Sahih bukhari kitab azan 13/8/22(1)
51-Bab:"Sesungguhnya Imam Dilantik
Untuk Dikuti"باب إِنَّمَا جُعِلَ الإِمَامُ لِيُؤْتَمَّ بِهِ:
٦٨٨ - (وبه قال) حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ يُوسُفَ قَالَ أَخْبَرَنَا مَالِكٌ عَنْ هِشَامِ بْنِ عُرْوَةَ عَنْ أَبِيهِ عَنْ عَائِشَةَ أُمِّ الْمُؤْمِنِينَ أَنَّهَا قَالَتْ صَلَّى رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي بَيْتِهِ وَهُوَ شَاكٍ فَصَلَّى جَالِسًا وَصَلَّى وَرَاءَهُ قَوْمٌ قِيَامًا فَأَشَارَ إِلَيْهِمْ أَنْ اجْلِسُوا فَلَمَّا انْصَرَفَ قَالَ إِنَّمَا جُعِلَ الْإِمَامُ لِيُؤْتَمَّ بِهِ فَإِذَا رَكَعَ فَارْكَعُوا وَإِذَا رَفَعَ فَارْفَعُوا وَإِذَا صَلَّى جَالِسًا فَصَلُّوا جُلُوسًا
688-'Abdullah bin Yusuf meriwayatkan kepada kami, katanya: Malik meriwayatkan kepada kami daripada Hisyam bin 'Urwah daripada ayahnya (Urwah) daripada 'Aaishah Ummil Mu'minin, bahawa beliau berkata, “Rasulullah s.a.w. pernah bershalat di rumahnya ketika sakit dalam keadaan duduk. Dan bershalatlah di belakang Baginda sekumpulan orang dengan berdiri. Maka baginda memberi isyarat kepada mereka supaya duduk. Setelah selesai bershalat, Baginda bersabda: “Sesungguhnya imam itu dilantik untuk diikuti, bila dia ruku' maka ruku'lah kamu, bila dia mengangkat kepalanya (daripada ruku` atau sujud) maka angkatlah kepalamu. Dan bila dia bershalat sambil duduk, maka bershalatlah kamu sambil duduk.¹⁴¹³
Tiada ulasan:
Catat Ulasan