Jami ' tirmizi kitab bersuci 7/8/22
٥٨- باب مَا جَاءَ فِي الْوُضُوءِ مِمَّا غَيَّرَتِ النَّارُ:
58 - Bab (hadits) Wudhu' Kerana (Memakan) Makanan Yang Dimasak Dengan (diubah oleh)Api.
-perkataanغَيَّرَتِ bermakna (diubah)digunakan.
-perkataan مَسَّتْ digunakan dalam hadits 79 bermakna disentuh.
-disentuh oleh api adalah bahasa kiasan atau kinayah(yakni ilmu balaghah)
-contoh.
An-Nisa' 4:43 أَوْ لَٰمَسْتُمُ ٱلنِّسَآءَ
يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ لَا تَقْرَبُوا۟ ٱلصَّلَوٰةَ وَأَنتُمْ سُكَٰرَىٰ حَتَّىٰ تَعْلَمُوا۟ مَا تَقُولُونَ وَلَا جُنُبًا إِلَّا عَابِرِى سَبِيلٍ حَتَّىٰ تَغْتَسِلُوا۟ۚ وَإِن كُنتُم مَّرْضَىٰٓ أَوْ عَلَىٰ سَفَرٍ أَوْ جَآءَ أَحَدٌ مِّنكُم مِّنَ ٱلْغَآئِطِ أَوْ لَٰمَسْتُمُ ٱلنِّسَآءَ فَلَمْ تَجِدُوا۟ مَآءً فَتَيَمَّمُوا۟ صَعِيدًا طَيِّبًا فَٱمْسَحُوا۟ بِوُجُوهِكُمْ وَأَيْدِيكُمْۗ إِنَّ ٱللَّهَ كَانَ عَفُوًّا غَفُورًا
Wahai orang yang beriman! Janganlah kamu mendekati shalat ketika kamu dalam keadaan mabuk, sampai kamu sadar apa yang kamu ucapkan, dan jangan pula (kamu hampiri masjid ketika kamu) dalam keadaan junub kecuali sekedar melewati jalan saja, sebelum kamu mandi (mandi junub). Adapun jika kamu sakit atau sedang dalam perjalanan atau sehabis buang air atau kamu telah menyentuh perempuan, sedangkan kamu tidak mendapat air, maka bertayamumlah kamu dengan debu yang baik (suci); usaplah wajahmu dan tanganmu dengan (debu) itu. Sungguh, Allah Maha Pemaaf, Maha Pengampun.
٧٤ - حَدَّثَنَا ابْنُ أَبِي عُمَرَ قَالَ حَدَّثَنَا سُفْيَانُ بْنُ عُيَيْنَةَ عَنْ مُحَمَّدِ بْنِ عَمْرٍو عَنْ أَبِي سَلَمَةَ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
الْوُضُوءُ مِمَّا مَسَّتْ النَّارُ
وَلَوْ مِنْ ثَوْرِ أَقِطٍ قَالَ فَقَالَ لَهُ ابْنُ عَبَّاسٍ يَا أَبَا هُرَيْرَةَ أَنَتَوَضَّأُ مِنْ الدُّهْنِ أَنَتَوَضَّأُ مِنْ الْحَمِيمِ قَالَ فَقَالَ أَبُو هُرَيْرَةَ يَا ابْنَ أَخِي إِذَا سَمِعْتَ حَدِيثًا عَنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَلَا تَضْرِبْ لَهُ مَثَلًا قَالَ وَفِي الْبَاب عَنْ أُمِّ حَبِيبَةَ وأُمِّ سَلَمَةَ وَزَيْدِ بْنِ ثَابِتٍ وَأَبِي طَلْحَةَ وَأَبِي أَيُّوبَ وَأَبِي مُوسَى قَالَ أَبُو عِيسَى وَقَدْ رَأَى بَعْضُ أَهْلِ الْعِلْمِ الْوُضُوءَ مِمَّا غَيَّرَتْ النَّارُ وَأَكْثَرُ أَهْلِ الْعِلْمِ مِنْ أَصْحَابِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَالتَّابِعِينَ وَمَنْ بَعْدَهُمْ عَلَى تَرْكِ الْوُضُوءِ مِمَّا غَيَّرَتْ النَّارُ
79 - Ibnu Abi Umar meriwayatkan kepada kami, katanya: Sufyan bin `Uyainah meriwayatkan kepada kami daripada Muhammad bin `Amar daripada Abi Salamah daripada Abi Hurairah, beliau berkata; Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Hendaknya(lah ) berwudhu’ kerana (memakan / menggunakan) sesuatu yang disentuh (dimasak dengan) api,⁶⁹¹
walaupun hanya dengan memakan sepotong keju.”⁶⁶²/⁶⁹² Abu Salamah berkata: Ibnu `Abbaas bertanya kepadanya, “Wahai Aba Hurairah, apakah kita perlu berwudhu’ kerana memakan atau mengguna minyak⁶⁹³ . Dan apakah kita juga perlu berwudhu’ kerana mengguna air panas?”⁶⁶⁴/⁶⁹⁴ Abu Salamah berkata, maka berkatalah Abu Hurairah, “Wahai anak saudaraku, jika engkau mendengar hadits diriwayatkan daripada Rasulullah s.a.w., maka janganlah pula engkau berkata begitu begini.”⁶⁹⁵
Abu Isa berkata: “Dalam bab ini ada juga riwayat daripada Ummi Habibah,⁶⁹⁶ Ummi Salamah,⁶⁹⁷ Zaid bin Tsabit,⁶⁹⁸ Abu Thalĥah,⁶⁹⁹ Abu Ayyub⁷⁰⁰ dan Abu Musa.”⁷⁰¹
Abu `Isa berkata lagi, “Sesetengah ahli ilmu (`ulama’) berpendapat wudhu’terbatal kerana menggunakan (memakan dan sebagainya) sesuatu yang dimasak
dengan api, namun kebanyakan ahli ilmu dari kalangan sahabat Nabi s.a.w., tābi`īn dan orang-orang selepas mereka tidak berwudhu’ kerana menggunakan
sesuatu yang dimasak dengan api.”⁷⁰²
⁶⁹¹ Lafaz riwayat Muslim ialah: تَوَضَّئُوا مِمَّا مَسَّتْ النَّارُ berwudhu’lah kamu kerana memakan atau menggunakan sesuatu yang dimasak dengan api. Ia jelas merupakan
perintah Rasulullah s.a.w.
*catitan
-Perintah ini sudah turun dari wajib kepada sunat
Persoalannya, macam mana boleh turun?
Sebab ada hadits lain Nabi tidak berwuduk selepas memakannya atau ada yang berpendapat telah mansukh.
- syarat memansukhkan kena lebih kemudian dari yg dimansukh, jika ini terbukti maka bolehlah dikatakan telah mansukh dan yidak boleh hadits yang mansukh datang kemudian.
-contoh tahajud asalnya wajib tidak mansukh tetapi bertukar jadi sunat.
⁶⁹² Hadits ini merupakan dalil bagi terbatalnya wudhu’ kerana memakan atau menggunakan sesuatu yang dimasak dengan api. Itulah pegangan sebahagian ahli
ilmu. Kebanyakan ahli ilmu pula berpendapat hadits ini tlh mansukh.
⁶⁹³ Kerana minyak juga diperolehi dengan dimasak menggunakan api. Apakah dengan memakan minyak atau memakainya sebagai minyak rambut dsb membatalkan
wudhu’?
⁶⁹⁴ Kalau menggunakan sesuatu yang dimasak dengan api membatalkan wudhu’, niscaya kita tidak boleh berwudhu’ menggunakan air panas, kerana ia juga dimasak dengan api. Apakah wudhu’ dengan menggunakan air panas tidak sah? Abu Hurairah nampaknya lebih mengutamakan ittibā` Shūri daripada ittibā` Ĥaqīqi.
Ibnu Abbaas pula memahami sebaliknya.
⁶⁹⁵ Sebaliknya hendaklah engkau mengamalkannya dan diam saja, jangan pula dikatakan begitu dan begini.
⁶⁹⁶ Hadits Ummu Ĥabībah dikemukakan oleh at-Thaĥāwi, Ahmad, Abu Daud dan an-Nasā’i. Teksnya ialah:
تَوَضَّئُوا مِمَّا مَسَّتِ النَّارُ
(berwudhu’lah kamu kerana memakan atau menggunakan sesuatu yang dimasak dengan api).
⁶⁹⁷ Hadits Ummu Salamah diriwayatkan oleh Ahmad, at-Thabaraani dan al-Bukhari di dalam Tarikhnya. Lafaz riwayat Ahmad adalah seperti di bawah ini:
حدثنا أحمد بن الحجاج ، قال عبد العزيز بن محمد، عن محمد بن طحلاء، قال: لأبي سلمة (بن عبدالرحمن عوف): إن ظئرك سليما لا يتوضأ مما مست النار. قال: فضرب صدر سليم وقال: أشهد على أم سلمة زوج النبي صلى الله عليه وسلم أنها كانها كانت تشهد أن رسول مست النار
Bermaksud: Daripada Muhammad bin Thaĥlā’, katanya: Aku berkata kepada Abu Salamah (bin `Abdir Rahman bin `Auf), “Sesungguhnya birasmu Sulaim tidak berwudhu’ kerana memakan sesuatu yang dimasak dengan api.” Kata perawi, “Terus Abu Salamah memukul dada Sulaim sambil berkata, “Aku bersaksikan Ummu Salamah, isteri Nabi s.a.w. sesungguhnya beliau bersaksi “Bahawa Rasulullah s.a.w.
selalu berwudhu’ kerana memakan sesuatu yang dimasak dengan api.”
Hadits ini sahih. Muhammad bin Thaĥlā’ dikatakan tsiqah oleh Ibnu Hibbaan, Abu Haatim pula berkata, “Tidak mengapa dengannya”. Tidak ada sesiapa pun
mentajriĥkannya. Tokoh-tokoh utama hadits juga meriwayatkan daripadanya.
⁶⁹⁸ Hadits Zaid bin Tsabit diriwayatkan oleh Muslim dengan lafaz: تَوَضَّئُوا مِمَّا مَسَّتْ النَّارُ
Bermaksud: Berwudhu’lah kamu kerana memakan atau menggunakan sesuatu yang dimasak dengan api.
⁶⁹⁹ Hadits Abu Thalĥah diriwayatkan oleh at-Thaĥāwi dan at-Thabaraani dengan lafaz:
أَنَّ رَسُولَ اللهِ صَلَى الله عَلَيْهِ وسلم أَكَلَ أَثْوَارَ أَقِطٍ فِتَوَضِّأَمِنْهُ
Bermaksud: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. memakan beberapa potong keju, lalu baginda berwudhu’ kerananya.
⁷⁰⁰ Hadits riwayat Abu Ayyub diriwayatkan oleh at-Thabaraani di dalam al-Mu`jam al-Kabīr dengan lafaz:
أَنَّ رَسُولَ اللهِ صَلَى الله عَلَيْهِ وسلم كَانَ إِذَا أَكَلَ مِمَا غَيَّرَ تَوَضَّأَ
Bermaksud: Sesungguhnya Nabi s.a.w. apabila makan apa yang diubah oleh api akan berwudhu’.
Al-Haitsami di dalam Majma` az-Zawā’id berkata, “Perawi-perawinya adalah perawi-perawi hadits sahih.”
⁷⁰¹ Hadits Abu Musa diriwayatkan oleh Ahmad dan at-Thabaraani di dalam al-Mu`jam al-Ausath dengan lafaz:
قَالَ رَسُولَ اللهِ صَلَى الله عَلَيْهِ وسلم تَوَضَّئُوا مِمَّا غَيَّرَتِ النَّارُ لَوْنَهً
Bermaksud: Rasulullah s.a.w. bersabda: “Berwudhu’lah kamu kerana memakan sesuatu yang diubah api warnanya.”
Al-Haitsami di dalam Majma` az-Zawā’id berkata, “Perawi-perawinya terdiri daripada orang-orang yang dikatakan tsiqah.”
⁷⁰² Kata al-Ĥāzimi di dalam Kitab al-I`tibār, “Ahli ilmu berbeda pendapat dalam bab ini. Ada yang berpendapat perlu berwudhu’ kerana memakan atau menggunakan
sesuatu yang dimasak dengan api. Antara orang yang berpendapat begitu ialah Ibnu `Umar, Abu Thalĥah, Anas bin Malik, Abu Musa, `Aaishah, Zaid bin Tsabit, Abu Hurairah, Abu Ghurrah al-Hudzali, `Umar bin `Abdil `Aziz, Abu Mijlaz Lāĥiq bin Ĥumaid, Abu Qilābah, Yahya bin Ya`mur dan al-Ĥasan al-Bashri.
Kebanyakan ahli ilmu dan fuqaha’ serata negeri pula berpendapat tidak perlu berwudhu’ kerananya. Mereka mengatakan itulah yang terakhir daripada dua perbuatan Rasulullah s.a.w. Antara orang yang berpendapat begitu dari kalangan sahabat ialah Abu Bakar, `Umar, `Utsman, `Ali, Ibnu Mas`ud, Ibnu `Abbaas, `Aamir bin Rabi`ah,
Abu Umāmah, al-Mughīrah bin Syu`bah dan Jābir bin `Abdillah r.a.
Dari kalangan tabi`in dan tābi` at-tabi`in pula `Abīdah as-Salmāni, salim bin `Abdillah, al-Qasim bin Muhammad di samping fuqaha’ Madinah yang lain. Imam Malik, asy-Syafi`e dan anak-anak muridnya, kebanyakan ulama Ĥijaz, Sufyan ats Tsauri, Abu Hanifah, para ulama di Kufah, Ibnu al-Mubārak, Ahmad dan Ishaq juga berpendapat begitu.”
Bab 59 akan datang pula - Bab Tidak Berwudhu Kerana Memakan Sesuatu Yang Dimasak Dengan Api
Tiada ulasan:
Catat Ulasan