Sahih bukhari kitab ilmu 20/8/22(10)
¹³⁴ Firman Allah ini adalah sebahagian daripada kandungan ayat ke-43 Surah al-`Ankabūt, dan ia merupakan penutupnya. Ayat itu sepenuhnya adalah seperti berikut:
Al-'Ankabut 29:43
وَتِلْكَ ٱلْأَمْثَٰلُ نَضْرِبُهَا لِلنَّاسِۖ وَمَا يَعْقِلُهَآ إِلَّا ٱلْعَٰلِمُونَ
Bermaksud: Perumpamaan-perumpamaan itu Kami buat untuk manusia; dan tiada yang memahaminya kecuali orang-orang yang berilmu. (al-`Ankabūt:43).
Firman Allah ini juga menunjukkan kelebihan orang-orang yang berilmu.
¹³⁵ Firman Allah ini terkandung di dalam ayat ke-10 Surah al-Mulk. Maksudnya ialah ilmu pengetahuan itu diperolehi dengan mendengar, berfikir dan mengkaji. Ahli neraka pula tidak menggunakan semua saluran untuk mendapat ilmu itu semasa di dunia dahulu, akibatnya mereka mereka terjerumus ke dalam neraka. Ia menunjukkan
keistimewaan ilmu. Manusia boleh terjerumus ke dalam neraka kerana tidak berilmu.
¹³⁶ Apa yang dikemukakan oleh Bukhari ini adalah sebahagian daripada ayat ke-9 Surah az-Zumar. Ayat istifham inkari (pertanyaan yang jawapannya adalah
menafikan) diguna untuk menyatakan tidak samanya dua golongan tersebut.
Dan ia menunjukkan keistimewaan orang yang berilmu. Orang yang ditanya begitu tentu
akan menjawab, tidak sama.Tidak ada satu pun daripada ayat-ayat yang dikemukakan oleh Bukhari di sini
menyebutkan tentang amal, semuanya hanya menunjukkan kepentingan dan kelebihan ilmu semata-mata. Begitulah caranya Imam Bukhari menghilangkan kekeliruan
tentang lebihnya ilmu kerana amal. Bagi beliau ilmu itu sendiri adalah suatu kelebihan walaupun tidak disertai amal.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan