayah pulak hati tisu tak sampai hati. Siap angkat anak tidur atas katil sekali. Anak berumur 4-5 tahun.

Rupa-rupanya kesedaran kita untuk pisahkan tempat tidur dengan anak-anak masih rendah.

Risau sangat bila baca fakta yang didedahkan dan dikongsi di FB. Kanak-kanak tadika mula buat aksi seks dengan kawan sekelas. Bila ditanya puncanya, meniru aksi ibu bapa dalam bilik tidur. Allahuakbar! Kita sangka mereka tidur, tapi sebenarnya memerhati. Please ibu bapa. Tolong la ada common sense.

Ramai parents yang masih tercari-cari cara nak pisahkan tempat tidur dengan anak. Saya nak share sedikit berdasarkan pembacaan dan pengalaman.

1. Kerjasama mak dan ayah
Macam biasa, mak dan ayah kena ada persetujuan bersama sebab usaha ni apa yang penting? Yesss kerjasama! Janganlah ayah nak try, mak pula tak sampai hati. Halahaii..

2. Mulakan dengan tidur di bawah
Untuk bilik yang ada katil, mula-mula kita biasakan anak tidur di bawah. Bukan sama-sama dengan kita di atas katil. Bentang la toto ke, tilam ke dan mula latih mereka tidur. Yes, memang masih dalam bilik yang sama. 

3. Hias bilik anak
Kanak-kanak ni biasanya excited bila ada bilik sendiri. Mungkin kita tak mampu nak deco bilik secantik bilik pameran IKEA. Memadailah kalau kita belikan katil kecil dengan tilam yang dibalut cadar superhero kegemaran mereka. Boleh tampal gambar dan hiasan bersesuaian di dinding.

Masukkan gambar comel mereka dalam frame. Susun baju dalam almari mereka sendiri, rak buku dan meja kecil. Di situlah mereka mula belajar untuk tidak masuk lagi bilik ibu bapa. Beraktiviti di bilik sendiri sampailah waktu tidur.


4. Bed time story
Teman mereka sebelum tidur dengan membaca buku kegemaran. Boleh juga ceritakan kisah nabi, kisah-kisah dalam Al-quran dan kisah pengajaran. Jadikan rutin setiap malam tanpa gagal. Jangan paksa mereka masuk bilik dan tidur sendiri!

5. Teman mereka tidur kemudian…
Tutuplah lampu dan tidur bersama di bilik mereka. Tapi awas, tidur tidur ayam je. Bila anak dah mula lena, tinggalkan mereka dan kembali ke bilik anda. Keesokan harinya, kejut anak. Bila mereka sedar yang mereka tidur di bilik sendiri, lama kelamaan keyakinan diri mereka untuk tidur sendiri mula meningkat.

Ada juga kes, anak terjaga di tengah malam dan mula mengetuk pintu bilik kita. Jangan benarkan mereka tidur bersama. Again, kembali temani mereka di bilik mereka. Dan kembali semula ke bilik anda selepas mereka lena. Fuhhh..nampak macam complicated semacam kan. Itulah pengorbanan.

6. Didik anak
Ini bab education. Untuk anak yang dah besar dan mula faham, terangkan mengapa kita sudah tidak boleh tidur bersama. Kaitkan dengan agama dan suruhan Allah. Bagi mereka peluang untuk belajar, berfikir dan menerima.

Sebenarnya, usaha ni jadi lebih mudah jika anak-anak dah ada kakak atau abang yang lebih besar. Share room dari kecil, mereka lebih mudah berpisah tempat tidur dengan kita. Jangan lupa juga pisahkan tempat tidur antara anak lelaki dan perempuan yaa..


K173.Jangan Paksa, Malam Je ‘Pukau’ Anak Masuk Bilik Dengan Rutin Rahsia Ni. Tahu-Tahu Tidur.

Rutin sebelum masuk tidur yang dibuat secara konsisten dapat membantu anak-anak tidur lama dan nyenyak. Ini salah satu cara untuk anda habiskan masa berkualiti dengan mereka.

Para saintis mengatakan rutin sebelum masuk tidur ini dapat membantu anak-anak untuk mereka membesar dengan kemampuan untuk berkomunikasi dan berdikari.

Kebanyakan ibu bapa kurang peka dengan kebaikan melakukan rutin ini. Perkara yang sebenanrnya jika rutin ini dibuat setiap hari, ia dapat mengurangkan stres ibu dan ayah. Anak-anak pula akan merasa lebih disayangi, tingkah laku mereka akan menjadi lebih baik dan sentiasa bersedia untuk belajar.

Senaraikan aktiviti contoh yang boleh anda lakukan dengan anak-anak:

MEMBACA BUKU.
Melakukan rutin ini membuka ruang untuk anak-anak bermanja dengan anda. Ketika anda bacakan buku untuk mereka, biarkan mereka dalam pelukan atau berbaring atas riba. Waktu membaca juga membantu anak-anak belajar pelbagai konsep baharu, penggunaan bahasa yang lebih luas dan membuka minat mereka untuk membaca.


GOSOK GIGI DAN PAKAI BAJU TIDUR.
Aktiviti ini dapat membina sifat berdikari serta kemahiran mereka menguruskan diri sendiri.


MINUM AIR MASAK.
Selepas minum air, selimutkan mereka dan kucup dahi mereka. Itu salah satu cara mereka tahu yang anda benar-benar mengambil berat tentang diri mereka.


BERITAHU ANAK ANDA SAYANGKAN MEREKA
Bukan itu saja, beritahu juga betapa anda bangga dengan mereka. Sebut juga setiap perkara possitif yang mereka lakukan sepanjang hari dan sentiasa ingatkan mereka jika ada yang tidak betul mereka lakukan. Kalau ada perkara nakal yang mereka buat, tegur dengan berhemah sebelum menghukum. Jangan lupa untuk beritahu anak anda yang mereka itu manusia kegemaran anda di seluruh dunia!

PELUK ANAK-ANAK.
Berikan mereka pelukan waktu malam dapat menyalurkan rasa sayang dan kebaikan kepada mereka tanpa perlukan berkata apa-apa.

Bukan sahaja semua kebaikan ini akan anda perolehi, bahkan rutin ini dapat membuka ruang untuk anda menjadi pendengar yang baik untuk anak-anak. Ketika di dalam bilik tidur, keadaan sunyi dan tenang. Anak-anak akan lebih terbuka untuk bercerita kepada anda. Setiap kerisauan, kegembiraan atau apa saja yang mereka rasakan akan mereka kongsikan dengan anda.

Perasan atau tidak, anak-anak suka bersembang ketika mahu lena? Anda pula menyuruh mereka terus tidur tanpa mahu mendengar cerita mereka. Itu sebenarnya yang menjadi punca mengapa anak-anak berahsia dan ‘menjauh’ dari anda. Cubalah rutin ini dan mungkin anda dapat lihat sendiri perubahannya kepada anda sekeluarga.


K198.Umur 3 Tahun Boleh Mula Asingkan Tempat Tidur. Penting Untuk Jaga Aurat Ibu Ayah.

Mengasingkan tempat tidur ibu bapa dan anak sangat penting ya. Berapa banyak kes-kes yang tidak kita jangka berlaku disebabkan tempat tidur ibu ayah dan anak-anak tidak diasingkan!

Menurut Penulis Ilmu Keibubapaan, Puan Wan Nur Syakira, anak melihat apa yang berlaku antara kedua ibu bapa mereka. Ibu bapa sangka mereka tidur. Lalu anak ada rasa ingin tahu dan mencuba. Akhirnya terjebak.

Memisahkan tempat tidur adalah proses yang agak memenatkan dan meletihkan. Kerana ianya proses, bukan buat sekali, terus jadi. Ambil masa.

Ia sangat berkait dengan persediaan emosi (boleh berdikari), kognitif (boleh memahami konsep perasaan malu, ruang privasi) dan fizikal anak (dah lulus toilet training).

Jaga dan didik anak-anak kita dari sekarang. Pendidikan seksualiti bermula dari rumah. Jangan pandang enteng perkara ini. Jom cakna ye mak ayah!

Berikut infografik yang boleh bantu ibu ayah asingkan tempat tidur anak untuk kebaikan bersama.

مُرُوا أَوْلَادَكُمْ بِالصَّلَاةِ وَهُمْ أَبْنَاءُ سَبْعِ سِنِينَ وَاضْرِبُوهُمْ عَلَيْهَا وَهُمْ أَبْنَاءُ عَشْرٍ وَفَرِّقُوا بَيْنَهُمْ فِي الْمَضَاجِعِ

Perintahkanlah anak-anak kalian untuk melaksanakan shalat apabila sudah mencapai umur tujuh tahun, dan apabila sudah mencapai umur sepuluh tahun maka pukullah dia apabila tidak melaksanakannya, dan pisahkanlah mereka dalam tempat tidurnya."
Riwayat Ahmad(6689),Abu Daud(495)

UMUR 0-2
Fokus untuk sentias bercerita pada anak ,nanti adik akan tidur ditilam sendiri ada bilik sendiri.

Sediakan emosi dan mental mereka untuk berpisah tempat tidur.

UMUR 3-4
Mula pisahkan tempat tidur anak dengan kita .Mungkin bilik yang sama ,tapi compartment berbeza,tilam lain-lain.Bukan kongsi.

Ada yang dah asingkan tempat tidur masa bayi .Ini lagi baik .Senang dimasa hadapan.

Kena mula toilet training  untuk persediaan menjadi lebih berdikari.

Teruskan up bercerita dan up grade tentang perasaan malu,aurat dan privasi.

Umur  5-6
Anak perlu ada bilik sendiri.Didik anak berdikari.
Biar anak tahu ,dia ada riang privasi untuk tukar baju,buat homework,bermain dan aktiviti peribadi.

Umur 7
Dah boleh tidur bilik sendiri.
Jangan ada yang masih tidur dengan ibu bapa bila masuk sekolah rendah.Big NO.

Panduan yang sama boleh diaplikasi  dalam situasi tidur dengan nenek ,bapa atau mak saudara.

Sediakan bilik yang selesa
Memadai bilik tersebut bersih dan kemas.
Ajak anak untuk hias bilik mengikut citarasa mereka aupaya mereka seronok untuk disitu.
Hias mengikut kesukaan mereka mengikut kemampuan ibubapa.

Mulakan latih tidur bilik sendiri siang hari.
Temankan dia terlebih dahulu dan bqcakan buku cerita yg memberi manfaat kepada mereka.
Lakukan sekerap boleh.
Cara ini dapat membantu membiasakan mereka.

Gunakan sistem reward.
Seperti beli stiker atau pelekat bergambar dan lekatkan dipapan khusus  untuk tunjuk  berapa kali dalam seminggun anak2 tidur pada waktu yg ditetapka.

Biasakan dari awal.
Bila anak datang bilik ibubapa bawa kembali kebilik mereka.
Perlu bersabar dan pimpin anak2 setiap kali keluarmasuk  bilik tidur ibubapa.
Tidurkan kembali anak2 dibilik mereka.

Wujudkan suasana selesa.
Selidiki rutin dan suasana  tidur kesukaan anak.
Berikan alatan yang  buatkan mereka rasa selamat denganya.
Kalu suka bantal peluk belikannya.
Sediakan pencahayaan dan lampu tidur yg bersesuain untuk anak2.

Baca doa pelindung
3 qul
Rangsang minda sapara sedar anak semasa anak tidur.
Bisikan ditelinga anak agar jadi anak yg dapat berdikari dan tidur sendiri
Menasihati anak2 ketika waktu begini secara istiqamah sangat berkesan.
Ibu ayah boleh cuba.


K206.Kalau Nak Anak Tidur Jam 9 Malam, Tak Boleh Ubah-Ubah Jadual! Tidur Lewat Jejaskan Perkembangan Anak.

Apabila anak-anak sudah dididik sejak kecil tidur awal akan memudahkan ibu bapa kelak apabila anak kena bangun pagi untuk ke tadika. Memang masalah anak-anak tidur lambat sering diperkatakan oleh ibu bapa. Apabila anak tidur lewat berjaga maka akan sukar untuk bangun pagi.

Jumlah purata jam yang diperlukan untukna kanak-kanak yang berusia empat hingga enam tahun untuk tidur ialah antara 10 jam hingga 11 jam dan tempoh tidur ini membantu pertumbuhan tubuh anak-anak.

Sewaktu anak-anak tidur pertumbuhan hormon berlaku dalam masa beberapa jam. Anak yang cukup rehat akan berasa segar untuk bermain, belajar dan mengurangkan stress keluarga.

Ibu bapa akan berasa stress jika terpaksa memujuk anak tidur awal. Esok anak-anak kena bangun pagi nak ke tadika. Jika tak cukup tidur mesti mengamuk apabila dikejutkan. Malah keadaan ini mengganggu waktu tidur ibu bapa yang bekerja keesokan harinya.

Umumnya tidak ada panduan yang benar-benar boleh diikuti dan tidak ada salah betulnya jika anda mencuba menyelesaikan masalah kanak-kanak lewat tidur dan seharusnya anak-anak dibiasakan tidur awal sejak kecil lagi.

Cara penyelesaian setiap kanak-kanak adalah berbeza dengan kanak-kanak lain. Ibu bapa hendaklah peka dengan sifat anak-anaknya. Ibu bapa dan keluarga seisi rumah hendaklah memberi kerjasama dalam membantu anak yang selalu tidur lewat.

1.Jadual
Masa untuk tidur hendaklah tetap mengikut jadual yang ditetapkan pada setiap malam. Sekiranya anda mahukan anak tidur jam 9:00 malam, jadual untuk tidur tidak boleh berubah-ubah. Sekiranya setiap malam berubah-ubah jadual akan meletihkan kanak-kanak. Anda perlu bertegas dengan peraturan waktu tidur dengan anak anda. Perlu diingat sebenarnya kanak-kanak menguji ibu bapa jika selalu mengikut kehendaknya. Oleh itu jangan melayani kerenah anak dan bertegas dengan jadual yang telah anda tetapkan. Peringkat permulaan agak sukar tetapi apabila jadual yang ditetapkan diikuti ia akan menjadi kebiasaan.


2.Tidak ikut permintaan anak.
Cuba tidak melayani kehendak anak apabila disuruh tidur. Contohnya meminta tunggu sebentar kerana belum habis bermain. Semua permintaan dijadikan sebahagian dalam rutin sebelum tidur. Sekiranya dengan membenarkan permintaan yang sesuai sebagai rutin sebelum tidur. Misalnya membenarkan membawa satu alat mainan sebagai teman untuk tidur. Pastikan dengan jelas satu permintaan adalah had yang peruntukan yang diberi. Jangan layani permintaan yang lain. Kanak-kanak yang mempunyai masalah untuk tidur akan menguji anda dengan membuat berbagai permintaan sebagai helah untuk melewatkan masa.


2.Tegas.
Jangan pedulikan protes atau rungutan anak anda. Kurangkan interaksi dengan anak anda. Jika anak anda berterusan mahu keluar bilik anda memberi amaran akan mengunci bilik tidur. Jika anda tegas dengan peraturan, anak anda akan memahami dan mematuhi pada hari-hari berikutnya.

Apabila anak anda telah masuk bilik tidur atau telah baring di atas katil pastikan anda bertegas dengan peraturan. Anak anda tidak dibenarkan bangun dari katil atau meninggalkan bilik tidur.

3.Beri pujian.
Sentiasa memberi pujian jika anak anda sudah mahu bergerak ke arah tempat tidur. Temani sebentar sambil memberi dorongan ketika anak anda berada di tempat tidur. Kata-kata semangat dan pujian menjadikan dia memahami kepentingan tidur. Beritahu kepada anak anda tentang persiapan ke tadika memerlukan tidur awal. Memberi kata-kata semangat yang positif yang mudah difahami dapat memberi ketenangan sebelum anak itu tidur. Contohnya memberitahu badan yang sihat dan cergas baik untuk belajar di tadika.


4.Baca buku.
Sebaik-baiknya anda digalakkan membacakan sebuah buku yang digemari sebelum tidur. Secara tidak langsung dapat merehatkan minda anak dengan membacakan buku cerita. Pastikan memilih buku yang sesuai dan bukan buku yang menyeramkan dan menakutkan anak-anak. Pilih buku yang mengembirakan dan memberi ketenangan kepada anak anda sebelum tidur.

5.Tutup televisyen.
Masalahnya jika mempunyai keluarga besar atau adik-beradik yang ramai. Semua pihak hendaklah bekerja sama. Waktu menonton televisyen hendaklah dihadkan. Pengaruh persekitaran agak menyulitkan untuk melaksanakan rutin tidur kepada anak yang berusia 5 tahun dan juga anak-anak kecil yang lain. Faktor gangguan persekitaran menjadikan masalah untuk tidur. Pengorbanan ahli keluarga diperlukan untuk membantu anak-anak mematuhi jadual tidur yang dirancang.








Tafsir asas quran nota 9(177)11

Tafsir asas quran nota 9(177)11

sebagai pahala dari sisi Allah dan di sisi Allah jualah pahala yang sebaik-baiknya (bagi mereka yang beramal shaleh). (Aali "Imraan: 195).

Haakim dan lain-lain mengemukakan juga riwayat daripada Ummi Salamah bahawa beliau berkata, pernah aku bertanya Rasulullah s.a.w. Kataku: "Engkau menyebut
(tentang) orang-orang lelaki (sahaja), tidak orang-orang perempuan. Maka diturunkanlah ayat ini:


Al-Ahzab 33:35
إِنَّ ٱلْمُسْلِمِينَ وَٱلْمُسْلِمَٰتِ وَٱلْمُؤْمِنِينَ وَٱلْمُؤْمِنَٰتِ وَٱلْقَٰنِتِينَ وَٱلْقَٰنِتَٰتِ وَٱلصَّٰدِقِينَ وَٱلصَّٰدِقَٰتِ وَٱلصَّٰبِرِينَ وَٱلصَّٰبِرَٰتِ وَٱلْخَٰشِعِينَ وَٱلْخَٰشِعَٰتِ وَٱلْمُتَصَدِّقِينَ وَٱلْمُتَصَدِّقَٰتِ وَٱلصَّٰٓئِمِينَ وَٱلصَّٰٓئِمَٰتِ وَٱلْحَٰفِظِينَ فُرُوجَهُمْ وَٱلْحَٰفِظَٰتِ وَٱلذَّٰكِرِينَ ٱللَّهَ كَثِيرًا وَٱلذَّٰكِرَٰتِ أَعَدَّ ٱللَّهُ لَهُم مَّغْفِرَةً وَأَجْرًا عَظِيمًا 
Bermaksud: Sesungguhnya orang-orang lelaki yang Islam serta orang-orang perempuan yang Islam dan orang-orang lelaki yang beriman serta orang-orang perempuan yang
beriman dan orang-orang lelaki yang taat serta orang-orang perempuan yang taat dan orang-orang lelaki yang benar serta orang-orang perempuan yang benar, dan orang-orang
lelaki yang sabar serta orang-orang perempuan yang sabar dan orang-orang lelaki yang merendah diri (kepada Allah) serta orang-orang perempuan yang merendah diri (kepada
Allatt) dan orang-orang lelaki yang bersedekah serta orang-orang perempuan yang bersedekah dan orang-orang lelaki yang berpuasa serta orang-orang perempuan yang
berpuasa dan orang-orang lelaki yang memelihara kehormatannya serta orang-orang perempuan yang memelihara kehormatannya dan orang-orang lelaki yang menyebut nama Allah banyak-banyak serta orang-orang perempuan yang menyebut nama Allah
banyak-banyak, Allah telah menyediakan bagi mereka semuanya keampunan dan pahala yang besar. 
(al-Ahzaab:35). 

Aal-e-Imran 3:195
فَٱسْتَجَابَ لَهُمْ رَبُّهُمْ أَنِّى لَآ أُضِيعُ عَمَلَ عَٰمِلٍ مِّنكُم مِّن ذَكَرٍ أَوْ أُنثَىٰۖ بَعْضُكُم مِّنۢ بَعْضٍۖ فَٱلَّذِينَ هَاجَرُوا۟ وَأُخْرِجُوا۟ مِن دِيَٰرِهِمْ وَأُوذُوا۟ فِى سَبِيلِى وَقَٰتَلُوا۟ وَقُتِلُوا۟ لَأُكَفِّرَنَّ عَنْهُمْ سَيِّـَٔاتِهِمْ وَلَأُدْخِلَنَّهُمْ جَنَّٰتٍ تَجْرِى مِن تَحْتِهَا ٱلْأَنْهَٰرُ ثَوَابًا مِّنْ عِندِ ٱللَّهِۗ وَٱللَّهُ عِندَهُۥ حُسْنُ ٱلثَّوَابِ 
Bermaksud: Maka Tuhan mereka perkenankan doa mereka (dengan firmanNya):Sesungguhnya Aku tidak akan sia-siakan amal orang-orang yang beramal dari kalangan


177

Daurah tafsir 2019 sesi 14(34)nota 11(241)

Daurah tafsir 2019 sesi 14(34)nota 11(241)

Surah Saba
Tertib surah 34
Bilangan ayatnya 54
Bilangan rukuk 6
Surah Makkiyah
Tertib turunnya yg ke 58
Bilangan paragrafnya ada 7
Paragraf 1ayat 1-9
Ayat 1-2 Sifat tuhan dan tauhid sifat.
Ayat 3-9 Kritikan (orang kafir) terhadap akidah akhirat.
Paragraf 2 ayat 10-14
Ayat 10-11 Syukur Daud
Ayat 12-14 Syukur sulaiman
Paragraf 3 ayat 15-21 Kekufuran kaum Saba' dan tidak percaya mereka kepada akhirat
Paragraf 4 ayat 22-28
Ayat 22-27 Dalil2 membuktikan kebenaran tauhid dan kepalsuan syirik
Ayat 28 Dalil kerasulan  Muhamad.
Paragraf 5 ayat 29-42 Sebab2 kesyirikan dan tidak percaya kepada hari akhirat
Ayat 29-30 Tidak percayakan akhirat
Ayat 31-38 Pimpinan orang kafir yg sombong dan mewah dan pengikut2 mereka.
Ayat 39-42 Menolak kesyirikan.
Paragraf 6 ayat 43-46 Kritikan2 terhadap Rasul
Paragraf 7 ayat 47-54 Dalil2 kerasulan Muhamad dan ancaman hari kiamat.

Mesej utama
Terimalah Islam dan elakan diri daripada keraguan akibat mengkritik aqidah tauhid,kerasulan Muhamad dan hari akhirat dengan kritikan2 yg lemah dan janganlah mengikut pemimpin yg tidak bersyukur ,mewah dan sombong.



Ahad, November 29, 2020

Tafsir asas quran nota 9(176)11

Tafsir asas quran nota 9(176)11

Al-Mujadila 58:18
يَوْمَ يَبْعَثُهُمُ ٱللَّهُ جَمِيعًا فَيَحْلِفُونَ لَهُۥ كَمَا يَحْلِفُونَ لَكُمْۖ وَيَحْسَبُونَ أَنَّهُمْ عَلَىٰ شَىْءٍۚ أَلَآ إِنَّهُمْ هُمُ ٱلْكَٰذِبُونَ 
Al-Mujadila 58:19
ٱسْتَحْوَذَ عَلَيْهِمُ ٱلشَّيْطَٰنُ فَأَنسَىٰهُمْ ذِكْرَ ٱللَّهِۚ أُو۟لَٰٓئِكَ حِزْبُ ٱلشَّيْطَٰنِۚ أَلَآ إِنَّ حِزْبَ ٱلشَّيْطَٰنِ هُمُ ٱلْخَٰسِرُونَ 
Bermaksud: (Setelah nyata kepada orang-orang munafik itu batrawa harta benda dan anak-pinaknya tidak dapat memberikan pertolongan), ketika mereka semuanya dibangkitkan oleh Allah (pada hari kiamat), maka mereka bersumpah kepadaNya (bahawa mereka adalah orang-orang mukmin) sebagaimana biasanya mereka bersumpah kepada kamu dan mereka menyangka bahawa (dengan berbuat demikian) mereka akan mendapat sesuatu (yang berfaedah kepada mereka). Ketahuilah! Bahawa sesungguhnya merekalah golongan pendusta. (18) 
Syaitan telah menguasai dan mempengaruhi mereka, sehingga menyebabkan mereka lupa mengingati (ajaran dan amaran) Allah mereka itulah puak Syaitan. Ketahuilah! Bahawa puak Syaitan itu sebenarnya orang-orang yang rugi. (19).
(al-Mujaadilah:18-19). 
(Hadits riwayat Ahmad, at-Thabaraani dan al-Haakim).

Antara contoh di bawah bab ini yang dikemukakan oleh As-Suyuthi ialah hadits yang diriwayatkan oleh at-Tirmidzi dan al-Haakim daripada Ummi Salamah baSawa beliau
berkata, "Wahai Rasulallah! Aku tidak ada mendengar langsung Allah menyebut orang-orang perempuan berhubung dengan hijrah, maka Allah menurunkan firmannya ini:

Aal-e-Imran 3:195
فَٱسْتَجَابَ لَهُمْ رَبُّهُمْ أَنِّى لَآ أُضِيعُ عَمَلَ عَٰمِلٍ مِّنكُم مِّن ذَكَرٍ أَوْ أُنثَىٰۖ بَعْضُكُم مِّنۢ بَعْضٍۖ فَٱلَّذِينَ هَاجَرُوا۟ وَأُخْرِجُوا۟ مِن دِيَٰرِهِمْ وَأُوذُوا۟ فِى سَبِيلِى وَقَٰتَلُوا۟ وَقُتِلُوا۟ لَأُكَفِّرَنَّ عَنْهُمْ سَيِّـَٔاتِهِمْ وَلَأُدْخِلَنَّهُمْ جَنَّٰتٍ تَجْرِى مِن تَحْتِهَا ٱلْأَنْهَٰرُ ثَوَابًا مِّنْ عِندِ ٱللَّهِۗ وَٱللَّهُ عِندَهُۥ حُسْنُ ٱلثَّوَابِ 
Bermaksud: Maka Tuhan mereka perkenankan doa mereka (dengan firmanNya):Sesungguhnya Aku tidak akan sia-siakan amal orang-orang yang beramal dari kalangan
kamu, samada lelaki atau perempuan, (kerana) setengah kamu (adalah keturunan) dari setengahnya yang lain; maka orang-orang yang berhijrah (kerana menyelamatkan
agamanya) dan yang diusir keluar dari tempat tinggalnya dan juga yang disakiti (dengan berbagai-bagai gangguan) kerana menjalankan agamaKu dan yang berperang (untuk
mempertahankan Islam) dan yang terbunuh (gugur Syahid dalam perang Sabil) sesungguhnya Aku akan hapuskan kesalahan-kesalahan mereka dan sesunggulurya Aku
akan masukkan mereka ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai,

176

Daurah tafsir 2019 sesi 14(33)nota 11(235-240)s

Daurah tafsir 2019 sesi 14(33)nota 11(235-240)s

Surah Al Ahzab.
Tertib yg ke33
Surah Al Ahzab(parti2/golongan2/puak2/pasukan2)
Bilangan ayatnya 73
Bilangan rukuk 9
Surah Madaniyah
Tertib turunnya yg ke 90
Bilangan paragrafnya ada 12
Paragraf 1ayat 1-3 Perintah supaya jangan mentaati orang kafir dan orang2 munafik.
Paragraf 2 ayat 4-6 Hukum zihar dan anak angkat demi keadilan masyarakat.
Paragraf 3 ayat 7-8 Tujuan َمِيثَاق,(perjanjian yg teguh daripada Allah) ialah untuk pembalasan baik dan buruk.
Paragraf 4 ayat 9-21 Tentang perang Ahzab peranan orang2 munafik dan contoh tauladan yg baik.
Paragraf 5 ayat 22-25 Perang Ahzab dan peranan sahabat yg ikhlas.
Paragraf 6 ayat 26-27 Ghazwah Bani Quraizah,sejurus selepas perang Khandak.
Paragraf 7 ayat 28-40 Hukum2 kekeluargaan dan kemasyarakatan.
Paragraf 8 ayat 41-48 Nasihat kepada sahabat2 yg ikhlas
Paragraf 9 ayat 49-59 Hukum2 kemasyarakatan dan kekeluargaan lagi.
Paragraf 10 ayat 60-68 Peringatan kepada orang2 munafik dan ancaman hari kiamat.
Paragraf 11 ayat 69-71 Ucapan yg benar dan tawaran bersyarat.
Paragraf 12 ayat 72-73 Tujuan amanah ,kenapa allah serahkan amanah kepada kita?

Mesej utama .
1.Tinggalkan kekufuran dan kemunafikan dalam keadaan menyedari tanggungjawab dan amanah.
2.Laksanakanlah hukum2 Islam  dengan ikhlas ,baik yg berkaitan dgn kekeluargaan,kemasyarakatan,ketenteraan,
pemerintahan dan lain-lain.


Zaman Diturunkan
Surah al-Ahzaab diturunkan sekitar tahun ke-4, ke-5 dan ke-6 Hijrah ketika berlaku perang Ahzaab, Ghazwah Bani Quraizah dan perkahwinan Rasulullah s.a.w. dengan Zainab pada bulan Zul Qa'dah pada tahun ke-5 Hijrah. Setahun kemudian iaitu pada tahun ke-6 Hijrah, Surah an-Nuur diturunkan.Walaupun dari segi tertib kitabi Surah al-Ahzaab itu terletak kemudian daripada Surah an-Nuur tetapi
dari segi turunnya adalah lebih dahulu daripada Surah an-Nuur. Di dalam ayat pertama lagi orang-orang Islam diperintahkan supaya tidak tertekan dengan tindak-tanduk orang-orang munafiq dan orang-orang kafir.
Perang Ahzaab juga dipanggil perang Khandaq, zaman itu ialah zaman yang terlalu mencabar kepada Rasulullah s.a.w. dan para sahabat Baginda, orang-orang Quraisy bersama dengan sekutu-sekutu mereka telah bersepakat mengepung Madinah, di dalam Madinah pula orang-orang munafiq tidak henti-henti menyakiti dan menggangu Raslulullah dengan menyerang peribadi Baginda. Dalam keadaan begitu pun Allah memerintahkan  NabiNya supaya tidak tunduk kepada orang-orang kafir Quraisy dan
sekutu-sekutunya yang datang sebagai musuh dari luar dan tidak mengalah kepada musuh-musuh dalaman yang terdiri daripada golongan munafiqin (Ayat: 1).وَلَا تُطِعِ ٱلْكَٰفِرِينَ وَٱلْمُنَٰفِقِينَۗ

Al-Ahzab 33:1
يَٰٓأَيُّهَا ٱلنَّبِىُّ ٱتَّقِ ٱللَّهَ وَلَا تُطِعِ ٱلْكَٰفِرِينَ وَٱلْمُنَٰفِقِينَۗ إِنَّ ٱللَّهَ كَانَ عَلِيمًا حَكِيمًا 
Wahai Nabi! Bertakwalah kepada Allah dan janganlah engkau menuruti (keinginan) orang-orang kafir dan orang-orang munafik. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, Mahabijaksana,


Kesinambungan Surah Al-Ahzaab Dengan Surah Sebelum Dan Selepasnya
1. Di dalam Surah as-Sajdah sebelum ini telah diberikan gambaran kasar dan umum berhubung dengan
orang-orang mu'min dan fasiq. Di dalam Surah al-Ahzaab ini pula dinyatakan secara terperinci peribadi para sahabat yang ikhlas dan perangai-perangai golongan munafiqin yang merupakan talam dua muka itu.
2. Di dalam Surah al-Ahzaab disebutkan kritikan-kritikan dan tuduhan-tuduhan mengarut orang-orang munafiqin terhadap Rasulullah, sementara di dalam Surah Saba' akan datang pula disebutkan kritikan-kritikan dan tuduhan-tuduhan orang-orang musyrikin Mekah terhadap Baginda dan perjuangan Baginda.

Beberapa Kata Kunci Dan Tema Utama Surah
1. Rasulullah s.a.w. dan para sahabatnya menghadapi keadaan yang sangat sukar dan mencabar ketika
berlaku peperangan Ahzaab. Keadaan sukar dan genting berlaku disebabkan adanya tekanan dari musuh-musuh dalaman dan juga musuh-musuh luaran yang terdiri daripada golongan منافقين dan كافرين. Dalam keadaan itu Allah memerintahkan supaya Rasulullah s.a.w. dan para sahabat bertawakkal kepadaNya, nasihat supaya
bertawakkal itu terdapat selepas tiga ayat di permulaan surah dan ia diulangi pada ayat 48.

Al-Ahzab 33:3
وَتَوَكَّلْ عَلَى ٱللَّهِۚ وَكَفَىٰ بِٱللَّهِ وَكِيلًا 
dan bertawakallah kepada Allah. Dan cukuplah Allah sebagai pemelihara.

Al-Ahzab 33:48
وَلَا تُطِعِ ٱلْكَٰفِرِينَ وَٱلْمُنَٰفِقِينَ وَدَعْ أَذَىٰهُمْ وَتَوَكَّلْ عَلَى ٱللَّهِۚ وَكَفَىٰ بِٱللَّهِ وَكِيلًا 
Dan janganlah engkau (Muhammad) menuruti orang-orang kafir dan orang-orang munafik itu, janganlah engkau hiraukan gangguan mereka dan bertawakallah kepada Allah. Dan cukuplah Allah sebagai pelindung.


2. Permulaan dan akhir surah.
Manusia diperintahkan supaya tidak terlibat dengan kekufuran dan kemunafiqan di dalam ayat pertama,
di dalam ayat terakhir pula dinyatakan bahawa manusia perlu melaksanakan amanah yang dipertanggungjawabkan kepadanya dengan sebaik-baiknya. Untuk itu mereka semestinya tidak jahil dan berlaku zalim, orang-orang yang terlibat dengan kekufuran dan kemunafiqan akan menerima balasan buruknya.

Al-Ahzab 33:1
يَٰٓأَيُّهَا ٱلنَّبِىُّ ٱتَّقِ ٱللَّهَ وَلَا تُطِعِ ٱلْكَٰفِرِينَ وَٱلْمُنَٰفِقِينَۗ إِنَّ ٱللَّهَ كَانَ عَلِيمًا حَكِيمًا 
Wahai Nabi! Bertakwalah kepada Allah dan janganlah engkau menuruti (keinginan) orang-orang kafir dan orang-orang munafik. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, Mahabijaksana,

Al-Ahzab 33:73
لِّيُعَذِّبَ ٱللَّهُ ٱلْمُنَٰفِقِينَ وَٱلْمُنَٰفِقَٰتِ وَٱلْمُشْرِكِينَ وَٱلْمُشْرِكَٰتِ وَيَتُوبَ ٱللَّهُ عَلَى ٱلْمُؤْمِنِينَ وَٱلْمُؤْمِنَٰتِۗ وَكَانَ ٱللَّهُ غَفُورًا رَّحِيمًۢا 
sehingga Allah akan mengazab orang-orang munafik laki-laki dan perempuan, orang-orang musyrik, laki-laki dan perempuan; dan Allah akan menerima tobat orang-orang mukmin laki-laki dan perempuan. Dan Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang.


3. Di dalam surah ini perkataan  سَادَتَنَا(ketua-ketua kita), كُبَرَآءَنَا (pembesar-pembesar kita) digunakan
untuk pemimpin-pemimpin kafir. musyrik dan munafiq yang merupakan ahli neraka itu (Ayat: 67).

Al-Ahzab 33:67
وَقَالُوا۟ رَبَّنَآ إِنَّآ أَطَعْنَا سَادَتَنَا وَكُبَرَآءَنَا فَأَضَلُّونَا ٱلسَّبِيلَا۠ 
Dan mereka berkata, “Ya Tuhan kami, sesungguhnya kami telah menaati para pemimpin dan para pembesar kami, lalu mereka menyesatkan kami dari jalan (yang benar).


4. Hukum-hukum politik dan kepimpinan orang musyrik kafir dan munafiq.
Perintah supaya tidak mentaati orang-orang munafiq dan kafir diberikan (Ayat: 1 dan 48). Mereka dikatakan akan masuk neraka (Ayat 68).

Al-Ahzab 33:1
يَٰٓأَيُّهَا ٱلنَّبِىُّ ٱتَّقِ ٱللَّهَ وَلَا تُطِعِ ٱلْكَٰفِرِينَ وَٱلْمُنَٰفِقِينَۗ إِنَّ ٱللَّهَ كَانَ عَلِيمًا حَكِيمًا 
Wahai Nabi! Bertakwalah kepada Allah dan janganlah engkau menuruti (keinginan) orang-orang kafir dan orang-orang munafik. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, Mahabijaksana,

Al-Ahzab 33:68
رَبَّنَآ ءَاتِهِمْ ضِعْفَيْنِ مِنَ ٱلْعَذَابِ وَٱلْعَنْهُمْ لَعْنًا كَبِيرًا 
Ya Tuhan kami, timpakanlah kepada mereka azab dua kali lipat dan laknatlah mereka dengan laknat yang besar.”



5. Perkaitan 3 ayat yang dimulakan dengan haraf ل dengan amanah.
Di dalam surah ini terdapat beberapa ayat yang dimulakan dengan لام التعليل  seperti   لِّيَسْـَٔلَ(Ayat: 8),  لِّيَجْزِىَ (Ayat 24), لِّيُعَذِّبَ (Ayat 73).

Al-Ahzab 33:8
لِّيَسْـَٔلَ ٱلصَّٰدِقِينَ عَن صِدْقِهِمْۚ وَأَعَدَّ لِلْكَٰفِرِينَ عَذَابًا أَلِيمًا 
agar Dia menanyakan kepada orang-orang yang benar tentang kebenaran mereka. Dia menyediakan azab yang pedih bagi orang-orang kafir.

Al-Ahzab 33:24
لِّيَجْزِىَ ٱللَّهُ ٱلصَّٰدِقِينَ بِصِدْقِهِمْ وَيُعَذِّبَ ٱلْمُنَٰفِقِينَ إِن شَآءَ أَوْ يَتُوبَ عَلَيْهِمْۚ إِنَّ ٱللَّهَ كَانَ غَفُورًا رَّحِيمًا 
agar Allah memberikan balasan kepada orang-orang yang benar itu karena kebenarannya, dan mengazab orang munafik jika Dia kehendaki, atau menerima tobat mereka. Sungguh, Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang.



(a) Amanah sebenarnya adalah satu tanggungiawab besar dan satu ujian kepada manusia, golonga صَادِقِين menyempurnakan tuntutan amanah apabila memegangnya sementara golongan kafir, musyrikin dan munafiqin pula bertindak zalim dan berkelakuan seperti orang jahil apabila memegangnya. Bukan sahaja perjanjian teguh dibuat dengan Raslulullah, bahkan sekalian nabi juga telah diikat dengan perjanjian yang teguh supaya menyempurnakan amanah (Ayat: 7).

Al-Ahzab 33:7
وَإِذْ أَخَذْنَا مِنَ ٱلنَّبِيِّۦنَ مِيثَٰقَهُمْ وَمِنكَ وَمِن نُّوحٍ وَإِبْرَٰهِيمَ وَمُوسَىٰ وَعِيسَى ٱبْنِ مَرْيَمَۖ وَأَخَذْنَا مِنْهُم مِّيثَٰقًا غَلِيظًا 
Dan (ingatlah) ketika Kami mengambil perjanjian dari para nabi dan dari engkau (sendiri), dari Nuh, Ibrahim, Musa dan Isa putra Maryam, dan Kami telah mengambil dari mereka perjanjian yang teguh,


(b) Matlamat dan maksud memegang amanah ialah memberi balasan dan ganjaran yang baik kepada
orang-orang yang benar kerana kebenarannya dan memberikan azab yang pedih kepada orang-orang
kafir (Ayat: 8).

Al-Ahzab 33:8
لِّيَسْـَٔلَ ٱلصَّٰدِقِينَ عَن صِدْقِهِمْۚ وَأَعَدَّ لِلْكَٰفِرِينَ عَذَابًا أَلِيمًا 
agar Dia menanyakan kepada orang-orang yang benar tentang kebenaran mereka. Dia menyediakan azab yang pedih bagi orang-orang kafir.


(c) Perjanjian yang teguh dan amanah juga bermaksud memberi balasan yang baik kepada orang-orang yang benar dan balasan yang buruk kepada orang-orang munafiq (Ayat:24).

Al-Ahzab 33:24
لِّيَجْزِىَ ٱللَّهُ ٱلصَّٰدِقِينَ بِصِدْقِهِمْ وَيُعَذِّبَ ٱلْمُنَٰفِقِينَ إِن شَآءَ أَوْ يَتُوبَ عَلَيْهِمْۚ إِنَّ ٱللَّهَ كَانَ غَفُورًا رَّحِيمًا 
agar Allah memberikan balasan kepada orang-orang yang benar itu karena kebenarannya, dan mengazab orang munafik jika Dia kehendaki, atau menerima tobat mereka. Sungguh, Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang.


(d) Amanah juga bermaksud menghukum orang-orang munafiq, musyrik dan kafir sama ada lelaki atau
perempuan dan mengasihani orang-orang mu'min sama ada lelaki atau perempuan (Ayat: 73).

6. Gangguan orang-orang munafiq.
Di dalam surah ini beberapa perkataan yang berpunca daripada إيذاء dan    أَذَىٰ  digunakan.

(a) Rasulullah terganggu dengan sesetengah sikap orang-orang munafiq (Ayat: 53).

Al-Ahzab 33:53
يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ لَا تَدْخُلُوا۟ بُيُوتَ ٱلنَّبِىِّ إِلَّآ أَن يُؤْذَنَ لَكُمْ إِلَىٰ طَعَامٍ غَيْرَ نَٰظِرِينَ إِنَىٰهُ وَلَٰكِنْ إِذَا دُعِيتُمْ فَٱدْخُلُوا۟ فَإِذَا طَعِمْتُمْ فَٱنتَشِرُوا۟ وَلَا مُسْتَـْٔنِسِينَ لِحَدِيثٍۚ إِنَّ ذَٰلِكُمْ كَانَ يُؤْذِى ٱلنَّبِىَّ فَيَسْتَحْىِۦ مِنكُمْۖ وَٱللَّهُ لَا يَسْتَحْىِۦ مِنَ ٱلْحَقِّۚ وَإِذَا سَأَلْتُمُوهُنَّ مَتَٰعًا فَسْـَٔلُوهُنَّ مِن وَرَآءِ حِجَابٍۚ ذَٰلِكُمْ أَطْهَرُ لِقُلُوبِكُمْ وَقُلُوبِهِنَّۚ وَمَا كَانَ لَكُمْ أَن تُؤْذُوا۟ رَسُولَ ٱللَّهِ وَلَآ أَن تَنكِحُوٓا۟ أَزْوَٰجَهُۥ مِنۢ بَعْدِهِۦٓ أَبَدًاۚ إِنَّ ذَٰلِكُمْ كَانَ عِندَ ٱللَّهِ عَظِيمًا 
Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu memasuki rumah-rumah Nabi kecuali jika kamu diizinkan untuk makan tanpa menunggu waktu masak (makanannya), tetapi jika kamu dipanggil maka masuklah dan apabila kamu selesai makan, keluarlah kamu tanpa memperpanjang percakapan. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mengganggu Nabi sehingga dia (Nabi) malu kepadamu (untuk menyuruhmu keluar), dan Allah tidak malu (menerangkan) yang benar. Apabila kamu meminta sesuatu (keperluan) kepada mereka (istri-istri Nabi), maka mintalah dari belakang tabir. (Cara) yang demikian itu lebih suci bagi hatimu dan hati mereka. Dan tidak boleh kamu menyakiti (hati) Rasulullah dan tidak boleh (pula) menikahi istri-istrinya selama-lamanya setelah (Nabi wafat). Sungguh, yang demikian itu sangat besar (dosanya) di sisi Allah.

(b) Orang-orang Islam yang ikhlas tidak sayugiyanya menyakiti dan mengganggu Rasulullah s.a.w. (Ayat:53).

(c) Orang-orang yang menggangu serta menyakiti Allah dan rasulNya dila'nat di dunia dan di akhirat dan untuk mereka disediakan azab yangmenghinakan (Ayat 57).

Al-Ahzab 33:57
إِنَّ ٱلَّذِينَ يُؤْذُونَ ٱللَّهَ وَرَسُولَهُۥ لَعَنَهُمُ ٱللَّهُ فِى ٱلدُّنْيَا وَٱلْءَاخِرَةِ وَأَعَدَّ لَهُمْ عَذَابًا مُّهِينًا 
Sesungguhnya (terhadap) orang-orang yang menyakiti Allah dan Rasul-Nya, Allah akan melaknatnya di dunia dan di akhirat, dan menyediakan azab yang menghinakan bagi mereka.

(d) Untuk mengelak diri daripada gangguan orang-orang munafiq, perempuan-perempuan Islam perlu memakai pakaian yang labuh dan menutup 'aurat (jilbab). (Ayat 59).

Al-Ahzab 33:59
يَٰٓأَيُّهَا ٱلنَّبِىُّ قُل لِّأَزْوَٰجِكَ وَبَنَاتِكَ وَنِسَآءِ ٱلْمُؤْمِنِينَ يُدْنِينَ عَلَيْهِنَّ مِن جَلَٰبِيبِهِنَّۚ ذَٰلِكَ أَدْنَىٰٓ أَن يُعْرَفْنَ فَلَا يُؤْذَيْنَۗ وَكَانَ ٱللَّهُ غَفُورًا رَّحِيمًا 
Wahai Nabi! Katakanlah kepada istri-istrimu, anak-anak perempuanmu dan istri-istri orang mukmin, “Hendaklah mereka menutupkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka.” Yang demikian itu agar mereka lebih mudah untuk dikenali, sehingga mereka tidak diganggu. Dan Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang.

(e) Orang-orang munafiq diperintahkan supaya tidak menggangu dan menyakiti Rasulullah sebagaimana
Nabi Musa dahulu selalu diganggu oleh orang-orang Bani Israil (Ayat 69).

Al-Ahzab 33:69
يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ لَا تَكُونُوا۟ كَٱلَّذِينَ ءَاذَوْا۟ مُوسَىٰ فَبَرَّأَهُ ٱللَّهُ مِمَّا قَالُوا۟ۚ وَكَانَ عِندَ ٱللَّهِ وَجِيهًا 
Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu seperti orang-orang yang menyakiti Musa, maka Allah membersihkannya dari tuduhan-tuduhan yang mereka lontarkan. Dan dia seorang yang mempunyai kedudukan terhormat di sisi Allah.


(f) Perintah supaya tidak menghiraukan gangguan- gangguan dan perbuatan-perbuatan orang-orang kafir dan munafiq yang menyakitkan hati (Ayat: 48).

Al-Ahzab 33:48
وَلَا تُطِعِ ٱلْكَٰفِرِينَ وَٱلْمُنَٰفِقِينَ وَدَعْ أَذَىٰهُمْ وَتَوَكَّلْ عَلَى ٱللَّهِۚ وَكَفَىٰ بِٱللَّهِ وَكِيلًا 
Dan janganlah engkau (Muhammad) menuruti orang-orang kafir dan orang-orang munafik itu, janganlah engkau hiraukan gangguan mereka dan bertawakallah kepada Allah. Dan cukuplah Allah sebagai pelindung.


7. Perbandingan di antara para sahabat yang ikhlas dan golongan munafiq.
Surah ini juga mengemukakan dua watak manusia, watak pertama ialah para sahabat yang ikhlas, iman mereka semakin bertambah apabila melihat pasukan tentera musuh (Ayat: 22,31-36). 

Al-Ahzab 33:22
وَلَمَّا رَءَا ٱلْمُؤْمِنُونَ ٱلْأَحْزَابَ قَالُوا۟ هَٰذَا مَا وَعَدَنَا ٱللَّهُ وَرَسُولُهُۥ وَصَدَقَ ٱللَّهُ وَرَسُولُهُۥۚ وَمَا زَادَهُمْ إِلَّآ إِيمَٰنًا وَتَسْلِيمًا 
Dan ketika orang-orang mukmin melihat golongan-golongan (yang bersekutu) itu, mereka berkata, “Inilah yang dijanjikan Allah dan Rasul-Nya kepada kita.” Dan benarlah Allah dan Rasul-Nya. Dan yang demikian itu menambah keimanan dan keislaman mereka.

Al-Ahzab 33:31
وَمَن يَقْنُتْ مِنكُنَّ لِلَّهِ وَرَسُولِهِۦ وَتَعْمَلْ صَٰلِحًا نُّؤْتِهَآ أَجْرَهَا مَرَّتَيْنِ وَأَعْتَدْنَا لَهَا رِزْقًا كَرِيمًا 
Dan barangsiapa di antara kamu (istri-istri Nabi) tetap taat kepada Allah dan Rasul-Nya dan mengerjakan kebajikan, niscaya Kami berikan pahala kepadanya dua kali lipat dan Kami sediakan rezeki yang mulia baginya.

Al-Ahzab 33:32
يَٰنِسَآءَ ٱلنَّبِىِّ لَسْتُنَّ كَأَحَدٍ مِّنَ ٱلنِّسَآءِۚ إِنِ ٱتَّقَيْتُنَّ فَلَا تَخْضَعْنَ بِٱلْقَوْلِ فَيَطْمَعَ ٱلَّذِى فِى قَلْبِهِۦ مَرَضٌ وَقُلْنَ قَوْلًا مَّعْرُوفًا 
Wahai istri-istri Nabi! Kamu tidak seperti perempuan-perempuan yang lain, jika kamu bertakwa. Maka janganlah kamu tunduk (melemah lembutkan suara) dalam berbicara sehingga bangkit nafsu orang yang ada penyakit dalam hatinya, dan ucapkanlah perkataan yang baik.

Al-Ahzab 33:33
وَقَرْنَ فِى بُيُوتِكُنَّ وَلَا تَبَرَّجْنَ تَبَرُّجَ ٱلْجَٰهِلِيَّةِ ٱلْأُولَىٰۖ وَأَقِمْنَ ٱلصَّلَوٰةَ وَءَاتِينَ ٱلزَّكَوٰةَ وَأَطِعْنَ ٱللَّهَ وَرَسُولَهُۥٓۚ إِنَّمَا يُرِيدُ ٱللَّهُ لِيُذْهِبَ عَنكُمُ ٱلرِّجْسَ أَهْلَ ٱلْبَيْتِ وَيُطَهِّرَكُمْ تَطْهِيرًا 
Dan hendaklah kamu tetap di rumahmu dan janganlah kamu berhias dan (bertingkah laku) seperti orang-orang jahiliah dahulu, dan laksanakanlah shalat, tunaikanlah zakat dan taatilah Allah dan Rasul-Nya. Sesungguhnya Allah bermaksud hendak menghilangkan dosa dari kamu, wahai ahlulbait dan membersihkan kamu sebersih-bersihnya.

Al-Ahzab 33:34
وَٱذْكُرْنَ مَا يُتْلَىٰ فِى بُيُوتِكُنَّ مِنْ ءَايَٰتِ ٱللَّهِ وَٱلْحِكْمَةِۚ إِنَّ ٱللَّهَ كَانَ لَطِيفًا خَبِيرًا 
Dan ingatlah apa yang dibacakan di rumahmu dari ayat-ayat Allah dan hikmah (sunnah Nabimu). Sungguh, Allah Mahalembut, Maha Mengetahui.

Al-Ahzab 33:35
إِنَّ ٱلْمُسْلِمِينَ وَٱلْمُسْلِمَٰتِ وَٱلْمُؤْمِنِينَ وَٱلْمُؤْمِنَٰتِ وَٱلْقَٰنِتِينَ وَٱلْقَٰنِتَٰتِ وَٱلصَّٰدِقِينَ وَٱلصَّٰدِقَٰتِ وَٱلصَّٰبِرِينَ وَٱلصَّٰبِرَٰتِ وَٱلْخَٰشِعِينَ وَٱلْخَٰشِعَٰتِ وَٱلْمُتَصَدِّقِينَ وَٱلْمُتَصَدِّقَٰتِ وَٱلصَّٰٓئِمِينَ وَٱلصَّٰٓئِمَٰتِ وَٱلْحَٰفِظِينَ فُرُوجَهُمْ وَٱلْحَٰفِظَٰتِ وَٱلذَّٰكِرِينَ ٱللَّهَ كَثِيرًا وَٱلذَّٰكِرَٰتِ أَعَدَّ ٱللَّهُ لَهُم مَّغْفِرَةً وَأَجْرًا عَظِيمًا 
Sungguh, laki-laki dan perempuan muslim, laki-laki dan perempuan mukmin, laki-laki dan perempuan yang tetap dalam ketaatannya, laki-laki dan perempuan yang benar, laki-laki dan perempuan yang sabar, laki-laki dan perempuan yang khusyuk, laki-laki dan perempuan yang bersedekah, laki-laki dan perempuan yang berpuasa, laki-laki dan perempuan yang memelihara kehormatannya, laki-laki dan perempuan yang banyak menyebut (nama) Allah, Allah telah menyediakan untuk mereka ampunan dan pahala yang besar.

Al-Ahzab 33:36
وَمَا كَانَ لِمُؤْمِنٍ وَلَا مُؤْمِنَةٍ إِذَا قَضَى ٱللَّهُ وَرَسُولُهُۥٓ أَمْرًا أَن يَكُونَ لَهُمُ ٱلْخِيَرَةُ مِنْ أَمْرِهِمْۗ وَمَن يَعْصِ ٱللَّهَ وَرَسُولَهُۥ فَقَدْ ضَلَّ ضَلَٰلًا مُّبِينًا 
Dan tidaklah pantas bagi laki-laki yang mukmin dan perempuan yang mukmin, apabila Allah dan Rasul-Nya telah menetapkan suatu ketetapan, akan ada pilihan (yang lain) bagi mereka tentang urusan mereka. Dan barangsiapa mendurhakai Allah dan Rasul-Nya, maka sungguh, dia telah tersesat, dengan kesesatan yang nyata.


Watak kedua ialah golongan munafiq yang sentiasa sibuk dengan aktiviti-aktiviti menentang kerajaan dan negara (Ayat: 12-21).

Al-Ahzab 33:12
وَإِذْ يَقُولُ ٱلْمُنَٰفِقُونَ وَٱلَّذِينَ فِى قُلُوبِهِم مَّرَضٌ مَّا وَعَدَنَا ٱللَّهُ وَرَسُولُهُۥٓ إِلَّا غُرُورًا 
Dan (ingatlah) ketika orang-orang munafik dan orang-orang yang hatinya berpenyakit berkata, “Yang dijanjikan Allah dan Rasul-Nya kepada kami hanya tipu daya belaka.”

Al-Ahzab 33:13
وَإِذْ قَالَت طَّآئِفَةٌ مِّنْهُمْ يَٰٓأَهْلَ يَثْرِبَ لَا مُقَامَ لَكُمْ فَٱرْجِعُوا۟ۚ وَيَسْتَـْٔذِنُ فَرِيقٌ مِّنْهُمُ ٱلنَّبِىَّ يَقُولُونَ إِنَّ بُيُوتَنَا عَوْرَةٌ وَمَا هِىَ بِعَوْرَةٍۖ إِن يُرِيدُونَ إِلَّا فِرَارًا 
Dan (ingatlah) ketika segolongan di antara mereka berkata, “Wahai penduduk Yasrib (Madinah)! Tidak ada tempat bagimu, maka kembalilah kamu.” Dan sebagian dari mereka meminta izin kepada Nabi (untuk kembali pulang) dengan berkata, “Sesungguhnya rumah-rumah kami terbuka (tidak ada penjaga).” Padahal rumah-rumah itu tidak terbuka, mereka hanyalah hendak lari.

Al-Ahzab 33:14
وَلَوْ دُخِلَتْ عَلَيْهِم مِّنْ أَقْطَارِهَا ثُمَّ سُئِلُوا۟ ٱلْفِتْنَةَ لَءَاتَوْهَا وَمَا تَلَبَّثُوا۟ بِهَآ إِلَّا يَسِيرًا 
Dan kalau (Yasrib) diserang dari segala penjuru, dan mereka diminta agar membuat kekacauan, niscaya mereka mengerjakannya; dan hanya sebentar saja mereka menunggu.

Ayat 15
وَلَقَدْ كَانُوا عَاهَدُوا اللَّهَ مِنْ قَبْلُ لَا يُوَلُّونَ الْأَدْبَارَ ۚ وَكَانَ عَهْدُ اللَّهِ مَسْئُولًا
Pada hal sesungguhnya mereka telahpun mengikat janji dengan Allah sebelum itu, iaitu mereka tidak akan berpaling undur (dari medan perang yang mereka hadiri). 
Dan (ingatlah) janji setia dengan Allah itu akan ditanya kelak (tentang penyempurnaannya).

Ayat 16
قُلْ لَنْ يَنْفَعَكُمُ الْفِرَارُ إِنْ فَرَرْتُمْ مِنَ الْمَوْتِ أَوِ الْقَتْلِ وَإِذًا لَا تُمَتَّعُونَ إِلَّا قَلِيلًا
Katakanlah (wahai Muhammad): "Kalaulah kamu melarikan diri dari kematian atau dari pembunuhan maka perbuatan melarikan diri itu tidak sekali-kali mendatangkan faedah kepada kamu; dan kalaulah kamu pada hari ini terlepas sekalipun,  maka kamu tidak juga akan menikmati kesenangan hidup melainkan sedikit masa sahaja".

Ayat 17
قُلْ مَنْ ذَا الَّذِي يَعْصِمُكُمْ مِنَ اللَّهِ إِنْ أَرَادَ بِكُمْ سُوءًا أَوْ أَرَادَ بِكُمْ رَحْمَةً ۚ وَلَا يَجِدُونَ لَهُمْ مِنْ دُونِ اللَّهِ وَلِيًّا وَلَا نَصِيرًا
Katakanlah: "Siapakah yang dapat melindungi kamu dari kemurkaan Allah  jika Ia mahu menimpakan bala bencana kepada kamu, atau (siapakah yang dapat menahan kemurahan Allah) jika Ia hendak memberikan rahmat kepada kamu?  Dan (ingatkanlah) mereka (yang munafik) itu: bahawa mereka tidak akan beroleh sesiapapun - yang lain dari Allah - yang akan menjadi pelindung atau penolong mereka.

Ayat 18
قَدْ يَعْلَمُ اللَّهُ الْمُعَوِّقِينَ مِنْكُمْ وَالْقَائِلِينَ لِإِخْوَانِهِمْ هَلُمَّ إِلَيْنَا ۖ وَلَا يَأْتُونَ الْبَأْسَ إِلَّا قَلِيلًا
Sesungguhnya Allah mengetahui akan orang-orang (munafik) yang menghalangi di antara kamu, dan orang-orang yang berkata kepada saudara-saudaranya: 
"Marilah bersatu dengan kami",sedang mereka tidak turut berperang melainkan sebentar sahaja.

Ayat 19
أَشِحَّةً عَلَيْكُمْ ۖ فَإِذَا جَاءَ الْخَوْفُ رَأَيْتَهُمْ يَنْظُرُونَ إِلَيْكَ تَدُورُ أَعْيُنُهُمْ كَالَّذِي يُغْشَىٰ عَلَيْهِ مِنَ الْمَوْتِ ۖ فَإِذَا ذَهَبَ الْخَوْفُ سَلَقُوكُمْ بِأَلْسِنَةٍ حِدَادٍ أَشِحَّةً عَلَى الْخَيْرِ ۚ أُولَٰئِكَ لَمْ يُؤْمِنُوا فَأَحْبَطَ اللَّهُ أَعْمَالَهُمْ ۚ وَكَانَ ذَٰلِكَ عَلَى اللَّهِ يَسِيرًا
Mereka bersikap bakhil kedekut terhadap kamu (wahai orang-orang mukmin untuk memberikan sebarang pertolongan); dalam pada itu apabila datang (ancaman musuh yang menimbulkan) ketakutan, engkau melihat mereka memandang kepadamu (wahai Muhammad, meminta pertolonganmu) dengan keadaan mata mereka berputar seperti orang yang pengsan semasa hampir mati. 
Kemudian apabila hilang perasaan takut itu, mereka mencela kamu dengan lidah yang tajam, sambil mereka tamakan kebaikan (yang diberikan Allah kepada kamu). 
Mereka itu tidak beriman, lalu Allah gugurkan amal-amal mereka. Dan yang demikian itu adalah mudah bagi Allah melaksanakannya.

Ayat 20
يَحْسَبُونَ الْأَحْزَابَ لَمْ يَذْهَبُوا ۖ وَإِنْ يَأْتِ الْأَحْزَابُ يَوَدُّوا لَوْ أَنَّهُمْ بَادُونَ فِي الْأَعْرَابِ يَسْأَلُونَ عَنْ أَنْبَائِكُمْ ۖ وَلَوْ كَانُوا فِيكُمْ مَا قَاتَلُوا إِلَّا قَلِيلًا
Mereka menyangka bahawa tentera "Al-Ahzaab" itu belum pergi; dan kalaulah tentera Al-Ahzaab datang semula, 
tentulah mereka suka kalau mereka tinggal jauh di desa-desa bersama-sama orang-orang Arab Badwi sambil bertanyakan berita mengenai kamu; dan kalaulah mereka ada bersama-sama kamu (pada ketika itu), mereka tidak akan turut berperang melainkan sebentar sahaja.

Ayat 21
لَقَدْ كَانَ لَكُمْ فِي رَسُولِ اللَّهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ لِمَنْ كَانَ يَرْجُو اللَّهَ وَالْيَوْمَ الْآخِرَ 
وَذَكَرَ اللَّهَ كَثِيرًا
Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang)

8. Hukum-hukum kekeluargaan.
Orang-orang Islam hendaklah memilih jalan sederhana dalam kehidupan kekeluargaan, setiap anggota
keluarga hendaklah meletakkan دارُ الأخرة (negeri akhirat) di hadapannya (Ayat: 28). 

Al-Ahzab 33:28
يَٰٓأَيُّهَا ٱلنَّبِىُّ قُل لِّأَزْوَٰجِكَ إِن كُنتُنَّ تُرِدْنَ ٱلْحَيَوٰةَ ٱلدُّنْيَا وَزِينَتَهَا فَتَعَالَيْنَ أُمَتِّعْكُنَّ وَأُسَرِّحْكُنَّ سَرَاحًا جَمِيلًا 
Wahai Nabi! Katakanlah kepada istri-istrimu, “Jika kamu menginginkan kehidupan di dunia dan perhiasannya, maka kemarilah agar kuberikan kepadamu mut‘ah dan aku ceraikan kamu dengan cara yang baik.”

Beberapa arahan dan bimbingan kepada Rasulullah berhubung dengan kekeluargaan (Ayat: 50, 51 dan 52).

Ayat 50
يَا أَيُّهَا النَّبِيُّ إِنَّا أَحْلَلْنَا لَكَ أَزْوَاجَكَ اللَّاتِي آتَيْتَ أُجُورَهُنَّ وَمَا مَلَكَتْ يَمِينُكَ 
مِمَّا أَفَاءَ اللَّهُ عَلَيْكَ وَبَنَاتِ عَمِّكَ وَبَنَاتِ عَمَّاتِكَ وَبَنَاتِ خَالِكَ وَبَنَاتِ خَالَاتِك
َ اللَّاتِي هَاجَرْنَ مَعَكَ وَامْرَأَةً مُؤْمِنَةً إِنْ وَهَبَتْ نَفْسَهَا لِلنَّبِيِّ إِنْ أَرَادَ النَّبِيُّ أَنْ يَسْتَنْكِحَهَا خَالِصَةً لَكَ مِنْ دُونِ الْمُؤْمِنِينَ ۗ قَدْ عَلِمْنَا مَا فَرَضْنَا عَلَيْهِمْ فِي أَزْوَاجِهِمْ وَمَا مَلَكَتْ أَيْمَانُهُمْ لِكَيْلَا يَكُونَ عَلَيْكَ حَرَجٌ ۗ وَكَانَ اللَّهُ غَفُورًا رَحِيمًا
Wahai Nabi, sesungguhnya Kami telah halalkan bagimu isteri-isterimu yang engkau berikan maskahwinnya, 
dan hamba-hamba perempuan yang engkau miliki dari apa yang telah dikurniakan Allah kepadamu sebagai tawanan perang; dan (Kami telah halalkan bagimu berkahwin dengan sepupu-sepupumu, iaitu): anak-anak perempuan bapa saudaramu (dari sebelah bapa) serta anak-anak perempuan emak saudaramu (dari sebelah bapa), dan anak-anak perempuan bapa saudaramu (dari sebelah ibu) serta anak-anak perempuan emak saudaramu (dari sebelah ibu) yang telah berhijrah bersama-sama denganmu; dan (Kami telah halalkan bagimu) mana-mana perempuan yang beriman yang memberikan dirinya kepada Nabi (untuk dikahwininya dengan tidak membayar maskahwin) kalaulah Nabi suka berkahwin dengannya; perkahwinan yang demikian adalah khas bagimu semata-mata, bukan bagi orang-orang yang beriman umumnya; sesungguhnya Kami telah mengetahui apa yang Kami wajibkan kepada orang-orang mukmin mengenai isteri-isteri mereka dan hamba-hamba perempuan yang mereka miliki; - supaya tidak menjadi keberatan bagimu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

Ayat 51
تُرْجِي مَنْ تَشَاءُ مِنْهُنَّ وَتُؤْوِي إِلَيْكَ مَنْ تَشَاءُ ۖ وَمَنِ ابْتَغَيْتَ مِمَّنْ عَزَلْتَ 
فَلَا جُنَاحَ عَلَيْكَ ۚ ذَٰلِكَ أَدْنَىٰ أَنْ تَقَرَّ أَعْيُنُهُنَّ وَلَا يَحْزَنَّ وَيَرْضَيْنَ بِمَا آتَيْتَهُنَّ كُلُّهُنَّ ۚ 
وَاللَّهُ يَعْلَمُ مَا فِي قُلُوبِكُمْ ۚ وَكَانَ اللَّهُ عَلِيمًا حَلِيمًا
Engkau boleh menangguhkan sesiapa yang engkau kehendaki dari mereka dan engkau boleh mendamping: sesiapa yang engkau kehendaki; dan sesiapa yang engkau hendak mendampinginya kembali dari mereka yang telah engkau jauhi itu maka tidaklah menjadi salah bagimu melakukannya; kebebasan yang diberikan kepadamu itu (bila diketahui oleh mereka) adalah lebih dekat untuk mententeramkan hati mereka, dan menjadikan mereka tidak berdukacita, serta menjadikan mereka pula reda akan apa yang engkau lakukan kepada mereka semuanya. 
Dan (ingatlah) Allah sedia mengetahui apa yang ada dalam hati kamu; dan Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Penyabar

Ayat 52
لَا يَحِلُّ لَكَ النِّسَاءُ مِنْ بَعْدُ وَلَا أَنْ تَبَدَّلَ بِهِنَّ مِنْ أَزْوَاجٍ وَلَوْ أَعْجَبَكَ حُسْنُهُنَّ 
إِلَّا مَا مَلَكَتْ يَمِينُكَ ۗ وَكَانَ اللَّهُ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ رَقِيبًا
Tidak halal bagimu berkahwin dengan perempuan- perempuan yang lain sesudah (isteri-isterimu yang ada) itu,
dan engkau juga tidak boleh menggantikan mereka dengan isteri-isteri yang baharu sekalipun engkau tertarik hati kepada kecantikan mereka, kecuali hamba-hamba perempuan yang engkau miliki. Dan (ingatlah) Allah sentiasa Mengawasi tiap-tiap sesuatu.


9. Hukum-hukum pergaulan.
(a) Orang-orang perempuan muslim hendaklah memakai pakaian yang menutup aurat  جَلَٰبِيبِ (Ayat: 59).
يُدْنِينَ عَلَيْهِنَّ مِن جَلَٰبِيبِهِنَّۚ

Al-Ahzab 33:59
يَٰٓأَيُّهَا ٱلنَّبِىُّ قُل لِّأَزْوَٰجِكَ وَبَنَاتِكَ وَنِسَآءِ ٱلْمُؤْمِنِينَ يُدْنِينَ عَلَيْهِنَّ مِن جَلَٰبِيبِهِنَّۚ ذَٰلِكَ أَدْنَىٰٓ أَن يُعْرَفْنَ فَلَا يُؤْذَيْنَۗ وَكَانَ ٱللَّهُ غَفُورًا رَّحِيمًا 
Wahai Nabi! Katakanlah kepada istri-istrimu, anak-anak perempuanmu dan istri-istri orang mukmin, “Hendaklah mereka menutupkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka.” Yang demikian itu agar mereka lebih mudah untuk dikenali, sehingga mereka tidak diganggu. Dan Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang.


(b) Di dalam rumah, orang-orang Islam hendaklah menggantung langsir atau tabir, jika mahu meminta
apa-apa dengan orang-orang perempuan hendaklah meminta dari balik tabir (حجاب) (Ayat: 53).
فَسْـَٔلُوهُنَّ مِن وَرَآءِ حِجَابٍۚ

Al-Ahzab 33:53
يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ لَا تَدْخُلُوا۟ بُيُوتَ ٱلنَّبِىِّ إِلَّآ أَن يُؤْذَنَ لَكُمْ إِلَىٰ طَعَامٍ غَيْرَ نَٰظِرِينَ إِنَىٰهُ وَلَٰكِنْ إِذَا دُعِيتُمْ فَٱدْخُلُوا۟ فَإِذَا طَعِمْتُمْ فَٱنتَشِرُوا۟ وَلَا مُسْتَـْٔنِسِينَ لِحَدِيثٍۚ إِنَّ ذَٰلِكُمْ كَانَ يُؤْذِى ٱلنَّبِىَّ فَيَسْتَحْىِۦ مِنكُمْۖ وَٱللَّهُ لَا يَسْتَحْىِۦ مِنَ ٱلْحَقِّۚ وَإِذَا سَأَلْتُمُوهُنَّ مَتَٰعًا فَسْـَٔلُوهُنَّ مِن وَرَآءِ حِجَابٍۚ ذَٰلِكُمْ أَطْهَرُ لِقُلُوبِكُمْ وَقُلُوبِهِنَّۚ وَمَا كَانَ لَكُمْ أَن تُؤْذُوا۟ رَسُولَ ٱللَّهِ وَلَآ أَن تَنكِحُوٓا۟ أَزْوَٰجَهُۥ مِنۢ بَعْدِهِۦٓ أَبَدًاۚ إِنَّ ذَٰلِكُمْ كَانَ عِندَ ٱللَّهِ عَظِيمًا 
Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu memasuki rumah-rumah Nabi kecuali jika kamu diizinkan untuk makan tanpa menunggu waktu masak (makanannya), tetapi jika kamu dipanggil maka masuklah dan apabila kamu selesai makan, keluarlah kamu tanpa memperpanjang percakapan. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mengganggu Nabi sehingga dia (Nabi) malu kepadamu (untuk menyuruhmu keluar), dan Allah tidak malu (menerangkan) yang benar. Apabila kamu meminta sesuatu (keperluan) kepada mereka (istri-istri Nabi), maka mintalah dari belakang tabir. (Cara) yang demikian itu lebih suci bagi hatimu dan hati mereka. Dan tidak boleh kamu menyakiti (hati) Rasulullah dan tidak boleh (pula) menikahi istri-istrinya selama-lamanya setelah (Nabi wafat). Sungguh, yang demikian itu sangat besar (dosanya) di sisi Allah.

(c) Wanita jangan bercakap dengan lelaki dengan bahasa yang menimbulkan fitnah dan mereka juga jangan bersolek dan mendedahkan aurat seperti amalan Jahiliyyah  تَبَرُّجَ (Ayat: 33).وَلَا تَبَرَّجْنَ تَبَرُّجَ ٱلْجَٰهِلِيَّةِ ٱلْأُولَىٰۖ

Al-Ahzab 33:33
وَقَرْنَ فِى بُيُوتِكُنَّ وَلَا تَبَرَّجْنَ تَبَرُّجَ ٱلْجَٰهِلِيَّةِ ٱلْأُولَىٰۖ وَأَقِمْنَ ٱلصَّلَوٰةَ وَءَاتِينَ ٱلزَّكَوٰةَ وَأَطِعْنَ ٱللَّهَ وَرَسُولَهُۥٓۚ إِنَّمَا يُرِيدُ ٱللَّهُ لِيُذْهِبَ عَنكُمُ ٱلرِّجْسَ أَهْلَ ٱلْبَيْتِ وَيُطَهِّرَكُمْ تَطْهِيرًا 
Dan hendaklah kamu tetap di rumahmu dan janganlah kamu berhias dan (bertingkah laku) seperti orang-orang jahiliah dahulu, dan laksanakanlah shalat, tunaikanlah zakat dan taatilah Allah dan Rasul-Nya. Sesungguhnya Allah bermaksud hendak menghilangkan dosa dari kamu, wahai ahlulbait dan membersihkan kamu sebersih-bersihnya.

(d) Hikmat perkahwinan Rasulullah s.a.w. dengan Zainab ialah supaya tidak ada sebarang kesempitan kepada orang-orang Islam untuk mengahwini bekas isteri anak-anak angkat mereka hingga ke hari kiamat (Ayat:37).
لِكَىْ لَا يَكُونَ عَلَى ٱلْمُؤْمِنِينَ حَرَجٌ

Al-Ahzab 33:37
وَإِذْ تَقُولُ لِلَّذِىٓ أَنْعَمَ ٱللَّهُ عَلَيْهِ وَأَنْعَمْتَ عَلَيْهِ أَمْسِكْ عَلَيْكَ زَوْجَكَ وَٱتَّقِ ٱللَّهَ وَتُخْفِى فِى نَفْسِكَ مَا ٱللَّهُ مُبْدِيهِ وَتَخْشَى ٱلنَّاسَ وَٱللَّهُ أَحَقُّ أَن تَخْشَىٰهُۖ فَلَمَّا قَضَىٰ زَيْدٌ مِّنْهَا وَطَرًا زَوَّجْنَٰكَهَا لِكَىْ لَا يَكُونَ عَلَى ٱلْمُؤْمِنِينَ حَرَجٌ فِىٓ أَزْوَٰجِ أَدْعِيَآئِهِمْ إِذَا قَضَوْا۟ مِنْهُنَّ وَطَرًاۚ وَكَانَ أَمْرُ ٱللَّهِ مَفْعُولًا 
Dan (ingatlah), ketika engkau (Muhammad) berkata kepada orang yang telah diberi nikmat oleh Allah dan engkau (juga) telah memberi nikmat kepadanya, “Pertahankanlah terus istrimu dan bertakwalah kepada Allah,” sedang engkau menyembunyikan di dalam hatimu apa yang akan dinyatakan oleh Allah, dan engkau takut kepada manusia, padahal Allah lebih berhak engkau takuti. Maka ketika Zaid telah mengakhiri keperluan terhadap istrinya (menceraikannya), Kami nikahkan engkau dengan dia (Zainab) agar tidak ada keberatan bagi orang mukmin untuk (menikahi) istri-istri anak-anak angkat mereka, apabila anak-anak angkat itu telah menyelesaikan keperluannya terhadap istrinya. Dan ketetapan Allah itu pasti terjadi.


(e) Perempuan yang dicerai sebelum digauli tidak perlu ber'iddah (Ayat: 49).فَمَا لَكُمْ عَلَيْهِنَّ مِنْ عِدَّةٍ

Al-Ahzab 33:49
يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓا۟ إِذَا نَكَحْتُمُ ٱلْمُؤْمِنَٰتِ ثُمَّ طَلَّقْتُمُوهُنَّ مِن قَبْلِ أَن تَمَسُّوهُنَّ فَمَا لَكُمْ عَلَيْهِنَّ مِنْ عِدَّةٍ تَعْتَدُّونَهَاۖ فَمَتِّعُوهُنَّ وَسَرِّحُوهُنَّ سَرَاحًا جَمِيلًا 
Wahai orang-orang yang beriman! Apabila kamu menikahi perempuan-perempuan mukmin, kemudian kamu ceraikan mereka sebelum kamu mencampurinya maka tidak ada masa idah atas mereka yang perlu kamu perhitungkan. Namun berilah mereka mut’ah dan lepaskanlah mereka itu dengan cara yang sebaik-baiknya.


(f) Keizinan hendaklah diperolehi sebelum masuk ke dalam rumah-rumah Nabi s.a.w. (dan rumah-rumah orang-orang lain juga) (Ayat: 53).لَا تَدْخُلُوا۟ بُيُوتَ ٱلنَّبِىِّ إِلَّآ أَن يُؤْذَنَ لَكُمْ

Al-Ahzab 33:53
يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ لَا تَدْخُلُوا۟ بُيُوتَ ٱلنَّبِىِّ إِلَّآ أَن يُؤْذَنَ لَكُمْ إِلَىٰ طَعَامٍ غَيْرَ نَٰظِرِينَ إِنَىٰهُ وَلَٰكِنْ إِذَا دُعِيتُمْ فَٱدْخُلُوا۟ فَإِذَا طَعِمْتُمْ فَٱنتَشِرُوا۟ وَلَا مُسْتَـْٔنِسِينَ لِحَدِيثٍۚ إِنَّ ذَٰلِكُمْ كَانَ يُؤْذِى ٱلنَّبِىَّ فَيَسْتَحْىِۦ مِنكُمْۖ وَٱللَّهُ لَا يَسْتَحْىِۦ مِنَ ٱلْحَقِّۚ وَإِذَا سَأَلْتُمُوهُنَّ مَتَٰعًا فَسْـَٔلُوهُنَّ مِن وَرَآءِ حِجَابٍۚ ذَٰلِكُمْ أَطْهَرُ لِقُلُوبِكُمْ وَقُلُوبِهِنَّۚ وَمَا كَانَ لَكُمْ أَن تُؤْذُوا۟ رَسُولَ ٱللَّهِ وَلَآ أَن تَنكِحُوٓا۟ أَزْوَٰجَهُۥ مِنۢ بَعْدِهِۦٓ أَبَدًاۚ إِنَّ ذَٰلِكُمْ كَانَ عِندَ ٱللَّهِ عَظِيمًا 
Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu memasuki rumah-rumah Nabi kecuali jika kamu diizinkan untuk makan tanpa menunggu waktu masak (makanannya), tetapi jika kamu dipanggil maka masuklah dan apabila kamu selesai makan, keluarlah kamu tanpa memperpanjang percakapan. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mengganggu Nabi sehingga dia (Nabi) malu kepadamu (untuk menyuruhmu keluar), dan Allah tidak malu (menerangkan) yang benar. Apabila kamu meminta sesuatu (keperluan) kepada mereka (istri-istri Nabi), maka mintalah dari belakang tabir. (Cara) yang demikian itu lebih suci bagi hatimu dan hati mereka. Dan tidak boleh kamu menyakiti (hati) Rasulullah dan tidak boleh (pula) menikahi istri-istrinya selama-lamanya setelah (Nabi wafat). Sungguh, yang demikian itu sangat besar (dosanya) di sisi Allah.

(g) Tanpa dijemput, janganlah ikut serta dalam sesuatu majlis makan (Ayat 53).إِذَا دُعِيتُمْ فَٱدْخُلُوا۟

(h) Setelah bersembahyang 'Isya' dan makan malam, janganlah masa dihabiskan dengan berbual-bual
kosong (Ayat: 53).فَإِذَا طَعِمْتُمْ فَٱنتَشِرُوا۟ وَلَا مُسْتَـْٔنِسِينَ لِحَدِيثٍۚ

10. Hukum-hukum kemasyarakatan.
(a) Dengan menziharkan isteri, ia tidak menjadi ibu bagi seseorang dan anak angkat bukan seperti anak
sebenar (Ayat: 4).

Al-Ahzab 33:4
مَّا جَعَلَ ٱللَّهُ لِرَجُلٍ مِّن قَلْبَيْنِ فِى جَوْفِهِۦۚ وَمَا جَعَلَ أَزْوَٰجَكُمُ ٱلَّٰٓـِٔى تُظَٰهِرُونَ مِنْهُنَّ أُمَّهَٰتِكُمْۚ وَمَا جَعَلَ أَدْعِيَآءَكُمْ أَبْنَآءَكُمْۚ ذَٰلِكُمْ قَوْلُكُم بِأَفْوَٰهِكُمْۖ وَٱللَّهُ يَقُولُ ٱلْحَقَّ وَهُوَ يَهْدِى ٱلسَّبِيلَ 
Allah tidak menjadikan bagi seseorang dua hati dalam rongganya; dan Dia tidak menjadikan istri-istrimu yang kamu zihar itu sebagai ibumu, dan Dia tidak menjadikan anak angkatmu sebagai anak kandungmu (sendiri). Yang demikian itu hanyalah perkataan di mulutmu saja. Allah mengatakan yang sebenarnya dan Dia menunjukkan jalan (yang benar).

(b) Untuk mendapat keadilan kemasyarakatan, hubungan antara seseorang dengan seseorang yang lain perlulah jelas kerana ia أَقْسَطُ عِندَ ٱللَّهِۚ(lebih adil di sisi Allah) (Ayat: 5).


Al-Ahzab 33:5
ٱدْعُوهُمْ لِءَابَآئِهِمْ هُوَ أَقْسَطُ عِندَ ٱللَّهِۚ فَإِن لَّمْ تَعْلَمُوٓا۟ ءَابَآءَهُمْ فَإِخْوَٰنُكُمْ فِى ٱلدِّينِ وَمَوَٰلِيكُمْۚ وَلَيْسَ عَلَيْكُمْ جُنَاحٌ فِيمَآ أَخْطَأْتُم بِهِۦ وَلَٰكِن مَّا تَعَمَّدَتْ قُلُوبُكُمْۚ وَكَانَ ٱللَّهُ غَفُورًا رَّحِيمًا 
Panggillah mereka (anak angkat itu) dengan (memakai) nama bapak-bapak mereka; itulah yang adil di sisi Allah, dan jika kamu tidak mengetahui bapak mereka, maka (panggillah mereka sebagai) saudara-saudaramu seagama dan maula-maulamu. Dan tidak ada dosa atasmu jika kamu khilaf tentang itu, tetapi (yang ada dosanya) apa yang disengaja oleh hatimu. Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang.

(c) Anak-anak angkat hendaklah dibinkan kepada bapa sebenarnya dan mereka hendaklah dikaitkan dengan bapa sebenarnya (Ayat: 5).ٱدْعُوهُمْ لِءَابَآئِهِمْ


(d) Membuat propaganda tidak betul berpunca daripada sifat nifaq, ia hendaklah dihentikan, ia hendaklah digantikan dengan zikir kepada Allah (Ayat: 41).

Al-Ahzab 33:41
يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ ٱذْكُرُوا۟ ٱللَّهَ ذِكْرًا كَثِيرًا 
Wahai orang-orang yang beriman! Ingatlah kepada Allah, dengan mengingat (nama-Nya) sebanyak-banyaknya,

(e) Selawat dan salam hendaklah diberikan kepada Rasulullah s.a.w. (Ayat: 56). 

Al-Ahzab 33:56
إِنَّ ٱللَّهَ وَمَلَٰٓئِكَتَهُۥ يُصَلُّونَ عَلَى ٱلنَّبِىِّۚ يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ صَلُّوا۟ عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا۟ تَسْلِيمًا 
Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya bersalawat untuk Nabi. Wahai orang-orang yang beriman! Bersalawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam dengan penuh penghormatan kepadanya.

Itulah tuntutan agama Islam dan tanda hubungan sayang kepada Baginda.
صَلُّوا۟ عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا۟ تَسْلِيمًا

Al-Ahzab 33:56
إِنَّ ٱللَّهَ وَمَلَٰٓئِكَتَهُۥ يُصَلُّونَ عَلَى ٱلنَّبِىِّۚ يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ صَلُّوا۟ عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا۟ تَسْلِيمًا 
Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya bersalawat untuk Nabi. Wahai orang-orang yang beriman! Bersalawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam dengan penuh penghormatan kepadanya.

Surah al-Alzaab dan Surah an-Nuur seeloknya dibaca bersama.

Daurah tafsir 2019 sesi 14(33)nota 11(240)

Daurah tafsir 2019 sesi 14(33)nota 11(240)

صَلُّوا۟ عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا۟ تَسْلِيمًا

Al-Ahzab 33:56
إِنَّ ٱللَّهَ وَمَلَٰٓئِكَتَهُۥ يُصَلُّونَ عَلَى ٱلنَّبِىِّۚ يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ صَلُّوا۟ عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا۟ تَسْلِيمًا 
Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya bersalawat untuk Nabi. Wahai orang-orang yang beriman! Bersalawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam dengan penuh penghormatan kepadanya.


Surah al-Alzaab dan Surah an-Nuur seeloknya dibaca bersama.

240

Sabtu, November 28, 2020

K455.Zip Mulut Ibu Ayah Jangan Keluar Kata Nakal Bila Marah Anak. Semua Tu Doa!

K455.Zip Mulut Ibu Ayah Jangan Keluar Kata Nakal Bila Marah Anak. Semua Tu Doa!

Mendidik dan membesarkan anak-anak satu cabaran yang besar buat ibu bapa. Tidak ada seorang ibu pun yang mahukan anak-anak mereka membesar menjadi orang gagal dan bermasalah.

Sebagai ibu bapa, kita perlu ingat, anak-anak adalah amanah Tuhan kepada kita untuk dijaga dan dibentuk sebaik-baiknya. Mereka lahir seperti kain yang putih bersih yang sempurna tanpa sebarang cacat celanya. Kitalah yang mencorakkan dan mewarnakan kain putih itu dengan corak dan warna tertentu.

Dalam mendidik, anak-anak perlu diingatkan, didikan bukan melalui paksaan tetapi teladan. Anak-anak lebih percaya dengan apa yang dilihat daripada apa yang didengar.

Selain itu, ibu bapa seeloknya jangan mengeluarkan perkataan NAKAL jika geram atau nak marah sekalipun dengan anak. Perkataan ini sebenarnya pantang untuk anak-anak. Begitu juga kata DEGIL atau TAK DENGAR KATA.

Mungkin tujuan ibu bapa bercakap begitu kerana geram dan tiada niat namun ia sebenarnya doa yang tak disengajakan dan kesannya sangat tak elok untuk seseorang anak.

Perkongsian dari Dr Redza Zainol yang juga doktor pediatrik dan penulis ilmu keibubapaan ini menjelaskan kenapa ibu bapa kena kunci atau buang perkataan tak elok dari keluar melalui mulut.

Kanak-kanak kecil tak faham konsep “Nakal”. Perkara “nakal” yang anak buat tu sebenarnya mereka buat tanpa niat. Bagi anak kecil, mereka cuma nak meneroka dunia sekeliling.

Jika mak ayah nak anak lebih mendengar arahan kita?
Elakkan guna perkataan abstrak terutamanya pada anak umur 5 tahun ke bawah. Contohnya :

“Along jangan nakal ye kalau kita pergi ke rumah pakcik.”

Guna perkataan yang RINGKAS dan JELAS ketika berikan arahan. Contohnya :

“Along duduk dan jangan masuk ke bilik orang ye kalau pergi ke rumah pakcik.”

Arahan yang jelas dan ringkas lebih difahami anak daripada arahan yang banyak dan abstrak.

Mak ayah boleh beritahu secara jelas apa yang kita SUKA dan apa yang kita TAK SUKA, sebelum anak buat perkara yang kita tak suka.

Bila anak buat perkara yang positif dan baik, ambil peluang untuk terus puji anak. Jangan bertangguh.

Anak akan jadi gembira sebab dia tahu kita sedang beri perhatian. Dia akan bersemangat untuk buat lagi perkara yang baik.

Walaupun anak belum pandai bercakap, kita boleh cakap pada anak dengan baik tentang perkara salah yang dibuat.

Bagus untuk anak kenal konsep BETUL dan SALAH sejak kecil.

Saya paling sedih di hospital bila mak ayah guna perkataan MALAS dan NAKAL untuk gambarkan perangai anak sendiri.

Sudah-sudah la ya. Sama-sama kita belajar yang anak kita tak nakal dan bukan pemalas.

Bantu saya sebarkan pada mak ayah yang lain. Penting sangat untuk bangunkan emosi dan keyakinan anak.

K453.Nak Anak Bijak, Rajin-Rajinlah Uji Minda Anak, Latih Anak Dengan 5 Aktiviti Ni Di Rumah!

K453.Nak Anak Bijak, Rajin-Rajinlah Uji Minda Anak, Latih Anak Dengan 5 Aktiviti Ni Di Rumah!

Anak-anak kecil sememangnya sukakan sesuatu yang boleh diterokai bagi merangsang minda, skil motor halus dan kasarnya, skil bahasa dan perkembangan kognitif serta keperluan emosi mereka.

Menurut Dr Nurul Ain Zulkifeli, MD (UNIMAS) daripada Hospital Manjung, Perak, satu kajian yang pernah dilakukan oleh pengkaji di luar negara mendapati bahawa, anak-anak yang mendapat stimulasi yang baik sebelum umurnya menjangkau 5 tahun mempunyai masa hadapan yang lebih baik daripada anak-anak yang tidak menerima rangsangan yang sama semasa kecil.

Namun tiada alasan lagi bagi ibu bapa untuk tidak meluangkan masa dengan anak-anak walaupun sesibuk mana bekerja. Di sekeliling kita misalnya terdapat pelbagai aktiviti yang dapat merangsang minda anak untuk jadi lebih bijak. Malah di rumah juga banyak aktiviti yang dapat menguji kepintaran anak-anak kecil kita, tanpa mengeluarkan belanja dan kos yang tinggi.

1) Bermain jigsaw puzzle
Ibu bapa boleh sesuaikan tahap kesukaran jigsaw puzzle dengan umur anak. Dari hanya seminimum 6 keping puzzle kepada berpuluh-puluh kepingan kecil. Menyusun puzzle adalah cara yang termudah untuk melatih dan merangsang skil pemikiran anak melalui penyelesaian masalah kerana anak akan berusaha untuk memadankan imej dan warna kepingan kecil puzzle. Puzzle dalam bentuk gambar, abjad, bentuk dan pelbagai tema seperti nombor, haiwan, kenderaan dan sebagainya dapat menarik perhatian anak.

Otak anak dirangsang melalui cara mereka menyelesaikan masalah, berfikir bagaimana cara atau strategi untuk mencantum kepingan dan juga bagus untuk kemahiran motor halus. Apabila anak mengambil, mengutip, memegang dan mencantum kepingan puzzle dan di masukkan ke dalam slot, sedikit sebanyak minda mereka teruji.

Bermain jigsaw puzzle juga dikategorikan sebagai satu permainan yang paling mudah, ringkas dan murah kerana puzzle boleh dibeli atau boleh dibuat sendiri. Ibu bapa hanya perlu cari gambar yang menarik misalnya kartun kesukaan anak dan guntingkan. Tampal di atas kertas tebal atau kad manila dan guntingkan menjadi beberapa kepingan puzzle.

2) Bermain dengan warna
“Messy Play” melalui bermain dengan kepelbagaian warna dapat memberi keseronokan dan mengembangkan otak anak kecil dengan cepat. Ibu bapa boleh menyediakan kertas lukisan dan alatan melukis di rumah. Warna pula boleh dibeli dan pastikan yang bersesuaian dengan umur contohnya Crayola Water Colour yang amat selamat untuk anak berumur kecil.

Antara kepelbagaian aktiviti untuk bermain dengan warna adalah:
* Mencampurkan dua atau lebih warna untuk menghasilkan warna yang berbeza.
* Bermain warna dengan menggunakan alatan permainan anak-anak.
* Menggunakan medium seperti berus gigi, putik kapas, kapas, kain perca dan batang aiskrim untuk di buat corak.
* Menggunakan anggota badan sendiri.
* Penggunaan rempah ratus yang keras seperti bunga lawang dan kayu manis (juga elok untuk meningkatkan skil sensori anak).

Yang penting, kaitkan aktiviti mewarna dengan pembelajaran seharian dan libatkan anak ketika proses pembersihan selepas bermain aktiviti ‘messy play” ini.

3) Bercerita dengan anak
Anak suka mendengar dan juga ingin didengari. Fakta juga jelas mengatakan bercerita kepada anak-anak dapat merangsang perkembangan otak dan juga baik untuk emosi. Jadi tidak hairan jika model pendidikan prasekolah yang dikeluarkan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia menekankan perkembangan sosioemosi kerana perkembangan emosi yang matang menjadi asas pembentukan sahsiah individu yang seimbang.

Teknik bercerita boleh dipelbagaikan oleh ibu bapa bertujuan untuk menarik minat anak-anak. Contohnya:
* Pelbagaikan bahan bacaan dengan gambar dan warna yang menarik. Yang penting juga saiz perkataan yang digunakan.
* Sambil bercerita, ibu bapa boleh menggunakan alat seperti anak patung kesayangan anak perempuan atau alat bantu mengajar yang lain.
* Menggunakan teknik atau intonasi suara yang bersesuaian dengan jalan cerita.
* Bertanyakan pendapat atau ambil perhatian setiap daripada respons yang diberikan oleh anak. Itu tandanya anak sedang berfikir dan kreatif.
* Hidupkan kelainan suasana bercerita seperti ibu bapa memakai kostum yang dijahit sendiri bersama anak Gunakan watak-watak menarik seperti superhero kesayangan mereka.

Jadi bercerita pada anak di rumah amatlah penting. Hubungan fizikal, sosial dan emosi terjalin dua hala di antara keduanya. Cukup mudah.

4) Pretend & Play
Bermula seawal usia 3 tahun, anak sudah pandai bermain dan ‘memegang’ tanggungjawab ringan seperti menyuap anak patung kegemaran mereka makan dan medodoikan patung mereka ketika tidur.
Seperti kaedah bercerita juga, pretend & play memberi hak utama dan kebebasan kepada anak untuk memainkan peranan dan tanggungjawab mereka. Ibu bapa boleh menyediakan set permainan alatan doktor dan berlakon menjadi orang yang sakit dan sedang menerima rawatan dari anak.

Nampak ringkas tetapi aktiviti ini sangat merangsang perkembangan awal otak anak serta meningkatkan kebolehan sosial dan kematangan berfikir.

5) Bermain dengan tanah liat
Jika anak tidak dapat bermain di luar rumah atau ibu bapa terlalu sibuk untuk membawa mereka keluar. Alternatif yang ada, berikan mereka doh atau pun permainan yang berunsurkan tanah liat / play doh. Antara kebaikan aktiviti ini adalah dapat menajamkan skil pemerhatian dan daya berfikir, menjana minda dan kreativiti anak serta meningkatkan kemahiran mengikut arahan. Selain itu, bermain tanah liat juga;
* Membantu menguatkan otot dan meningkatkan koordinasi tangan dan mata
* Mempelajari tekstur bahan
* Membantu mengenal warna
* Membantu perkembangan sosial anak.

Moga dengan pilihan aktiviti yang ringkas dan mudah ini dapat membantu ibu bapa dalam menceriakan dan mempelbagaikan aktiviti bersama anak di rumah. Yang penting hubungan ibu bapa dan anak terjalin dengan lebih erat dan mesra.

Sahih muslim kitab iman sesi 33

Sahih muslim kitab iman sesi 33

Sahih muslim kitab iman sesi 33(077-080)s

باب بَيَانِ حَالِ إِيمَانِ مَنْ قَالَ لأَخِيهِ الْمُسْلِمِ يَا كَافِرُ: 
Bab Perihal Iman Seseorang Yang Mengatakan kepada Saudara SeIslamnya, Wahai Si Kafir²²⁸

٤٩-عَنْ ابْنِ عُمَرَ يَقُولُ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: أَيُّمَا امْرِئٍ قَالَ لأَخِيهِ يَا كَافِرُ. فَقَدْ بَاءَ بِهَا أَحَدُهُمَا إِنْ كَانَ كَمَا قَالَ وَإِلاَّ رَجَعَتْ عَلَيْهِ.
49- Ibnu'Umar r.a. meriwayatkan, katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sesiapa berkata kepada saudaranya: "Wahai Si Kafir!", kata-katanya itu akan mengenai salah seorang
daripada mereka berdua. Jika apa yang dikatanya itu benar, maka ia mengenai orang yang dipanggil. Jika tidak (benar), maka ia²²⁹ akan mengenai pemanggil.²³⁰



باب بَيَانِ حَالِ إِيمَانِ مَنْ رَغِبَ عَنْ أَبِيهِ وَهُوَ يَعْلَمُ:
Bab Menerangkan Keadaan Iman Orang Yang Bencikan Bapanya Dalam Keadaan Dia Tahu.²³¹

٥٠-عَنْ أَبِي ذَرٍّ أَنَّهُ سَمِعَ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ لَيْسَ مِنْ رَجُلٍ ادَّعَى لِغَيْرِ أَبِيهِ وَهُوَ يَعْلَمُهُ إِلَّا كَفَرَ وَمَنْ ادَّعَى مَا لَيْسَ لَهُ فَلَيْسَ مِنَّا وَلْيَتَبَوَّأْ مَقْعَدَهُ مِنْ النَّارِ وَمَنْ دَعَا رَجُلًا بِالْكُفْرِ أَوْ قَالَ عَدُوَّ اللَّهِ وَلَيْسَ كَذَلِكَ إِلَّا حَارَ عَلَيْهِ
50- Abu Dzar²³² r.a. meriwayatkan, katanya: Dia mendengar Rasulullah s.a.r,v. bersabda: Sesiapa saja yang mendakwa orang lain (bukan bapanya sebagai bapanya, padahal dia
tahu bahawa itu bukan bapanya, maka dia jadi kafir.²³³ Dan sesiapa mendakwa sesuatu yang bukan miliknya,²³⁴ maka bukanlah dia dari kalangan kita ( yakni orang-orang Islam yang sebenar).²³⁵ Tempatnya ialah di neraka.²³⁶  Dan sesiapa yang memanggil seseorang dengan panggilan ''kafir" atau "musuh Allah", padahal orang yang dipanggilnya itu bukan demikian, maka ucapannya itu kembali kepada dirinya sendiri.²³⁷

باب حكم إيمان من اتنسب لغير أبيه وهو وإيمان من ادعى لنفسه ماليس له
Bab Berkenaan Status Iman Orang Yang Menisbahkan Diri Kepada Bukan Bapanya Dalam  Keadaan Dia Mengetahui, Juga Iman Orang Yang Mendakwa Miliknya Apa Yang Bukan Miliknya.²³⁸

٥١- عَنْ  أَبِي هُرَيْرَةَ يَقُولُا إِنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لَا تَرْغَبُوا عَنْ آبَائِكُمْ فَمَنْ رَغِبَ عَنْ أَبِيهِ فَهُوَ كُفْرٌ
51- Abu Hurairah meriwayatkan, katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: "Janganlah kamu membenci bapamu. Sesiapa yang benci kepada bapanya,²³⁹ maka itu adalah
kekufuran.²⁴⁰

٥٢-عن سَعْدَ بْنَ أَبِي وَقَّاصٍ يَقُولُا سَمِعَ أُذُنَايَ مِنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَهُوَ يَقُولُ مَنْ ادَّعَى أَبًا فِي الْإِسْلَامِ غَيْرَ أَبِيهِ يَعْلَمُ أَنَّهُ غَيْرُ أَبِيهِ فَالْجَنَّةُ عَلَيْهِ حَرَامٌ فَقَالَ أَبُو بَكْرَةَ وَأَنَا سَمِعْتُهُ مِنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ


52- Sa'ad bin Abi Waqqaash r.a.²⁴¹ meriwayatkan, katanya: Dua telingaku ini telah mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: "sesiapa yang menda'wa seseorang sebagai
bapanya setelah dia memeluk agama Islam, padahal dia tahu orang itu bukan bapanya,²⁴² haramlah kepadanya syurga.²⁴³ Kata Abu Bakrah r.a.. "Aku juga mendengar Rasulullah berkata demikian.

Minit 7.43



___________________________________________________________
²²⁸ Ini ialah tajuk yang dibuat oleh Qadhi 'Iyaadh, Imam Nawawi dan kebanyakan penyusun matan Sahih Muslim. Tajuk ini dipersetujui al-Itsyubi. Al-Ubbi membuat tajuk begini di sini: 
باب تكفير الرجل أخاه 
(Bab Berkenaan dengan Seseorang Yang Mengkafirkan Saudaranya), 
as-Sanusi pula membuat tajuk begini: 
باب من قال لأخيه كافر 
(Bab Berkenaan Sesiapa Yang Mengatakan Kepada
Saudaranya (Si)Kafir. 

Begini pula tajuk yang dibuat Al-Qurthubi:
باب إثم من كفر مسلما أو كفر حقه 
(Bab Dosa Orang Yang Mengkafirkan Seorang Islarn Atau Mengkufuri Haknya).

²²⁹Ya'ni lafaz kafir itu berserta dosanya sekali.

²³⁰Jika orang yang dikafirkannya itu sebenarnya tidak kafir, maka dia berdosa kerana berdusta dan memfitnah. Dan jika ia menganggap perbuatannya itu halal, maka dia benar-benar menjadi kafir. 

Antara pengajaran dan panduan yang dapat dipetik daripada hadits ini ialah: 
(1)Seseorang Muslim hendaklah menjaga keharmonian masyarakat Islam. 
(2) Orang Islam hendaklah berhati-hati jangan sampai menuduh seseorang dengan tuduhan yang bukan-bukan. (3)Tuduhan kafir ialah suatu pertuduhan yang sangat berat terhadap seseorang. Ia boleh mendatangkan dosa sekiranya tersilap. 
(4) Kesilapan dalam  membuat pertuduhan akan menjejaskan kredibiliti seseorang. 
(5) Seorang muslim tidak boleh terburu-buru. Ia tidak boleh
bercakap sesuka hatinya dan dengan mudah membuat tuduhan sewenang-wenangnya.

²³¹Beginilah tajuk bab yang dibuat oleh Qadhi 
'lyaadh, Imam Nawawi dan kebanyakan 'ulama'.
Al-ltsyubi membuat tajuk begini'
 باب حكم إيمان انتسب لغير أبيه وإيمان من ادعى لنفسه ما ليس منه
(Bab Hukum Iman Orang Yang Mengaku Bapa Orang Yang Bukan Bapanya Dalam Keadaan Dia Tahu, Dan Hukum Iman Orang Yang Mendakwa Miliknya Apa Yang Bukan Miliknya).

Al-Ubbi dan al-Sanusi tidak membuat sebarang tajuk untuk hadits-hadits berikut kecuali pada hadits.سباب المسلم فسوق
(Memaki Orang Islam Itu adalah Kefasikan) sahaja. Kedua-dua mereka memasukkan hadits-hadits berikut di bawah tajuk bab sebelumnya. Demikian juga dilakukan oleh al-Qurthubi.

²³²Beliau ialah Abu Dzar al-Ghifaari al-Madani, namanya ialah Jundub bin Junaadah bin Sufyan bin 'Ubaid bin Haraam bin Ghifaar. Beliau ialah seorang sahabat yang terkenal. Memeluk Islam di peringkat awal, tetapi lewat berhijrah. Kerana itu beliau tidak ikut serta dalam peperangan Badar. Abu Dzar meninggal dunia di Rabazah pada tahun 32H di zaman pemerintahan Saiyyidina
'Utsman r.a. Di sana juga beliau dikebumikan.



²³³ Perkataan "kafir" di sini mungkin telah dipakai dengan ma'na kafir yang sebenar; yang mengeluarkan seseorang daripada agama Islam. Keadaan ini akan berlaku sekiranya dia menganggap perbuatan seperti itu halal, kerana pada hakikatnya dia telah menghalalkan apa yang jelas haramnya dalam agama Islam. Mungkin juga kafir di sini dipakai dengan ma'na kufur ni'mat atau tidak mengenang budi seseorang; di mana dia telah mengkufuri ni'mat seorang bapa, lantaran perbuatannya mengakui orang lain sebagai bapanya itu adalah satu bentuk pertuduhan,
pembohongan atau penderhakaan terhadap bapanya. Kufur jenis ini tidaklah mengeluarkan seseorang daripada agama Islam, meskipun ia adalah satu dosa besar.

²³⁴Sama ada yang berkait dengan hak milik orang lain atau tidak, seperti ilmu atau kedudukan yang tidak dimilikinya.

²³⁵ Maksudnya ialah orang itu berdosa dan tidak termasuk dalam golongan orang-orang Islam yang mendapat petunjuk. Mungkin juga ia bererti perbuatannya itu tidak mencerminkan peribadi seorang Islam sebenar. Kata-kata Nabi s.a.w. ini sama seperti seorang bapa yang berkata kepada anaknya yang jahat. '"engkau bukan anakku". Begitulah keadaannya jika dia tidak menganggap
perbuatannya itu halal. Sekiranya dia menganggap perbuatannya itu halal, maka dia boleh menjadi kafir dan terkeluar daripada agama Islam.

²³⁶ Kata-kata Nabi s.a.w. ini boleh jadi sebagai doa Rasulullah s.a.w. untuk orang yang bersifat begitu. Boleh jadi juga sebagai pemberitahuan, sekiranya dia menganggap perbuatannya itu halal. Walaupun begitu, Allah s.w.t. tetap boleh mengampunkan sesiapa jua yang dikehendakiNya.

²³⁷ Sekiranya dia menganggap perbuatan tersebut halal, maka betul-betul jadi kafirlah dia. Sekiranya tidak, maka ia adalah kufur ni'mat (ni'mat persaudaraan sesama Islam) dan dia berdosa kerananya. Antara pengajaran dan panduan yang dapat dipetik daripada hadits ini ialah:
(1) Kepentingan menjaga institusi kekeluargaan dalam Islam. 
(2) Islam hanya membenarkan seseorang itu dibinkan kepada bapanya yang sebenar. 
(3) Tidak boleh malu daripada mengucapkan yang benar. (4) Orang Islam perlu menjaga nama baiknya dan nama baik keluarganya. 
(5) Kesilapan tidak diambil kira dalam Islam. 
(6) Seorang Islam perlulah menghargai dan menghormati orang tuanya. 
(7) Tidak dibenarkan menda'wa memiliki sesuatu yang tidak dimiliki. 
(8) Seorang Islam perlu teliti dalam percakapannya. 
(9) Tidak dibenarkan membuat tuduhan sembarangan. 
(10) Lafaz kafir atau kufur yang disebutkan di dalam hadits tidak semestinya merujuk kepada kufur hakiki, begitu juga dengan rangkai kata 'bukan dari kalangan kita'.
Makna majazi=makna perumpamaan 

²³⁸ Tajuk ini dibuat oleh al-ltsyubi. Qadhi 'Iyaadl-r, Imam Nawawi dan kebanyakan penyusun matan Sahih Muslim masih meletak hadits ini di bawah bab sebelum ini. Al-Ubbi. as-Sanusi dan al-Qurthubi juga tidak membuat apa-apa tajuk di sini.

²³⁹ dengan cara tidak suka dikaitkan atau dibinkan kepada bapanya yang sebenar. 

²⁴⁰ Perkataan kekufuran yang disabdakan oleh Rasulullah s.a.w. di sini adalah kekufuran hakiki, sekiranya ia menganggap perbuatan itu halal. Atau kufur ni'mat (kufur majazi), sekiranya ia tidak menganggapnya halal. Bagaimanapun ia tetap berdosa kerananya. Perbuatan itu dikatakan 'kekufuran' kerana ia hanya layak dengan orang-orang kafir.


²⁴¹ Nama sebenar bapa Sa'ad ialah Malik bin Wuhaib atau Uhaib bin 'Abdi Manaf bin Zuhrah bin Kilab. Sa'ad telah meny'ertai peperangan Badar dan semua peperangan lain. Beliau ialah salah seorang daripada sepuluh orang sahabat yang  telah dijanjikan syurga kepada mereka oleh
Rasullah s.a.w. Beliau juga adalah yang terakhir rneninggal dunia di kalangan mereka. Selain merupakan salah seorang daripada enam orang ahli majlis Syura, Sa'ad juga merupakan orang yang pertama memanah fi-sabilillah dan salah seorang yang mahir berkuda. Keistimewaan-
keistitnewaan beliau tidak terkira banyaknya. Beliau meriwayatkan sebanyak 270 (duaratus puluh) buah hadits. Sa'ad bin Abi Waqqaash meninggal dunia pada tahun 55H ketika bemmur 74 tahun. Beliau menghembuskan nafas terakhir di dalam mahligainya di al-'Aqiq yang terletak
sejauh 10 batu dari Madinah. Jenazah beliau di bawa ke Madinah dan disembahyangkan di sana.
Marwan yang pada ketika itu merupakan gabenor Madinah telah mengimami sembahyang jenazahnya. Sa'ad bin Abi Waqqaash adalah salah seorang sahabar disemadikan di tanah perkuburan Baqi.

²⁴² Maksud hadits ialah da'waan itu dibuat oleh seseorang setelah dia memeluk agama Islam dan sudah pun mengetahui tentang keharamannya. 

²⁴³ Haramlah kepadanya syurga ini boleh ditafsirkan dengan beberapa cara: 
(1) Sekiranya seseorang itu menganggap perbuatannya halal padahal dia sudah mengetahui tentang keharamannya tanpa sebarang keraguan lagi, syurga itu memang diharamkan kepadanya dan tempatnya ialah di neraka. Ini kerana hanya Allah s.w.t. jua yang boleh menghalalkan atau mengharamkan sesuatu. 
(2) orang itu tidak boleh memasuki syurga yang istimewa. (3) Orang itu tidak boleh memasuki syurga dengan cepat, selamat, atau bersama mereka yang disifatkan oleh
Allah swt. sebagai orang yang berjaya. 
(4) Dia akan diseksa terlebih dahulu sebelum dibenarkan
memasuki syuga, kecuali Allah s.w.t. mengampunkannya.

Antara kesimpulan yang dapat dipetik daripada hadits ini ialah: 
(1) Dilarang mendakwa seseorang sebagai bapa sebenar,
padahal ia bukan bapa sebenar. Sama ada untuk diri sendiri atau untuk orang lain. 
(2) perbuatan memalsukan bapa itu secara tidak langsung akan memalsukan ma'lumat-ma'lumat lain yang
bersangkut-paut dengan seorang bapa, misalnya hukum mahram, wali, masalah pusaka, urusan nikah kahwin dan perkara yang berkaitan dengannya. 
(3) Perbuatan melanggar undang-undang dalam keadaan tahu dan sedar adalah lebih teruk daripada sebaliknya, sekiranya ia dilakukan dengan niat menghina undang-undang. 
(4) Adakalanya sesuatu perbuatan kelihatan remeh sahaja,
tetapi akibatnya buruk sekali. Agama Islam menerangkan kepada manusia apakah perbuatan-perbuatan berbahaya yang kelihatan remeh itu dan melarang mereka daripadanya. Begitu juga dengan perbuatan-perbuatan yang kelihatan kecil, tetapi ganjarannya besar sekali. Islam tentu
akan menggalakkan penganut-penganutnya supaya mengerjakannya.


ia akan patah balik kepada orang yang mengata.
- perkataan lain pun termasuk juga seperti menuduh qadiayani yang tidak atau apa2 tuduhan yang tidak betul tentang perkara agama.
-dosa besar sebab mendusta dan menfitnah.
-contoh taksub parti, sangat benar kenyataan hadis nabi saw.
Minit 24
-jika betul anggapannya kafir ,adakah dia dah jadi kafir?
-kena takut kepada Allah dalam nak menuduh sesama Islam.
-hanya kerana agak2 sahaja sanggup tuduh.
-ini ujian Allah dizaman sekarang ini.suka tuduh menuduh.
-jadi jangan mudah menuduh seperti tuduhan wahabi.
-menuduh pula Wahabi sama dengan Syiah.
-ini sikap yang melampau.
-tuduhan seperti kafir atau wahabi jika silap pun berdosa sangat bahaya dan merugikan semua umat Islam.
-jika betul ada silap perbaiki dengan nasihat  menasihati bukan tuduh menuduh yg menyebabkan kerugian .
-jangan sindir menyindir,tuduh menuduh,kafir mengkafir
-buat aqad nikah baru,solat 2 iman,tak makan sembelihan
3.tuduhan kafir jika tersilap pun berdosa.
Tuduhan mengakibatkan menjejaskan imej dan kredibeliti orang yang dituduh.
-yang baik adalah tegur-menegur secara baik.
- seorang muslim tidak bercakap terburu2 yang boleh menjejaskan imannya

Minit 38
Bab Menerangkan Keadaan Iman Orang Yang Bencikan Bapanya Dalam Keadaan Dia Tahu.²³¹

Minit 40
-dilarang mengajar sahaja sebab tempat itu orang ramai bertumpu.
-Abu Zar tidak terpinggir dan terbuang.tidak berlaku pernah berlaku.Cuma dia tak boleh  mengajar  kerana dia faham tidak boleh simpan harta.Bukan tak boleh milik peribadi.
Adanya hukum pusaka itu buktinya.

Minit 46
-kafir dengan maksud yang sebenar atau maksud majazi
-Islam tak ajar tidak boleh gembira.
-Tuhan tak suka orang senang tapi   tidak menampakkan kesenangan
- budi bapa pun mesti dikenang.
Menafikan bapa adalah menafikan nikmat yang Allah bagi dengan adanya ayah.
-orang Islam boleh terima seadanya bapa atau keturunannya.
-tak mengaku atau mengakui pula orang lain ayah 
-diri sendiri pun tak boleh dan orang lain pun tak boleh.

Minit 1jam
-sebab itu perkahwinan diiktiraf dan diraikan.
-Nabi ancam maknanya bahaya sebab dosa besar.
-kadang2 ulamak buat peraturan dengan pakaian ,jaga biar berpada, jangan kata tak pakai kopiah fasik, itu melampau.
silap pula menilai.
-kau bukan dari kalangan ku=seorang bapa kata engkau bukan anak ku.
-menafikan akan menghalang apa2 nikmat yg patut didapati.
-nikmat persaudaraan sesama Islam.
-termasuk jika engaku kaya padahal miskin,mengaku pandai padahal tak pandai.jahil mengaku pandai.pandai jangan mengaku bodoh.
-orang alim jaga kealimannya dan yang jahil jangan berpura2 alim.
-tak pakai serban tanda kerendahan diri....
-ini menunjukan kepentingan  menjaga institusi  keluarga dalam Islam.
-tak boleh malu keadaan keturunan sebenar.
-jaga nama baik sendiri dan keluarga.sebab kehormatan.

1.kena jaga institusi keluarga
2.boleh bin bapa sahaja.turutan  masalah mahram ,pusaka.
3.tidak boleh malu mengucapkan keturunan yg sebenar.
4.orang Islam perlu jaga nama baiknya dan keluarga
5.kesilapan tak sengaja tidak berdosa.
6.perlu menghormati orang tua
7.tidak dibenarkan mendakwa memiliki sedangkan tiada.menipu namanya.
8.orang Islam perlu teliti dalam percakapan.jika uruf tak mengapa.
9.tuduhan sembarangan adalah dosa besar.
menghina juga dosa besar.
10.lafaz kufur tidak mesti rujuk makna hakiki.
Bukan dari kalangan kita bukan mesti dengan makna asal.