Sambungan Tiga
³Perlu sekali diketahui bahawa sebelum dikatakan حدثنا atau di permulaan isnad, diucapkan terlebih dahulu kata:وبه قال . la sebenarnya merupakan ringkasan kepada rangkai kata berikut:
وبسند المتصل منا إلى الإمام الحجة الحافظ أمير المؤمنين في الحيث مُحمَّدِ بْنِ إسْمَاعِيل البُخَارِي قَالَ
Bermaksud: Dengan Sanadnya Yang Bersambung- Sambung Daripada Kami Sampai Kepada alImam al-Hujjah al-Hafiz Amirul Mu'minin Dalam Bidang Hadits (laitu) Muhammad Bin Isma'il al-Bukhari. Kata Beliau (al-Bukhari): .... Ganti nama 'nya' di hujung 'Dengan sanadnya' meruju' kepada sanad guru penulis. 'Yang bersambung-sambung daripada kami' pula bermaksud sanad beliau bagi hadits pertama dan seterusnya di dalam Sahih Bukhari bersambung sampai kepada Imam Bukhari, dan Imam Bukhari pula mengambil hadits tersebut daripada al-Humaidi iaitu Abdullah bin az-Zubair dan seterusnya sampai kepada Rasulullah s.a.w. Sanad penulis sendiri bagi hadits-hadits Sahih Bukhari ialah Penulis (Muhammad 'Asri bin Yusof) menerimanya daripada
1. Maulana al-Mufti Wali Hasan Khan at-Tonki, Syeikhul Hadits Jamüatul Uloom al-Islamiyyah Karachi dan Mufti besar Pakistan di zamannya. Beliau menerimanya daripada 2. Syeikhul Hadits Darul 'Uloom Deoband India, Maulana Husain Ahmad al-Madani. Beliau menerimanya daripada daripada
3. Syeikhul Hadits Darul 'Uloom Deoband India, Maulana Muhammad Anwar Syah al-Kashmiri. Beliau menerimanya daripada gurunya
4. Maulana Mahmudul Hasan yang lebih dikenali dengan julukan Syeikhul Hind. Mahmudul Hasan menerimanya daripada dua orang gurunya iaitu
5. Maulana Muhammad Qasim an-Nanutwi. Beliau adalah pengasas Darul Uloom Deoband India. Dan Maulana Rasyid Ahmad alGanggohi. Mereka berdua menerimanya daripada 6. Syah Abdul Ghani. Syah Abdul Ghani menerimanya daripada
7. Syah Ishaq. Beliau menerimanya daripada
8. Syah Abdul Aziz. Beliau menerimanya daripada gurunya yang juga merupakan ayahnya sendiri iaitu
9. Syah Waliyullah. Beliau menerimanya daripada
10. Syeikh Abu Thahir Muhammad bin Ibrahim al-Kurdi. Beliau menerimany'a daripada gurunya yang juga merupakan ayahnya sendiri iaitu
11 . Syeikh Ibrahim al-Kurdi. Beliau menerimanya daripada 12. Syeikh Ahmad al-Qusyasyi. Beliau menerimanya daripada
13. Syeikh Ahmad bin Abdul Quddus Abul Mawahib as-Syinnawi. Beliau menerimanya daripada
14. Syeikh Samshuddin Muhammad bin Ahmad bin
Muhammad al-Ramli. Beliau menerimanya daripada
15. Syeikhul Islam Zainuddin Zakaria bin Muhammad al-Anshari. Beliau menerimanya daripada
16. As-Syeikh al-Hafiz Abi alFadhl Syihabuddin Ahmad bin 'Ali bin Hajar al-'AsqaIaani. Beliau menerimanya daripada 17. As-Syeikh Zainuddin Ibrahim bin Ahmad at-Tanukhi. Beliau menerimanya daripada
18. As-Syeikh Abi al-'Abbaas Ahmad bin Abi Thalib al-Hajjaar. Beliau menerimanya daripada
19. As-Syeikh Sirajuddin al-Husain bin al-Mubarak az-Zubaidi. Beliau menerimanya daripada
20. As-Syeikh Abil Waqt 'Abdul Awwal bin 'Isa bin Syu'aib as-Sijzi al-Hirawi. Beliau menerimanya daripada
21. As-Syeikh Abil Hasan 'Abdur Rahman bin Muzaffar adDaudi. Beliau menerimanya daripada
22. As-Syeikh Abi Muhammad 'Abdullah bin Ahmad as-Sarakhsi. Beliau menerimanya daripada
23. As-Syeikh Abi 'Abdillah Muhammad bin Yusuf bin Mathar bin Saleh bin Bisyr al-Firabri. Beliau menerimanya daripada
24. Pengarang Kitab Sahih Bukhari iaitu Amirul Mu'minin fi al-Hadits Muhammad bin Isma'il al-Bukhari r.a. Rangkaian sanad yang disenaraikan di atas hanya terhenti pada Imam Bukhari, kerana sanad hadits selepasnya adalah mengikut sanad hadits sebagaimana yang tertera di dalam kitab Sahih Bukhari. Hadits pertama Sahih Bukhari umpamanya diterima Imam Bukhari daripada al-Humaidi dan seterusnya sampai kepada Rasulullah s.a.w. Namun sanad di atas Imam Bukhari akan berbeza jika hadits yang lain pula diriwayatkan oleh beliau. Wahyu Makki dan Madani. Hadits pertama yang dikemukakan oleh Imam Bukhari ialah hadits riwayat gurunya yang bernama Abdullah bin az-Zubair al-Humaidi, seorang tokoh 'ulama' hadits di Mekah berbangsa Quraisy. al-Humaidi mempunyai kitab haditsnya sendiri bemama Musnad al-Humaidi. Tujuan Imam Bukhari memulakan haditsnya dengan riwayat daripada gurunya yang berbangsa Quraisy adalah untuk mengisyaratkan secara halus kepada kita bahawa keutamaan dari sudut keturunan haruslah diberikan kepada bangsa Quraisy. Kerana keturunan mereka adalah daripada salasilah keluarga Nabi s.a.w. Dalam mengutamakan mereka Baginda pernah bersabda:قَدِّموْا قٌرَيْشًا
Bermaksud: Utamakan bangsa Quraisy dan janganlah kamu mendahuluinya.(Hadits riwayat at-Thabaraani).الْأَئمَّة مِنْ قُرَيْشٍ Bermaksud: Imam-imam haruslah dilantik daripada bangsa Quraisy. (Hadits riwayat Ahmad, Abu Daud at-Thayaalisi, at-Thabaraani. Baihaqi, Nasaa'i, Abu Ya'la dan Jain-Iain). Kalau dipandang dari sudut permulaan pula, maka wahyu yang mula-mula diterima Rasulullah s.a.w. juga turun di Mekah. Islam bermula di Mekah dan seterusnya berkembang pesat di Madinah. Manakala Hadits kedua pula diterima Bukhari dari gurunya yang menetap di Madinah iaitu Abdullah Bin Yusuf. Beliau menerimanya daripada Imam di Madinah iaitu Imam Malik. Tujuan Imam Bukhari mengemukakan hadits yang diriwayatkan oleh tokoh-tokoh Madinah sebagai hadits keduanya ialah untuk mengisyaratkan bahawa sebagaimana alQur'an, hadits juga mempunyai dua kategori iaitu Makki dan Madani. inilah yang diisyaratkan oleh Imam Bukhari dengan mengemukakan hadits pertama dengan sanad yang dimulai oleh orang Mekah dan hadits kedua dengan sanad orang Madinah.
⁴Apa jua amalan sama ada berupa ibadat khusus atau ibadat umum yang juga merupakan qurbah (apa-apa yang dilakukan seseorang dengan maksud mendekatkan diri kepada Allah), sah atau tidaknya dikira berdasarkan niat pelakunya. Apakah tujuan dan matlamatnya melakukan sesuatu amalan atau pekerjaan. Sekiranya sesuatu amalan itu dimulakan dengan niat yang baik dan ikhlas, maka amalan tersebut akan dikira sebagai amalan yang sah dan mendatangkan pahala. Ini dijelaskan lagi oleh bahagian kedua hadits di atas, iaitu: وإنما لكا أرئ ما نوى (Setiap orang ił
tu akan mendapat apa yang diniatnya. Jika si pelaku meniatkan sesuatu tujuan melalui amalannya, maka apa yang akan atau mungkin diperolehinya adalah tujuan yang diniatkannya tadi. Sesuatu amalan baik yang dilakukan oleh dua individu yang berbeza, mungkin kelihatan sama sahaja. Tetapi natijah dan pahalanya mungkin sekali tidak sama. Contohnya jika seseorang pergi ke masjid hanya dengan niat untuk menunaikan sembahyang berjemaah semata-mata, ia akan mendapat pahala sembahyang berjema'ah di masjid sahaja sebagaimana yang dijanjikan di dałam haditshadits. Tetapi seseorang yang menyertakan niat hendak bersembahyang secara berjema'ah di masjid dengan niat akan beramah mesra dengan ahli jemaah yang lain, menghadhiri majlis ilmu yang diadakan masjid, bersembahyang sunat tahiyyatu al-masjid dan lain-lain akan mendapat ganjaran tambahan yang lain pula. Jika dia juga berniat apabila pulang dari masjid nanti, akan singgah di rumah salah seorang teman yang sakit untuk menziarahinya atau setidak-tidaknya akan membawa pulang buah tangan untuk anak isteri di rumah, tentu dia akan membolot begitu banyak pahala hasil daripada niatnya untuk melakukan amalan-amalan sampingan sebagai satu bonus daripada tujuannya yang asal iaitu berjemaah di masjid. Apa lagi jika amalan yang akan dilakukan seseorang itu berupa suatu sumbangan yang besar kepada Islam dan ummatnya. Sebagai contoh, jika seseorang berniat hendak menjadi seorang 'ulama' yang berjasa kepada masyarakat, dia menyertakan niatnya iłu dengan usaha yang gigih dan konsisten sesuai dengan matlamatnya yang tinggi dan mulia itu. Pengorbanan demi pengorbanan telah dilakukannya dalam usaha mencapai matlamatnya. Namun sekiranya ditakdirkan niat yang baik dan besar tersebut tidak tercapai, sama ada kerana dirintangi aral yang tidak mampu ditempuhnya atau dijemput ajal sebelum sempat menyempurnakannya, Allah s.w.t. tetap akan mengira amalan yang diniatkannya dan mengganjarkan pahala sesuai dengan matlamatnya yang asal. Walaupun apa yang diniatnya dahulu tidak menjadi kenyataan. Balasan yang akan Allah berikan kepadanya adalah sesempurna niatnya. Walhal sekiranya pelajar tersebut berjaya sekadarnya atau berumur panjang, dan ternyata dia tidak mampu merealisasikan niatnya yang disematkan dahulu. Dia hanya akan menerima ganjaran sekadar yang mampu dilaksanakannya sahaja. Inilah faedah dan kelebihan niat. Kerana pahalanya akan tetap diberikan Allah s.w.t. tanpa dilaksanakannya amalan tersebut. Malah ganjarannya akan berpanjangan dan berkekalan walaupun setelah dia meninggal dunia. Walaubagaimanapun amalan-amalan yang dikira berdasarkan niat tersebut hanyalah amalan-amalan ketaatan dan kebajikan sahaja. Sesuatu ibadat yang tidak disertakan dengan apa-apa niat tidak dikira dan tidak sah. Sesuatu amalan ma'shiat dilakukan dengan niat untuk membuat sesuatu kebajikan contohnya melacur untuk membantu anak-anak yatim, pasti tidak akan diterima sebagai suatu amalan kebajikan malah ia tetap dikira berdosa. Kata orang, matlamat tidak menghalalkan cara. Begitu juga sebaliknya jika sesuatu amalan ibadat atau
kebajikan dilakukan dengan niat yang terpesong, umpamanya untuk menunjuk-nunjuk, maka ia tidak akan menghasilkan sebarang pahala malah Iebih malang lagi amalan seperti itu mendatangkan dosa pula. Berbeza dengan amalan-amalan atau perkara-perkara mubaahaat (harus) seperti makan, minum dan sebagainya yang tetap akan menjadi walaupun tanpa ada sebarang niat. Begitu pun jika ia disertakan dengan niat yang baik tetap juga akan menghasilkan pahala. Oleh sebab itulah Imam Syafie berkata: إن هذا الحديث يدخل فسه نصف العلم Bermaksud: "Separuh pengetahuan agama Islam berada di dalam hadits ini." Menurut pandangan ulama yang lain pula hadits ini merupakan salah satu tonggak dan asas yang penting dalam agama Islam. Antara hadits yang merupakan tongak dan asas yang penting dalam agama Islam selain hadits niat ini ialah tiga hadits berikut: مِنٌ حُسْنِ إِسْلامِءِ تَرْكَهُ مَا لَا يَعْنِه Bermaksud: "Antara tanda keelokan Islam seseorang ialah dia meninggalkan apa yang tidak berguna dan tidak berfaedah kepedanya: الْحَلُ بَيْنٌ وَالْحَرَامُ بَيْنٌ وَبَيْنَهُمَا مُشْبَّهَاتٌ Bermaksud: "Yang halal adalah jelas dan yang haram juga jelas.Di antara keduanya ada banyak perkara yang tidak yang tidak jelas. مَنْ أَحْدَثَ فِي أَمْرِنَا هَذَا مَا لَيْسَ مِنْهُ فَهُوَ رَدٌّ
Bermaksud: "Sesiapa yang mengada-ngadakan sesuatu perkara baharu dalam urusan ugama kita ini iaitu sesuatu yang tidak berpunca darinya, ia adalah tertolak." Melihat kepada pentingnya hadits niat itulah Imam Abdur Rahman bin Mahdi pernah berkata:من أراد أن يصنف كتابا فليبتدئ بهذا الحديث Bermaksud: "Sesiapa yang hendak menulis buku dia hendaklah memulakannya dengan hadits ini." Di bawah beberapa bab yang lain Imam Bukhari juga ada mengemukakan hadits ini tetapi dengan sedikit perbezaan iaitu dengan sighah Mufrad pada lafaz niat iaitu بِالنِّيَّة bukan بِالنِّيَّاتِ. Bererti segala amalan dikira berdasarkan (satu) niat (sahaja). Hadits tersebut juga benar. Kedua-duanya dapat diterima sebagai sabda Rasulullah s.a.w. Para ulama' telah memberi pendapat masing-masing tentang rahsia perbezaan di antara dua lafaz itu. Antara pendapat yang patut dikemukakan ialah:
(1) Oleh kerana sesuatu amalan yang dikerjakan seseorang melibatkan banyak anggota, kerana itulah Rasulullah s.a.w. menggunakan perkataan الأعمال dengan sighah jama. بِالنِّيَّة pula digunakan dalam bentuk mufrad, memandangkan ia terbit dari hati. Dan hati setiap orang manusia hanya satu sahaja.
(2) Amalan seseorang pada asalnya hanya satu sahaja. Ia menjadi banyak apabila ditinjau dari sudut kontekstualnya. Seseorang yang pergi ke masjid dengan niat hendak mengerjakan sernbahyang secara berjemaah, sebenarnya hanya melakukan satu saja amalan. Tetapi oleh kerana ia bersama beberapa niat, misalnya untuk berzikir, bertilawah, berdoa, menunggu sa'at sembahyang berjemaâah, bersua muka dengan saudara seagama, belajar atau mengajar dan lain-lain di masjid, dari sudut itu memang banyaklah amalannya. Kerana itulah Nabi s.a.w. bersabda الأعمال dengan sighah jama bukan العمل dengan sighah mufrad, Beliau s.a.w. bersabda بِالنِّيَّة dengan sighah mufrad bukan بِالنِّيَّاتِ dengan sighah jamak pula ialah kerana mengambil kira niat pada hakikatnya mengandung erti ikhlas kerana Allah. Ikhlas kerana Allah itu pula mengandung erti satu, bukan banyak.
Manakala hadits yang menggunakan lafaz niat dengan Sighah Jama pula bermaksud:
(1) Spesifikasi setiap amalan haruslah dipadankan dengan niatnya masing-masing. Contohnya sembahyang fardhu haruslah diniatkan dengan sembahyang fardhu, sementara puasa sunat haruslah diniatkan dengan puasa sunat. Kerana mengikut niat masing-masinglah sesuatu amalan itu diterima dan pahala ditentukan.
(2) Boleh jadi juga ia bermaksud setiap amalan kadang-kadang membuahkan pelbagai niat yang lain. Contohnya ialah perkahwinan. Seseorang yang mendirikan rumahtangga akan mendapat pahala menghidupkan satu sunnah Nabi. Tetapi hasil daripada perkahwinan tersebut dia juga akan dianugerahkan Allah s.w.t. dengan anak-anak lalu dia berniat untuk zuriatnya itu supaya apabila besar kelak dapat berkhidmat kepada masyarakat dan berjuang di jalan Allah. Erti niat dan perbedaannya dengan iradat. Dari segi bahasa Arab niat bererti tujuan, maksud, kehendak dan sebagainya. Menurut Syara pula niat توجه القلب تحو الفعل ابتغاء لوجه الله تهالى
(Tumpuan hati terhadap sesuatu perbuatan yang dilakukan, semata-mata kerana Allah). Perkataan niat di dalam hadits di atas dipakai dengan erti bahasanya. Sebabnya ialah pembahagian dan perincian ttg hijrah kerana Allah atau kerana selainNya yang tersebut di akhir hadits itu jelas menunjukkan ia tidak dipakai dengan makna syar'inya. Malah ia dipakai dengan maha lughawinya yang mengandungi erti hijrah dengan maksud dan tujuan mendapat keredhaan Allah atau dengan maksud dan tujuan untuk mendapat sesuatu yang lain selain keredhaan Allah. Perbezaan di antara amal dan fi'il (perbuatan).
Soal kenapa Rasulullah s-a.w. bersabda: إِنَّمَا اْلأَعْمَالُ بِالنِّيَّاتِ,
bukan إِنَّمَا اْلأَفْعَالُ بِالنِّيَّاتِ pula beberapa jawapan telah diberikan oleh para 'ulama hadits. Antara lainnya ialah:
(1) Perkataan mengandungi erti perbuatan atau pekerjaan yang dilakukan secara berkekalan dan berterusan. Berbeza dengan perkataan فعل kerana ia tidak menunjukkan makna berkekalan dan berterusan. Mengisyaratkan kepada amalan ibadat, qurbah dan mubaah dilakukan seseorang secara berterusan dan berkekalan dan ugama juga menuntut ia dilakukan secara berterusan dan berkekalan, Nabi s.a.w. telah menggunakan perkataan bukan perkataan di dalam sabdanya ini. Kerana itulah juga Allah berfirman:واعملوا صالحا bukan وعموا الصالحات. وافعلواحا bukan وفعلوا الحات. Justeru amal saleh itu dituntut dilakukan secara berkekalan dan berterusan.
(2) Amal dikatakan kepada perbuatan orang mukallaf. Fi' il digunakan umum untuk semua orang. Oleh kerana Rasulullah s.a.w. menujukan sabdanya ini kepada golongan mukallaf, beliau s.a.w. menggunakan perkataanالْأَعْمِال
(3) Perkataan amal digunakan khusus untuk orang-orang yang beraqal. Perkataan fl'il tidak begitu. la digunakan untuk yang beraqal dan juga yang tidak ber'aqal. Itulah sebabnya kenapa orang-orang 'Arab tidak berkata عمل البهانم untuk binatang. Mereka sebaliknya berkata فعل البهائم. Oleh kerana Rasulullah s.a.w. bermaksud menyatakan hukum amalan atau perbuatan yang dilakukan oleh orang-orang yang ber'aqal, Baginda s.a.w. menggunakan di sini perkataanاْلأَعْمَالُ. Tujuan disyari'atkan niat dalam ibadat ialah untuk menyatakan perbezaan di antara amal (pekerjaan) ibadat dengan amal (pekerjaan) 'adat (kebiasaan) atau di antara jenis ibadat itu sendiri. Sebagai contohnya: Duduk di dalam masjid kerana beri'tikaf dan duduk berehat di dalamnya, sama saja zahirnya. Mandi untuk mengangkat hadats besar dan mandi untuk mendapat kesegaran, sama juga zahirnya. Yang membezakan kedua-duanya adalah niat. Sembahyang, puasa dan sedekah wajib (zakat) sama keadaannya dengan sembahyang, puasa dan sedekah sunat. Semuanya dinamakan ibadat. Tetapi yang dapat membezakan di antara jenis dan martabatnya ialah niat atau maksud orang yang melakukannya. Sementara itu ada pula perbuatan atau amalan yang asalnya bukan merupakan ibadat, kerana ia dilakukan atas dorongan naluri seseorang manusia. Seperti makan, minum. tidur. bersetubuh dan sebagainya. Tetapi ia boleh bertukar menjadi ibadat umum yang mendatangkan pahala sekiranya ia dilakukan dengan niat untuk menegakkan tuntutan agama.
⁵ Ini adalah bahagian kedua hadits niat. Seimbas lalu ia tidak lebih daripada pengulangan semula bahagian pertama hadits. Apakah ada sebenarnya perbezaan di antara bahagian pertama dan bahagian keduanya? Berikut dikemukakan beberapa pandangan 'ulama hadits tentang perhubungan di antara dua bahagian hadits tersebut.
(1) Imam Qurthubi berpendapat bahagian kedua tidak lebih daripada penguat (تاكيد) kepada bahagian pertama hadits. Oleh kerana niat adalah sesuatu yang sangat penting dan ia merupakan penentu kepada sah atau tidaknya sesuatu
amalan manusia, Rasulullah s.a.w, tidak bersabda:إِنَّمَا اْلأَعْمَالُ بِالنِّيَّاتِ semata-mata, malah untuk menguatkannya Baginda menegaskan pula dengan bahagian kedua hadits dalam susunan ayat dan gaya bahasa yang Iain, iaitu وَإِنَّمَا لِكُلِّ امْرِئٍ مَا نَوَى. Sedangkan kedua-duanya menyatakan perkara yang sama. Kalau mafhum bahagian pertama hadits ialah amalan seseorang baru diterima Allah apabila niat pelakunya betul. Tetapi amalannya tidak akan diterima kalau niatnya tidak betul. Maka mafhum bahagian kedua hadits pula ialah kalau niat seseorang betul, ia akan menjadi penyebab kepada balasan baik yang akan diterimanya untuk amalannya itu. Sebaliknya kalau niat seseorang tidak betul ia akan menjadi penyebab kepada balasan buruk yang akan diterimanya kerana amalannya itu. Jadi dua bahagian hadits itu bunyinya sahaja Iain. padahal kedua-duanya menyatakan perkara yang sama.
(2) Ada juga ulama' berpendapat bahagian kedua hadits bukan penguat kepada bahagian pertamanya. Bahkan bahagian kedua itu merupakan bahagian yang berasingan. Dengan kata Iain, ia merupakan ta'sis bukan ta'kid. Bagi mereka bahagian pertama hadits berbicara tentang pergantungan amalan seseorang kepada niat dalam menentukan sah atau tidak dan berpahala atau tidaknya amalan yang dlakukannya. Bahagian kedua pula menyatakan keadaan pelaku. Dia akan mendapat balasan sesuai dengan niat yang dipasangnya.
(3) Imam Nawawi berpendapat, bahagian pertama hadits menyentuh soal perhubungan di antara niat dan amalan seseorang. Memang ada kaitan diantara amalan dan niat seseorang. Baik buruknya sesuatu amalan manusia itu bergantung pada niatnya. Bahagian kedua hadits pula menunjukkan penentuan apa yang diniat (المنوي) sebagai syarat untuk sahnya sesuatu amalan. Sebagai contohnya, orang yang perlu mengqadha sembahyang Zuhur dan 'Asharnya. Jika dia berniat mengerjakan sembahyang semata-mata untuk sembahyang Zuhurnya, sembahyangnya itu tidak sah. Demikian juga dengan sembahyang 'Asharnya. la tidak tertunai dengan semata-mata mengerjakan sembahyang sebanyak empat raka'at. Untuk sah sembahyang Zuhurnya, dia perlu menentukan sembahyang yang hendak dikerjakannya itu ialah sembahyang Zuhur, bukan 'Ashar. Dan untuk sah sembahyang 'Asharnya. dia perlulah menentukan sembahyang sebanyak empat raka'at yang hendak dierjakannya itu ialah sembahyang 'Ashar, bukan Zuhur atau Isyaa'. Bahagian kedua hadits seolah-olahnya menjelaskan bahawa amalan seseorang tidak akan dikira tanpa ada penentuan tentangnya.
(4) Ibnu as-Sam'aani berpendapat, bahagian pertama hadits menyentuh soal perhubungan di antara niat dan amalan seseorang. Memang ada kaitan diantara amalan dan niat seseorang seperti kata Nawawi itu. Tetapi bahagian keduanya menyentuh tentang mubaahaat (amalan-amalan atau perbuatan-perbuatan yang diharuskan) yang tidak termasuk dalam bab ibadat. Seperti makan, minum. tidur dan sebagainya. Amalan-amalan ini tidak mendatangkan pahala tanpa niat. Untuk mendapat pahala seseorang perlu berniat baik apabila hendak melakukannya. Misalnya berniat untuk mendapatkan tenaga ketika hendak makan. Apabila bertenaga, dia hendak melakukan ketaatan kepada Allah. Tanpa ada niat seperti itu, semata-mata melakukan perbuatan-perbuatan yang diharuskan tidaklah mendatangkan apa-apa pahala kepada pelakunya.
(5) Ibnu Daqiq al-lid berpendapat seperti Nawawi dan Ibnu asSam'aani juga berhubung dengan bahagian pertama hadits. Tetapi bahagian kedua hadits baginya menunjukkan ganjaran dan pahala baru diperolehi seseorang apabila dia berniat ketika hendak melakukannya di samping menjaga juga syarat-syaratnya. Kalau syarat-syaratnya sahaja dijaga, niat tidak ada, tetap juga tidak akan mendatangkan pahala. Pahala baru diperolehi seseorang apabila dia mengerjakan sesuatu pekerjaan dengan niat. Pahala juga baru akan diperolehi seseorang apabila dia berniat dengan bersungguh-sungguh hendak mengerjakan sesuatu
pekerjaan, tetapi kerana keuzuran yang diterima Syara' dia tidak dapat melakukannya.
(6) Ada juga ulamak berpendapat, bahagian kedua hadits mengisyaratkan kepada terlarangnya niat untuk orang Iain (النياية النية) dalam melakukan sesuatu amalan, tanpa sebarang alasan yang dibenarkan Syarak. Misalnya bersembahyang dengan niat melepaskan tanggungan sembahyang orang Iain atau bersembahyang dengan meniatkan pahala sembahyangnya untuk orang Iain. Inilah yang dimaksudkan oleh Ibnu 'Abbaas dengan katanya: لا يصلي أحد عن أحد ولا يصوم عن أحد ولكن يطعم عنه Bermaksud: Seseorang tidak boleh bersembahyang untuk orang Iain. Dia juga tidak boleh berpuasa untuk orang Iain. Dia hanya boleh memberi makan (kepada orang-orang miskin) bagi pihak orang Iain (dalam kes meninggalkan puasa) sebanyak satu cupak untuk tiap-tiap hari (yang ditinggalkan puasanya).
(Hadits riwayat an-Nasaa'i di dalam Sunan Kubranya dan at-Thahaawi di dalam Muskilul Aatsaarnya).
(7) Syeikh 'Izzuddin bin 'Abdis Salaam berpendapat, maksud bahagian pertama hadits ini ialah menjawab persoalan tentang amalan manakah yang dambil kira oleh Allah? Sementara maksud bahagian kedua hadits pula ialah menjawab persoalan tentang apakah natijah yang terhasil daripada daripada sesuatu amalan manusia? Jawapan kepada persoalan pertama ialah amalan yang dambil kira oleh Allah ialah yang disertai niat. Oleh kerana sesuatu amalan itu ada kalanya dilakukan dengan niat yang baik dan ada kalanya pula dengan niat yang jahat, maka bahagian kedua hadits menjawab persoalan yang timbul tentangnya. Iaitu sesungguhnya setiap orang akan mendapat apa yang diniatnya. Jika niatnya baik, dia mendapat pahala dan keredhaan Allah dan jika niatnya buruk, dia akan mendapat dosa dan kemurkaan Allah.
(8) Sesetengah 'ulama' berpendapat, bahagian pertama hadits ini memang bermaksud menyatakan perhubungan di antara amalan dan niat. Sesuatu amalan itu baru dikira apabila ada niat di sebaliknya. Bahagian keduanya bermaksud menyatakan jumlah pahala yang akan diperolehi seseorang tidak bergantung pada jumlah amalan yang dilakukannya. Walaupun seseorang melakukan hanya satu amalan sahaja, tetapi kalau dia memasang beberapa niat di sebaliknya. dia akan mendapat pahala bagi setiap niat yang dipasangnya. Misalnya seorang yang pergi ke masjid. Jika dia pergi ke masjid dengan niat untuk mengerjakan sembahyang berjemaah semata-mata, dia hanya akan mendapat satu pahala sahaja, iaitu pahala pergi ke masjid untuk bersembahyang dengan berjema'ah. Tetapi kalau di samping itu dia juga berniat untuk membaca al-Qur'an, menunggu sembahyang jemaah berikutnya, beri'tikaf, belajar atau mengajar, menjauhkan diri dari ma'shiat dan bertemu mata dengan orang-orang Islam di masjid, niscaya dia akan mendapat pahala bagi setiap amalan yang diniatnya itu.
(9) As-Sindi berpendapat, bahagian pertama hadits merupakan iaitu suatu hakikat yang sudah terbukti kebenarannya serta diterima pula oleh masyarakat dan aqal yang sejahtera. Bahagian kedua hadits pula menyatakan hukum Syarak tentangnya. Seolah-olahnya dikatakan, memang benar masyarakat dan 'aqal menerima bahawa segala amalan tertakluk kepada niat. Semua orang menerimanya. Dengan mengemukakan bahagian kedua hadits, Nabi s.a.w. seolah-olahnya hendak menyokong dan mengesahkan apa yang diterima umutn itu. Cara seperti ini sebenarnya telah digunakan oleh Rasulullah s.a.w. dalam beberapa hadits Iain. Sebagai contohnya. apabila hendak memuji Abu 'Ubaidah bin al-Jarraah, Baginda s.a.w. terlebih dahulu bersabda: Bermaksud: Setiap umtnat ada seomng yang sangat jujur. Selepas itulah baru Baginda s.a.w. bersabda: وأمين هذا الأمة أبو عبيد الجراح Bermaksud: Orang yang sangat jujur di kalangan ummat ini ialah Abu 'Ubaidah bin al-Jarmah. Jadi sabda Rasulullah s.a.w. لكل أمة أمين itu merupakan جملة تجربية عرفية dan وأمين هذه الأمة أبو عبيدة بن الجراح pula adalah جملة شرعية yang membawa erti Syara atau Nabi s.a.w. juga mengesahkan apa yang diterima umum itu. Demikian juga dengan sabda Rasulullah s.a.sv. لكل شيء عروس Bermaksud: Setiap perkara ada pengantinnya. Lalu sabda itu disusuli dengan sabda berikutnya:وعروس القرأن الرحمن Bermaksud: Penganti alQur'an ialah (Surah) ar-Rahman.
(10) 'Allamah at-Thibi berpendapat, bahagian pertama hadits ini berkait dengan kedudukan amalan itu sendiri. Sesuatu amalan baru dikira sah apa ia disertai niat. Bahagian kedua hadits pula berkait dengan niat di sebalik sesuatu amalan. Niat baru diterima baik apabila ia disertai keikhlasan. Kesimpulannya ialah niat yang tersebut di dalam bahagian kedua hadits itu seharusnya dipakai dengan makna ikhlas.
(11) Ada juga 'ulama' berpendapat, bahagian pertama hadits ini menepati علة فاعلية dan bahagian keduanya menepati علة غائية. Maksudnya ialah sebagaimana fa' il (pelaku) merupakan unsur yang memberi bekas dalam sesuatu perbuatan, begitulah dengan niat. Niatlah yang memberi bekas dalam sesuatu amalan. Niat jugalah yang menentukan hasil bagi sesuatu amalan. Jika baik, maka baiklah hasilnya dan jika buruk maka buruklah padahnya.
(12) Niat yang tersebut di dalam hadits di atas ialah niat orang mu'min. la tiada kena mengena langsung dengan niat orang kafir atau orang munafik. Niat orang kafir atau orang munafik kalau ada pun dalam amalan kebajikan mereka, tetap tidak dikira dan tidak mendatangkan pahala. Justeru amalan mereka sia-sia sahaja. Ada pun kepada orang-orang mu'min, amalan mereka yang akan dikira dan akan diberikan ganjaran tidak semestinya wujud dalam kenyataan dan dapat dikesan dengan pancaindera (وجود حسي). Di Sisi Allah, amalan orang mu'min sudah dikira ada apabila ada niat untuk melakukannya. Itulah antara kelebihan orang Islam. la terus mendapat pahala sesuatu amalan sebaik sahaja ada niat di dalam hatinya untuk mengerjakannya, meskipun amalan itu belum lagi dikerjakannya.
(13) Perkataan di permulaan hadits merupakan أداة حصر . la memberi erti hanya atau sahaja. Makna yang sama juga akan anda perolehi jika anda berkata: لا عمل إلا بالنية (Tiada amalan dikira melainkan dengan niat). Tetapi perlu sekali diingat bahawa penggunaan perkataan ini di sini sama sekali bukan untuk menghad dan menetapkan kewujudan sesuatu amalan dengan niat. Dengan kata lain ia tidak bererti menafikan kewujudan sesuatu amalan tanpa adanya niat. Sesuatu amalan atau perbuatan sering berlaku dan wujud meskipun tidak ada niat di sebaliknya. Yang tidak wujud ialah pahala amalan kalau tidak ada niat. Atau sahnya amalan itu yang tiada, jika tidak ada niat. Kerana itu ada pihak yang mentaqdirkan sabda nabi s.a.w.إنما الأعمال بالنيات dengan إنما ثواب الأعمال بالنيات atau لا عمل مثاب إلا بالنية Ada pula pihak yang mentaqdirkannya dengan إنما صحة الأعمل بالنيات atau إنما تصح الأعمال بالنيات atau لا عمل صحيح إلا بالنية Demikianlah pendekatan sesetengah ulama dalam merungkai sabda Baginda itu. Soalnya adakah semua amalan seharusnya mendatangkan pahala? Adakah semua amalan berkait dengan sah atau tidak sah menurut pandangan manusia umumnya, bahkan menurut pandangan agama sekalipun? Jawapannya tentu sekali tidak! Amalan bagaimanakah yang dimaksudkan di dalam hadits tersebut? Bagaimanakah pula kita akan menentukannya? Banyak sekali persoalan yang akan timbul dan perlu dirungkaikan sekiranya anda menerima pendekatan yang dikemukakan tadi.
(14) Pendekatan yang tidak akan menimbulkan banyak persoalan bagi penulis adalah pendekatan yang mengambil kira dua perkara berikut:
(a) Mengambil kira perkataan الأعمال yang digunakan oleh Rasulullah s.a.w. di dalam sabda Baginda itu ditujukan kepada orang-orang yang ber aqal atau mukallaf.
(b) Mengambil kira perbeman yang wujud di antara perkataan عمل dan فعل. Perkataanعمل seharusnya dipakai dengan erti perbuatan yang terhasil daripada pilihan dan ikhtiar manusia. Maka sabda Rasulullah s.a.w. seharusnya difahami dalam maknanya yang umum. Tentu sekali ada niat di sebalik semua perbuatan atau amalan yang dilakukan oleh seseorang manusia dengan pilihannya sendiri dan dengan penuh sedar. Sama ada ia baik atau buruk (jahat) dan sama ada ia dilakukan oleh orang-orang Islam atau bukan Islam. Seolah-olahnya Baginda s.a.w. bersabda: Segala amalan manusia itu berlaku dengan niat. Tidak ada amalan berlaku tanpa niat. Semua manusia menerima hakikat ini. Setelah mengemukakan hakikat itu Rasulullah s.a.w. menambahkan satu lagi hakikat yang mesti diterima apabila diterima hakikat sebelumnya iaitu setiap orang akan mendapat apa yang diniatnya di akhirat nanti. Sama ada berupa pahala atau berupa dosa. Bahagian ketiga dan keempat hadits tidak lebih daripada contoh untuk amalan yang diterima baik oleh Allah dan amalan yang merugikan manusia. Bagi penulis di samping menerima dan menghargai poin-poin yang telah dikemukakan oleh para ulama di atas, apa salahnya kalau poin ke (14) juga diterima, memandangkan sabda-sabda Rasulullah s.a.w. sering juga ditujukan kepada sekalian umatnya. Selain itu keluasan dan kedalaman makna sabda-sabda Baginda s.a.w. adalah suatu hakikat yang tidak dapat dipertikaikan Oleh sesiapa pun.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan