Sahih muslim kitab iman sesi 34(084)
باب حُكْمِ إِيْمِانِ مَنْ طَعَنِ فِي النَّسَبِ وَالنِّيَاحَةِ عَلَى الْمَيِّتِ:
Bab (Status) Hukum Iman, Orang Yang Mencerca Nasab Dan Meratapi Orang Mati.²⁵¹
٥٥-عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ اثْنَتَانِ فِي النَّاسِ هُمَا بِهِمْ كُفْرٌ الطَّعْنُ فِي النَّسَبِ وَالنِّيَاحَةُ عَلَى الْمَيِّتِ
55- Abu Hurairah r.a. meriwayatkan, katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: "Ada dua perkara pada manusia (muslim), kedua-duanya dapat menyebabkan mereka menjadi
kafir:²⁵² ( 1) Mencela keturunan²⁵³ dan (2) Meratapi mayat.²⁵⁴
___________________________________________________________
Orang-orang Islam yang sebenar tidak akan saling berbunuhan sesama sendiri.
(4) Membunuh sesama sendiri itu adalah amalan orang kafir, atau petanda kekafiran seseorang.
(5) Orang Islam perlu berwaspada dengan golongan- golongan yang menda'wa Islam, tetapi secara terang- terangan membunuh orang Islam yang bukan dari kalangan mereka tanpa sebarang alasan yang yang dibenarkan Syara.
(6) Kekufuran adalah suatu yang keji. Kerana itu ia mestilah dijauhi.
(7)Orang-orang Islam mestilah rnenjauhi perkara keji, terutamanya jika ia membawa kepada kekejian yang lebih teruk.
²⁵¹ Tajuk di atas adalah pilihan al-Itsyubi. Imam Nawawi, Qadhi 'lyaadh dan kebanyakan penyusun matan membuat tajuk untuk hadits seterusnya begini: . '
باب إطلاق اسم الكفر على الطَّعْنُ فِي النَّسَبِ وَالنِّيَاحَةُ
(Bab Penggunaan Lafaz 'Kufur' Secara Mutlak Untuk Perbuatan Mencerca Nasab Dan Meratap),
Al-Ubbi membuat tajuk begini:
باب قوله صلى الله عليه وسلم ثنتان في الناس هما بهم كفر
(Bab Sabda Nabi s.a.w: Sifat Manusia Yang Merupakan Kekufuran Pada Mereka).
As-Sanusi pula membuat tajuk begini'
باب الطعن في الأنساب والنياحة على الميت
(Bab Mencerca Nasab Dan Meratapi Orang Mati).
Al-Qurthubi tidak meletakkan apa-apa tajuk baharu untuk hadits berikutnya.
²⁵² Maksud perkataan' kufur' atau 'kafir' yang disebutkan di dalam hadits ini sama sahaja dengan maksud 'karfir di dalam hadits 54 sebelum ini. Untuk itu sila lihat nota ²⁴⁶ dan ²⁵⁰
²⁵³ Sama ada keturunan sendiri atau keturunan orang lain. Termasuk dalam perbuatan mencela atau mencerca juga perbuatan mengubah atau menafikannya.
²⁵⁴ Perkataan النياحة itu asalnya bermakna meratap dengan tangisan yang kuat, tapi yang dimaksudkan di dalam hadits ini ialah perbuatan meratap itu sendiri, sama ada ia dilakukan dengan tangisan yang kuat ataupun dengan cara-cara lain, seperli memakai pakaian hitan,
mengibarkan bendera separuh tiang, membuat pengumuman secara besar-besaran, memuji-muji
si mati secara berlebihan dan sebagainya. Perkataan النياحة atau meratap di dalam hadits biasanya dikaitkan dengan kaum wanita, justeru pernah ada suatu ketika Rasulullah s.a.w. membai'ah kaum wanita dengan salah satu tuntutan baginda ialah mereka tidak boleh meratap. Larangan ini
sebenamya tidak khusus untuk kaum wanita sahaja, ia ditujukan kepada mereka secara khusus kerana pada masa itu, merekalah yang paling banyak terlibat dengannya. Antara kesimpulan
84
Tiada ulasan:
Catat Ulasan