Tafsir asas quran nota 9(302)326-336
(20) Bercermat Dalam Tafsir AI-Qur'an Menggunakan Sains Moden.
Usul ke-20 ialah Bercermat Dalam Mentafsir Al-Qur'an Menggunakan Sains Moden.
(الاحتياط في تفسر القرآن عل ضوء الجديد)
Terdapat ramai sekali pentafsir al-Qur'an di zaman moden ini berkata. "Firman Allah ini tepat sekali dengan penemuan sains moden hari ini". Ramai juga yang berkata, "Penemuan sains yang telah terbukti benar juga menyokong apa yang disebut Allah dalam ayat ini”. Maksud mereka İalah menunjukkan bahawa tidak adanya percanggahan di antara al-Quran yang memang benar dan sains yang telah terbukti dan diakui kebenarannya.
Al-Qur'an adalah kalam Allah. la mengandungi hakikat yang abadi. Sementara sains pula tidak lebih daripada satu usaha kerdil manusia untuk mengetahui dan memahami hakikat alam di sekelilingnya, lalü mengambil sebanyak mungkin faedah daripadanya. Sains boleh berubah. malah sentiasa berubah. Al-Qur'an pula tidak pernah berubah dan tidak akan berubah. Tidak ada satu pun ayat al-Qur'an yang lapuk sehingga ia layak ditinggalkan.
Perlu sekali disedari bahawa Al-Qur'an itü bukan sebuah kitab ilmu sains. Al-Qur'an adalah kitab yang memberikan petunjuk kebenaran kepada umat manusia, baik dalam bentuk teori mahupun praktis dalam mengharungi kehidupan di dunia. Meskipun demikian harus diakui juga bahawa di dalam al-Qur'an terdapat berbagai isyarat dan kenyataan tentang dasar-dasar sains yang meliputi berbagai disiplin ilmu pengetahuan. Oleh kerana al-Quran merupakan kitab petunjuk bagi kebahagian dunia dan akhirat, maka tidak hairan kalau di dalamnya terdapat berbagai petunjuk tersirat dan tersurat yang berkaitan dengan sains, untuk mendukung fungsinya sebagai kitab petunjuk.
Hakikat ilmu al-Quran adalah qath'i dan muthlaq,sedangkan ilmu manusia tidak begitu sifatnya, kerana ia terbatas dengan uji kaji, keadaan, zaman dan tempat di mana ia digunakan. Sifat teori dan penemuan ilmiah sememangnya terdedah kepada keruntuhan. Apabila muncul teori baharu selepasnya. Apabila ia dikaitkan dengan kitab suci al-Qur'an, maka akibatnya ialah kebenaran alQur'an seolah-olahnya dapat dipatahkan oleh teori saintifik yang belum tentü sahihnya. İni adalah suatu yang mustahil diterima, kerana al-Qur'an itü merupakan kitab yang tidak ada sebarang keraguan dan kesilapan padanya. Bagaimana pula ia boleh dibatalkan oleh teori manusia!
Kerana itulah terdapat pro dan kontra di antara para ulama' tentang keharusan mentafsir alQur'an menggunakan sains moden.
Pro Dan Kontra Sekitar Tafsir Saintifik: Antara Pendukung Dan Penentangnya.
Terlebih dahulu perlu diketahui bahawa apa yang dimaksudkan dengan tafsir saintifik di sini ialah memadankan penemuan sains moden dengan dalil-dalil afaaqİ dan dilil-dalil anfusi yang tersebut di dalam al-Quran. sesuai dengan fiman Allah berİkut.
Fussilat 41:53
سَنُرِيهِمْ ءَايَٰتِنَا فِى ٱلْءَافَاقِ وَفِىٓ أَنفُسِهِمْ حَتَّىٰ يَتَبَيَّنَ لَهُمْ أَنَّهُ ٱلْحَقُّۗ أَوَلَمْ يَكْفِ بِرَبِّكَ أَنَّهُۥ عَلَىٰ كُلِّ شَىْءٍ شَهِيدٌ
Bermaksud: Kami akan memperlihatkan kepada mereka tanda-tanda kekuasaan Kami di merata tempat (dalam alam yang tertentang luas ini) dan pada diri mereka sendirİ. sehingga ternyata jelas kepada mereka bahawa AI-Quran adalah benar. Belumkah ternyata kepada mereka kebenaran itü dan belumkah cukup (bagi mereka) bahawa Tuhanmu mengetahui dan menyaksikan tiap-tiap sesuatu? (Fusshilat:53).
Ada berbagai penilaian para 'ulama' tentang memahami al-Qur'an melalui pendekatan sains modem. Ada yang menolak dan ada pula yang mendukungnya.
Antara Yang Menolak Tafsir Saintifik Adalah:
(1) Imam Abu Ishaq As-Syathibi (m.790 H)
Asy-Sathibi (Ibrahim bin Musa bin Muhammad al-Lakhmi al-Ghamathi) telah menolak tafsir saintifik dalam kitabnya al-Muwaqat dengan alasan syariat Islam diturunkan pada asalnya kepada masyarakat ummi yang tidak terdedah kepada sains, beliau berpandangan al quran diturunkan bukan untuk menerangkan teori-teori sains, sebaliknya unluk memberi hidayah dan petunjuk kepada manusia.
Dalam memahami al-Quran sesaorang mufassir hendaklah membatasi dirinya dengan menggunakan ilmu bantu yang diketahui oleh masyarakat Arab pada masa turunııya al-Quran dan yang berusaha memahaminya dengan menggunakan ilmu bantu selainnya, maka ia akan sesat atau keliru dalam hal-hal yang tidak pernah dimaksudkan oleh Allah.
Asy-Syathibi mencela orang yang berpendapat di dalam al-Quran terdapat ilmu pengetahuan bagi orang-orang terdahulu dan terkemudian.
Menurutnya orang-orang tersebut telah melampaui batas dalam meletakan alQuran. Padahal para salafus salih
dari kalangan sahabat, tabi'in dan para ulama setelah mereka adalah orang yang Iebih mengerti tentang al-quran , ilmunya dan hal yang berkaitan dengannya. namun tidak pernah dijumpai seorang pun daripada mereka pernah mengemukakan tafsiran saintilik. Andaikata mereka memang mempunyai tafsiran sainifik, tentulah akan sampai kepada kita tafsiran mereka itu namun jelas sekali ia tidak ada.
(2)Bekas Syerikhul Azhar , Syeikh Mahmud Syaltut
(m.1383H /1963M)
Dalam muqadimah tafsirnya, Syeikh Syaltut telah mengencam sekelompok cendekiawan yang menguasai ilmu pengetahuan kontemporari dan teori-teori ilmiah, falsafah, dan sebagainya, kemudian dengan bekal pengetahuan itu mereka menafsirkan ayat-ayat al-Quran dengan kerangka pengetahuan yang ia kuasai itu.
Menurut Syaltut terdapat dua kelemahan dalam penafsiran ini. Pertama, kerana al-Quran bukanlah kitab suci yang diturunkan untuk memberitahu manusia tentang berbagai disiplin ilmu lengkap berserta teori-teori ilmiahnya, Kedua, penafsiran saintitik seperti ini merupakan penafsiran yang mengabaikan sisi kemukjizatan al-Quran sebagai salah satu nilai paling tinggi. la akan mendorong manusia mentafsirkan alQur'an sesuka hati.
(3) Amin al-KhuIy (m.1385 H/ 1966M)
Penolakan terhadap mereka yang hendak mengeluarkan al-Quran dari garisnya dalam dialek Arab yang mereka fahami dan dari dimensi yang mereka ketahui dari ilmu pengetahuan. la menolak mereka yang mengira bahawa dalam al-Quran memuat semua pengetahuan orang-orang terdahulu dan terkemudian,keagamaan dan keduniaan, syariyah dan 'aqliyah.
(4)Dr. Muhammad adz-Dzahabi (m.1977M)
Adz-Dzahabi menolak tafsiran dengan pendekatan sains, kerana penafsiran semacam itu keluar dari maksud dan menyimpang dari tujuan alQur'an. Al-Quran tidak diturunkan sebagai sumber berbagai ilmu, kedoktoran, astronotni, matematik, kimia, memanggil arwah dan lain-lain, namun sebagai buku petunjuk bagi rnanusia yang mengeluarkannya dari kegelapan menuju alam terang benderang.
Selain yang tersebut di ata, terdapat beberapa lagi nama-nama lain yang termasuk dalam golongan yang menentang dan tidak bersetuju dengan tafsiran saintitik terhadap al-Quran. Mereka ialah 'Abdul 'Azhim az-Zomaani. 'Anishah binti SAbdir Rahinan yang dikenali juga dengan Bintu as-Syathi, Shubhi as-Shaleh. Muhamad Syakir dan lain-lain.
Alasan Para ' Ulama' Yang Menolak Pentafsiran Saintifik.
Para ulama' yang menolak pentafsiran saintifik mempunyai alasan tersendiri. Di bawah ini dikemukakan inti patinya:
Pertama, dikhuatiri ayat-ayat al-Qur'an tidak difahami mengikut kaedah yang telah disepakati.
Pentafsiran al-Qur'an sesuai dengan sains moden mungkin terkeluar dari manhaj dan kaedah ahli-ahli tafsir.
Kedua, teori yang dikemukakan boleh berubah dan pada setiap hari akan ada penemuan baharu yang akan menolak penemuan sebelumnya. Jika diikatkan ayat-ayat al-Qur'an dengan teori tertentu maka dikhuatiri akan timbulnya keraguan kepada al-Qur'an setelah terbukti ia tidak benar.
Ketiga, al-Qur'an adalah kitab hidayah dan mukjizat, bukan tugas al-Qur'an menjelaskan masalah-masalah alam semesta dan penemuan sains.
Keempat, al-Qur'an wajib difahami seperti mana yang diturunkan oleh Allah s.w.t. kepada orang Arab pada masa penurunannya. la tidak harus difahami berdasarkan pentafsiran saintifik yang tidak pernah diketahui orang-orang yang menerima al-Qur'an di peringkat permulaan dahulu.
Antara Para Pendukung Tafsir Saintifik
(1) Imam al-Ghazali (450-505 H)
Idea tafsir saintifik secara serius dikembangkan oleh al-Ghazali, beliau menghuraikan secara komprehensif alasan-alasannya dalam Ihya' ' Ulum ad-Din. Menurutnya al-Qur'an merupakan sumber ilmu pengetahuan yang tidak terbatas, Segala jenis ilmu yang terkandung di dalam alQur'an adalah bertujuan menerangkan kekuasaan Allah meliputi zatNya, perbuatanNya dan sifatNya. Ilmu ini pada asasnya tiada penghujungnya. Semakin dikaji semakin berkembang selaras dengan pengetahuan manusia. Justeru segala yang terkandung di dalam al-Quran adalah merupakan rumuz (simbol) dan bukti-bukti serta petunjuk-petunjuk bagi keagungan Allah s.w.t. Al-Ghazali juga merupakan orang pertama yang mengutarakan perkara ini. Dalam kitab tersebut ia mengatakan bahawa semua bentuk pemahaman ilmuwan rasional dan perbedaan pendapat dalam hasil analisis dan hasil rasional, maka dalam al-Qur'an ada beberapa rumusan dan beberapa argumentasi tentangnya yang hanya diketahui oleh orang-orang tertentu. Bahkan dalam buku yang dikarangnya setelah Ihya' Ulum ad-Din iaitu kitab Jawahir al-Qur'an ia mengulang tema yang sama bahkan dengan lebih luas lagi pembahasannya.
(2) Imam Fakhruddin Ar-Raazi (m.606 H)
Di dalam tafsirnya Mafatih al-Ghaib yang juga dikenal dengan at-Tafsir al-Kabir, didapati pembahasan ilmiah berkaitan dengan segala bentuk ilmu pengetahuan, seperti falsafah, teologi, ilmu alam, astronomi, kedoktoran, dan sebagainya.
Ar-Raazi sependapat dengan al-Ghazali. Beliau menerusi tafsirnya itu dengan tegas menyanggah penolakan golongan yang mengatakan penggunaan kaedah saintifik semasa tidak relevan dalam menafsirkan ayat-ayat al-Qur'an. Menurut beliau, ayat al-Qur'an yang mengandungi elemen saintifik seperti elemen alKawniyyah (alam semesta) perlu difahami berdasarkan konteks sains semasa. Hal ini adalah penting kerana memberikan nilai tambah dalam menyelesaikan kekeliruan di samping menolak dakwaan musuh Islam.
Beberapa 'ulama' yang tidak bersetuju dengannya mengkritik bahawa kitab tafsir beliau itu memuat segala sesuatu kecuali tafsir, kritikan yang sama juga dilontarkan untuk Tafsir Al-Jawahir karangan Syeikh Thanthawi Jauhari.
(3) Imam Jalaluddin As-Suyuthi (m.911 H)
Imam as-Suyuti juga adalah merupakan 'ulama' terawal yang dikenal pasti membahaskan elemen saintifik dalam al-Qur'an menerusi karya beliau berjudul Mu'tarak al-Aqran fi I'jaaz al-Qur'an.
Kajian mendapati, as-Suyuti telah membawa kepelbagaian dalam memahami konteks sebenar sains dalam al-Qur'an.
Beliau telah mendatangkan bukti ilmiah yang tidak pernah dinyatakan oleh sarjana sebelumnya. Beliau juga mengemukakan pendapat-pendapat para 'ulama' yang berbeza pandangan, seterusnya mencari jalan penyelesaian yang sesuai. Selain itu, beliau juga menyarankan agar kajian yang dilakukan hendaklah berdasarkan fakta dan syarat yang telah digariskan oleh para 'ulama', serta sekali-kali tidak mengamalkan sifat taksub terhadap mana-mana teori sebaliknya melakukan pengamatan dan penelitian yang mendalam.
As-Suyuthi memperkuat pendapat-pendapat yang mendukung penafsiran saintifik seperti dapat dilihat dalam dua buah kitabnya yang lain iaitu al-Itqan dan Iklil al-Ta'wil fi Istinbat al-Tanzil.
(4) lbnu Abi al-Fadhl al-Mursi (570-655 H)
Beliau mempunyai pendapat yang sama seperti al-Ghazali sebelumnya. Menurut beliau. Isyarat-isyarat al-Qur'an kepada dasar industrialisasi sememangnya terdapat di dalarn al-Qur'an. Semua ilmu sejak awal hingga ke akhir zaman terkumpul dalam al-Quran, tidak dapat diketahui hakikat kecuali oleh Allah swt dan RasulNya.
(5) Syeikh Muhammad Abduh (m. 1323H / 1905 M)
Beliau berpandangan al-Qur'an memuat hakikat sains (permasalahan alam semesta, secara empiris mahupun rasional). Boleh dikatakan semua pendukung tafsir saintifik berpegang bahawa alQur'an merupakan kitab yang memuat segala hal di dunia tanpa ada satu pun perkara yang terlepas, sesuai dengan finnan Allah bahawa al-Qur'an merupakan kitab suci yang memuat segala perkara tanpa terkecuali.
Al-An'am 6:38
وَمَا مِن دَآبَّةٍ فِى ٱلْأَرْضِ وَلَا طَٰٓئِرٍ يَطِيرُ بِجَنَاحَيْهِ إِلَّآ أُمَمٌ أَمْثَالُكُمۚ مَّا فَرَّطْنَا فِى ٱلْكِتَٰبِ مِن شَىْءٍۚ ثُمَّ إِلَىٰ رَبِّهِمْ يُحْشَرُونَ
Bermaksud: Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu. Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Qur'an ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima balasan). (al-An'aam:38).
Permasalahan-permasalahan medikal, kosmologi. astronomi, bahkan biologi dan fizik semuanya telah terangkum dengan rapi dalam lipatan-lipatan mushaf.
(6) Syeikh Muhammad Rashid Ridha (m. 1354 H)
Syeikh Rashid Ridha adalah antara murid utama Syeikh Muhammad Abduh. Belaiu ialah pengarang kitab Tafsir al-Manaar. Rashid Ridha merupakan salah seorang tokoh ulama' moden terawal yang menyeru umat Islam untuk memahami ayat-ayat al-Qur'an menerusi dimensi saintifik, bersesuaian kedudukan beliau sebagai peneraju Islah yang diasaskan oleh Syeikh Muhammad 'Abduh pada ketika itu. Matlamat utama Rashid Ridha ialah untuk meletakkan ajaran Islam yang terkandung di dalam al-Quran mendahului zaman serta memajukan ummah menerusi penekanan memahami ayat-ayat saintifik al-Qur'an.
(7)Syeikh Thanthawi Jauhari (1287 H-1358 H)
Beliau juga merupakan salab seorang murid terpilih Syeikh Muhamad 'Abduh. Dalam menyusun kitab tafsirnya AI-Jawahir, Thanthawi menggunakan metode analisa dengan corak Penafsiran saintifik. Karya tafsirnya berbeda daripada yang lain kerana kebanyakan berkembang pada masanya adalah penafsiran yang lebih menekankan aspek kebahasaan (penjelasan kosa kata, struktur bahasa dan nahunya), sehingga terpaku pada analisa lafaz. Penafsiran seperti itü dikritik Thanthawi kerana lebih banyak melahirkan penghafal daripada pemikir, ia juga mengakibatkan kreativiti manusia terhenti dan mati.
Adapun penafsiran yang dikembangkan Thanthawi adalah lebih menitik-beratkan pada analisis saintifik dan pandangan terhadap al-Qur'an secara menyeluruh, terutamanya yang berkaitan dengan sains (ilmu alam dan sebagainya). Penjelasan lafaz hanya diberikan dalam bentuk ringkas sahaja, beliau menyebutnya dengan 'tafsir lafzi". Ayat-ayat berkenaan dengan sains pula, dibincangkan secara panjang lebar dengan memasukkan perbahasan ilmiah dan teori-teori moden yang diambil dari pemikiran sarjana-sarjana Timur dan Barat untuk menjelaskan kepada seluruh masyarakat muslim ataupun non muslim bahawa al-Qur'an relevan dengan perkembangan sains.
Thanthawi dianggap sebagai orang yang pertama menafsirkan al-Qur'an secara lengkap berdasarkan ilmu pengetahuan modern.
(8) Syeikh Muhammad al-GhazaIi
Dalam membincangkan aspek saintifik al-Qur'an, Muhammad al-Ghazali lebih cenderung membincangkan elemen saintifık yang terdapat dalam ayat-ayat al-Kawniyyah (ayat-ayat yang menyyebutkan tentang alam wujud). Beliau berpendapat I'jaaz al-'ilmi ini merupakan sub-topik I'jaaz al-Qur'an. Beliau menyebut bahawa cara untuk mengenali Tuhan dengan meneliti zatNya memang tidak ada. Jalan untuk mengenali Allah s.w.t. bermula dengan memerhati kejadian alam, dengan berfikir secara waras dalam hidup dan kehidupan, mengikhlaskan hati dan memerhati kejadian bumi dan langit. Melalui kaedah ini kita dapat melihat kebesaran Tuhan yang Maha Tinggi, dan sepatutnya kita menggambarkan kesempurnaan jalan tersebut melalui penerokaan saintifik selaras dengan perkembangan ilmu semasa.
Muhammad al-Ghazali menegaskan bahawa tidak ada pertentangan antara agama dengan sains kerana kedua-duanya dari Allah s.w.t. Jika terdapat perbezaan, maka ia bukan antara sains dengan ugama, sebaliknya antara ugama dengan kejahilan yang memakai nama ugama, atau antara ilmu dengan khayalan yang memakai nama ugama. Muhammad al-Ghazali berpendapat, mukjizat ilmiah merupakan i'jaaz walaupun ia telah diterokai oleh manusia kemudiannya. Sebagai contohnya, ilmu pengetahuan mengenai janin yang baru diketahui manusia setelah mereka mempunyai ilmu pengetahuan tentangnya. Beliau juga mengatakan perkara ini tidak membatalkan mu'jizat dan i'jaaz al-Qur'an.
Pandangan Jumhur 'Ulama' Moden Tentang Tafsiran Saintifik
Pentafsiran saintifik al-Qur'an pada pandangan jumhur ulama' moden adalah diharuskan. Kerana kepentingan serta faedahnya amat banyak. Antaranya ialah:
Pertama, menambahkan keimanan bahawa al-Qur'an dari Allah s.w.t. Kedua, menolak golongan yang menimbulkan keraguan bahawa agama bercanggah dengan sains. Ketiga, sebagai batu asas bagi kaum Muslimin mengkaji ilmu-ilmu tersebut dengan lebih mendalam dan Keempat, menjadikan I'jaz al-Qur'an sebagai salah satu uslub dan metode yang baharu untuk membawa bukan Islam kepada agama Islam.
Syarat-Syarat Untuk Diterima Tafsiran Saintifik
Para 'ulama' yang membenarkan pentafsiran saintifik al-Qur'an bagaimana pun menetapkan beberapa syarat dan dhawabit (kaedah dan prinsip) bagi keharusan mentafsirkan ayat-ayat alQur'an dengan menggunakan metode dan cara itu. Antaranya ialah:
Pertama, hanya penemuan saintifik yang benar-benar berautoriti sahaja harus dijadikan sandaran apabila berinteraksi dengan ayat-ayat al-Qur'an yang tertentu. Syarat ini menolak dakwaan golongan yang mentafsirkan secara mutlak dan berdasarkan rasional semata-mata.
Kedua, hendaklah memahami ayat-ayat yang berbentuk saintifik daripada al-Qur'an dengan membezakan antara hakikat dan majaz.
Ketiga, ayat-ayat al-Qur'an menerangkan penemuan sąins itu, bukan sains yang menerangkan ayat-ayat al-Qur'an, tetapi sekiranya wujud persepakatan antara zahir ayat dengan hakikat ilmiah maka boleh ditafsirkan kedua- duanya sekali.
Dan keempat, pentafsir hendaklah tidak taksub terhadap pentafsiran saintifik semata-mata sehingga mengabaikan elemen utama yang lain ketika mentafsirkan al-Qur'an.
Alasan Dan Asas Bagi Penerimaan Tafsir Saintifik
(1) Di dalam al-Qur'an terdapat sekitar 750 ayat berkaitan dengan sains, sedangkan ayat-ayat yang berkaatan dengan fiqh hanya sekitar 150 ayat sahaja. Sungguh menghairankan apabila umat Islam mengabaikan ayat-ayat yang berkaitan dengan sains yang tersurat atau tersirat dalam al-Qur'an dan menumpukan sebahagian besar daripada perhatian mereka kepada ayat-ayat hukum yang hanya berjumlah 150 sahaja itu. Terbukti setelah umat Islam memberikan perhatian kepada 150 ayat-ayat hukum. mereka telah dapat menghasilkan perpustakaan yang amat besar di bidang fiqh. Tidak dapat dibayangkan betapa besarnya pula perpustakaan yang akan memuatkan hasil kajian umat ini terhadap 750 ayat berkaitan dengan sains. Tentu sekali berkali-kali ganda lagi besarnya!
(2) Terdapat banyak sekali ayat-ayat al-Qur'an Yang menggesa manusia berfikir tentang alam semesta ciptaan Tuhan, termasuk tentang diri manusia itu sendiri. Tujuannya ialah supaya manusia menerima kewujudan Tuhan yang Maha Esa dan Maha Kuasa. lalu tunduk dan patuh kepadaNya dengan melaksanakan apa yang diperintahNya dan meninggalkan apa yang dilarangNya. Sudah tentulah apabila manusia berfikir, merenung dan mengkajinya mereka akan mendapat ilmu dan ilmu yang akan diperolehi itu tentunya bersifat saintifik. Di bawah ini dikemukakan beberapa ayat al-Qur'an berkenaan:
(a)Aal-e-Imran 3:190
إِنَّ فِى خَلْقِ ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلْأَرْضِ وَٱخْتِلَٰفِ ٱلَّيْلِ وَٱلنَّهَارِ لَءَايَٰتٍ لِّأُو۟لِى ٱلْأَلْبَٰبِ
Bermaksud: Sesungguhnya pada kejadian langit dan bunli dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal; (190)
Aal-e-Imran 3:191
ٱلَّذِينَ يَذْكُرُونَ ٱللَّهَ قِيَٰمًا وَقُعُودًا وَعَلَىٰ جُنُوبِهِمْ وَيَتَفَكَّرُونَ فِى خَلْقِ ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلْأَرْضِ رَبَّنَا مَا خَلَقْتَ هَٰذَا بَٰطِلًا سُبْحَٰنَكَ فَقِنَا عَذَابَ ٱلنَّارِ
(laitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring dan mereka puta memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab Neraka. (191). (Aali 'Imraan: 190-191).
(b)Ar-Ra'd 13:3
وَهُوَ ٱلَّذِى مَدَّ ٱلْأَرْضَ وَجَعَلَ فِيهَا رَوَٰسِىَ وَأَنْهَٰرًاۖ وَمِن كُلِّ ٱلثَّمَرَٰتِ جَعَلَ فِيهَا زَوْجَيْنِ ٱثْنَيْنِۖ يُغْشِى ٱلَّيْلَ ٱلنَّهَارَۚ إِنَّ فِى ذَٰلِكَ لَءَايَٰتٍ لِّقَوْمٍ يَتَفَكَّرُونَ
Ar-Ra'd 13:4
وَفِى ٱلْأَرْضِ قِطَعٌ مُّتَجَٰوِرَٰتٌ وَجَنَّٰتٌ مِّنْ أَعْنَٰبٍ وَزَرْعٌ وَنَخِيلٌ صِنْوَانٌ وَغَيْرُ صِنْوَانٍ يُسْقَىٰ بِمَآءٍ وَٰحِدٍ وَنُفَضِّلُ بَعْضَهَا عَلَىٰ بَعْضٍ فِى ٱلْأُكُلِۚ إِنَّ فِى ذَٰلِكَ لَءَايَٰتٍ لِّقَوْمٍ يَعْقِلُونَ
Bermaksud: Dan Dialah yang menjadikan bumi terbentang luas dan menjadikan padanya gunung-ganang (terdiri kukuh) serta sungai-sungai (yang mengalir) dan dari tiap-tiap jenis buah-buahan. Dia jadikan padanya pasangan: Dua-dua. Dia juga melindungi siang dengan malam silih berganti. Sesungguhnya semuanya itu mcngandungi tanda-tanda (kekuasaan Allah) bagi kaum yang bertikir. (3).
Dan di bumi ada beberapa potong tanah yang berdekatan (tetapi berlainan keadaannya); dan padanya ada kebun-kebun anggur dan jenis-jenis tanaman serta pohon-pohon tamar (kurma) yang berumpun dan yang tidak berumpun; semuanya disiram dengan air yang sama dan Kami lebihkan buah setengahnya dari setengahnya yang lain (pada bentuk, rasa dan baunya). Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi tanda-tanda kekuasaan Allah bagi orang-orang yang ber'aqal, (4)
(arRad: 3-4).
(c)Al-Jasiyah 45:13
وَسَخَّرَ لَكُم مَّا فِى ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَمَا فِى ٱلْأَرْضِ جَمِيعًا مِّنْهُۚ إِنَّ فِى ذَٰلِكَ لَءَايَٰتٍ لِّقَوْمٍ يَتَفَكَّرُونَ
Bermaksud: Dan Dia memudahkan untuk (faedah dan kegunaan) kamu, segala yang ada di langit dan yang ada di bumi, (sebagai rahmat pemberian) daripadaNya; sesungguhnya semuanya itu mengandungi tanda-tanda Cang membuktikan kemurahan dan kekuasaanNya bagi kaum yang berfikir. (al-Jaatsiyah: 13).
(d)An-Nahl 16:12
وَسَخَّرَ لَكُمُ ٱلَّيْلَ وَٱلنَّهَارَ وَٱلشَّمْسَ وَٱلْقَمَرَۖ وَٱلنُّجُومُ مُسَخَّرَٰتٌۢ بِأَمْرِهِۦٓۗ إِنَّ فِى ذَٰلِكَ لَءَايَٰتٍ لِّقَوْمٍ يَعْقِلُونَ
Bermaksud: Dan Dia menundukkan malam dan siang. matahari dan butan untukmu. Dan bintang-bintang itu ditundukkan (untukmu) dengan perintahNya. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar ada tanda-tanda (kekuasaan Allali) bagi kaum yang memahami(nya). (an-Nahl:12).
An-Nahl 16:15
وَأَلْقَىٰ فِى ٱلْأَرْضِ رَوَٰسِىَ أَن تَمِيدَ بِكُمْ وَأَنْهَٰرًا وَسُبُلًا لَّعَلَّكُمْ تَهْتَدُونَ
An-Nahl 16:16
وَعَلَٰمَٰتٍۚ وَبِٱلنَّجْمِ هُمْ يَهْتَدُونَ
Bermaksud; Dan Dia mengadakan di bumi gunung-ganang yang menetapnya supaya ia tidak menghayun-hayunkan kamu dan Dia mengadakan sungai-sungai serta jalan-jalan, supaya kamu dapat sampai ke matlamat yang kamu tuju. (15)
Dan (Dia mengadakan) tanda-tanda panduan jalan dan dengan bintang-bintang (pada waktu malam) mereka dapat mengetahui arah yang hendak dituju. (16),
(an-Nahl: 15-16).
An-Nahl 16:68
وَأَوْحَىٰ رَبُّكَ إِلَى ٱلنَّحْلِ أَنِ ٱتَّخِذِى مِنَ ٱلْجِبَالِ بُيُوتًا وَمِنَ ٱلشَّجَرِ وَمِمَّا يَعْرِشُونَ
An-Nahl 16:69
ثُمَّ كُلِى مِن كُلِّ ٱلثَّمَرَٰتِ فَٱسْلُكِى سُبُلَ رَبِّكِ ذُلُلًاۚ يَخْرُجُ مِنۢ بُطُونِهَا شَرَابٌ مُّخْتَلِفٌ أَلْوَٰنُهُۥ فِيهِ شِفَآءٌ لِّلنَّاسِۗ إِنَّ فِى ذَٰلِكَ لَءَايَةً لِّقَوْمٍ يَتَفَكَّرُونَ
Bermaksud: Dan Tuhanmu memberi ilham kepada lebah: Hendaklah engkau membuat sarangmu di gunung-ganang dan di pokok-pokok kayu dan juga di tempat-tempat yang dibuat manusia. (68).
Kemudian makanlah dari segala jenis (bunga-bungaan dan) buah-buahan (yang engkau sukai), serta turutlah jalan-jalan peraturan Tuhanmu yang diilhamkan dan dimudahkaNya kepadamu. (Dengan itu) akan keluarlah dari dalam perutnya minuman (madu) yang berlainan warnanya, yang mengandungi penawar bagi manusia (dari berbagai-bagai penyakit). Sesungguhnya pada yang demikian itu, ada tanda (yang membuktikan kemurahan Allah) bagi orang-orang yang mahu berfikir. (69).
(an-Nahl:68-69).
Al-Insan 76:2
إِنَّا خَلَقْنَا ٱلْإِنسَٰنَ مِن نُّطْفَةٍ أَمْشَاجٍ نَّبْتَلِيهِ فَجَعَلْنَٰهُ سَمِيعًۢا بَصِيرًا
Bermaksud: Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari air mani yang bercampur (dari pati benih lelaki dan perempuan), Kami hendak mengujinya (dengan perintah dan larangan), kerana itu Kami jadikan dia mendengar dan melihat. (al-Insan:2).
Ar-Rum 30:21
وَمِنْ ءَايَٰتِهِۦٓ أَنْ خَلَقَ لَكُم مِّنْ أَنفُسِكُمْ أَزْوَٰجًا لِّتَسْكُنُوٓا۟ إِلَيْهَا وَجَعَلَ بَيْنَكُم مَّوَدَّةً وَرَحْمَةًۚ إِنَّ فِى ذَٰلِكَ لَءَايَٰتٍ لِّقَوْمٍ يَتَفَكَّرُونَ
Bermaksud: Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya dan dijadikan-Nya di antaramu (suami isteri) perasaan kasih sapng dan belas kasihan. Sesungguhnya pada yang demikian itü benar-benar terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berfikir. (ar-Ruum:21 ).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan