Isnin, Ogos 15, 2022

Sahih bukhari kitab azan 13/8/22(4)

Sahih bukhari kitab azan 13/8/22(4)

¹⁴¹⁴ Abu Hanifah berdalil dengan sabda Rasulullah s.a.w. ini bahawa imam hanya mengucapkan سمع الله حمده sahaja, ma'mum pula hanya mengucapkan ربنا ولك الحمد, sahaja. Demikian juga pendapat Malik dan Ahmad dalam salah satu riwayat yang dinukilkan daripadanya. Syafi'e, Ahmad (dalam salah satu riwayat yang lain daripadanya), Abu Yusuf dan Muhammad bin al-Ĥasan asy-Syaibāni pula berpendapat, imam dan ma'mum kedua-duanya hendaklah mengucapkan kedua-dua ucapan tersebut.

¹⁴¹⁵ Antara pengajaran, panduan, pedoman dan hukum-hakam yang dapat disimpulkan daripada hadits ke-688 dan 689 di atas ialah:
(1) Orang sakit dibenarkan tidak menghadiri shalat berjama'ah. Dengan syarat sulit baginya untuk pergi mengerjakannya. Tidak diragukan lagi bahawa ketika Nabi s.a.w. terjatuh dari kenderaan (kuda) yang ditungganginya dan terluka bahagian lambung kanan badan serta terseliuh pula kakinya, Baginda tidak dapat berjalan dan sangat sukar baginya untuk pergi berjama'ah di masjid. Oleh sebab itulah Baginda mengerjakan shalat di rumahnya.

(2) Isyarat tidak membatalkan shalat walaupun ia difahami. Dalilnya ialah Nabi s.a.w. memberikan isyarat kepada mereka supaya duduk. Pendapat yang mengatakan isyarat menggantikan ungkapan bukanlah mutlak. Bahkan dalam beberapa keadaan hukum isyarat tidak sama dengan hukum ungkapan, sebagaimana yang terkandung dalam hadits ini.

(3)Jika imam merasa bahawa ma'mumnya ada melakukan sesuatu kesalahan, maka ia boleh memperingatkan mereka. Bahkan dapat kita katakan bahawa ia seharusnya memperingatkan mereka. Alasannya ialah Rasulullah s.a.w. terus memberikan isyarat kepada para sahabat di belakangnya supaya duduk.

(4) Ma'mum hendaklah bersegera melakukan rukun shalat sebaik sahaja imam melakukannya.
Dalilnya ialah sabda Rasulullah s.a.w., “Bila dia ruku'` maka ruku'lah kamu...".Sudut pendalilannya terletak pada sabda Baginda, “maka ruku'lah kamu...”Ia merupakan jawab syarath, sedangkan yang disyaratkan (مَشْرُوْط) mengikuti syarat. Apa lagi apabila disertakan huruf ف  padanya, yang memberi erti mengikuti atau mengiringi.

(5) Ma'mum dilarang ruku' sebelum imam ruku'. Kerana Nabi s.a.w.bersabda, “Sesungguhnya imam dilantik supaya dikuti. "Kemudian Baginda bersabda,“Bila dia ruku'` maka ruku'lah kamu..". Maka jika ma'mum ruku' mendahului imam, bererti ia tidak mengikutinya. Oleh kerana itu ma'mum haram ruku' mendahului imamnya.
Kalau itu dilakukannya dengan sengaja dalam keadaan mengetahuinya dan sedar, maka terbatallah shalatnya.

¹⁴¹⁶ Al-Ĥumaidi adalah guru Imam Bukhari. Dengan mengemukakan pandangan gurunya itu Imam Bukhari mengisyaratkan kepada pandangannya sendiri. Qaedah yang disebut oleh al-Ĥumaidi itu seharusnya menjadi panduan dalam menentu dan memilih hukum sesuatu perkara. Shalat berjama`ah yang imamnya bersembahyang sambil duduk, sedangkan ma'mumnya pula bersembahyang sambil berdiri adalah sah. Walaupun terdapat hadits-hadits yang menyuruh ma'mum juga bersembahyang sambil duduk apabila imam bersembahyang sambil duduk, tetapi hadits itu terbukti terdahulu wurudnya (wurud untuk hadits jika alquran dipanggil asbabulnuzul) berbanding hadits 'Aaishah yang menceritakan peristiwa Rasulullah s.a.w.berjama'ah bersama para sahabat di akhir hayat Baginda. Jelas terbukti dalam peristiwa itu Rasulullah s.a.w. bersembahyang sambil duduk, para sahabat yang menjadi ma'mumnya pula bersembahyang sambil berdiri. Maka hadits terdahulu yang bercanggah dengannya boleh saja dianggap telah mansukh atau ia termasuk dalam hadits-hadits `aam makhsus.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan