Isnin, Ogos 02, 2021

Daurah tafsir 2019 sesi 28(92)nota 16(441)

Daurah tafsir 2019 sesi 28(92)nota 16(441)

Zaman Diturunkan
Surah al-Lail juga diturunkan bersama Surah as-Syams pada peringkat kedua kehidupan Rasulullah s.a.w. di Mekah, zaman itu zaman yang penuh dengan tuduhan dan juga penentangan oleh pihak orang-orang kafir Quraisy, orang-orang musyrikin Mekah diancam dengan azab.

Perkaitan Surah At-Lail Dengan Surah Sebelum Dan Selepasnya
1.Di dalam Surah al-Balad, kebebasan memilih kepada manusia dinyatakan dengan perkataan النَّجْدَين, didalam Surah as-Syams pula ia dinyatakan melalui firman Allah فَأَلْهَمَهَا فُجُورَهَا وَتَقْوَىٰهَا. Di dalam Surah al-Lail ini pula ia dinyatakan melalui firmanNyaإِنَّ سَعْيَكُمْ لَشَتَّىٰ

Ash-shams 91:8فَأَلْهَمَهَا فُجُورَهَا وَتَقْوَىٰهَا 
maka Dia mengilhamkan kepadanya (jalan) kejahatan dan ketakwaannya,

Al-Layl 92:4إِنَّ سَعْيَكُمْ لَشَتَّىٰ 
sungguh, usahamu memang beraneka macam.


2. Di penghujung surah ini tersebut:وَلَسَوْفَ يَرْضَىٰ

Al-Layl 92:21وَلَسَوْفَ يَرْضَىٰ 
Dan demi sesungguhnya, ia tetap akan berpuas hati (pada hari akhirat, dengan mendapat segala yang
diharapkannya).

Di dalam Surah ad-Dhuha selepasnya pula Nabi s.a.w. diberikan berita gembira bahawa Allah tidak lama lagi akan mengurniakan kepada engkau sehingga engkau akan berpuas hati:
Ad-Dhuhaa 93:5وَلَسَوْفَ يُعْطِيكَ رَبُّكَ فَتَرْضَىٰٓ
Dan sesungguhnya Tuhanmu akan memberikanmu (kejayaan dan kebahagiaan di dunia dan di akhirat)
sehingga engkau redha - berpuas hati.

Beberapa Kata Kunci Dan Tema Utama Surah
1. Di dalam Surah al-Balad, manusia  أَتقى yang sifatnya pemurah dibandingkan dengan أَشقَى yang sifatnya
bakhil, tidak peduli, berasa serba cukup dan malang.

2. Sifat-sifat orang yang menerima dan membenarkan seruan al-Qur'an yang dibawa oleh Rasulullah
berbeza daripada sifat-sifat orang-orang yang mendustakannya, akibat yang akan diperolehi masing-
masing juga tidak sama.

3. Untuk mendapat penyucian jiwa, perlulah segala amalan dilakukan dengan ikhlas semata-mata kerana
Allah ٱبْتِغَآءَ وَجْهِ رَبِّهِ ٱلْأَعْلَىٰ, termasuklah juga orang yang membelanjakan hartanya ٱلَّذِى يُؤْتِى مَالَهُۥ يَتَزَكَّىٰ

Al-Layl 92:20إِلَّا ٱبْتِغَآءَ وَجْهِ رَبِّهِ ٱلْأَعْلَىٰ 
tetapi (dia memberikan itu semata-mata) karena mencari keridhaan Tuhannya Yang Mahatinggi.

Al-Layl 92:18ٱلَّذِى يُؤْتِى مَالَهُۥ يَتَزَكَّىٰ
yang menginfakkan hartanya (di jalan Allah) untuk membersihkan (dirinya),



441

Tiada ulasan:

Catat Ulasan