Isnin, Ogos 15, 2022

Sahih bukhari kitab azan 13/8/22(3)

Sahih bukhari kitab azan 13/8/22(3)
٦٤٨ - (وبه قال) حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ يُوسُفَ قَالَ أَخْبَرَنَا مَالِكٌ عَنْ ابْنِ شِهَابٍ عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ رَكِبَ فَرَسًا فَصُرِعَ عَنْهُ فَجُحِشَ شِقُّهُ الْأَيْمَنُ فَصَلَّى صَلَاةً مِنْ الصَّلَوَاتِ وَهُوَ قَاعِدٌ فَصَلَّيْنَا وَرَاءَهُ قُعُودًا فَلَمَّا انْصَرَفَ قَالَ إِنَّمَا جُعِلَ الْإِمَامُ لِيُؤْتَمَّ بِهِ فَإِذَا صَلَّى قَائِمًا فَصَلُّوا قِيَامًا فَإِذَا رَكَعَ فَارْكَعُوا وَإِذَا رَفَعَ فَارْفَعُوا وَإِذَا قَالَ سَمِعَ اللَّهُ لِمَنْ حَمِدَهُ فَقُولُوا رَبَّنَا وَلَكَ الْحَمْدُ وَإِذَا صَلَّى قَائِمًا فَصَلُّوا قِيَامًا وَإِذَا صَلَّى جَالِسًا فَصَلُّوا جُلُوسًا أَجْمَعُونَ قَالَ أَبُو عَبْد اللَّهِ قَالَ الْحُمَيْدِيُّ قَوْلُهُ إِذَا صَلَّى جَالِسًا فَصَلُّوا جُلُوسًا هُوَ فِي مَرَضِهِ الْقَدِيمِ ثُمَّ صَلَّى بَعْدَ ذَلِكَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ جَالِسًا وَالنَّاسُ خَلْفَهُ قِيَامًا لَمْ يَأْمُرْهُمْ بِالْقُعُودِ وَإِنَّمَا يُؤْخَذُ بِالْآخِرِ فَالْآخِرِ مِنْ فِعْلِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
689 - `Abdullah bin Yusuf meriwayatkan kepada kami, katanya: Malik meriwayatkan kepada kami daripada Ibni Syihāb daripada Anas bin Malik, bahawa Rasulullah s.a.w. pada suatu hari mengendarai kuda lalu terjatuh dan tercalar (mendapat luka kecil) pada bahagian lambungnya yang kanan. Kerana itu Baginda pernah mengerjakan salah satu shalatnya sambil duduk. Maka kami pun bershalat di belakangnya sambil duduk. Setelah selesai bershalat Baginda bersabda: “Sesungguhnya imam itu dilantik untuk diikuti, bila dia bershalat dengan berdiri maka bershalatlah kamu dengan berdiri. Bila dia ruku' maka ruku'lah kamu, bila dia mengangkat kepalanya maka angkatlah kepalamu.Dan bila dia mengucapkan:سمع الله حمده.(Semoga Allah mendengar orang yang memujiNya), maka ucapkanlah:ربنا ولك الحمد (Ya Tuhan kami, milik Engkau jua segala pujian).¹⁴¹⁴ Bila dia bershalat dengan berdiri maka bershalatlah kamu dengan berdiri,dan bila dia bershalat dengan duduk maka bershalatlah kamu semua dengan duduk.”¹⁴¹⁵ Abu `Abdillah (Imam Bukhari) berkata, Al-Humaidi ('Abdullah bin az-Zubair al-Makki) ketika menerangkan sabda Nabi s.a.w. “Dan bila dia bershalat dengan duduk maka bershalatlah kamu dengan duduk” berkata,“Peristiwa ini berlaku ketika sakit Nabi s.a.w.pada masa yang lampau (pada tahun ke-5 Hijrah).Kemudian setelah itu Nabi s.a.w. bershalat dengan duduk (ketika sakit di akhir hayatnya), sedangkan orang ramai bershalat di belakangnya dengan berdiri, dan Baginda tidak menyuruh pun mereka supaya duduk. Sesungguhnya hukum-hakam agama yang dijadikan sebagai panduan itu adalah berdasarkan apa yang paling akhir dan terakhir daripada perbuatan Nabi s.a.w.”¹⁴¹⁶

Tiada ulasan:

Catat Ulasan