Sahih bukhari kitab ilmu 18/02/23(07)
Jawapan kepada persoalan ketiga(3):
Para `Ulama’ juga khilaf (berbeda pendapat) tentang Khadhir, adakah dia seorang wali,
nabi atau malaikat?
(1) Abul Qāsim al-Qusyairi dan sekumpulan `ulama’ berpendapat, Khadhir adalah
seorang wali (kekasih) Allah.
(2) Ibnu `Athiyyah, Baghawi dan lain-lain menukilkan daripada kebanyakan ahli ilmu
bahawa mereka berpendapat Khadhir seorang nabi. Kemudian mereka (ahli ilmu)
berbeda pendapat lagi tentang adakah dia seorang nabi sahaja atau dia juga seorang
rasul Allah?
Imam al-Qurthubi berkata, menurut jumhur `ulama’ Khadhir adalah seorang nabi.
Alasan mereka ialah:
(i) Itulah yang dapat difahami daripada kenyataan al-Qur’an tentangnya.
(ii) Seorang nabi lagi rasul seperti Nabi Musa a.s. tidak akan berguru kecuali dengan
seorang nabi sepertinya juga. Tidak mungkin seorang nabi akan berguru dengan
seorang wali sahaja.
(iii) Hanya seorang nabi jua dapat mengetahui perkara ghaib secara pasti dan diyakini
melalui wahyu dari Allah s.w.t.
(iv) Semasa dalam perjalanan bersama Musa, Khadhir telah melakukan beberapa
perkara yang menyalahi Syari`at, tentu sekali dia dapat menyalahi Syari`at kerana telah
mendapat wahyu daripada Allah yang mengecualikannya daripada sesuatu hukum
Syari`at yang ma`lum.
Hakikat inilah yang diungkapkan oleh Khadhir dan dirakamkan oleh Allah di dalam al-Qur’an pada ayat ke-82 Surah al-Kahfi:
وَمَا فَعَلْتُهُۥ عَنْ أَمْرِىۚ
Bermaksud: …Dan (ingatlah) aku tidak melakukannya menurut fikiranku sendiri…(al-
Kahfi:82).
Al-Kahf 18:82
وَأَمَّا ٱلْجِدَارُ فَكَانَ لِغُلَٰمَيْنِ يَتِيمَيْنِ فِى ٱلْمَدِينَةِ وَكَانَ تَحْتَهُۥ كَنزٌ لَّهُمَا وَكَانَ أَبُوهُمَا صَٰلِحًا فَأَرَادَ رَبُّكَ أَن يَبْلُغَآ أَشُدَّهُمَا وَيَسْتَخْرِجَا كَنزَهُمَا رَحْمَةً مِّن رَّبِّكَۚ وَمَا فَعَلْتُهُۥ عَنْ أَمْرِىۚ ذَٰلِكَ تَأْوِيلُ مَا لَمْ تَسْطِع عَّلَيْهِ صَبْرًا
Dan adapun dinding rumah itu adalah milik dua anak yatim di kota itu, yang di bawahnya tersimpan harta bagi mereka berdua, dan ayahnya seorang yang shalih. Maka Tuhanmu menghendaki agar keduanya sampai dewasa dan keduanya mengeluarkan simpanannya itu sebagai rahmat dari Tuhanmu. Apa yang kuperbuat bukan menurut kemauanku sendiri. Itulah keterangan perbuatan-perbuatan yang engkau tidak sabar terhadapnya.”
Hamba (manusia atau jin) yang perlu mengikuti Syari`at ialah yang tidak diberikan ilmu
khusus kepadanya, adapun hamba yang diberikan ilmu khusus seperti Khadhir itu, dia
terkecuali daripada beberapa hukum Syari`at kerana mendapat kebenaran daripada
Allah s.w.t. menerusi wahyu yang sampai kepadanya. Orang yang mempunyai
keistimewaan mendapat wahyu seperti itu tentunya seorang Nabi, bukan wali.
Seorang wali biar bagaimana tinggi sekalipun darjatnya di sisi Allah, tetap tidak
mempunyai keistimewaan mendapat wahyu daripada Allah. Paling hebat pun seseorang
wali itu, dia hanya dikasyaf atau diilhamkan tentang sesuatu perkara, namun apa yang
diperolehinya tidaklah terjamin seperti wahyu daripada Allah s.w.t.
Peristiwa beliau membunuh kanak-kanak itu pula tidak dapat dielakkan kerana Allah
s.w.t. telah menunjukkan kepadanya apa yang perlu dilakukannya sesuai dengan
taqdirNya cuma ditunjukkan juga kepada Nabi Musa a.s.
Alasan bagi orang-orang yang berpendapat Khadhir itu nabi seperti disebutkan oleh al-
Qurthubi di atas sebenarnya berpunca daripada beberapa firman Allah di dalam Surah
al-Kahfi juga.
Lihat ayat-ayatnya di bawah ini:
(a) Ayat yang dikemukakan oleh Bukhari di dalam tajuk bab ke-16 di atas, iaitu:هَلْ أَتَّبِعُكَ عَلَىٰٓ أَن تُعَلِّمَنِ مِمَّا عُلِّمْتَ رُشْدًا
Bermaksud: “Bolehkah aku mengikutimu untuk kau ajarkan kepadaku sebahagian
daripada `ilmu yang telah diajarkan kepadamu?” (al-Kahfi:66).
(b) Ayat ke-65 Surah al-Kahfi:
Al-Kahf 18:65
فَوَجَدَا عَبْدًا مِّنْ عِبَادِنَآ ءَاتَيْنَٰهُ رَحْمَةً مِّنْ عِندِنَا وَعَلَّمْنَٰهُ مِن لَّدُنَّا عِلْمًا
Bermaksud: Lalu mereka bertemu dengan seorang hamba di antara hamba-hamba
Kami, yang telah Kami berikan kepadanya rahmat dari sisi Kami, dan yang telah Kami
ajarkan kepadanya ilmu (yang khusus) dari sisi Kami. (al-Kahfi:65).
(c) Ayat ke-82 Surah al-Kahfi yang telah pun dikemukakan sebelum ini:وَمَا فَعَلْتُهُۥ عَنْ أَمْرِىۚ
Bermaksud: …Dan (ingatlah) aku tidak melakukannya menurut fikiranku sendiri…(al-
Kahfi:82).
Al-Kahf 18:82
وَأَمَّا ٱلْجِدَارُ فَكَانَ لِغُلَٰمَيْنِ يَتِيمَيْنِ فِى ٱلْمَدِينَةِ وَكَانَ تَحْتَهُۥ كَنزٌ لَّهُمَا وَكَانَ أَبُوهُمَا صَٰلِحًا فَأَرَادَ رَبُّكَ أَن يَبْلُغَآ أَشُدَّهُمَا وَيَسْتَخْرِجَا كَنزَهُمَا رَحْمَةً مِّن رَّبِّكَۚ وَمَا فَعَلْتُهُۥ عَنْ أَمْرِىۚ ذَٰلِكَ تَأْوِيلُ مَا لَمْ تَسْطِع عَّلَيْهِ صَبْرًا
Dan adapun dinding rumah itu adalah milik dua anak yatim di kota itu, yang di bawahnya tersimpan harta bagi mereka berdua, dan ayahnya seorang yang shalih. Maka Tuhanmu menghendaki agar keduanya sampai dewasa dan keduanya mengeluarkan simpanannya itu sebagai rahmat dari Tuhanmu. Apa yang kuperbuat bukan menurut kemauanku sendiri. Itulah keterangan perbuatan-perbuatan yang engkau tidak sabar terhadapnya.”
Tiada ulasan:
Catat Ulasan