Sahih muslim kitab iman sesi 36(087)
َ
بَابُ حُكْمِ إِيْمَانِ مَنْ قَالَ مُطِرَنَا يِنُوْءِ كَذَا
Bab Hukum Iman Orang Yang Berkata Kami Mendapat Hujan Kerana Bintang Sekian.²⁵⁹
٥٨-عَنْ زَيْدِ بْنِ خَالِدٍ الْجُهَنِيِّ قَالَ صَلَّى بِنَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ صَلَاةَ الصُّبْحِ بِالْحُدَيْبِيَةِ فِي إِثْرِ السَّمَاءِ كَانَتْ مِنْ اللَّيْلِ فَلَمَّا انْصَرَفَ أَقْبَلَ عَلَى النَّاسِ فَقَالَ هَلْ تَدْرُونَ مَاذَا قَالَ رَبُّكُمْ قَالُوا اللَّهُ وَرَسُولُهُ أَعْلَمُ قَالَ قَالَ أَصْبَحَ مِنْ عِبَادِي مُؤْمِنٌ بِي وَكَافِرٌ فَأَمَّا مَنْ قَالَ مُطِرْنَا بِفَضْلِ اللَّهِ وَرَحْمَتِهِ فَذَلِكَ مُؤْمِنٌ بِي كَافِرٌ بِالْكَوْكَبِ وَأَمَّا مَنْ قَالَ مُطِرْنَا بِنَوْءِ كَذَا وَكَذَا فَذَلِكَ كَافِرٌ بِي مُؤْمِنٌ بِالْكَوْكَبِ
58- Zaid bin Khalid al-Juliani²⁶⁰ meriwayatkan, katanya: "Rasulullah s.a.w. pernah mengimami kami shalat Subuh di Hudaibiyah,²⁶¹ sesudah pada malamnya hujan turun.
___________________________________________________________
²⁵⁹ Al-Itsyubi membuat tajuk seperti ini kerana berpendapat ianya lebih sesuai dengan Kitab al-Iman. Adapun orang lain seperti Imam Nawawi, Qadhi 'Iyaadh dan kebanyakan penyusun matan,mereka membuat tajuk begini;
باب بيان كفر مت قال مطرنا بالنوء
(Bab Menerangkan Kekufuran Orang Yang Berkata "Kami Mendapat Hujan Kerana Bintang").
Al-Ubbi telah mernbuat tajuk begini:
باب أحاديث أصبح من عبادي مؤمن بي وكافر
(Bab Hadits-hadits "Ada Hamba-hambaKu Yang Beriman Dan Ada Juga Yang Kafir DenganKu Pada Waktu Pagi").
As-Sanusi membuat tajuk begini:
(Bab Orang Yang Berkata "Kami Mendapat Hujan Kerana Bintang-bintang" ltu Kafir).
باب من قال مطرنا بالأنواء فهو كفر
Al-Qurlhubi pula membuat tajuk begini:
باب نسبة الاختراع لغير الله سبحانه وتعالى حقيقة الكفر
(Bab Menisbahkan Sifat Pencipta ltu Kepada Selain Allah s.w.t. Adalah Kekufuran Yang Sebenar).
tun Nisball beliau ialah kepada Juhainah bin Zaid bin Laits bin Suud bin Aslam bin Ilhaaf binQudha'ah. Kuniah beliau ialah Abu Talhali al-Madani, ada juga yang mengatakannya Abu 'Abdir Rahman. Beliau adalah seorang Sahabat yang terkenal. Hadits beliau dikategorikan sebagai
"riwayat orang Hijaz". Beliau telah meriwayatkan sebanyak 81 buah hadits, Bukhari & Muslim sama-sama meriwayatkan sebanyak lima buah daripadanya. Imam Muslim bersendirian dalam meriwayatkan sebanyak tiga hadits daripada beliau; iaitu rirvayat beliau daripada:
(1) Nabi s.a.w.,
(2) Utsman bin 'Affan,
(3) Abu Talhah al-Anshari. Beliau telah meninggal dunia di Kufah pada penghujung zaman pemerintahan Mu'awiyah. Ada juga yang mengatakan di Madinah, pada tahun
78H ketika berusia 85 tahun.
²⁶¹ Ia adalah satu oasis yang jaraknya beberapa batu daripada Mekah. Boleh disebut sebagai Hudaibiyah (mengikut loghat orang Yaman) atau Hudaibiyyah (mengikut loghat orang lraq).Kebanyakan perawi meriwayatkan dengan lafaz "Hudaibiyyah".
87
Tiada ulasan:
Catat Ulasan