Rabu, Mac 01, 2023

Sahih bukhari kitab ilmu 18/02/23(04)

Sahih bukhari kitab ilmu 18/02/23(04)
¹⁹⁴ Orang yang dicari Nabi Musa a.s. dipanggil juga dengan gelaran Teman Nabi Musa 
a.s. atau صاحب موىس  . Kesimpulannya ialah Ubai membenarkan pandangan Ibnu `Abbaas 
kerana ia menepati sabda Rasulullah s.a.w. yang didengarinya sendiri.

¹⁹⁵ Nabi Musa a.s. menjawab begini bukan kerana sombong tetapi hanya sebagai 
jawapan kepada orang yang bertanya: “Adakah engkau tahu ada orang yang lebih `alim
daripadamu?”. Pertanyaannya bukan “Adakah ada orang yang lebih `alim
daripadamu?”, maka Baginda hanya sekadar menjawab: “Tidak ada.” Maksudnya ialah 
sepengetahuanku. Oleh kerana Baginda seorang Nabi dan Nabi-lah seorang manusia 
yang paling `alim bagi sesuatu umat, yang paling banyak mengetahui hukum-hakam 
dan penyelesaian masalah melalui wahyu Allah s.w.t.
Bagi `ulama’ yang berpendapat Khadhir adalah malaikat, jawapan Nabi Musa a.s. tidak 
salah kerana yang ditanya adalah ‘orang’ dan Baginda juga menjawab tidak ada ‘orang’ 
yang lebih `alim.

¹⁹⁶ Allah s.w.t. tidak berkenan dengan jawapan Nabi Musa a.s. lantaran ia tidak sesuai 
dengan kedudukannya. Musa sepatutnya menjawab dengan berlapik sedikit, seperti: 
“Setakat pengetahuan saya, tidak ada” atau “Wallahu a`lam”, kerana tentu sekali Nabi 
Musa a.s. juga percaya kepada apa yang disebut Allah di dalam al-Qur’an:

 وَفَوْقَ كُلِّ ذِى عِلْمٍ عَلِيمٌ 
Bermaksud: dan tiap-tiap orang yang berilmu pengetahuan, ada lagi di atasnya yang 
lebih mengetahui. (Yusuf:76).

Demikianlah muhasabah dari Allah s.w.t. terhadap Nabi Musa. Ia bukan kerana
kemurkaanNya, tetapi kerana sayangkan utusanNya. Akibat dari teguran Allah itu Nabi 
Musa a.s. terpaksa berpenat lelah keluar mengembara untuk mendapatkan lagi ilmu,
semata-mata kerana telah memberi jawapan yang mengandungi sedikit sahaja
bayangan kesombongan.
Allah s.w.t. menegur NabiNya dan hambanya supaya tidak bersikap sombong,
mendabik dada dengan sedikit ilmu yang diberikan olehNya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan