Daurah tafsir 2019 sesi 28(92)nota 16(440-441)s
092.Surah al lail
Tertib surah 92
Bilangan ayat 21
Bilangan rukuk 1
Surah Makkiyah
Tertib turun 6
Bilangan paragraf 5
Paragraf 1ayat 1-4 Alam semesta menjadi saksi bahawa amalan serta usaha yg baik atau buruk menghasilkan buah yang berbeza.
Paragraf 2 ayat 5-7 Orang-orang yang bertaqwa ,baik dengan manusia baik juga dengan tuhan.
Paragraf 3 ayat 8-11 Manusia yang celaka ,musuh manusia juga musuh tuhan. Dia seorang yg mementingkan diri dan suka mendustakan kebenaran.
Paragraf 4 ayat 12-13 Sebagaimana Allah swt mengatur soal hidayah, dia juga mengatur soal balasan baik dan buruk.
Paragraf 5 ayat 14-21 Hasil kerja orang yang celaka dan orang yang bertaqwa adalah berbeza. Penyucian jiwa dapat
dicapai dengan sifat murah dan baik hati.
Mesej utama
Usaha dan aktiviti manusia boleh jadi baik, boleh jadi tidak baik إِنَّ سَعْيَكُمْ لَشَتَّىٰ
Zaman Diturunkan
Surah al-Lail juga diturunkan bersama Surah as-Syams pada peringkat kedua kehidupan Rasulullah s.a.w. di Mekah, zaman itu zaman yang penuh dengan tuduhan dan juga penentangan oleh pihak orang-orang kafir Quraisy, orang-orang musyrikin Mekah diancam dengan azab.
Perkaitan Surah At-Lail Dengan Surah Sebelum Dan Selepasnya
1.Di dalam Surah al-Balad, kebebasan memilih kepada manusia dinyatakan dengan perkataan النَّجْدَين, didalam Surah as-Syams pula ia dinyatakan melalui firman Allah فَأَلْهَمَهَا فُجُورَهَا وَتَقْوَىٰهَا. Di dalam Surah al-Lail ini pula ia dinyatakan melalui firmanNyaإِنَّ سَعْيَكُمْ لَشَتَّىٰ
Ash-shams 91:8فَأَلْهَمَهَا فُجُورَهَا وَتَقْوَىٰهَا
maka Dia mengilhamkan kepadanya (jalan) kejahatan dan ketakwaannya,
Al-Layl 92:4إِنَّ سَعْيَكُمْ لَشَتَّىٰ
sungguh, usahamu memang beraneka macam.
2. Di penghujung surah ini tersebut:وَلَسَوْفَ يَرْضَىٰ
Al-Layl 92:21وَلَسَوْفَ يَرْضَىٰ
Dan demi sesungguhnya, ia tetap akan berpuas hati (pada hari akhirat, dengan mendapat segala yang
diharapkannya).
Di dalam Surah ad-Dhuha selepasnya pula Nabi s.a.w. diberikan berita gembira bahawa Allah tidak lama lagi akan mengurniakan kepada engkau sehingga engkau akan berpuas hati:
Ad-Dhuhaa 93:5وَلَسَوْفَ يُعْطِيكَ رَبُّكَ فَتَرْضَىٰٓ
Dan sesungguhnya Tuhanmu akan memberikanmu (kejayaan dan kebahagiaan di dunia dan di akhirat)
sehingga engkau redha - berpuas hati.
Beberapa Kata Kunci Dan Tema Utama Surah
1. Di dalam Surah al-Balad, manusia أَتقى yang sifatnya pemurah dibandingkan dengan أَشقَى yang sifatnya
bakhil, tidak peduli, berasa serba cukup dan malang.
2. Sifat-sifat orang yang menerima dan membenarkan seruan al-Qur'an yang dibawa oleh Rasulullah
berbeza daripada sifat-sifat orang-orang yang mendustakannya, akibat yang akan diperolehi masing-
masing juga tidak sama.
3. Untuk mendapat penyucian jiwa, perlulah segala amalan dilakukan dengan ikhlas semata-mata kerana
Allah ٱبْتِغَآءَ وَجْهِ رَبِّهِ ٱلْأَعْلَىٰ, termasuklah juga orang yang membelanjakan hartanya ٱلَّذِى يُؤْتِى مَالَهُۥ يَتَزَكَّىٰ
Al-Layl 92:20إِلَّا ٱبْتِغَآءَ وَجْهِ رَبِّهِ ٱلْأَعْلَىٰ
tetapi (dia memberikan itu semata-mata) karena mencari keridhaan Tuhannya Yang Mahatinggi.
Al-Layl 92:18ٱلَّذِى يُؤْتِى مَالَهُۥ يَتَزَكَّىٰ
yang menginfakkan hartanya (di jalan Allah) untuk membersihkan (dirinya),
Tiada ulasan:
Catat Ulasan