Rabu, Mac 01, 2023

Sahih bukhari kitab ilmu 18/02/23(10)

Sahih bukhari kitab ilmu 18/02/23(10)
(4) Jika dikatakan Khadhir sudah ada sejak zaman Nabi Adam a.s. lagi, maka bukankah 
Allah s.w.t. telah berfirman?
As-Saffat 37:77
وَجَعَلْنَا ذُرِّيَّتَهُۥ هُمُ ٱلْبَاقِينَ
Bermaksud: Dan Kami jadikan zuriat keturunannya sahaja orang-orang yang tinggal 
hidup (setelah Kami binasakan kaumnya yang ingkar). (as-Shaffat:77).

Menunjukkan semua penumpang bahtera Nabi Nuh meninggal dunia kecuali dari 
keturunannya sahaja.


(5) Jika Khadhir masih hidup, umurnya tentu menjadi keajaiban yang disebut di dalam 
al-Qur’an, tetapi tidak ada pula begitu, umur Nabi Nuh a.s. sahaja yang disebutkan, 
firman Allah
Al-'Ankabut 29:14

وَلَقَدْ أَرْسَلْنَا نُوحًا إِلَىٰ قَوْمِهِۦ فَلَبِثَ فِيهِمْ أَلْفَ سَنَةٍ إِلَّا خَمْسِينَ عَامًا فَأَخَذَهُمُ ٱلطُّوفَانُ وَهُمْ ظَٰلِمُونَ 
Bermaksud: Dan sesungguhnya Kami telah mengutus Nabi Nuh kepada kaumnya, 
maka tinggallah dia dalam kalangan mereka selama sembilan ratus lima puluh tahun. 
(al-`Ankabut:14).


(6) Jika Khadhir sudah ada di zaman Nabi Adam, bukankah tubuh manusia pada masa 
itu jauh lebih tinggi dan besar, jika beliau masih hidup tentulah akan dapat dikesan 
dengan mudah kerana saiz badannya yang luar biasa. Jika beliau menjadi ghaib pula, 
untuk apa dia berselindung begitu? Mengapakah dia mampu bertemu dengan orang-
orang jahil dan ahli maksiat tetapi tidak mampu bertemu dengan para sahabat dan para 
anbiya’?
Jika diterima pun pertemuan orang-orang tertentu dengan Khadhir yang disebut-sebut 
oleh orang-orang Sufi itu, maka ia adalah pertemuan di alam mitsal dan itu bukanlah 
suatu perkara yang mustahil kerana sesiapa pun yang Allah s.w.t. kehendaki bertemu 
di alam mitsal akan bertemu jua termasuklah Nabi kita Muhammad s.a.w.

Ibnu al-Qayyim di dalam al-Manar al-Munif menyebutkan: “Hadits-hadits yang 
menceritakan tentang Khadhir dan kehidupannya, semuanya dusta dan tidak ada satu 
pun hadits tentang Khadhir masih hidup, misalnya hadits Rasulullah s.a.w. berada di 
dalam masjid kemudian Baginda mendengar ada suara bercakap dari belakang, 
Shahabat pergi untuk melihatnya, rupa-rupanya dia adalah Khadhir. Contohnya lagi 
hadits Khadhir dan Ilyas bertemu setiap tahun, dan hadits Jibril, Mika’il dan Khadhir 
berhimpun di awan. Semuanya karut dan palsu.”

Ibnu al-Qayyim menyebutkan juga bahawa Ibrahim al-Harbi ditanya tentang umur 
Khadhir kerana dikhabarkan umurnya yang sangat panjang, katanya: “Ini semua kerja 
syaitan”.
Imam Bukhari sendiri pernah ditanya tentang Khadhir dan Nabi Ilyas kerana ada yang 
menceritakan bahawa Nabi Ilyas masih hidup dan berada di atas langit, juga selalu 
bertemu dengan Khadhir di `Arafah. 

Imam Bukhari menjawab dengan hadits ke-3 yang 
telah dikemukakan tadi.
Ramai lagi `ulama’-`ulama’ lain yang ditanya tentang Khadhir, mereka menjawab 
dengan firman Allah s.w.t.:
Al-Anbiya 21:34
وَمَا جَعَلْنَا لِبَشَرٍ مِّن قَبْلِكَ ٱلْخُلْدَۖ أَفَإِي۟ن مِّتَّ فَهُمُ ٱلْخَٰلِدُونَ
Bermaksud: Dan Kami tidak menjadikan seseorang manusia sebelummu dapat hidup 
kekal (di dunia ini). Maka kalau engkau meninggal dunia (wahai Muhammad), adakah 
mereka akan hidup selama-lamanya? (al-Anbiya’:34).

Tiada ulasan:

Catat Ulasan