Sahih bukhari kitab ilmu 20/8/22(5)
¹²⁸ Ini adalah dalil pertama yang dikemukakan oleh Imam Bukhari untuk membuktikan kebenaran da`waannya
العلم قبل القول والعمل
(Ilmu mesti ada sebelum bercakap dan beramal). Pendalilan beliau akan kelihatan dengan lebih terang apabila anda membaca ayat berkenaan selengkapnya. Ia adalah seperti berikut:
Muhammad 47:19
فَٱعْلَمْ أَنَّهُۥ لَآ إِلَٰهَ إِلَّا ٱللَّهُ وَٱسْتَغْفِرْ لِذَنۢبِكَ وَلِلْمُؤْمِنِينَ وَٱلْمُؤْمِنَٰتِۗ وَٱللَّهُ يَعْلَمُ مُتَقَلَّبَكُمْ وَمَثْوَىٰكُمْ
Bermaksud: Maka ketahuilah bahawa sesungguhnya tiada tuhan (yang layak disembah) selain Allah dan beristighfarlah bagi salah silap yang engkau lakukan, dan
bagi (dosa-dosa) orang-orang yang beriman, laki-laki dan perempuan; dan (ingatlah) Allah mengetahui tempat kamu berusaha (di dunia) dan tempat kamu tinggal (di akhirat). (Muhammad:19).
Kata Imam Bukhari, “Allah s.w.t. memulakan firmanNya ini dengan menyebut ilmu terlebih dahulu فَٱعْلَمْ (Maka ketahuilah).” Ia menunjukkan kedudukan ilmu yang
terdahulu berbanding amal. Kemudian baru ilmu itu disusuli dengan amal وَأَسْتَغْفِرْ لِذَنْبِكَ (dan beristighfarlah bagi salah silap yang engkau lakukan). Ayat 19 Surah Muhammad ini mengutamakan ilmu yang wajib diketahui terlebih dahulu
أَنَّهُ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ
iaitu ilmu tauhid, satu ilmu yang amal ibadat tidak sah tanpanya. Ilmu yang mesti diketahui walaupun seseorang itu bisu dan tidak mampu mengucapkannya. Selepas itu
barulah diperintahkan beramal iaitu beristighfar.
Orang yang baru memeluk agama Islam, baru saja mengenal Allah s.w.t. dan tidak sempat beramal apa-apa pun, lalu meninggal dunia, ilmu tauhid yang baru
diperolehinya itu tetap berfaedah untuknya sehingga ia boleh memasuki syurga Allah s.w.t. kerananya. Itulah yang dimaksudkan oleh Rasulullah s.a.w. dalam sabdanya:
مَنْ كَانَ آخِرُ كَلَامِهِ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ دَخَلَ الْجَنَّةَ
Bermaksud: Orang yang ucapan terakhirnya ialah pasti masuk syurga.
(Hadits riwayat Ahmad, Abu Daud, at-Thabaraani, al-Ĥākim dan lain-lain).
Imam Sufyan bin `Uyainah juga berdalil dengan firman Allah di atas untuk membuktikan kelebihan ilmu berbanding yang lain-lain.
Susunan ayat فَٱعْلَمْ أَنَّهُۥ لَآ إِلَٰهَ إِلَّا ٱللَّهُ juga menunjukkan bahawa apa-apa ilmu yang membawa kepada tauhid boleh dipelajari.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan