Rabu, Julai 28, 2021

Daurah tafsir 2019 sesi 28(90)nota 16(436-437)s

Daurah tafsir 2019 sesi 28(90)nota 16(436-437)s

090.Surah Albalad.
Surah Al balad
Tertib surah 90
Bilangan ayatnya 20
Bilangan rukuk 1
Surah Makkiyah
Tertib turun 35
Bilangan paragraf  4
Paragraf 1ayat1-4 Dunia adalah tempat yang penuh dengan ujian dan kesukaran, manusia boleh menjadi أَصْحَابُ الْمَيْمَنَةِ apabila berjaya  menghadapi ujian dan kesukaran dunia.
Paragraf 2 ayat 5-10 Kedua-dua jalan telah diletakan di hadapan manusia ,dia boleh menjadi seorang yang kedekut boleh juga menjadi seorang yang pemurah.
Paragraf 3 ayat 11-18  Menegakan keadilan dan kesaksamaan dalam masyarakat adalah satu kerja pendakian  yang sukar الْعَقَبَةَ
Paragraf 4 ayat 19-20 Kesudahan hidup أَصْحَابُ الْمَيْمَنَةِ dan    أَصْحَابُ الْمَشْأَمَةِ adalah berbeza.

Mesej utama
1.Antara dua jalan ( النَّجْدَيْنِ) pilihlah jalan pendakian yang sukar.
2.Berusahalah untuk termasuk dalam kumpulan أَصْحَابُ الْمَيْمَنَةِ

Zaman Diturunkan
Surah al-Balad diturunkan pada peringkat ketiga kehidupan Rasulullah s.a.w. di Mekah antara tahun ke-6 hingga ke-10 Kenabian, ketika itu Mekah yang terkenal dengan bandar yang penuh dengan keamanan dan kedamaian البَلَد الأمين   juga tidak selamat dan tidak aman lagi kepada Rasulullah pun. Bermacam-macam kezaliman dan kekejaman telah dihalalkan terhadap Rasulullah وَأَنتَ حِلٌّۢ بِهَٰذَا ٱلْبَلَدِ 

Al-Balad 90:2وَأَنتَ حِلٌّۢ بِهَٰذَا ٱلْبَلَدِ 
dan engkau (Muhammad), bertempat di negeri (Mekah) ini,


Perkaitan Surah Al-Balad Dengan Surah Sebelum Dan Selepasnya
1. Di dalam Surah al-Fajr sebelum ini telah pun dinyatakan sifat-sifat النفس غير المطمئنة, dengan sebab tidak percayakan hari akhirat mereka tidak menerima keadilan kemasyarakatan, kerana itulah mereka begitu cintakan harta dan sanggup merampas harta anak-anak yatim dan orang miskin, mereka juga tidak teragak-agak untuk memakan harta pusaka tanpa sebenar. Di dalam Surah al-Balad ini keadilan kemasyarakatan dikatakan sebagai satu jalan yang sukar العَقَبَةُ, ia hanya dapat dilalui dengan berjaya oleh orang-orang yang yakin akan adanya hari akhirat dan mereka tentunya orang-orang yang bernasib baik kerana menjadi أَصْحَابُ المَيْمَنَةِ (ahli syurga).

2. Di dalam Surah al-Balad dan juga Surah as-Syams selepas ini ada tersebut tentang kebebasan memilih
pada manusia, di dalam surah ini ia disebutkan dengan  وَهَدَيْنَٰهُ ٱلنَّجْدَيْنِ dan di dalam Surah as-Syams pula ia disebutkan dengan   فَأَلْهَمَهَا فُجُورَهَا وَتَقْوَىٰهَا kedua-duanya menunjukkan hakikat bahawa manusia itu mempunyai kedua-dua kemampuan sama ada untuk memilih jalan kebaikan atau jalan kejahatan. Dengan menggunakan kebebasan yang ada pada manusia dengan cara yang betul, manusia boleh menjadi ahli syurga, dengan menyalahgunakannya pula manusia boleh menjadi ahli neraka.

Al-Balad 90:10 وَهَدَيْنَٰهُ ٱلنَّجْدَيْنِ 
Dan Kami telah menunjukkan kepadanya dua jalan (kebajikan dan kejahatan),

Ash-shams 91:8 فَأَلْهَمَهَا فُجُورَهَا وَتَقْوَىٰهَا
maka Dia mengilhamkan kepadanya (jalan) kejahatan dan ketakwaannya,


Beberapa Kata Kunci Dan Tema Utama Surah
1. Di dalam surah ini dibuat perbandingan di antara أَصْحَٰبُ ٱلْمَيْمَنَةِ dan أَصْحَٰبُ ٱلْمَشْـَٔمَةِ.

Al-Balad 90:18أُو۟لَٰٓئِكَ أَصْحَٰبُ ٱلْمَيْمَنَةِ
Mereka (orang-orang yang beriman dan saling berpesan itu) adalah golongan kanan.

Al-Balad 90:19وَٱلَّذِينَ كَفَرُوا۟ بِـَٔايَٰتِنَا هُمْ أَصْحَٰبُ ٱلْمَشْـَٔمَةِ
Dan orang-orang yang kafir kepada ayat-ayat Kami, mereka itu adalah golongan kiri.

2.Keadilan kemasyarakatan dan perekonomian adalah suatu jalan yang sukar di lembah kehidupan أَصْحَٰبُ ٱلْمَيْمَنَةِ ٱلْعَقَبَةَ,  manusia yang bernasib baik jua dapat melepasinya dengan berjaya, mereka ialah orang-orang yang membudayakan وَتَوَاصَوْا۟ بِٱلصَّبْرِ (saling berpesan-pesan dengan kesabaran) dan وَتَوَاصَوْا۟ بِٱلْمَرْحَمَةِ (saling berpesan-pesan supaya mengasihani satu sama lain).

Al-Balad 90:11فَلَا ٱقْتَحَمَ ٱلْعَقَبَةَ
tetapi dia tidak menempuh jalan yang mendaki dan sukar?

Al-Balad 90:17
ثُمَّ كَانَ مِنَ ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ وَتَوَاصَوْا۟ بِٱلصَّبْرِ وَتَوَاصَوْا۟ بِٱلْمَرْحَمَةِ 
Kemudian dia termasuk orang-orang yang beriman dan saling berpesan untuk bersabar dan saling berpesan untuk berkasih sayang.


3. Golongan أَصْحَٰبُ ٱلْمَشْـَٔمَةِ pula adalah manusia yang malang dan celaka, ia tidak dapat melepasi ٱلْعَقَبَةَ yang menuntut pengorbanan, dia tidak fikir Allah sedang melihatnya dan Allah boleh menghukumnya.

Al-Balad 90:19 وَٱلَّذِينَ كَفَرُوا۟ بِـَٔايَٰتِنَا هُمْ أَصْحَٰبُ ٱلْمَشْـَٔمَةِ 
Dan orang-orang yang kafir kepada ayat-ayat Kami, mereka itu adalah golongan kiri.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan