Khamis, Ogos 19, 2021

Sahih Al Bukhari (Bahagian 1 031)

Sahih Al Bukhari (Bahagian 1 031)

_______
didorong oleh perasaan ingin sangat mengetahui kaifiat datangnya wahyu kepada Baginda s.a.w. Keadaannya samalah dengan Nabi Ibrahim a.s. yang bertanya Allah tentang kaifiat Allah menghidupkan semula orang yang telah mati. Nabi Ibrahim a.s. adalah pesuruh Allah yang terpilih sebagai salah seorang Ulil 'Azmi (yang meinpunyai keazaman dan ketabahan hati) dan Baginda a.s. merupakan bapa kepada sekian ramai rasul sesudahnya. Nabi kita Muhammad s.a.w. juga bahkan diperintah Allah supaya mengikut millah (agama) Baginda a.s. , mustahil Ibrahim meragui kekuasaan Allah. Nabi Ibrahim a.s. sebenarnya yakin penuh terhadap kekuasaan Allah, apa yang dimintanya hanyalah Allah menunjukkan kepadanya kaifiat menghidupkan orang yang telah mati, semata-mata atas dorongan perasaan ingin tahunya yang luar biasa. Perbuatan seperti itu tidak salah disisi agama Islam. Kerana itulah Allah memenuhi permintaan Ibrahim dan Rasulullah s.a.w. juga memenuhi permintaan al-Haarits bin Hisyaam r.a. tanpa sebarang teguran dan bantahan. Bezanya ialah Nabi Ibrahim telah bertanya Allah tentang kaifiat Allah melaksanakan kekuasaanNya. Al-Haarits bin bin Hisyaam pula bertanya tentang kaifiat kedatangan wahyu kepada Rasulullah s.a.w. Sebagaimana Allah mengisahkan dialog yang telah berlaku di antaraNya dengan Ibrahim yang meminta agar Allah menunjukkan kepadanya kaifiat menghidupkan orang-orang yang telah mati dengan penuh mesra menerusi firmanNya ini:

Al-Baqarah 2:260
وَإِذْ قَالَ إِبْرَٰهِۦمُ رَبِّ أَرِنِى كَيْفَ تُحْىِ ٱلْمَوْتَىٰۖ قَالَ أَوَلَمْ تُؤْمِنۖ قَالَ بَلَىٰ وَلَٰكِن لِّيَطْمَئِنَّ قَلْبِىۖ قَالَ فَخُذْ أَرْبَعَةً مِّنَ ٱلطَّيْرِ فَصُرْهُنَّ إِلَيْكَ ثُمَّ ٱجْعَلْ عَلَىٰ كُلِّ جَبَلٍ مِّنْهُنَّ جُزْءًا ثُمَّ ٱدْعُهُنَّ يَأْتِينَكَ سَعْيًاۚ وَٱعْلَمْ أَنَّ ٱللَّهَ عَزِيزٌ حَكِيمٌ 
Bermaksud: dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim berkata: "Wahai Tuhanku! Perlihatkanlah kepadaku Bagaimana Engkau menghidupkan orang-orang telah mati?" Allah berfirman: "Adakah Engkau belum percaya (kepada kekuasaanku)?" Ibrahim menjawab: "Bahkan (aku percaya dan yakin), akan tetapi (aku memohon yang demikian ialah) supaya tenteram hatiku (yang amat ingin menyaksikannya). Allah berfirman: "(Kalau demikian), ambilah empat ekor burung, lalu cincanglah semuanya. Setelah itu letakkanlah di atas tiap-tiap sebuah bukit sebahagian daripadanya, kemudian serulah burung-burung itu, niscaya semuanya akan datang kepadamu dengan segera." dan ketahuilah sesungguhnya Allah Maha Perkasa, lagi Maha Bijaksana. (alBaqarah:260).

Begitulah juga Rasulullah s.a.w. setelah ditanya al-Haarits Bin Hisyaam r.a. tentang cara kedatangan wahyu kepada Baginda, menceritakan kepadanya dengan penuh mesra menerusi hadits di atas. Seseorang yang telah yakin penuh tentang kewujudan Mekah dan Madinah berdasarkan cerita-cerita yang mutawatir, lalu timbul keinginan yang memuncak di dalam jiwanya untuk mengetahui bahkan kalau boleh melihat sendiri kedua-dua bandar itu, berkemungkinan akan bertanya dan meminta sesiapa sahaja yang ditemuinya agar menggambarkan kepadanya keadaan Mekah dan Madinah itu. Pertanyaan orang seperti ini tentu sekali bukan kerana dia tidak percaya kepada kewujudan Mekah dan Madinah, malah kerana percaya kepada kewujudan kedua-duanyalah Inaka timbul keinginan yang memuncak di dalam dirinya untuk bertanya tentang keadaannya.

¹² Sekiranya pertanyaan Haarits Bin Hisyaam r.a. di dalam hadits ini diperhatikan, anda akan dapati persoalan yang beliau ajukan tidak merujuk kepada peristiwa permulaan penurunan wahyu. Sedangkan tajuk bab bagi hadits ini ialah 'Bagaimana Permulaan Wahyu' yang nyata tidak sepadan dan tidak tepat dengannya. Lalu bagaimanakah caranya Imam Bukhari memadankan hadits ini dengan tajuknya itu? Sebenarnya jawapan kepada persoalan tersebut sudah terdapat di dalam jawapan Baginda s.a.w. iaitu: "Kadang-kadang ia datang kepadaku seperti gemercing

31

Tiada ulasan:

Catat Ulasan