Khamis, Disember 24, 2020

Sahih bukhari kitab iman sesi 01 157

Sahih bukhari kitab iman sesi 01 157

Bersama Kami Sejenak untuk  Beriman  (Menyegarkan ziman)⁹⁹  Kata Ibnu Masud: Keyakinan Itu Adalah Iman Kesemuanya .¹⁰⁰ Ibnu Berkata: Seseorang Itu Tidak Akan Sampai Kepada Haqiqat Taqwa Selagi Dia tidak meninggalkan Perkara Yang Diragui Hati Sanubarinya.¹⁰¹ Mujahid  Berkata Ketika


___________________________________________________________
Yaqin dan seterusnya kepada Haqqul Yaqin (Kepercayaan yaru.' didapati seseorang hasil pengalamannya sendiri).

⁹⁹ Atsar Musaaz ini sahih. la dwashalkan oleh Ibnu Abi Syaibah, Ahmad dan Abu Ubaid alQaasim bin Sallaam di dalam Kitabul Imannya. Maksud kata-kata Muaaz "untuk kita beriman" ialah untuk kita menyegarkan iman atau meningkatkannya dengan berzikir dan membincangkan sesuatu yang ada kaitannya dengan iman. la dengan jelas menolak pegangan golongan Murjiah tentang tidak berkesannya apa-apa amalan kebajikan kepada perkembangan iman.

¹⁰⁰ Atsar Ibnu MaSud ini diwashalkan oleh at-Thabaraani di dalam al-Musjam al-Kabirnya. al-Baihaqi di dalam Syuabul Imannya dan Abu Nuaim di dalam Hilyahnya. Atsar Ibnu Massud ini selengkapnya adalah seperti berikut:
الصبرُ نصفُ الإيمانِ واليقينُ الإيمانُ كلُّه.
Bermaksud: "Sabar adalah separuh iman dan yakin (pula) adalah iman semua sekali." la diriwayatkan secara marfuk dan mauquf. Tetapi yang mahfuz dan yang sahihnya ialah yang mauquf. Ibnu Masud mentaukidkan perkataan iman dengan katanya: "kesemuanya atau semua sekali". Imam Bukhari berdalil dengan kata-kata Ibnu Mas'ud ini untuk menguatkan lagi dakwaan beliau iman itu merupakan satu Kull yang tentu sekali mengandungi beberapa komponen. la juga turut menggambarkan bahawa tahap dan kesan daripada keyakinan setiap orang yang beriman itu berbeza-beza. Boleh juga dikatakan Imam Bukhari berdalil dengan bahagian pertama atsar ini iaitu الصبرُ نصفُ الإيمانِ. Kalau iman itu ada separuhnya, tentulah ada juga keseluruhannya. Dengan itu terbuktilah iman itu ada komponen yang membentuk keseluruhannya.

 ¹⁰¹  Mafhum atsar Ibnu 'Umar ini terdapat di dalam hadits yang diriwayatkan oleh Muslim daripada an-Nawwaas secara marfu' dan di dalam hadits yang diriwayatkan oleh Tirmizi dan Haakim daripada 'Athiyyah as-Sa'di juga secara marfu'. Lafaznya ialah:
لا يبلغُ العبدُ أن يكون من المتَّقينَ ، حتى يدعَ ما لا بأسَ به ، حذرًا لما به بأسٌ

Bermaksud: "Seseorang hamba itu tidak akan menjadi orang yang (benar-benar) bertaqwa selagi ia tidak meninggalkan sesuatu yang harus kerana takut akan terjerumus dalam perkara yang terlarang." 

Atsar ini dengan lafaz yang dikemukakan oleh Bukhari di atas tidak diketahui siapakah yang meriwayatkannya. 

Taqwa ada banyak peringkat dan pengertiannya. Antara pengertian taqwa yang telah diberikan oleh para ulama' ialah: 
(1) Mengelak diri daripada melakukan perkara-perkara yang tidak baik kepada diri sendiri sama ada untuk kehidupan di dunia mahupun di akhirat. 
(2) Mengelak diri daripada melakukan dosa-dosa besar. 
(3) Mengelak diri daripada melakukan perkara-perkara bid'ah. 
(4) Mengelak diri daripada melakukan segala dosa termasuk dosa-dosa kecil. 
(5) Mengelak diri daripada melakukan perkara syubahat atau perkara-perkara yang diragui oleh hati kecil dan hati nurani sendiri. 
(6) Mengelak diri daripada melakukan perkara-perkara yang tidak diragui tentang keharusan melakukannya, tetapi dibimbangi ia akan melekakan kita daripada melaksanakan tanggungjawab yang sebenarnya, sekiranya ia dilakukan secara berterusan. Secara umumnya kesemua maksud taqwa yang diberikan di atas boleh dikaitkan dengan Iman. Malah tujuan Imam Bukhari memetik kata-

157

Tiada ulasan:

Catat Ulasan