Khamis, Disember 24, 2020

Tafsir asas quran nota 9(198)12

Tafsir asas quran nota 9(198)12

Jumhur 'ulama' sepakat mengatakan nasakh hanya berlaku semasa Nabi. Hal tersebut kerana nasakh tidak berlaku, kecuali melalui wahyu berkemungkinan turun pada masa hayat Nabi sahaja masih hidup sahaja.

Selepas kewafatan Nabi, penasakhan hukum tidak berlaku sama-sekali, kerana wahyu tiada lagi. Justeru itu, semua hukum yang diamalkan pada masa hayat Nabi dan tidak pula lahir daripada Baginda sesuatu yang menasakhkannya, maka hukum itu adalah tetap, walaupun selepas kewafatan Baginda. Hal itu kerana Baginda adalah rasul terakhir, sebagaimana firman Allah:

Al-Ahzab 33:40
مَّا كَانَ مُحَمَّدٌ أَبَآ أَحَدٍ مِّن رِّجَالِكُمْ وَلَٰكِن رَّسُولَ ٱللَّهِ وَخَاتَمَ ٱلنَّبِيِّۦنَۗ وَكَانَ ٱللَّهُ بِكُلِّ شَىْءٍ عَلِيمًا 
Bermaksud: Bukanlah (Nabi) Muhammad itu (dengan sebab ada anak angkatnya) menjadi bapa yang sebenar bagi seseorang dari orang lelaki kamu, tetapi dia adalah Rasul Allah dan penutup sekalian nabi. Dan adalah Allah Maha Mengetahui segala sesuatu. (al-Ahzaab:40).

Dalil-Dalil Yang Menasakhkan
Berdasarkan kaedah umum syari'at Islam ,sesuatu dalil tidak boleh dinasakhkan kecuali dengan dalil yang sama kuat atau lebih kuat daripadanya.
Berdasarkan kaedah umum itu disini dijelaskan dalil-dalil yang menasakhkan serta pendapat 'ulama' mengenainya . Ia adalah sebagaimana berikut: 
1. Nasakh al-Qur'an dengan al-qur'an atau Hadits
2. Nasakh Hadits dengan Hadits
3. Nasakh Hadits dengan al-qur'an
4. Nasakh dengan Ijma'
5. Nasakh ljma' dengan al-Qur'an atau Hadits
6. Nasakh ljma' dengan ijma'
7. Nasakh al-Qur'an atau Hadits atau Ijma' dengan qiyas
8. Nasakh Qiyas dengan Qiyas
Nasakh Al-Qur'an Dengan Al-qur'an Atau Hadits

198

Tiada ulasan:

Catat Ulasan