Rabu, Julai 28, 2021

Sahih Al Bukhari (Bahagian 1 010)

Sahih Al Bukhari (Bahagian 1 010)

keadaan permulaan wahyu, sedangkan sekiranya hadits-hadits yang berada di bawah tajuk ini diperhatikan, kandungan-kandungan haditsnya tidak menggambarkan keadaan permulaan wahyu kecuali hanya satu hadits sahaja iaitu hadits yang ketiga yang menceritakan bagaimana Nabi s.a.w. didatangi Malaikat Jibril ketika sedang beribadat di dalam Gua Hira'. Jadi ia menimbulkan persoalan kerana tajuk yang diletakkan oleh Imam Bukhari seolah-olahnya tidak menepati kandungan hadits-hadits di bawahnya. Atau dengan kata yang lain, kandungan hadits tidak menepati kehendak tajuk. Contohnya, hadits pertama menceritakan tentang niat orang-orang yang berhijrah. Sedangkan peristiwa tersebut tidak berlaku di permulaan Nabi s.a.w. mendapat wahyu. Begitu juga dengan hadits yang kedua, di mana Nabi s.a.w. telah ditanya tentang bagaimana keadaan wahyu itu datang dan jawapan Baginda kepada pertanyaan tersebut tidak mengambarkan penurunan wahyu yang pertama sahaja. Berhubung dengan kemusykilan tentang ketidaktepatan tajuk dengan hadits-hadits yang tersebut di bawahnya, para 'ulama' pengkaji Sahih Bukhari telah menyimpulkan beberapa jawapan hasil daripada kajian dan perbahasan mereka tentangnya. Antara jawapan tersebut ialah: 
(1) Perkataan  بَدّءُ yang bermaksud permulaan di dalam tajuk di atas, berma'na wahyu itu sendiri. Jawapan ini ditarik daripada perbahasan ilmu Nahu, di mana perkataan بَدْءُ الوحي  merupakan gabungan إضافة بيانية  dengan erti بَدّءُ  itu bemakna wahyu itu sendiri. Maka ia seharusnya diaqdirkan begini: كيف كان الوحي الى رسول الله Ertinya, "Bagaimanakah keadaan wahyu datang kepada Rasulullah", ia bukan bererti permulaan wahyu. Jadi perkataan بَدّءُ itu tidak diterjemahkan ma'nanya. Kerana tujuan ia dimasukkan oleh Imam Bukhari ke dalam tajuknya itu hanyalah semata-mata untuk memenuhi iltizamnya sahaja, iaitu mengisyaratkan kepada permulaan di setiap permulaan babnya. Namun pendapat ini disangkal oleh mereka yang mengatakan bahawa tidak mungkin tokoh agung seperti Imam Bukhari sengaja meletakkannya tanpa memaksudkan apa-apa. 
(2) Permulaan wahyu bukanlah turun kepada Nabi s.a-w. sahaja. Kerana sebelum itupun nabi-nabi yang lain sudah menerima wahyu masing-masing. Tetapi setelah Nabi Isa a.s. wafat, penurunan wahyu telah terhenti setelah sebelumnya zaman wahyu tidak pernah terputus. Jadi maksud permulaan penurunan wahyu di sini ialah permulaan penurunan semula wahyu setelah ia terputus sekian lama. Jadi perkataan "Permulaan" di sini bukannya bererti wahyu yang mula-mula diterima oleh Nabi s.a.w. Wahyu kali ini adalah istimewa dan berbeza daripada wahyu-wahyu sebelumnya- Di mana ia boleh dianggap sebagai "kelahiran semula" wahyu menggantikan wahyu-wahyu sebelumnya. 
(3) Maksud "Bagaimana permulaan wahyu" boleh diperincikan Iagi kepada:
a- كيف atau keadaan yang dimaksudkan oleh Imam Bukhari di sini bukanlah terbatas kepada keadaan wahyu itu sahaja, tetapi merangkumi keadaan-keadaan di sekitamya seperti keadaan peribadi Nabi s,a.w. sendiri selaku penerima wahyu, keadaan tempat, masa dan penerimaan masyarakat setempat, iaitu merangkumi ،كيفية زمانية،  كيفية حالية dan كيفية مكانية. Ini bererti بَدّءُ atau permulaan yang dimaksudkan oleh Imam Bukhari tidaklah bermaksud permulaan wahyu sahaja. Sebaliknya ia merangkumi permulaan-pennulaan yang lain termasuklah dari segi tempat, masa, masyarakat, permulaan tindakan Nabi s.a.w. dalam memulakan misi dakwahnya dan sebagainya. 
b- Wahyu yang dimaksudkan oleh Imam Bukhari di sini bukanlah terbatas kepada wahyu al-Qur'an sahaja. Kerana selain al-Qur'an, terdapat Iagi wahyu-wahyu lain termasuklah hadits. Di dalam al-Qur'an Allah berfirman:

Ash-Shura 42:51

وَمَا كَانَ لِبَشَرٍ أَن يُكَلِّمَهُ ٱللَّهُ إِلَّا وَحْيًا أَوْ مِن وَرَآئِ حِجَابٍ أَوْ يُرْسِلَ رَسُولًا فَيُوحِىَ بِإِذْنِهِۦ مَا يَشَآءُۚ إِنَّهُۥ عَلِىٌّ حَكِيمٌ 



10

Tiada ulasan:

Catat Ulasan