Khamis, Disember 24, 2020

Sahih bukhari kitab iman sesi 01 156

Sahih bukhari kitab iman sesi 01 156

Menyempurnakan  Bererti Dia Telah Menyempurnakan Iman Dan Sesiapa Yang Tidak Menyempurnakanya bererti mengurangi Iman Itu.⁹⁶  Jika Saya masih hidup, Saya akan Terangkan Kepadamu Tentang Perkara-Perkara Tersebut Supaya Kamu Dapat Beramal Dengannya. Tetapi Jika Saya mati, Tidaklah İngin Sangat Saya Bersamamu (Di Dunia İni).⁹⁷ Nabi Ibrahim A.S Berkata: Akan Tetapi Supaya Tenang Hatiku"(albaqarah:260)⁹⁸  Muaz Bin Jabal Berkata Kepada Aswad Bin Bilal: Duduklah

___________________________________________________________
ketentuan yang ditetapkan oleh Allah s.w.t. di dalam al-Qur'an. Sementara Sunan ialah ketentuan yang ditetapkan oleh Nabi s.a.w di dalam hadits-hadits.


⁹⁶Dari satu sudut, kenyataan 'Umar bin 'Abdil 'Aziz ini kelihatan lebih memihak kepada pegangan Imam Abu Hanifah yang berpendapat bahawa perkara-perkara tersebut hanyalah berperanan sebagai penyempurna kepada iman sahaja, bukannya sebagai sebahagian daripada iman. Namun dari sudut yang lain pula ia juga tidak bercanggah dengan pendapat Imam Bukhari yang mengatakan amalan-amalan tersebut meninggalkan kesan dan berperanan dalam pertumbuhan dan pertambahan iman. Kenyataan beliau itu  juga boleh difahami bermaksud amalan-amalan tersebut adalah tuntutan iman, bukan iman itu sendiri yang hanya bererti membenarkan dengan hati semata-mata.

⁹⁷  Kenyataan beliau ini menunjukkan kecintaannya kepada kehidupan di dunia yang fana ini bersama-sama keluarga, saudara mara dan sahabat handai tidak dapat mengatasi kerinduannya kepada kehidupan di akhirat. Sesetengah ulama' mentafsirkan kenyataan beliau ini sebagai isyarat yang membayangkan kepada orang-orang yang berada disekelilingya bahawa tempoh hayat yang akan dilaluinya sudah tidak berada jauh lagi daripada penghujungnya.

⁹⁸  Kata-kata Nabi Ibrahim di atas adalah sebagai menjawab pertanyaan daripada Allah s.w.t. أولم  تؤمن
Bermaksud; "Adakah engkau tidak percaya (beriman)?” yang diajukan kepada Baginda a.s. setelah Baginda meminta agar Allah menunjukkan sendiri proses penghidupan semula orang-orang yang telah mati. Dalam erti kata yang lain Nabi Ibrahim ingin meningkatkan imannya peringkat Ilmu yakin (kepercayaan yang didapati seseorang daripada penyaksian dengan mata kepalanya sendiri). Bagi golongan yang sependapat dengan Imam Bukhari, permintaan Nabi Ibrahim as. menunjukkan iman seseorang boleh bertambah dan berkembang. Sementara golongan yang sependapat dengan Imam Abu Hanifah pula mendakwa permintaan Baginda itu hanyalah sebagai menyempurnakan iman yang sudah sedia ada.  Kerana dengan mengatakan penyaksian proses penghidupan semula sebagai juzu' atau komponen yang membentuk iman, akan mengakibatkan Iman Nabi Ibrahim as. sebelum itu  dipercayai masih belum ada atau belum lengkap komponennya. Kisah Nabi Ibrahim as. ini juga menunjukkan bahawa kita digalakkan terus mencari bahan sesuatu dalil dan bukti yang boleh menjadi penyebab kepada pertambahan iman. Dan bahan sumber yang terbaik untuk proses peningkatan iman adalah ilmu yang hanya mampu diperoıehi melaıui pembelajaran. Salah satu cara pembelajaran yang paling mudah, efektif dan praktikal adalah dengan membaca. Kerana melalui pembacaan, keimanan boleh meningkat daripada peringkat 'ilmi Yaqin, kepada 'Anul

156

Tiada ulasan:

Catat Ulasan