Sahih bukhari kitab ilmu 18/02/23(06)
Jawapan kepada persoalan kedua(2):
Terdapat beberapa pendapat pula tentang sebab beliau digelar dengan Khadhir atau
Khidhr. Menurut Mujāhid, sebabnya beliau dipanggil Khadhir ialah kerana bila beliau
bersembahyang, akan menghijaulah kawasan sekelilingnya.
Imam Bukhari mengemukakan satu riwayat yang marfū` daripada Abu Hurairah
tentang kenapakah beliau dinamakan (digelar dengan nama gelaran) Khadhir. Kata Abu
Hurairah, Nabi s.a.w. bersabda:
إِنَّمَا سُمِّيَ الخَضِرَ أَنَّهُ جَلَسَ عَلَى فَرْوَةٍ بَيضَاءَ فَإِذَا هِيٕ تَهْتَزُ مِنْ خَلْفِهِ خَضْرَاءَ
Bermaksud: Sebabnya dia dinamakan Khadhir ialah kerana apabila dia duduk di atas
rumput yang kering, rumput itu setelah dia bangun akan bertukar menjadi hijau dan
hidup subur.
Inilah tentunya jawapan yang paling sahih tentang kenapa beliau digelarkan dengan
Khadhir.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan