Sahih bukhari kitab ilmu 20/8/22(6)
¹²⁹ “Dan Sesungguhnya Para `Ulama’ Mereka Itulah Pewaris Para Nabi” sebenarnya adalah sebahagian daripada hadits yang diriwayatkan daripada Abu ad-Dardā’. Ia diriwayatkan oleh Ahmad, Abu Daud, Tirmidzi dan Dārimi di dalam kitab-kitab mereka. Imam Bukhari juga ada meriwayatkannya di dalam kitab at-Tārīkh al-Kabīrnya secara maushūl. Pada sanadnya terdapat sedikit idhthirāb. Ĥamzah al-Kināni bagaimanapun mengatakan hadits itu hasan. Ia dikemukakan oleh Bukhari sebagai dalil kedua bagi da`waannya. Sesetengah `ulama’ tidak menganggap apa yang dikemukakan oleh Bukhari ini sebagai riwayat
ta`līqnya. Seperti telah disebutkan sebelum ini bahawa ia memang sebahagian daripada hadits yang diriwayatkan daripada Abu ad-Dardā’, walaupun di sini tidak
dikemukakan oleh Bukhari sebagai riwayat ta`liq. Apa yang penting riwayat itu ada asasnya. Firman Allah yang akan dikemukakan nanti boleh dijadikan sebagai penyokong yang membenarkan kandungannya. Allah berfirman:
Fatir 35:32 ثُمَّ أَوْرَثْنَا ٱلْكِتَٰبَ ٱلَّذِينَ ٱصْطَفَيْنَا مِنْ عِبَادِنَاۖ
Bermaksud: Kemudian Kami wariskan Kitab (Al-Qur’an) itu kepada orang-orang yang Kami pilih dari kalangan hamba-hamba Kami;… (Fāthir:32).
Apa yang diwarisi para `ulama’ daripada para nabi tidak lain melainkan ilmu mereka. Apabila dikatakan para `ulama’ mewarisi peninggalan Nabi Muhammad s.a.w. maka
itu bererti mereka mewarisi ilmunya, sama ada berupa al-Qur’an atau as-Sunnah.
Tentu sekali warisan peninggalan Nabi s.a.w. tidak untuk ditonton dan diperagakan, sebaliknya ia untuk diamalkan. Tetapi sebelum diamal bukankah perlu diketahui dan
dipelajari dahulu bagaimana cara-caranya? Dengan itu terbukti benarlah apa yangdikatakan oleh Imam Bukhari bahawa “Ilmu mesti ada dahulu sebelum bercakap dan
beramal”.
Yang menariknya ialah Baginda tidak bersabda:
العاملون/العمال ورثة األنبياء
(Orang-orang yang beramal itu pewaris para nabi), bahkan Baginda bersabda, “orang-orang yang berilmu atau para `ulama’ itulah pewaris para nabi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan