Sahih bukhari kitab ilmu 20/8/22(7)
¹³⁰ Perkataan وِرِثُوا boleh diterima sebagai fi`il mādhi daripadaباب التفعيل .Ertinya adalah sebagaimana diberikan di atas. Dhamīr fā`ilnya kembali kepada perkataan الأنبياء
Boleh juga diterima ia sebagai fi`il mādhi mujarrad daripada bab َسَمِع atau َحَسِب.
Kalau ia dipakai sebagai mādhi mujarrad..
maka dhamīr fā`ilnya kembali kepada perkataanالعلماء . Kalau begitu, maka ertinya ialah mereka (para `ulama’) itu mewarisi ilmu (para nabi).
Kebanyakan riwayat nampaknya lebih menguatkan ia dibaca sebagai fi`il mādhi iaitu daripada. Siyāqnya menghendaki begitu. Sebagai contoh lihat saja
riwayat ad-Daarimi di bawah ini:
إِنَّ الْعُلَمَاءَ وَرَثَةُ الْأَنْبِيَاءِ إِنَّ الْأَنْبِيَاءَ لَمْ يُوَرِّثُوا دِينَارًا وَلَا دِرْهَمًا وَإِنَّمَا وَرَّثُوا الْعِلْمَ فَمَنْ أَخَذَ بِهِ أَخَذَ بِحَظِّهِ أَوْ بِحَظٍّ وَافِرٍ
Bermaksud: Sesungguhnya para `ulama’ itu pewaris para nabi. Sesungguhnya para nabi tidak meninggalkan (sebagai pesaka) dinar dan dirham. Mereka hanya meninggalkan ilmu. Sesiapa mengambilnya bererti ia telah mengambil habuannya atau habuan yang banyak.
Tentu sekali peninggalan nabi-nabi itu suatu yang istimewa. Walaupun ilmu yang ditinggalkan mereka menuntut amal, tetapi yang disebutkan adalah ilmu.
Mengetahui ilmu yang dibawa oleh Nabi s.a.w. sahaja tidaklah terus menjadikan seseorang pewaris Nabi, kerana jika begitu, maka orang-orang kafir seperti kebanyakan golongan orientalis juga akan dianggap sebagai pewaris Nabi. Maksud pewaris Nabi di sini ialah yang mewarisi ilmunya serta beramal dengannya.Apa yang menariknya ialah Nabi s.a.w. tidak menyebut العاملون (yang beramal)
sebagai pewaris para nabi, sebaliknya yang disebut ialah العلماء`(ulama’).
Jumlah (ayat)من أخذه أخذ بحظ وافرزboleh diterima sebagai jumlah khabariyyah pada lafaz dan
ma`nanya (جملة خبرية لفظا ومعنى) Ertinya adalah seperti yang diberikan di atas.
Boleh juga ia diterima sebagai jumlah (ayat) khabariyyah pada lafaznya sahajasedangkan pada ma`nanya ia adalah insya’ (جملةخبرية لفظا َوإنشائيةة مَعْنًى).
(Kalau begitu, maka terjemahannya ialah sesiapa yang (hendak) mengambilnya, dia hendaklah mengambilnya dengan banyak.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan