Ahad, Jun 19, 2022

K000.Pesan untuk Diri Sendiri

K000.Pesan untuk Diri Sendiri

Hampir sejam family meeting bersama Ibu dan ayah yang anaknya dimasukkan ke dalam wad kami akibat kemurungan yang teruk. 

Pelbagai persoalan kami tanya bagi memahami apa yang berlaku dirumah. Disusuli dengan perbincangan bagaimana Ibu ayah boleh berperanan membantu anak ini untuk sembuh. 

Sambil mengingatkan Ibu ayah agar jangan sesekali berputuas asa dengan anak, tak kira berapa sukar bagi mereka untuk memecah tembok yang terbina antara mereka. 

Juga mengingatkan agar menerima anak seadanya, memaafkan dan memohon kemaafan atas kekhilafan. Memperbaiki apa yang terluka. 

Di akhir pertemuan, consultant saya menambah. 

"Jangan lupa untuk doakan anak". 

…...…...…............................

Masa saya berangan nak jadi doktor masa kecil dulu, saya tak pernah terfikir pun semua ini adalah sebahagian dari plot dalam hidup seorang doktor. 

Dulu duk bayang CPR patient, ambil darah, bedah orang sahaja. Rupanya Allah nak temukan dengan sisi lain. 

Apa yang paling bermakna bila jadi psychiatrist untuk kanak-kanak dan remaja ni ialah semua yang kita sebut pada Ibu ayah itu adalah untuk ingatan diri kita sendiri. 

Sebab tu kadang-kadang lepas klinik yang sangat sibuk, balik rumah terus rasa nak peluk anak.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan