Isnin, Ogos 02, 2021

Sahih Al Bukhari (Bahagian 1 015)

Sahih Al Bukhari (Bahagian 1 015)

(bin Qais) Al-Anshari (Qadhi Madinah m. 143M) meriwayatkan kepada kami, katanya: Muhammad bin Ibrahim (bin al-Haarits) At-Taimi (m.120M) meriwayatkan kepada saya bahawa dia telah mendengar 'Alqamah Bin Waqqaash Al-Laitsi (m. di zaman 'Abdil Malik bin Marwaan) berkata: Sesungguhnya saya telah mendengar 'Umar Bin Alkhatthaab (m.23H) berucap di atas mimbar, katanya: Saya telah mendengar Rasulullah

_______
Muhammad al-Ramli. Beliau menerimanya daripada 
15. Syeikhul Islam Zainuddin Zakaria bin Muhammad al-Anshari. Beliau menerimanya daripada 
15. As-Syeikh al-Hafiz Abi alFadhl Syihabuddin Ahmad bin 'Ali bin Hajar al-'AsqaIaani. Beliau menerimanya daripada 16. As-Syeikh Zainuddin Ibrahim bin Ahmad at-Tanukhi. Beliau menerimanya daripada 
17. As-Syeikh Abi al-'Abbaas Ahmad bin Abi Thalib al-Hajjaar. Beliau menerimanya daripada 
18. As-Syeikh Sirajuddin al-Husain bin al-Mubarak az-Zubaidi. Beliau menerimanya daripada 
19. As-Syeikh Abil Waqt 'Abdul Awwal bin 'Isa bin Syu'aib as-Sijzi al-Hirawi. Beliau menerimanya daripada 
20. As-Syeikh Abil Hasan 'Abdur Rahman bin Muzaffar adDaudi. Beliau menerimanya daripada 
21. As-Syeikh Abi Muhammad 'Abdullah bin Ahmad as-Sarakhsi. Beliau menerimanya daripada 
22. As-Syeikh Abi 'Abdillah Muhammad bin Yusuf bin Mathar bin Saleh bin Bisyr al-Firabri. Beliau menerimanya daripada 
23. Pengarang Kitab Sahih Bukhari iaitu Amirul Mu'minin fi al-Hadits Muhammad bin Isma'il al-Bukhari r.a. Rangkaian sanad yang disenaraikan di atas hanya terhenti pada Imam Bukhari, kerana sanad hadits selepasnya adalah mengikut sanad hadits sebagaimana yang tertera di dalam kitab Sahih Bukhari. Hadits pertama Sahih Bukhari umpamanya diterima Imam Bukhari daripada al-Humaidi dan seterusnya sampai kepada Rasulullah s.a.w. Namun sanad di atas Imam Bukhari akan berbeza jika hadits yang lain pula diriwayatkan oleh beliau. Wahyu Makki dan Madani. Hadits pertama yang dikemukakan oleh Imam Bukhari ialah hadits riwayat gurunya yang bernama Abdullah bin az-Zubair al-Humaidi, seorang tokoh 'ulama' hadits di Mekah berbangsa Quraisy. al-Humaidi mempunyai kitab haditsnya sendiri bemama Musnad al-Humaidi. Tujuan Imam Bukhari memulakan haditsnya dengan riwayat daripada gurunya yang berbangsa Quraisy adalah untuk mengisyaratkan secara halus kepada kita bahawa keutamaan dari sudut keturunan haruslah diberikan kepada bangsa Quraisy. Kerana keturunan mereka adalah daripada salasilah keluarga Nabi s.a.w. Dalam mengutamakan mereka Baginda pernah bersabda:قَدِّموْا قٌرَيْشًا 
Bermaksud: Utamakan bangsa Quraisy dan janganlah kamu mendahuluinya.(Hadits riwayat at-Thabaraani).الْأَئمَّة مِنْ قُرَيْشٍ Bermaksud: Imam-imam haruslah dilantik daripada bangsa Quraisy. (Hadits riwayat Ahmad, Abu Daud at-Thayaalisi, at-Thabaraani. Baihaqi, Nasaa'i, Abu Ya'la dan Jain-Iain). Kalau dipandang dari sudut permulaan pula, maka wahyu yang mula-mula diterima Rasulullah s.a.w. juga turun di Mekah. Islam bermula di Mekah dan seterusnya berkembang pesat di Madinah. Manakala Hadits kedua pula diterima Bukhari dari gurunya yang menetap di Madinah iaitu Abdullah Bin Yusuf. Beliau menerimanya daripada Imam di Madinah iaitu Imam Malik. Tujuan Imam Bukhari mengemukakan hadits yang diriwayatkan oleh tokoh-tokoh Madinah sebagai hadits keduanya ialah untuk mengisyaratkan bahawa sebagaimana alQur'an, hadits juga mempunyai dua kategori iaitu Makki dan Madani. inilah yang diisyaratkan oleh Imam Bukhari dengan mengemukakan hadits pertama dengan sanad yang dimulai oleh orang Mekah dan hadits kedua dengan sanad orang Madinah.

15


Tiada ulasan:

Catat Ulasan