Isnin, Ogos 02, 2021

Resepi nasi daging utara dan air asam kerisik

Resepi nasi daging utara dan air asam kerisik

Bahan- bahan
3 cawan beras basmati
1 kilo tulang dan daging 
2 biji Tomato
2 inci Halia
2 labu bawang besar/holand
8 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
Asam jawa
Limau nipis 
Daun pandan 
Daun ketumbar
Daun sup
Belacan 
Rempah beryani dan rempah kurma
Rempah 4 sekawan(kulit kayu manis, pelaga,bunga cengkih,bunga lawan)
Lada hitam
Lada putih/sulah
½ cawan susu cair
Minyak sapi atau mentega

Air rebusan daging
1 kilo tulang dan daging direbus sehingga lembut
1inci halia-hiris nipis
1 ulas bawang putih cincang kasar
(7-8 cawan )Air ikut banyak beras yang nak dimasak dan lebihkan air untuk sup
(1-2 sudu kecil) rempah kurma jadi bila untuk sup nanti  tak perlu tambah rempah lagi.
1 sudu kecil lada hitam biji(tumbuk )

1.Nasi nya
Beras basmati rendam 1jam 
1 sudu besar rempah kurma + 1 sudu besar rempah beryani
Air rebusan daging(1 cawan beras=1½air)
3 ulas bawang putih -hiris nipis 
1 inci halia- hiris nipis
¼ labu bawang holand 
Daun pandan
1 biji tomato- untuk tumis nasi
Daun sup -batang potong kasar daun potong halus 
Daun ketumbar-sudah cukup
Bawang merah- untuk jadikan bawang  goreng.
Cara buat:
1.Tumis daun pandan,bawang besar holand, halia dan bawang putih bersama rempah 4 sekawan dengan minyak sapi atau mentega 
2.bancuhan rempah beryani dan kurma .
3. Akar ketumbar untuk lebih aroma.
4. Batang ketumbar dan tomato.
5. Masukan beras dan goreng 3 atau 4 mint .
6.masukan air rebusan dan garam
7.Susu cair 
8.susun daging atas nasi dan jika masak macam biasa jika dengan rice cook .
9. Tabur daun ketumbar bila air dan kering dan bawang goreng


2.Air asam kerisik
Untuk kisar
½biji tomato
Belacan bakar-sampai naik bau
¼ labu bawang besar
Air asam jawa.
Garam 
Gula.

1  biji tomato  potong
1 biji bawang besar hiris kasar
Tuang dalam mangkuk yang ada hirisan bawang besar dan tomato dan 2 sudu besar kerisik.
Cili padi  jika suka pedas -potong kecil
Limau nipis -ambil jus dan hidangan akhir

3.Sup kosong.
Masukan air rebusan daging dalam periuk.
Sedikit garam
Serbuk lada putih
Batang sup
Masak sampai mendidih.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan