Sahih muslim kitab iman sesi 36(086)
٥٧-جَرِيرُ بْنُ عَبْدِ اللَّهِ يُحَدِّثُ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِذَا أَبَقَ الْعَبْدُ لَمْ تُقْبَلْ لَهُ صَلَاةٌ
57- Jarir bin'Abdullah r.a. meriwayatkan, katanya: Nabi s.a.r.v. bersabda: "Apabila seseorang hamba sahaya lari (dari tuannya), maka sembahyangnya²⁵⁷ tidak diterima.²⁵⁸
___________________________________________________________
Hadits-hadits sepert ini tidak seharusnya dijadikan bukti bahawa Islam menyukai dan merestui sistem perhambaan yang berlaku di sepanjang sejarah manusia.
²⁵⁷ Yang dimaksudkan di sini bukanlah sembahyang sahaja, tetapi merangkumi juga puasa dan lain-lain amalan kebajikan. Sembahyang disebutkan secara khusus di sini sebagai kinayah; kerana itulah amalan kebajikan yang paling utama.
²⁵⁸ Al-qurthubi berpendapat, hadits ini boleh dipakai secara zahir jika hamba itu menganggap perbuatannya itu halal; kerana dengan sebab itu dia menjadi kafir dan amalan kebajikan orang kafir memang tidak diterima oleh Tuhan. Jika dia tidak menganggapnya halal, sembahyangnya itu
tidak sah menurut pendapat orang yang mengatakan sembahyang di dalam rumah yang dirampas itu tidak sah. Orang-orang yang mengatakan sembahyang itu sah pula, mereka mengatakan hadits tersebut adalah untuk menyatakan besarnya dosa melarikan diri itu. Dosa yang diperolehinya kerana perbuatan tersebut adalah lebih besar daripada pahala yang diperolehinya daripada
sembahyangnya. Seolah-olahnya dia tidak mendapat pahala langsung, kerana yang paling utama untuknya ketika itu bukanlah ber'ibadat, tetapi kembali semula kepada tuannya. Pahala yang diperolehinya hasil daripada ber'ibadat itu tidak akan cukup untuk melepaskannya daripada hukuman yang bakal ditimpakan Tuhan ke atasnya. Hadits ini sama ma'nanya dengan sebuah hadits lain yang berbunyi:
أن شارب الخمر لا تُقْبَلْ منه صَلَاةٌ أَرْبَعِينَ يَوْمًا
Bermaksud: Sesungguhnya orang yang minum arak itu tidak diterima sembahyangnya selama empat puluh hari. (Hadits riwayat Nasaa'i, Daruqutni dan lain-lain).
Menurut Ibnu as-Shalah pula, sembahyangnya itu tidak
diterima oleh Tuhan kerana ia disertakan dengan ma'shiat, tetapi ia sah sekiranya cukup syarat dan rukun-rukunnya. Tidak ada apa yang bercanggah di dalam hadits ini. Dengan kata lain, sembahyangnya itu tidak perlu diqadha' dan dia juga tidak akan dihukum oleh Tuhan kerana
meninggalkan sembahyang, cuma dia tidak mendapat pahala saja. Sembahyangnya itu hanya sekadar boleh melepaskan kewajipan. Pendapat beliau ini menarik.
Antara kesimpulan yang dapat dipetik daripada hadits ini ialah:
(1) Amalan hamba hanya akan diterima, atau diberikan
pahala, atau berfaedah untuknya di akhirat kelak sekiranya hamba tersebut tidak melakukan dosa besar, terutamanya yang bersangkut-paut dengan manusia.
(2) Seseorang yang telah melakukan dosa besar perlulah bertaubat agar amal 'ibadatnya berfaedah kepadanya. Sekiranya dosa itu berkaitan dengan manusia, dia perlulah menyelesaikannya dengan cara meminta ma'af,membayar ganti rugi, memulihkan keadaan, kembali kepada tuannya (dalam kes hamba yang lari) atau sebagainya yang diperlukan agar amalan kebajikannya diterirna kembali oleh Tuhan.
(3)Tidak ada faedahnya 'ibadat yang disertakan dengan ma'shiat.
(a) Tidak ada gunanya sibuk dengan perkara yang sunat, sekiranya perkara yang wajib pun belum terlaksana, begitu juga dengan perkara yang wajib, sekiranya perkara wajib yang lebih utama daripadanya belum terlaksana.
(5) Soal keutamaan haruslah diberikan perhatian dalam memilih 'ibadat atau perkara-perkara lain yang akan dikerjakan.
86
Tiada ulasan:
Catat Ulasan