Khamis, Disember 24, 2020

Daurah tafsir 2019 sesi 15(38)nota 12(263)

Daurah tafsir 2019 sesi 15(38)nota 12(263)

(a) Orang-orang musyrikin Mekah menyatakan kehairanannya dengan berkata: "Adakah Muhammad
menjadikan tuhan-tuhan yang banyak itu sebagai satu tuhan saja?" (Ayat: 5).

Sad 38:5
أَجَعَلَ ٱلْءَالِهَةَ إِلَٰهًا وَٰحِدًاۖ إِنَّ هَٰذَا لَشَىْءٌ عُجَابٌ 
Apakah dia menjadikan tuhan-tuhan itu Tuhan yang satu saja? Sungguh, ini benar-benar sesuatu yang sangat mengherankan.


(b) Orang-orang musyrikin Mekah juga menyatakan kehairanannya dengan berkata: "Kenapa al-Qur'an
itu diturunkan hanya kepada Muhammad" dan mereka terus meraguinya (Ayat: 8).

Sad 38:8
أَءُنزِلَ عَلَيْهِ ٱلذِّكْرُ مِنۢ بَيْنِنَاۚ بَلْ هُمْ فِى شَكٍّ مِّن ذِكْرِىۖ بَل لَّمَّا يَذُوقُوا۟ عَذَابِ 
mengapa Al-Qur'an itu diturunkan kepada dia di antara kita?” Sebenarnya mereka ragu-ragu terhadap Al-Qur'an-Ku, tetapi mereka belum merasakan azab(-Ku).


(c) Pemimpin-pemimpin musyrikin Mekah, kerana kedegilan dan keras kepala mereka berazam untuk
terus memuja tuhan-tuhan mereka (Ayat: 6).أَنِ ٱمْشُوا۟ وَٱصْبِرُوا۟ عَلَىٰٓ ءَالِهَتِكُمْۖ

Sad 38:6
وَٱنطَلَقَ ٱلْمَلَأُ مِنْهُمْ أَنِ ٱمْشُوا۟ وَٱصْبِرُوا۟ عَلَىٰٓ ءَالِهَتِكُمْۖ إِنَّ هَٰذَا لَشَىْءٌ يُرَادُ 
Lalu pergilah pemimpin-pemimpin mereka (seraya berkata), “Pergilah kamu dan tetaplah (menyembah) tuhan-tuhanmu, sesungguhnya ini benar-benar suatu hal yang dikehendaki.


(d) Kepada orang-orang musyrikin dikatakan bahawa Rasulullah s.a.w. hanya seorang pengancam dan
pemberi amaran dan beliau hanya mengajarkan bahawa tiada tuhan yang lain selain Allah (Ayat: 65).

Sad 38:65
قُلْ إِنَّمَآ أَنَا۠ مُنذِرٌۖ وَمَا مِنْ إِلَٰهٍ إِلَّا ٱللَّهُ ٱلْوَٰحِدُ ٱلْقَهَّارُ 
Katakanlah (Muhammad), “Sesungguhnya aku hanya seorang pemberi peringatan, tidak ada tuhan selain Allah Yang Maha Esa, Mahaperkasa,

(e) Rasulullah s.a.w. sebelum dilantik menjadi nabi dan rasul, tidak mengetahui tentang alam yang lain.
Tetapi setelah diberi wahyu barulah Baginda mengetahui tentangnya lalu Baginda diutuskan sebagai نذير
(pemberi ancaman) kepada manusia (Ayat: 70).

Sad 38:70
إِن يُوحَىٰٓ إِلَىَّ إِلَّآ أَنَّمَآ أَنَا۠ نَذِيرٌ مُّبِينٌ 
Yang diwahyukan kepadaku, bahwa aku hanyalah seorang pemberi peringatan yang nyata.”

(f) Surah ini juga mendedahkan tentang penyakit jiwa yang dialami orang-orang musyrikin Mekah bahawa mereka tidak hendak memahami al-Qur'an, sebaliknya mereka bersikap sombong, angkuh dan keras kepala dalam menghadapinya (Ayat: 2).

Sad 38:2
بَلِ ٱلَّذِينَ كَفَرُوا۟ فِى عِزَّةٍ وَشِقَاقٍ 
Tetapi orang-orang yang kafir (berada) dalam kesombongan dan permusuhan.


(g) Orang-orang musyrikin Mekah diingatkan supaya mengambil pengajaran daripada sejarah, dikatakan
kepada mereka bahawa bukan mereka orang yang mula-mula mendustakan seruan seperti yang dibawa
oleh Nabi Muhammad, malah sebelum mereka telahpun berlalu kaum Nuh, kaum'Aad, kaum Fir'aun,kaum Tsamud, kaum Luth dan Ashaabul Aikah, mereka juga mendustakan para rasul. (Ayat: 12-13).

Sad 38:12
كَذَّبَتْ قَبْلَهُمْ قَوْمُ نُوحٍ وَعَادٌ وَفِرْعَوْنُ ذُو ٱلْأَوْتَادِ 
Sebelum mereka itu, kaum Nuh, ‘Ad dan Fir’aun yang mempunyai bala tentara yang banyak, juga telah mendustakan (rasul-rasul),
Sad 38:13
وَثَمُودُ وَقَوْمُ لُوطٍ وَأَصْحَٰبُ لْـَٔيْكَةِۚ أُو۟لَٰٓئِكَ ٱلْأَحْزَابُ 
dan (begitu juga) Tsamud, kaum Luth dan penduduk Aikah. Mereka itulah golongan-golongan yang bersekutu (menentang rasul-rasul).


(h) Orang-orang musyrikin Mekah diancam dan mereka disuruh supaya merenungi sejarah untuk mengetahui berapa banyak bangsa-bangsa telah dibinasakan. Walaupun mereka berteriak dan bertempik,

263

Tiada ulasan:

Catat Ulasan