Usul dirayah hadis 6/8/22(usul 52)
Usul (52) Hadits-hadits yang menyatakan Khadhir dikurniakan umur yang panjang dan beliau masih hidup di zaman Rasulullah s.a.w., malah telah bertemu Baginda s.a.w., semuanya maudhu`. Sama ada pertemuannya ketika Rasulullah s.a.w. masih sihat atau ketika Baginda hampir wafat. Demikian juga dengan hadits yang menyebut tentang kedatangannya untuk menziarahi Rasulullah s.a.w. yang telah wafat dan mengucapkan ta`ziah kepada para sahabat serta ahli keluarganya. Hadits-hadits yang menyatakan Khadhir hidup hingga ke akhir zaman juga sama keadaannya.
Di bawah ini dikemukakan tiga contoh bagi usul ke-52 ini:
Contoh Pertama:
أن رسول الله صلى الله عليه وسلم كان في المسجد فسمع كلاما من ورائه فإذ هو بقائل يقول: اللهم أعنى على ما ينجيني مما خوفتني ، فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم حين سمعة ذلك : ألا تضم إليها فقال الرجل: اللهم
ارزقني شوق الصالحين إلى ما شوقتهم إليه. فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم لانس بن مالك: إذهب يا أنس إليه فقل له: يقول لك رسول الله صلى الله عليه وسلم يستغفر لي، فجاءه أنس فبلغه فقال الرجل يا أنس انت رسول الله صلى الله عليه وسلم [وارجع] إلي كما أنت فرجع فاستثبته فقال صلى الله عليه وسلم قل له نعم . اذهب فقل له: إن الله فضلك على الأنبياء مثل ما فضل به رمضان على الشهور، وفضل أمتك على الأمم مثل ما فضل يوم الجمعة على سائر الأيام، فذهبوا ينظرون فإذا هو الخضر عليه السلام
Bermaksud: Bahawasanya pernah Rasulullah s.a.w. berada di dalam masjid, lalu Baginda mendengar ada orang sedang bercakap di belakangnya. Rupa-rupanya dia sedang berdoa, katanya: “Ya Allah! Tolonglah aku dalam melakukan sesuatu yang dapat menyelamatkanku daripada ancamanMu terhadapku.” Apabila Rasulullah s.a.w.
mendengar ucapannya itu, Baginda terus bersabda, “Kenapa engkau tidak sambungkan doa itu dengan doa seterusnya?” Maka orang itu meneruskan doanya dengan berkata, “Ya Allah! Kurniakanlah kepadaku kerinduan orang-orang saleh kepada apa yang Engkau telah buatkan mereka merinduinya.” Mendengar doa itu, Rasulullah s.a.w. lantas berkata kepada Anas bin Malik, “Pergilah engkau kepadanya wahai Anas, dan katakan kepadanya, “Rasulullah s.a.w. meminta supaya engkau beristighfar untuknya.”Maka pergilah Anas menyampaikan pesan Rasulullah s.a.w. itu kepadanya. Orang itu pun berkata, “Wahai Anas, pergilah kembali kepada Raasulullah s.a.w. dan dapatkan kepastian daripadanya”. Lantas Nabi s.a.w. bersabda, “Katakanlah kepadanya, ya.”
Setelah itu barulah dia berkata kepada Anas, “Pergi dan ceritakanlah kepadanya (Nabi s.a.w.), sesungguhnya Allah telah melebihkanmu daripada nabi-nabi yang lain seperti
Dia telah melebihkan bulan Ramadhan daripada bulan-bulan yang lain, dan Dia melebihkan umatmu daripada umat-umat yang lain seperti Dia melebihkan hari Juma`at daripada segala hari. Mereka kemudiannya pergi (untuk) melihat, rupa-rupanya dia Khadhir a.s.”
Rujukan:
Ibnu al-Jauzi- al-Maudhu`aat j.1 m/s 193-194,
Ibnu `Adi – al-Kāmil Fi Dhu`afā’ ar-Rijāl j.6 m/s 62, as-Suyuthi – al-La’aali’u al-Mashnu`ah j.1 m/s 151-152, adz-Dzahabi
- Mizaanu al-I`tidaal j.3 m/s 408,
Mulla `Ali al-Qari- al-Asraaru al-Marfu`ah Fi al-Akhbaari al-Maudhu`ah m/s 443,
Ibnu `Arraaq al-Kinaani –Tanzih as-Syari`ah al-Marfu`ah j.1 m/s 233,
Abu Ĥudzaifah Nabīl bin Manshūr al-Kuwaiti – Anīs as-Sāri j.9 m/s 6578-6580.
Komentar
(1) Hadits di atas telah dikemukakan oleh Ibnu al-Jauzi dengan sanad berikut:
أنبأنا محمد بن عبد الملك بن خيرون قال أنبأنا يوسف ابن مسعدة قال أنبأنا حمزة يوسف قال أنبأنا أبو أحمد بن
عدي قال حدثنا محمد بن يوسف بن عاصم قال حدثنا أحمد بن إسماعيل القرشى قال حدثنا عبدالله بن نافع عن كثير
بن عبدالله عن أبيه عن جده
Di dalamnya terdapat dua orang perawi yang sangat bermasalah.
Pertamanya ialah `Abdullah bin Nāfi` (as-Shā’igh).
Yahya bin Ma`īn berkata, “Dia langsung tidak bernilai”.
`Ali bin al-Madīni berkata, “Dia selalu meriwayatkan hadits-hadits mungkar”.
An-Nasā’i pula berkata, “Dia perawi matrūk”.
Perawi kedua yang bermasalah di dalam sanad itu ialah Katsīr bin `Abdillah bin `Amar bin `Auf bin Zaid al-Muzani. Yahya bin Ma`īn dan Ahmad bin Ĥambal berkata, “Riwayatnya langsung tidak bernilai. Ia tidak layak ditulis”. Ibnu `Adi berkata, “Kebanyakan riwayatnya tidak ada orang lain yang turut meriwayatkannya”. An-Nasā’i dan ad-Daaraquthni berkata, “Dia perawi matrūk”. Imam asy-Syafi`e dan Abu Daud berkata, “Dia salah satu rukun (tiang seri) dusta”. Ibnu Hibbaan berkata, “Ada satu nuskhah hadits maudhu` diriwayatkannya daripada ayah daripada datuknya. Haditsnya tidak boleh diriwayatkan dan tidak boleh dimasukkan ke dalam kitab-kitab kecuali
dengan maksud menyatakan kehairanan dan kepelikan.”
(2) Para `ulama’ menyatakan kehairanan mereka terhadap orang-orang seperti as-Suyuthi dan Ibnu `Arrāq yang menghukum hadits ini sebagai dha`if sahaja. Padahal di
dalam sanadnya ada orang seperti Katsīr itu. Matannya pula jelas menunjukkan ia adalah suatu yang diada-adakan.
(3) Adz-Dzahabi berkata, Imam Tirmidzi meriwayatkan hadits الصلح جائز بين المسلمين yang diriwayatkan oleh Katsīr dan menghukumnya sebagai hadits sahih. Kerananya
para `ulama’ hadits menganggap hukum sahih Tirmidzi tidak mu`tamad (tidak boleh dipegang).
(Kena tengok hadits orang lain juga)
(4) Nakārah (perkara ganjil yang bercanggah dengan riwayat-riwayat yang shaĥīĥ dan prinsip-prinsip Syari`at) yang terdapat di dalam matannya jelas sekali. Betapa tidaknya, siapa pun yang ada sedikit sahaja iman di dalam hatinya, akan berasa pelik dengan seseorang yang sempat dengan zaman Rasulullah s.a.w., malah telah berada begitu dekat di belakang Baginda, sehingga suaranya berdoa didengar oleh Baginda, tetapi tidak mengambil peluang untuk bertemunya?! Sebaliknya memakai perantara untuk
bercakap dengan Rasulullah s.a.w.!! Apa yang menghalangnya untuk bercakap dengan Baginda secara berhadapan?!
(5) Rasulullah s.a.w. digambarkan sebagai orang yang berharap kepada Khadhir supaya beristighfar kepada Allah untuknya. Bukankah Allah telah mengisytiharkan
keampunanNya untuk Rasulullah s.a.w. di dalam beberapa firmanNya? Lihat sebagai contohnya firman Allah di dalam Surah al-Fatĥ:
Al-Fath 48:1إِنَّا فَتَحْنَا لَكَ فَتْحًا مُّبِينًا
Al-Fath 48:2 لِّيَغْفِرَ لَكَ ٱللَّهُ مَا تَقَدَّمَ مِن ذَنۢبِكَ وَمَا تَأَخَّرَ وَيُتِمَّ نِعْمَتَهُۥ عَلَيْكَ وَيَهْدِيَكَ صِرَٰطًا مُّسْتَقِيمًا
Bermaksud: Sesungguhnya Kami telah membuka bagi perjuanganmu (wahai Muhammad) satu jalan kemenangan yang jelas nyata, (1)
Kemenangan yang dengan sebabnya Allah mengampunkan salah dan silapmu yang telah lalu dan yang terkemudian, dan menyempurnakan nikmatNya kepadamu, serta
menambahkanmu hidayah ke jalan yang lurus (dalam mengembangkan Islam dan melaksanakan hukum-hukumnya). (2) (al-Fatĥ:1-2).
Tidak cukupkah lagi perisytiharan itu? Atau ada udang di sebalik batu di belakang cerita yang direka dan diada-adakan ini?
Udangnya ialah kedudukan Khadhir lebih tinggi lagi di sisi Allah daripada Nabi akhir zaman yang merupakan penutup sekalian nabi a.s. Kalau Khadhir hanya seorang wali bukan nabi, maka daripada kisah ini dapat difaham bahawa Nabi Muhammad pun memerlukan wasilah wali dalam memohon sesuatu kepada Allah.
(6) Antara yang peliknya ialah bagaimana Khadhir dapat bercakap secara berhadapan dengan Anas, tetapi dengan Rasulullah s.a.w. pula tidak! Kiranya Anas telah melihatlah
Khadhir itu dengan mata kepalanya, tetapi tidak pernah pula di dalam mana-mana riwayat yang sahih Anas menceritakan tentang rupa parasnya.
(7) Mengambil kira riwayat-riwayat (palsu) yang menyebutkan Khadhir sebagai salah seorang anak Nabi Adam, maka saiz tubuhnya sepatutnya jauh lebih tinggi dan lebih besar daripada orang-orang di zaman Rasulullah s.a.w. Bukankah itu sesuatu yang menarik perhatian Anas? Tetapi kenapa tidak ada langsung riwayat Anas tentangnya?
(8) Antara perkara yang pelik juga ialah kenapa biasanya kisah-kisah kemunculan Khadhir menggambarkan beliau selalu menyembunyikan diri dari pandangan orang
ramai. Di dalam kisah ini beliau bukan menyembunyikan diri daripada orang-orang biasa, malah menyembunyikan diri daripada Rasulullah s.a.w. sendiri. Bila diketahui orang dan mereka hendak melihatnya, tiba-tiba saja beliau lari menghilangkan diri!
Contoh kedua
أخبرنا أبو بكر أحمد بن محمد بن بالويه، ثنا محمد بن بشر مطر ، ثنا كامل بن طلحة ، ثنا عباد بن عبد الصمد عن أنس بن مالك رضي الله عنه قال: لما قبض رسول صلى الله عليه وسلم أحدق به أصحابه فبكوا حوله، واجتمعوا فدخل رجل أصهب اللحية ،جسيم صبيح، فتخطار، قابهم فبكى ثم التفت إلى أصحاب رسول الله صلى اللهعليه وسلمد فقال: إن في الله عزاء من كل مصيبة، وعوضا من كل فائت، وخلفا من كل هالك، فالى الله فأنيبوا
واليه فار غبوا ، ونظرة إليكم في البلاء فانظروا، فإنما المصاب من لم يجبر وانرف فقال بعهم لبعض تعرفون الرجل؟ فقال أبو بكر وعلى : نعم هذا أخو رسول الله صلى الله عليه وسلم الخضر عليه السلام
Bermaksud: Anas bin Malik meriwayatkan, katanya: Setelah nyawa Rasulullah s.a.w. diambil, mata para sahabat terpaku pada Baginda. Mereka menangis di sekeliling
Baginda. Tiba-tiba masuk seorang lelaki berjanggut perang, gempal dan cantik wajahnya. Setelah melangkah tengkuk-tengkuk mereka, dia menangis. Kemudian
berpaling kepada para sahabat Rasulullah s.a.w. lalu berkata: “Sesungguhnya pada Allah ada penghibur untuk setiap musibah (yang menimpa), pengganti untuk setiap
yang hilang dan pengganti untuk setiap yang musnah. Kepada Allah hendaklah kamu kembali. KepadaNya jua hendaklah kamu berharap. Ada pengajaran untuk kamu pada bala (ujian yang menimpa) ini. Oleh itu kamu hendaklah mengambil pengajaran (daripadanya). Orang yang ditimpa malapetaka sebenarnya ialah orang yang tidak tertampung kesedihannya. Orang itu pun pergi. Maka sebahagian mereka (sahabat) bertanya kepada sebahagian yang lain, kamu kenalkah orang tadi? Jawab Abu Bakar
dan `Ali: “Ya”. Itulah saudara Rasulullah s.a.w. al-Khadhir a.s.
Rujukan:
Al-Haakim – al-Mustadrak `Ala as-Shaĥīĥain J. 3, m/s 60, adz-Dzahabi - Mizan al-I`tidaal j.2, m/s 369.
Komentar:
(1) Hadits ini tidak layak dijadikan dalil kerana kedha`ifannya. Di dalam isnadnya terdapat seorang perawi sangat dha`if bernama `Abbaad bin `Abdus Shamad. Dialah yang meriwayatkan hadits itu daripada Anas bin Malik, sahabat Nabi s.a.w. Imam Bukhari berkata tentangnya, dia seorang perawi munkarul hadits. Ibnu Hibbaan
mengatakan dia lemah. Satu nuskhah hadits telah diriwayatkannya daripada Anas.
Kebanyakannya adalah maudhu`. Kata Abu Hatim, `Abbaad dha`if sangat. Kata Ibnu `Adi, kebanyakan hadits yang diriwayatkannya adalah berkenaan dengan kelebihan
`Ali. Dia seorang dha`if dan melampau dalam fahaman Syi`ahnya.
(2) Al-Haakim sendiri selepas mengemukakan riwayat ini berkata: “Hadits ini merupakan syahid bagi hadits yang tersebut sebelumnya. Walaupun `Abbaad bin `Abdus Shamad bukan perawi yang menepati syarat kitab ini.
(3) Sebenarnya hadits `Abbaad bin `Abdus Shamad itu tidak layak pun dijadikan sebagai syahid kerana bersangatan lemahnya. Walaupun adz-Dzahabi tidak membuat
apa-apa komentar terhadap hadits yang dikemukakan oleh Haakim itu, tetapi beliau menukilkan kata-kata Bukhari dan lain-lain tokoh Rijāl mengenai `Abbaad bin `Abdus
Shamad. Beliau juga menukilkan pendapat Abu Haatim tentangnya bahawa ia seorang yang sangat lemah. Abu Haatim mengemukakan beberapa haditsnya, lalu berkata
tentang salah satu daripadanya, “Ia menyerupai rekaan tukang-tukang cerita”. Tentang yang lain pula beliau berkata, “Yang ini adalah dusta yang nyata.”
(4) Imam Ibnu Taimiyyah juga pernah terkeliru dengan hadits-hadits seperti itu, sehingga beliau berpendapat Khadhir masih hidup di zaman Rasulullah s.a.w. Di dalam
fatwa beliau di peringkat awal, beliau memang berfatwa bahawa Khadhir masih hidup di zaman Baginda. Tetapi di dalam kebanyakan fatwanya yang kemudian, beliau
dengan jelas mengatakan Khadhir telah mati. Alasannya ialah kalau Khadhir masih hidup di zaman Rasulullah s.a.w., wajib dia datang menemui Baginda dan membelanya.
(5) Kalau Khadhir boleh datang setelah Nabi s.a.w. wafat dalam keadaan penuh misteri seperti tergambar di dalam riwayat di atas, kenapa beliau tidak datang ketika Baginda
masih hidup, ketika Baginda menghadapi bermacam- macam cabaran yang memerlukan pertolongan dan sokongan?
(6) Bagaimana pula Abu Bakar dan `Ali mengetahui itu Khadhir? Adakah mereka pernah melihatnya semasa Rasulullah s.a.w. masih hidup dan diberitahu oleh Baginda
bahawa itu Khadhir? Bukankan Rasulullah s.a.w. sendiri tidak pernah bersemuka dengan Khadhir? Jadi bagaimana Baginda akan menunjukkan kepada Abu Bakar dan
`Ali bahawa itu Khadhir?
(7) Adakah Anas tidak hadhir ketika rumah Rasulullah s.a.w. dan kawasan sekitarnya penuh sesak dengan sanak saudara dan para sahabat yang datang menyaksikan
kewafatan Nabi s.a.w.? Berdasarkan riwayat contoh pertama, Anas telah pun melihat Khadhir. Kalau begitu kenapa beliau tidak mengenalinya.
(8) Abu Bakar dan `Ali pula tidak diketahui pernah menemui Khadhir, lalu bagaimana mereka mengenalinya. Kalau mereka mengenalinya, kenapa ia tidak ditegur dan disapa
oleh mereka dengan ucapan-ucapan tertentu, seperti biasanya apabila orang bertemu setelah sekian lama terpisah?
Contoh Ketiga:
Dibawah باب في صفة الدجال وتحريم عليه وقتله المؤمن وإحيائه
Imam Muslim dengan sanadnya mengemukakan hadits Abu Sa`id al-Khudri, kata beliau:
حَدَّثَنَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَوْمًا حَدِيثًا طَوِيلًا عَنْ الدَّجَّالِ فَكَانَ فِيمَا حَدَّثَنَا قَالَ يَأْتِي وَهُوَ مُحَرَّمٌ عَلَيْهِ أَنْ يَدْخُلَ نِقَابَ الْمَدِينَةِ فَيَنْتَهِي إِلَى بَعْضِ السِّبَاخِ الَّتِي تَلِي الْمَدِينَةَ فَيَخْرُجُ إِلَيْهِ يَوْمَئِذٍ رَجُلٌ هُوَ خَيْرُ النَّاسِ أَوْ مِنْ
خَيْرِ النَّاسِ فَيَقُولُ لَهُ أَشْهَدُ أَنَّكَ الدَّجَّالُ الَّذِي حَدَّثَنَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ حَدِيثَهُ فَيَقُولُ الدَّجَّالُ أَرَأَيْتُمْ إِنْ قَتَلْتُ هَذَا ثُمَّ أَحْيَيْتُهُ أَتَشُكُّونَ فِي الْأَمْرِ فَيَقُولُونَ لَا قَالَ فَيَقْتُلُهُ ثُمَّ يُحْيِيهِ فَيَقُولُ حِينَ يُحْيِيهِ وَاللَّهِ مَا كُنْتُ فِيكَ
قَطُّ أَشَدَّ بَصِيرَةً مِنِّي الْآنَ قَالَ فَيُرِيدُ الدَّجَّالُ أَنْ يَقْتُلَهُ فَلَا يُسَلَّطُ عَلَيْهِ
قَالَ أَبُو إِسْحَقَ يُقَالُ إِنَّ هَذَا الرَّجُلَ هُوَ الْخَضِرُ عَلَيْهِ السَّلَام
Bermaksud: Pernah pada suatu hari Rasulullah s.a.w. bercerita panjang tentang Dajjaal. Antara yang diceritakan oleh Baginda tentangnya ialah kata Baginda: “Ia (Dajjaal) akan datang - Ia tidak akan dapat masuk ke lorong-lorong (jalan-jalan) Madinah - sehingga ke sebahagian kawasan tanah tidak subur dekat Madinah. Maka keluarlah kepadanya pada hari itu seorang lelaki yang merupakan sebaik-baik manusia atau antara manusia terbaik. Lalu lelaki itu berkata kepadanya: “Aku bersaksi bahawa sesungguhnya engkau adalah Dajjaal yang diceritakan oleh Rasulullah s.a.w.” Kata Dajjaal: “Bagaimana kalau aku bunuh orang ini kemudian aku hidupkannya. Adakah kamu masih ragu tentang da`waanku (sebagai tuhan)?” Jawab orang-orang yang ada di situ: “Tidak”.
Kata Nabi s.a.w.: “Maka dibunuhnya lelaki itu. Kemudian dihidupkannya. Setelah dihidupkan semula, lelaki itu terus berkata: “Demi Allah! Keyakinanku (tentang kebohonganmu) tidak pernah sekuat sekarang.” Nabi s.a.w. (terus) bercerita, kata Baginda: “Dajjaal hendak membunuhnya (sekali lagi), tetapi tidak mampu.”
Kata Abu Ishaq, dikatakan lelaki (yang tersebut di dalam hadits) itu ialah al-Khadhir a.s.
Rujukan:
Muslim – Al-Jāmi` as-Shaĥīĥ j.8 m/s 199, Hafizh Ibnu Hajar – Az-Zahru an-Nadhir Fi Ĥāli Khadhir m/s 131.
Komentar:
(1) Daripada paparan riwayat Muslim yang dikemukakan sebagai contoh ketiga di atas jelas bahawa
ْقَالَ أَبُو إِسْحَقَ يُقَالُ إِنَّ هَذَا الرَّجُلَ هُوَ الْخَضِرُ عَلَيْهِ السَّلَام
Bermaksud :Kata Abu Ishaq dikatakan lelaki (yang tersebut di dalam hadits) itu ialah al-Khadhir a.s. Itu tidak lebih daripada tambahan berupa komentar Abu Ishaq Ibrahim bin Sufyan (murid Muslim)setelah selesai hadits itu dikemukakan oleh Imam Muslim.
(2) Jelas sekali penetapan lelaki yang tersebut di dalam hadits itu sebagai Khadhir bukan tersebut di dalam hadits Nabi s.a.w. Bukan juga ia kata-kata Muslim.
(3) Apa yang disebut oleh murid Muslim, Abu Ishaq bukan hujah dalam agama. Beliau pun hanya mengemukakannya dengan shighah tamridh sahaja. Ia mengisyaratkan
kepada kedha`ifan apa yang dikemukakannya itu.
(4) Ketiga-tiga contoh yang dikemukakan di atas merupakan riwayat terbaik yang dijadikan pegangan oleh orang-orang yang percaya Khadhir masih hidup hingga ke hari ini. Hadits pertama dan kedua memang maudhu`. Hadits ketiga sahih. Ia adalah riwayat Muslim di dalam Sahihnya. Tetapi tambahan di hujung hadits itu bukan hadits. Ia hanya apa yang dinukilkan oleh murid Muslim yang merupakan perawi Kitab Sahih Muslim dengan shighah tamridh yang mengisyaratkan kepada kedha`ifannya sahaja.
(5) Jumhur muĥadditsīn tidak dapat menerima hadits-hadits seperti di atas sebagai dalil bagi hidupnya Khadhir hingga ke hari ini, bahkan hingga ke akhir zaman. Mereka sebaliknya percaya bahawa Khadhir telah pun meninggal dunia. Mereka berpegang dengan dalil-dalil yang kuat dan terang berupa ayat-ayat al-Qur’an dan hadits- hadits yang sahih. Antaranya hadits Bukhari berikut:
٥٣١ - حَدَّثَنَا عَبْدَانُ قَالَ أَخْبَرَنَا عَبْدُ اللَّهِ قَالَ أَخْبَرَنَا يُونُسُ عَنْ الزُّهْرِيِّ قَالَ سَالِمٌ أَخْبَرَنِي عَبْدُ اللَّهِ قَالَ صَلَّى لَنَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَيْلَةً صَلَاةَ الْعِشَاءِ وَهِيَ الَّتِي يَدْعُو النَّاسُ الْعَتَمَةَ ثُمَّ انْصَرَفَ فَأَقْبَلَ عَلَيْنَا فَقَالَ أَرَأَيْتُمْ لَيْلَتَكُمْ هَذِهِ فَإِنَّ رَأْسَ مِائَةِ سَنَةٍ مِنْهَا لَا يَبْقَى مِمَّنْ هُوَ عَلَى ظَهْرِ الْأَرْضِ أَحَدٌ
Bermaksud: `Abdaan (`Abdullah bin `Utsman al-Marwazi) meriwayatkan kepada kami, katanya: `Abdullah (bin al-Mubaarak) meriwayatkan kepada kami, katanya: Yunus (bin Yazid al-Aili) meriwayatkan kepada kami daripada al-Zuhri (Muhammad bin Musim bin Syihaab), kata Salim (bin `Abdillah bin `Umar): `Abdullah (bin `Umar)
meriwayatkan kepada saya, katanya: “Rasulullah s.a.w. mengimami kami bersembahyang `Isyaa’ pada suatu malam. Itulah sembahyang yang orang ramai panggil `Atamah. Setelah selesai bersembahyang Baginda s.a.w. menghadapi kami, lalu berkata: “Ingat baik-baik malam ini! Sesungguhnya tidak ada seorang pun yang hidup
di atas muka bumi pada malam ini akan terus hidup selepas seratus tahun (bermula dari malam ini).
Orang-orang yang mempercayai Khadhir masih hidup hingga sekarang menta’wil hadits ini dengan beberapa ta’wilan. Antaranya:
(i) Apa yang tersebut di dalam hadits ini ialah orang yang hidup di atas muka bumi pada malam itu. Boleh jadi pada malam itu Khadhir tidak berada di atas muka bumi, tetapi
beliau berada di atas laut atau di dalam laut.
(ii) Hadits ini adalah umum makhsus. Ia tidak seharusnya dipakai seumumnya. Malah ada juga yang berada di atas muka bumi pada malam itu terkecuali. Seperti malaikat,
Iblis, syaitan, jin, Khadhir dan lain-lain. Boleh jadi juga من َyang umum di dalam hadits itu dikhususkan dengan manusia sahaja.
(iii) Muka bumi yang dimaksudkan oleh Rasulullah s.a.w. itu bukanlah seluruh muka bumi. Tetapi bumi di mana Baginda s.a.w. berada dan kawasan-kawasan sekitarnya sahaja iaiu Hijaz, Tihamah dan Najd. Penggunaan perkataan الأرض di sini sama seperti penggunaan perkataanالأرض di dalam firman Allah:أَوْ يُنفَوْا۟ مِنَ ٱلْأَرْضِۚ Bermaksud: atau (mereka) dibuang negeri (al-Maa’idah:33)
dan di dalam firmanNya:قَالَ ٱجْعَلْنِى عَلَىٰ خَزَآئِنِ ٱلْأَرْضِۖ Bermaksud: Yusuf berkata: Jadikanlah daku pengurus perbendaharaan hasil bumi (Mesir). (Yusuf:55).
Boleh jadi Khadhir pada malam berkenaan berada di kawasan bumi yang lain.
(iv) Adanya ramai sangat alim `ulama’ dan orang-orang saleh yang menda`wa telah bertemu dengan Khadhir dari zaman dahulu hingga ke hari ini. Kalau beliau telah
meninggal dunia, bagaimana beliau ditemui di serata dunia oleh sekian ramai alim `ulama’ dan orang-orang saleh itu?
Jelas sekali lemahnya ta’wilan-ta’wilan yang dikemukakan itu. Ia sama sekali tidak layak dijadikan hujah dalam agama yang dapat menolak hadits sahih di atas. Tidak perlu juga rasanya penulis menghabiskan masa untuk menjawabnya.
Kecuali ta’wilan nombor (ii) dan nombor (iii).
Boleh diterima kalau yang dikecualikan daripada umum orang yang berada di atas muka bumi pada malam berkenaan ialah malaikat, Iblis, syaitan atau jin. Tetapi kenapa Khadhir termasuk dalam kalangan yang terkecuali? Bukankah beliau juga manusia?
Mana pula dalil yang mengecualikan beliau daripada umum orang yang disebut oleh Rasulullah s.a.w. di dalam hadits di atas? Tidak ada! Kalau diandaikan Khadhir pada malam itu berada di kawasan bumi yang lain, tidak mungkinkah juga ada lagi manusia di atas muka bumi yang lain itu selain beliau?
Sekurang-kurangnya sebahagian atau beberapa orang daripada mereka juga mungkin ada yang terkecuali daripada sabda Nabi s.a.w. itu? Kenapa ia khusus dengan Khadhir sahaja. Berapa panjang pula umur mereka? Adakah sampai lebih tiga ribu tahun seperti Khadhir? Mana dalil yang kukuh yang boleh dijadikan pegangan untuk terkecualinya mereka? Kalau begitu tidak ada lagi kelebihan dan mu`jizat di dalam sabda Nabi s.a.w. tersebut!
Apa lagi kalau dilihat kepada hadits Jaabir yang diriwayatkan oleh Muslim. Ia jelas tidak mengecualikan mana-mana manusia yang bernyawa di muka bumi pada malam itu. Lihat hadits Jaabir yang dimaksudkan itu:
حَدَّثَنِي يَحْيَى بْنُ حَبِيبٍ وَمُحَمَّدُ بْنُ عَبْدِ الْأَعْلَى كِلَاهُمَا عَنْ الْمُعْتَمِرِ قَالَ ابْنُ حَبِيبٍ حَدَّثَنَا مُعْتَمِرُ بْنُ سُلَيْمَانَ قَالَ سَمِعْتُ أَبِي حَدَّثَنَا أَبُو نَضْرَةَ عَنْ جَابِرِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنَّهُ قَالَ ذَلِكَ قَبْلَ مَوْتِهِ بِشَهْرٍ
أَوْ نَحْوِ ذَلِكَ مَا مِنْ نَفْسٍ مَنْفُوسَةٍ الْيَوْمَ تَأْتِي عَلَيْهَا مِائَةُ سَنَةٍ وَهِيَ حَيَّةٌ يَوْمَئِذٍ
Bermaksud: Jaabir bin `Abdillah meriwayatkan daripada Nabi s.a.w. bahawa Baginda bersabda begini kira-kira sebulan sebelum kewafatan Baginda: “Tidak ada seorang pun manusia yang bernyawa (hidup) hari ini akan terus hidup selepas seratus tahun akan datang.”
Nah! Tidak ada di dalam hadits ini qaid “di atas muka bumi”, sehingga boleh dita’wilkan dengan muka bumi tertentu. Sementara sebahagian muka bumi yang lain pula terkecuali! Tidak ada juga di dalamnya isyarat kepada terkecualinya manusia tertentu daripada ramalan Baginda s.a.w. itu.
Nakirah (نفس )di halaman nafi (ما )dan من الزائدة sebelumnya bahkan menguatkan lagi erti umum setiap orang yang bernyawa. Termasuk juga Khadhir, jika diandaikan beliau
masih hidup lagi pada ketika itu.
(6) Apa yang boleh disebut sebagai dalil dan hujah agama di pihak orang-orang yang berpendapat Khadhir masih hidup hingga sekarang, sebenarnya satu pun tidak ada.
Yang terbaik daripadanya pun begitu teruk. Bayangkanlah bagaimana yang lain-lain
lagi!
(7) Golongan `ulama’ yang percaya Khadhir telah mati pula berpegang dengan beberapa dalil lain selain hadits riwayat Bukhari dan hadits riwayat Muslim yang dikemukakan tadi. Sandaran mereka dalam perkara ini ialah al-Qur’an, al-hadits, hasil kajian `ulama’ muhaqqiqin, ijmā` dan logik serta dirayah. Antara dalil al-Qur’an yang menjadi pegangan mereka ialah:
Al-Anbiya 21:34وَمَا جَعَلْنَا لِبَشَرٍ مِّن قَبْلِكَ ٱلْخُلْدَۖ أَفَإِي۟ن مِّتَّ فَهُمُ ٱلْخَٰلِدُونَ
Bermaksud: dan Kami tidak menjadikan seseorang manusia sebelummu dapat hidup kekal (di dunia ini). Maka kalau engkau meninggal dunia (Wahai Muhammad), adakah mereka akan hidup selama-lamanya? (al-Anbiyaa’:34).
Ayat ini menunjukkan tidak ada seorang pun manusia dapat hidup kekal di dunia atau berumur terlalu panjang seperti dikaitkan dengan Khadhir. Kalau ada, tentulah ia menjadi suatu keajaiban dalam kejadian Allah. Dan tentu sekali ia ada tersebut sama ada di dalam al-Qur’an atau al-hadits sebagai salah satu tanda kebesaran Allah.
(ii)
Aal-e-Imran 3:81
وَإِذْ أَخَذَ ٱللَّهُ مِيثَٰقَ ٱلنَّبِيِّۦنَ لَمَآ ءَاتَيْتُكُم مِّن كِتَٰبٍ وَحِكْمَةٍ ثُمَّ جَآءَكُمْ رَسُولٌ مُّصَدِّقٌ لِّمَا مَعَكُمْ لَتُؤْمِنُنَّ بِهِۦ وَلَتَنصُرُنَّهُۥۚ قَالَ ءَأَقْرَرْتُمْ وَأَخَذْتُمْ عَلَىٰ ذَٰلِكُمْ إِصْرِىۖ قَالُوٓا۟ أَقْرَرْنَاۚ قَالَ فَٱشْهَدُوا۟ وَأَنَا۠ مَعَكُم مِّنَ ٱلشَّٰهِدِينَ
Bermaksud: dan (ingatlah) ketika Allah mengambil perjanjian setia dari nabi-nabi (dengan firmanNya): “Sesungguhnya apa jua kitab dan hikmat yang Aku berikan
kepadamu, kemudian datang pula kepadamu seorang Rasul yang mengesahkan apa yang ada padamu, hendaklah kamu beriman sungguh-sungguh kepadanya, dan hendaklah kamu bersungguh-sungguh menolongnya”. Allah berfirman lagi (bertanya kepada mereka): “Sudahkah kamu mengakui dan sudahkah kamu menerima akan ikatan janjiKu secara yang demikian itu?” Mereka menjawab: “Kami beriqrar (mengakui dan menerimanya)”. Allah berfirman lagi: “Jika demikian, maka saksikanlah kamu (wahai para nabi), dan Aku juga menjadi saksi bersama-sama kamu.” (Aali `Imraan: 81).
Kebanyakan `ulama’ berpendapat Khadhir adalah seorang nabi. Kalau begitu beliau juga terikat dengan perjanjian setia yang tersebut di dalam ayat di atas. Perjanjian
bahawa bilamana datang seorang rasul bernama Muhammad, mereka akan beriman kepadanya dan menolongnya.
Jika Khadhir masih hidup di zaman Rasulullah s.a.w. dalam keadaan beliau bebas pergi ke mana-mana tempat yang dikehendakinya sesuai dengan kepercayaan orang-
orang yang menganggap beliau masih hidup - beliau sepatutnya pergi menolong Baginda s.a.w., sekurang-kurangnya dalam peperangan-peperangan yang dilancarkan oleh Baginda s.a.w.
Tetapi tidak tersebut di dalam mana-mana ayat al-Qur’an atau hadits bahawa Khadhir pernah ikut serta bersama Rasulullah s.a.w. dalam mana-mana peperangan yang pernah dilancarkan oleh Baginda s.a.w. `Aqal yang sejahtera tidak dapat menerima seorang nabi yang telah membuat perjanjian setia dengan Allah akan memungkiri janjinya!
(8) Para `ulama’ muhaqqiqin seperti Imam Bukhari, Ibrahim al-Harbi, Abu Ja`far Ibnu al-Munaadi, Abu Ya`la bin al-Farraa’, Abu Thahir al-`Abbaadi, Abu Bakar Ibnu al-`Arabi, Ibnu al-Jauzi, Ibnu Taimiyyah, Ibu al-Qaiyyim, Ibnu Katsir, Hafiz Ibnu Hajar dan lain-lain adalah antara tokoh yang berpendapat Khadhir telah pun mati. Walaupun ada tokoh-tokoh hadits yang berpendapat Khadhir masih hidup hingga sekarang, namun kebanyakan mereka berpendapat beliau telah mati.
(9) Antara tokoh hadits yang menerima Khadhir masih hidup ialah Ibnu as-Shalah dan muridnya an-Nawawi. Ibnu as-Shalah malah telah berkata:
هو حي عند جمهور العلماء والصالحين والعامة معهم في ذلك وإنما شذ بإنكاره بعض المحدثين
Bermaksud: “Beliau (khadhir) masih hidup menurut jumhur `ulama’. Orang ramai bersama mereka dalam perkara ini. Hanya ada segelintir muhadditsin sahaja yang telah
terkeluar daripada kumpulan.”
An-Nawawi pula di dalam Syarah Muslim dan Tahzibu al-Asmaa’ wa al-Lughaatnya
berkata:
Bermaksud: “Menurut jumhur `ulama’, beliau (Khadhir) masih hidup dan ada di kalangan kita. Ini adalah suatu perkara yang disepakati di kalangan orang-orang Sufi,
orang-orang saleh dan ahli ma`rifat. Cerita-cerita mereka tentang pernah melihatnya, duduk bersama-samanya, belajar sesuatu daripadanya dan bersoal jawab dengannya, beliau berada di tempat-tempat suci dan tempat-tempat berkebajikan tidak terhingga banyaknya dan begitu masyhur, diketahui semua orang.”
Hairan! Jumhur `ulama’ mana yang dimaksudkan oleh Ibnu as-Shalah dan an-Nawawi itu!!
(10) Pengarang `Aunu al-Ma`bud Syarah Sunan Abi Daud, Maulana Syamsul Haq al-`Azimabaadi membantah kata-kata Ibnu as-Shalah dan an-Nawawi itu dengan katanya:
ما قاله النووي من أن حياة الخضر قول الجمهور ليس بصحيح وقد رد عليه الحافظ بن حجر في اإلصابة
Bermaksud: “Apa yang dikatakan oleh an-Nawawi bahawa jumhur `ulama’ berpendapat Khadhir masih hidup itu tidak sahih. Hafiz Ibnu Hajar telah menolaknya
di dalam al-Ishaabah.”
Abu Haiyyaan di dalam Tafsirnya berkata sebaliknya:
والجمهور على أنه مات
Bermaksud:
“Jumhur `ulama’ berpendapat beliau (Khadhir) telah mati.” (Lihat Tafsir al-Bahru al-Muhith j.7, m/s 484).
Apakah tokoh-tokoh utama hadits seramai yang tersebut di atas sekurang-kurangnya boleh dikatakan golongan yang syaz? “Hanya ada segelintir muhadditsin sahaja yang
telah terkeluar daripada kumpulan”? Mereka pula berpegang dengan dalil-dalil yang kukuh berupa al-Qur’an dan hadits-hadits yang sahih?!
(11) Menurut hukum `adat, seorang yang hidup di zaman Nabi Musa iaitu kira-kira 2000 tahun sebelum kelahiran Nabi Muhammad s.a.w. tidak mungkin hidup sampai ke
hari ini. Apalagi kalau dikatakan ia tidak dimakan usia, bebas ke mana-mana dan
terlindung pula dari pandangan manusia! Untuk mempercayai kewujudan orang seperti
itu semestinya kita umat Islam memerlukan dalil yang kukuh.
(12) Imam Bukhari pernah ditanya tentang Khadhir, adakah dia masih hidup? Jawab beliau: “Bagaimana dia akan hidup. Nabi s.a.w. telah bersabda: Bermaksud: “Ingat baik-baik malam ini! Sesungguhnya tidak ada seorang pun yang
hidup di atas muka bumi pada malam ini akan terus hidup selepas seratus tahun (bermula dari malam ini).”
Hadits inilah yang menjadi pegangan Bukhari dalam membuat keputusan tentang Khadhir telah mati.
(13) Abu al-Khatthaab bin Dihyah berkata:
Bermaksud: Para `ulama’ hadits sekata berhubung dengan semua hadits tentang Khadhir masih hidup, bahawa tidak ada satu pun daripadanya yang sahih.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan