Jumaat, Disember 04, 2020

Sahih muslim kitab iman sesi 34(083)

Sahih muslim kitab iman sesi 34(083)

²⁴⁸dalam khutbah (ucapan) Baginda yang berlangsung pada hari Nahar (hari raya haji) di Mina.Ucapan ini mungkin disebutkan oleh Baginda sesudah menyatakan keharaman darah, harta-benda dan kehormatan orang-orang Islam sesama mereka. Haji tersebut dinamakan'Haji Wada" kerana ketika itulah Rasulullah s.a.w. mengucapkan 'selamat tinggal' kepada manusia dan berkhutbah
kepada mereka mengenai urusan agama. Dalam majlis yang sama baginda s.a.w. berpesan agar orang-orang yang hadir menyampaikan ucapannya itu kepada orang-orang yang tidak hadhir.

²⁴⁹ Perkataan 'sesudah yang disebut Rasulullah s.a.w. di sini berkemungkinan membawa beberapa maksud berikut: (1) Sesudah aku beredar dari tempat aku menyampaikan khutbah ini.
(2) Sesudah aku memberitahu kepada mu apa yang kamu patut dan tidak patut lakukan, 
(3) Sesudah kewafatanku.

²⁵⁰ Menurut Imam Nawawi, terdapat tujuh pendapat berkenaan dengan sabda Baginda 'janganlah
kamu kembali menjadi kafir sesudahku':
(1) Apa yang dimaksudkan dengan kufur itu ialah kufur
dari segi syara' sekiranya perbuatan membunuh orang Islam secara tanpa hak itu dianggap halal. Kerana hakikatnya seseorang itu telah menghalalkan sesuatu yang sudah diketahui keharamannya secara dharuri. Maksudnya ialah: janganlah karnu menjadi kafir dengan menganggap halal membunuh sesama sendiri, kerana dengan sebab itu kamu boleh terkeluar daripada agama lslam.
(2) Kufur yang dimaksudkan oleh Rasulullahir s.a.w'. di sini ialah kufur ni'mat dan hak-hak agama Islam. Maksudnya ialah: janganlah kamu menjadi orang-orang yang mengingkari ni'mat beragama Islam dan persaudaraannya, sehingga kamu saling bertetakan dan berbunuhan. 
(3) Perbuatan yang disebutkan itu boleh membawa kepada kekufuran yang sebenar. Jadi maksud sabda Baginda s.a.w. ini ialah: janganlah kamu melakukan sesuatu yang boleh membawa kamu menjadi kafir; iaitu dengan berbunuhan sesama sendiri. 
(4) Perbuatan yang disebutkan itu ialah perbuatan orang-orang kafir. Maka maksud sabda Baginda ini ialah: janganlah kamu menyerupai orang-orang kafir dengan saling berbunuhan sesama sendiri. Pendapat ini adalah pilihan Qadhi 'lyaadh dan al-Qurthubi. 
(5) Menjadi kafir yang disebut Rasulullahh s.a.w. di dalam hadits ini ialah menjadi kafir yang hakiki. Jadi sabda Baginda ini bermaksud:janganlah kamu menjadi kafir
(murtad) sesudahku, bahkan kamu teruslah menjadi orang-orang yang beriman. 
(6) Yang dimaksudkan dengan 'kufur' (كفر) itu ialah المتكفرون بالسلاح(orang-orang yang lengkap bersenjata).Maka maksud sabda Baginda di sini ialah:janganlah karnu menjadi orang-orang bersenjata yang bersedia untuk bertetakan sesama sendiri. 
(7) Janganlah kamu saling mengkafirkan sesama sendiri, kerana dengan sebab itu kamu akan menghalalkan pembunuhan sesama sendiri dan akibatnya kamu akan terkeluar daripada agama Islam dengan mengkafirkan orang-orang Islam dan menghalalkan membunuhnya. Disebabkan terlalu berpegang dengan maksud zahir lafaz
'kufur' itu, golongan Khawarij telah menjadikan hadits ini sebagai dalil tentang kafirnya orang- orang yang meiakukan dosa besar. Manakala golongan ahli bid'ah (seperti Khawarij dan Syi'ah) pula menjadikan hadits ini sebagai bukti bahawa ijma' para sahabat itu tidak layak untuk diterima sebagai hujah. Kerana para sahabat itu boleh murtad pada bila-bila masa sahaja. Itulah sebabnya
Nabi s.a.w. memberi amaran kepada mereka. Kekeliruan seperti ini tidak akan timbul sekiranya
lafaz 'kufur' atau 'kafir' dipakai dalam skop ma'nanya yang luas. Antara kesimpulan yang dapat dipetik daripada hadits ini ialah: 
(1) Manusia haruslah sentiasa diberikan nasihat dan
peringatan tanpa mengira usia dan pangkat. 
(2) Tidak salah memberikan ancaman kepada golongan manusia yang baik-baik, terutamanya jika sudah kelihatan tanda-tanda yang kurang baik pada rnereka atau perancangan awal musuh-musuh mereka sudah pun dijangkakan.
(3)

83

Tiada ulasan:

Catat Ulasan