Jumaat, Mac 31, 2023
Asas(usul) Tafsir 1&2 20/3/23(07)
Asas(usul) Tafsir 1&2 20/3/23(06)
Asas(usul) Tafsir 1&2 20/3/23(05)
Asas(usul) Tafsir 1&2 20/3/23(04)
Asas(usul) Tafsir 1&2 20/3/23(03)
Asas(usul) Tafsir 1&2 20/3/23(02)
Asas(usul) Tafsir 1&2 20/3/23(01)
Rabu, Mac 29, 2023
Sunan Abu Daud kitab puasa sesi 01 t-39
Daurah tafsir 2023 sesi 01 nota1(001-5)
Daurah tafsir 2023 sesi 02 (2)nota1(006-030)

Surah albaqarah
002.Al baqarah
Nama surah albaqarah.
Tertib surah 2
Bilangan ayat 286
Bilangan rukuk 40
Surah Madaniyah
Tertib turun surah yg ke 87
Bilangan bahagian ada 4
Bahagian pertama muqadimah ayat 1-39
Daripada tiga sikap manusia hendaklah
dipilih sikap orang-orang yang beriman ,terhadap
jawatan khilafah dan akidah tauhid.
Bahagian kedua ayat 40-141
Sebab-sebab pelucutan jawatan kepimpinan daripada Bani Israil dan seruan terhadap mereka supaya beriman kepada syariat yang terakhir.
Bahagian tiga ayat 142-283
Manusia hendaklah menerima ajaran Islam semua sekali dan beramal mengikut syariat rasul yg terakhir supaya benar2 menjadi ummat terpilih dan dapat menjadi contoh serta bukti untuk manusia sekaliannya.
Bahagian 4 ayat 283-284
Jika kamu mengikut syariat terakhir dengan penuh
keikhlasan dan setakat yang termampu maka kamu akan berjaya memperolehi kuasa.
Mesej utama.
Perubahan Kepimpinan
Zaman diturunkan
Sebahagian besar daripada ayat-ayat di dalam Surah
tahun ke-2 Hijrah. Ayat-ayat yang berkaitan dengan
al-Baqarah diturunkan pada pengharaman riba bermula
daripada ayat 275-281 mungkin sekali baru pada tahun ke 10 hijrah.Tiga ayat di penghujung Surah sememangnya telah diturunkan sebelum Hijrah lagi.Selepas Surah al-Baqarah diturunkan Surah at-Thalaq. Sebelum perang Badar pula telah turun Surah Muhammad. Dan selepas perang Badar diturunkan Surah al-Anfaal.*
Kelebihan dan fadhilat Surah al-Baqarah.
Beberapa hadits telah dinukilkan daripada Rasullah saw berhubung dengan kelebihan dan fadilat Surah Al Baqarah.
Antaranya:
(1)
أَنَّ رَسُولَ الله صلى وسلم قَالَ <<لَا تَجْعَلُو بُيُوتَكُمْ مَقَابِرَ إِنَّ الشَّيْطَانَ يَنْفِرُ مِنَ الْبَيْتِ الَّذِى تُقْرَأْ فِيهِ سُورَةُ الْبَقَرَةِ
Bermaksud:
Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. bersabda:"Janganlah kamu jadikan rumah-rumahmu kubur. sesungguhnya syaitan lari dari rumah yang dibaca didalamnya Surah al-Baqarah.
(Hadits riwayat Muslim, an-Nasaa'i dan lain-lain).
(2)
قَالَ رَسُولَ الله صلى وسلم اقْرَءُوا سُورَةَ الْبَقَرَةِ فَإِنَّ أَخَذَهَا بَرَكَةٌ وَتَرْكَهَا حَسْرَةٌ وَلَا تَسْتَطِعُهَا الْبَطَلَةُ
Bermaksud:
Rasulullah s.a.w. bersabda: "Kamu bacalah surah al-Baqarah.Kerana membacanya membawa keberkatan, meninggalkannya (tidak membacanya)menyebabkan penyesalan dan pembacanya tidak dapat dikuasai (dikalahkan) oleh tukang-tukang sihir.
(Hadits riwayat Muslim,at-Thabaraani, Abu 'Awaanah.Ibnu
Hibbaan dan lain-lain).
(3)
قَالَ رَسُولَ الله صلى وسلم اقْرَءُوا الْقُرْآنَ فَإِنَّهُ يَأْتِي يَوْمَ الْقِيَامَةِ شَفِيعًا لِأَصْحَابِهِ اقْرَءُوا الزَّهْرَاوَيْنِ الْبَقَرَةَ وَسُورَةَ آلِ عِمْرَانَ فَإِنَّهُمَا تَأْتِيَانِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ كَأَنَّهُمَا غَمَامَتَانِ أَوْ كَأَنَّهُمَا غَيَايَتَانِ أَوْ كَأَنَّهُمَا فِرْقَانِ مِنْ طَيْرٍ صَوَافً تُحَاجَّانِ عَنْ أَصْحَابِهِمَا اقْرَءُوا سُورَةَ الْبَقَرَةِ فَإِنَّ أَخْذَهَا بَرَكَةٌ وَتَرْكَهَا حَسْرَةٌ وَلَا تَسْتَطِيعُهَا الْبَطِلَةُ
Bermaksud:
Rasulullah s.a.w. bersabda: "Bacalah kamu al-qur,an, kerana ia akan datang pada hari kiamat nanti sebagai pemberi syafa'at kepada orang-orang yang membacanya. Bacalah dua surah yang gilang-gemilang, Surah al-Baqarah dan SurahAali 'Imraan, kerana kedua-duanya akan datang pada hari kiamat nanti sebagai dua kumpulan awan atau sebagai dua payung besar atau sebagai dua kumpulan burung
yang terbang berbaris-baris dengan tujuan membela pembaca-pembacanya. Bacalah surah al-Baqarah. Kerana membacanya membawa keberkatan, meninggalkannya
(Tidak membacanya)penyesalan dan pembacanya tidak dapat dikuasai(dikalahkan) oleh tukang-tukang sihir.
(Hadits riwayat Muslim, at-Thabaraani, Abu 'Awaanah, Ibnu Hibbaan dan lain-lain).
(4) قال رسول الله صلىُ عليه وسلم : إِنَّ لِكُلِّ شَيْءٍ سَنَامًا وَإِنَّ سَنَامَ القُرآنِ سُورَةُ الْبَقَرَةِ
Maksudnya: Rasulullah s.a.w. bersabda: "sesungguhnya setiap sesuatu ada puncaknya. Dan sesungguhnya puncak al-Qur'an itu adalah Surah al-Baqarah.
(Hadits riwayat al-Haakim. Beliau mengatakan ia sahih. Dan Az-Zahabi memperakui kesahihannya).
Kelebihan Dan Fadhilat Ayat Al-Kursi Secara Khusus.
Ayat ke-255 di dalam Surah al-Baqarah dipanggil Ayat al-Kursi. Beberapa hadits Rasulullah dinukilkan berkenaan dengan kelebihannya. Antaranya ialah hadits-hadits
di bawah ini:
(1)Bermaksud: Ubaiy bin Ka'ab meriwayatkan, katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda(kepadanya): "Wahai Aba al-Munzir, tahukah kamu mana satu ayat al-Qur'an yang
ada pada mu yang paling agung?" Aku menjawab: "Allah dan RasulNya lebih tahu'"Kata Baginda: "Wahai Aba al-Munzir, tahukah kamu mana satu ayat al-Qur'an yang
ada padamu yang paling agung?" Kata Ubaiy, Aku menjawab: " اللَّهُ لَا إِلَٰهَ إِلَّا هُوَ الْحَيُّ الْقَيُّومُ ۚ
(ayat al-Kursi)." Kata Ubaiy: "Terus beliau s.a.w. menepuk dadaku seraya bersabda:Tahniahlah atas ilmumu wahai Aba al-Munzir! (Hadits riwayat Muslim, Ahmad,Abu Daud, an-Nasaa'i dan lain-lain).
(2)Bermaksud: Rasulullah s.a.w. bersabda: Sesiapa membaca ayat al-Kursi selepas setiap sembahyang fardhu, niscaya tidak ada apa-apa lagi yang menghalangnya daripada masuk syurga selain mati.
(Hadits riwayat at-Thabaraani, an-Nasaa'i, Ibnu as-Sunni
dan lain-lain).
(3)Syaitan berupa manusia yang pernah hendak mencuri makanan, tiba-tiba ditangkap oleh Abu Hurairah yang berkawal menceritakan tentang kelebihan ayat al-Kursi.
Ceritanya itu kemudiannya disahkan oleh Rasulullah s.a.w. Kata syaitan itu:Bermaksud: Apabila engkau telah ke tempat tidurmu, bacalah ayat al-Kursi 'awal hinggi ke akhir ayat.Dengan membacanya akan terus ada pengawal
daripada Allah yang mengawalmu dan syaitan sama sekali tidak akan dapat menghampirimu hingga ke pagi.
(Hadits riwayat al-Bukhari).
Kelebihan Dan Fadhilat Dua Ayat Terakhir Surah Al-Baqarah Secara Khusus
Rasulullah s.a.w. Maksudnya: Dua ayat diakhir surah albaqarah,sesiapa membacanya pada suatu malam ,ia akan mencukupi untuknya(pada malam itu)
Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).
Perkaitan Surah Al-Baqarah Dengan Surah Sebelum Dan Selepasnya.
Di dalam Surah al-Fatihah telah tersebut golongan yang dimurkai Allah المغضوب عليهم. Mereka adalah orang-orang Yahudi. Di dalam Surah al-Baqarah disebutkan
kesalahan dan jenayah yang dilakukan oleh mereka di sepanjang sejarah. Di dalam Surah al-Fatihah juga telah tersebut golongan yang sesat (الضالين). Mereka adalah
orang-orang Kristian. Di dalam Surah Aali 'Imraan yang akan menyusul selepas Surah al-Baqarah ini pula disebutkan kesalahan dan jenayah yang dilakukan oleh mereka di sepanjang sejarah. Akibatnya mereka hilang kelayakan untuk menjadi pemimpin manusia. Hamba-hamba Allah yang sebenar dan mu'min sejati tidak akan mahu memilih jalan yang dilalui kedua-dua golongan itu.
Di dalam Surah al-Fatihah tersebut doa orang
mu'min(اهدنا الصراط المستقيم). Ia diterima Allah, lalu sebagai respons terhadapnya Allah mengurniakan sebuah buku panduan hidup .Itulah dia alquran .Ia dimulai dengan Surah Al baqarah .Dipermulaan Surah al-Baqarah, tersebut jaminan Allah berhubung dengan buku panduan hidup itu.
Al-Baqarah 2:2
ذَٰلِكَ ٱلْكِتَٰبُ لَا رَيْبَۛ فِيهِۛ هُدًى لِّلْمُتَّقِينَ
Maksudnya: Kitab Al-quran ini, tidak ada sebarang keraguan padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ra merupakan petunjuk bagi orang-orang yang bertakwa.(al-Baqarah 2)'
Beberapa Kata Kunci Terpenting DiDalam surah Al Baqarah
(1) Di dalam Surah al-Baqarah perkataan بلى tersebut dua kali' Dinyatakan didalamnya bahawa orang-orang Yahudi pernah ditegur dengan bermacam-macam cara kerana fahaman mereka yang salah. Mereka diperingatkan bahawa yang menentukan seseorang masuk syurga atau neraka ialah keimanan dan kekufurannya, demikian juga
amal baik dan amal jahatnya.
Ayat ke-81 yang dimulai dengan perkataan بلى dijawab dengan ayat ke-112 yang juga dimulai dengan perkataan yang sama
(a)Al-Baqarah 2:81
بَلَىٰ مَن كَسَبَ سَيِّئَةً وَأَحَٰطَتْ بِهِۦ خَطِيٓـَٔتُهُۥ فَأُو۟لَٰٓئِكَ أَصْحَٰبُ ٱلنَّارِۖ هُمْ فِيهَا خَٰلِدُونَ
81. (Apa yang kamu katakan itu tidaklah benar)bahkan sesiapa yg berbuat kejahatan dan ia diliputi (ditenggelamkan) oleh kesalahannya,maka merekalah
ahli neraka, mereka kekal di dalamnya.
(b)Al-Baqarah 2:112
بَلَىٰ مَنْ أَسْلَمَ وَجْهَهُۥ لِلَّهِ وَهُوَ مُحْسِنٌ فَلَهُۥٓ أَجْرُهُۥ عِندَ رَبِّهِۦ وَلَا خَوْفٌ عَلَيْهِمْ وَلَا هُمْ يَحْزَنُونَ
112. (Apa yang kamu katakan itu tidaklah benar) bahkan sesiapa yang menyerahkan dirinya kepada Allah (mematuhi perintahNya) sedang ia pula berusaha supaya baik
amalannya, maka ia akan beroleh pahalanya di siisi Tuhannya, dan tidaklah ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka dan
mereka pula tidak akan berdukacita.Ayat-ayat ini sebenarnya merupakan perincian dan penjelasan bagi dua ayat di akhir bahagian pendahuluan struktur makro Surah al-Baqarah, iaitu ayat ke-38 dan juga ke-39.
(2) Melalui ayat ke-40: وَأَوْفُوا بِعَهْدِي أُوفِ بِعَهْدِكُمْ
(dan penuhilah janjimu kepadaKu,niscaya Aku penuhi janjiKu kepadamu),dinyatakan janji bersyarat oleh Allah kepada Bani Israil.Tetapi mereka telah memungkiri janji. Maka dilucutkanlah jawatan kepimpinan daripada mereka.
Ayat ke-152 juga merupakan janji bersyarat daripada Allah kepada umat Islam:فَاذْكُرُونِي أَذْكُرْكُمْ
Oleh itu, ingatlah kamu kepadaKu (dengan mematuhi hukum dan undang-undangKu), niscaya Aku ingat (pula) kepadamu).
(3) Ayat ke-47 dan ke-122 sebenarnya sama. Ini bererti ia diulangi dua kali di dalam Surah ini. Pada kedua-dua tempat itu Allah menyatakan kesalahan-kesalahan dan jenayah-jenayah yang dilakukan oleh Bani Israil setelah mereka dikurniakan begitu banyak ni'mat dan mereka dilebihkan daripada orang-orang lain di seluruh dunia.
يَا بَنِي إِسْرَائِيلَ اذْكُرُوا نِعْمَتِيَ الَّتِي أَنْعَمْتُ عَلَيْكُمْ وَأَنِّي فَضَّلْتُكُمْ عَلَى الْعَالَمِينَ
Maksudnya: Hai Bani Israel, ingatlah akan ni'matKu yang telah Ku anugerahkan kepadamu, dan Aku telah melebihkan kamu atas segala umat.
Lalu setelah Bani Israil menderhakai Allah, tersingkirlah mereka daripada jawatan kepimpinan yang merupakan sebahagian daripada anugerah Allah kepada bangsa
mereka. Mahkota kepimpinan yang dipakaikan Allah di kepala mereka.وَأَنِّي فَضَّلْتُكُمْ عَلَى الْعَالَمِينَkemudiannya ditanggalkan.
Perincian pembahagian secara ;
Struktur Makro Surah Al-Baqarah.
Surah al-Baqarah dapat dibahagikan kepada empat bahagian besar. Setiap bahagian yang besar ini mempunyai bahagian kecil pula di bawahnya. Masing-masing
daripadanya mempunyainya struktur makronya yang tersendiri. Terlebih dahulu dikemukakan di sini perincian tentang empat bahagian besarnya itu
(1) 39 ayat di permulaan Surah ini merupakan muqaddimahnya.
(2) Bahagian kedua Surah bermula dari ayat ke-40 hingga ayat ke-142. Di dalamnya diisebutkan kesalahan-kesalahan dan jenayah-jenayah kaum Bani Israil. Ia dikemukakan satu per satu. Itulah sebabnya kenapa mereka disingkirkan daripada jawatan kepimpinan.
(3) Bahagian ketiga bermula dari ayat ke-143 hingga ayat ke-283. Di dalamnya disebutkan tentang peralihan kuasa daripada Bani Israil kepada Bani Ismail. Umat Islam di zaman awal disebut sebagai imam dan ummatan wasatha (umat terpilih).Mereka diberikan hukum dan syari'at terakhir melalui Nabi terakhir, Muhammad s.a.w.
(4) Bahagian terakhir Surah yang terdiri daripada tiga ayat merupakan penutup Surah.
Di dalamnya disebutkan beberapa prinsip yang perlu dipegang oleh umat Islam untuk mereka berjaya mengatasi orang-orang kafir.
Daurah tafsir 2023 sesi 03 nota1(006-030)
Di bawah ini dikemukakan empat bahagian besar yang terdapat di dalam Surah al-Baqarah:
Bahagian pertama.
1 hingga ayat 39
Pendahuluan
Bahagian kedua
Bermula dari ayat 40 hingga ayat 42
Perincian kesalahan dan jenayah yang dilakukan oleh
Bani Israil serta keterangan tentang perlucutan jawatan
kepimpinan daripada mereka.
Bahagian ketiga
Bermula dari ayat 143 hingga ayat 283
Perlantikan umat Islam ke jawatan kepimpinan umat
manusia
Bahagian keempat
Bermula dari ayat 284 hingga ayat 286
Penutup.
Mesej Utama Surah
Mesej utama Surah al-Baqarah ialah mengisytiharkan penukaran kepimpinan.Kepimpinan Bani Israil bermula dari zaman Nabi Ya'qub dan Nabi Yusuf a.s., kira-kira pada tahun 1,900 sebelum Masehi, dan ia berterusan hingga ke zaman 610 Hijrah,iaitu apabila Muhammad s.a.w. dilantik menjadi nabi. Zaman kepimpinan dan kekuasaan mereka meliputi kira-kira 2,500 tahun. Kerana sikap Bani Israil yang
melampaui batas dan tindak-tanduk mereka yang sentiasa melanggar hukum-hukum ketentuan Allah, akhirnya setelah Nabi s.a.w. dilantik menjadi rasul, pangkat mereka ditarik dan jawatan kepimpinan yang ada pada mereka dilucutkan. Kemudian pangkat شهادة على الناس(menjadi saksi atas perbuatan manusia) diberikan kepada umat Islam dan gelaran umat yang adil dan terpilih أمة وسط juga dikurniakan kepada mereka.Pangkat dan gelaran itu bahkan diberikan kepada umat Islam buat selama-lamanya hingga ke hari kiamat.
Bahagian Pertama Yang Merupakan Pendahuluan Bagi Surah Al-Baqarah.
Ia bermula dari ayat 1 hingga ayat 39. Dan ia mempunyai 3 paragraf.(ada rajah)
Paragraf pertama ayat 1-20
Sifat2 3 golongan manusia.
Sifat2 orang mukmin Ayat 1-5
Sifat2 orang kafir ayat 6-7
Sifat2 orang munafiq ayat 8-20
Paragraf kedua
Hendaklah kamu bersama golongan pertama iaitu golongan orang2 yg beriman dalam menyeru sekalian manusia beriman kepada aqidah tauhid dan kitab suci al quran
Paragraf ketiga Ayat 30-39 Jawatan khalifah untuk manusia
Ayat 30 jawatan khalifah
Ayat 30-33 sejarah khilafah dan kelayakan manusia memegang jawstan ini.
Ayat 34 peranan iblis
Ayat 35-37 taubat Adam.
Ayat 38-39 undang2 petunjuk dan pembalasan.
Mesei Utama
Daripada tiga sikap manusia hendaklah dipilih sikap
yang beriman terhadap jawatan khilafah dan akidah tauhid
Antara Isi Kandungan Terpenting Bahagian Ini
(1) Kelayakan Yang Mesti Ada Pada Manusia Untuk Dicalonkan Ke Jawatan Khalifah Allah Di Bumi. Setelah Ia Mempunyai Hak Memilih Antara Baik Dan Buruk Ialah Ia Akan Memilih Kebaikan.
(2) Kufur Dan Nifaq Mestilah Dijauhi.
(3) Seseorang Muslim Hendaklah Berusaha Menjadi Mu'min Yang Saleh Dan Benar.
(4) Sebagai Khalifah Allah Di Bumi, Hukum-Hakamnya Hendaklah Dilaksanakan Dengan Penuh Keikhlasan
Bahagian Kedua Surah Al-Baqarah
Sebab-Sebab Bani Israil Tersingkir Dari Kepimpinan
Bahagian ini bermula dari ayat ke-40 hingga ayat ke 141. Dan ia dibahagikan kepada enam paragraf.
Paragraf pertama ayat 40-46
Seran Islam kepada Bani Israel.
Paragraf kedua ayat 47-48
Ancaman terhadap hari kiamat kepada Bani Israel.
Paragraf ketiga ayat 49-79
Kurniaan2 Allah kepada Bsni Israel,kedurhakaan dan jenayah2 yg dilakukan oleh mereka.
Paragraf ke empat ayat 80-89
Ayat 80-82 ketaksuban perkauman Bani Israel dan kebanggaan mereka dengan nasabnya.
Ayat 83 Perjanjian dengan Bani Israel.
Ayat 84-89 Dosa dan pencerobohan yang dilakukan oleh Bani Israel dan sikap mereka yg tidak menurut seoenuh ajaran nabi.
Paragraf ke lima ayat 90-123
Ayat 90-91 taksub perkauman Bani Israel dan penderhakaan mereka.
Ayat 92-105 jenayah2 yg dilakukan Bani Israel.
Ayat 106-109 sebab2 syariah ditukar dengan kedengkian Bani Israel.
Ayat 110-115 seruan Islam kepada mereka dan semangat perkauman dan kebangsaan mereka yg luarbiasa.
Ayay 116-123 kesyirikan ,bantahan,hawanafsu dan ancaman terhadap hari kiamat.
Paragraf keenam Ayat 124-141.
Seruan supaya mengikuti jejak jalan yg dilalui Nabi Ibrahim dan Nabi Yaakub.
Mesej utama
Seruan Islam kepada Bani Israel supaya beriman kepada syariat yang terakhir dan keterangan tentang sebab2 kenapa mereka dilucutkan daripada jawatan kepimpinan
Struktur Makro Bahagian Kedua Surah Al-Baqarah
Bahagian keduanya bermula dari ayat ke-40 hingga ayat ke-141. Dan ia dibahagikan kepada enam paragraf.
(1) Paragraf pertama (bermula dari ayat 40 hingga ayat 46). Di dalamnya Bani Israil, khususnya dari kalangan Yahudi diseru supaya memeluk agama Islam.
Al-Baqarah 2:41
وَءَامِنُوا۟ بِمَآ أَنزَلْتُ مُصَدِّقًا لِّمَا مَعَكُمْ وَلَا تَكُونُوٓا۟ أَوَّلَ كَافِرٍۭ بِهِۦۖ وَلَا تَشْتَرُوا۟ بِـَٔايَٰتِى ثَمَنًا قَلِيلًا وَإِيَّٰىَ فَٱتَّقُونِ
41. Dan berimanlah kamu kepada apa yang telah Aku turunkan (al-Qur'an) yang membenarkan apa yang ada padamu (Taurat), dan janganlah kamu menjadi orang
yang pertama kafir kepadanya, dan janganlah kamu menukarkan ayat-ayat-Ku dengan harga yang rendah, dan hanya kepada Akulah kamu harus bertaqwa.
Di dalamnya juga Allah menggesa orang-orang yang hendak berda'wah agar memeriksa diri sendiri terlebih dahulu dan mengamalkan juga apa yang hendak
disampaikan kepada orang lain. (Lihat ayat ke-44).
Allah juga memerintahkan agar orang-orang mu'min yang yakin akan bertemu Tuhan mendapatkan kekuatan untuk menghadapi segala cabaran hidup dengan bersabar dan
bershalat. (Lihat ayat ke-45).
(2) Paragraf kedua (bermula dari ayat 47 hingga ayat 48).
Di dalamnya Allah mengancam Bani Israil dengan azab padahari kiamat. Tiada siapa pun dapat membela dan menolong orang lain melepaskan diri daripada azab Allah pada hari itu.
(3) Paragraf ketiga (bermula dari ayat 49 hingga ayat 79).
Di dalamnya disebutkan bagaimana Bani Israil telah dikurniakan dengan bermacam-macam ni'mat. Kemudian
mereka diperingatkan kepada kederhakaan-kederhakaan dan jenayah-jenayah yang pernah dilakukan oleh mereka selama ini. Allah mengingatkan Bani Israil satu persatu ni'mat yang pernah diberiNya kepada mereka. Dia telah menyelamatkan mereka daripada kezaliman Firaun. Mereka diberikan Taurat, diturunkan Manna dan Salwa,dinaungi awan, dipancarkan dua belas mata air dan lain-lain untuk mereka. Walaupun telah mendapat begitu banyak ni'mat, kebanyakan puak Bani Israil tidak bersyukur.Malah sebaliknya mereka telah menyembah anak lembu, meminta supaya Allah dapat dilihat oleh mereka dengan mata kepala, mengingkari ayat-ayat Allah, membunuh
nabi-nabi, melanggar larangan menangkap ikan pada hari Sabtu, berdolak-dalik apabila diperintah supaya menyembelih lembu, memesong dan menyelewengkan
ma'na ayat-ayat Allah, mereka cipta ayat-ayat dan mengatakan ia dari Allah untuk mendapat kepentingan dunia yang sementara dan banyak lagi kederhakaan-
kederhakaan dan jenayah-jenayah yang lain.
(4) Paragraf keempat (bermula dari ayat 80 hingga ayat 89). Di dalamnya Bani Israil dicela kerana terlalu fanatik dan berbangga-bangga dengan keturunan. Mereka percaya kalaupun mereka masuk neraka, maka masuknya hanya untuk beberapa hari sahaja. Itu tidak kerana lain, semata-mata kerana mereka daripada bangsa Bani Israil.
Al-Baqarah 2:80
وَقَالُوا۟ لَن تَمَسَّنَا ٱلنَّارُ إِلَّآ أَيَّامًا مَّعْدُودَةًۚ
80. Dan mereka berkata: "Kami sekali-kali tidak akan disentuh oleh api neraka,kecuali selama beberapa hari saja."
Di dalam ayat ke-83 dan 84 Allah menyatakan butir-butir perjanjianNya dengan Bani Israil. Ia meliputi beberapa perkara berikut:
Memelihara tauhid (tidak menyembah selain Allah), berbuat baik kepada kedua ibubapa, kaum kerabat, anak-anak yatim dan orang-orang miskin, mengucapkan kata-kata yang baik, mendirikan shalat, mengeluarkan zakat, tidak membunuh diri dan tidak membunuh orang, tidak mengusir seseorang dari kampung halamannya dan tidak percaya kepada sebahagian kitab dan tidak percaya kepada sebahagian yang lain.Kepada orang-orang yang melanggar perjanjian itu diberikan ancaman akan mendapat kehinaan di dunia dan api neraka di akhirat nanti.
(5) Paragraf kelima (bermula dari ayat 90 hingga ayat I23). Di dalamnya juga disebutkan sifat terlalu fanatik dan berbangga-bangga dengan keturunan yang ada pada Bani Israil. Disebut juga di dalamnya sifat dengki luar biasa yang ada pada mereka. Kerana sifat dengki yang pelik itulah mereka hanya dapat mempercayai kitab-kitab yang diturunkan kepada para nabi dari kalangan keluarga dan bangsa mereka sahaja.Mereka langsung tidak dapat menerima kitab yang diturunkan kepada Nabi Muhammad semata-mata kerana dia dari keluarga Bani Ismail, bukan dari keluarga Bani Israil. (Lihat ayat 90 dan 91).
Di dalam ayat-ayat daripada 92 hingga 105 disebut pula kesalahan dan jenayah mereka yang lain-lain lagi. Antaranya, mereka pernah menyembah anak lembu,
selepas berjanji dan memberi taat setia,
berkata سمعنا وعصينل (Kami mendengar tetapi tidak mahu menurutinya), terlalu mementingkan kehidupan
dunia احرص الناس علىحياة memusuhi Jibril, melempar ke belakang segala janji dan sumpah yang dibuat,
mempelajari ilmu sihir daripada Harut dan Marut lalu memusnahkan rumah tangga orang ramai dengannya, dan banyak lagi yang lain.
Di dalam ayat-ayat 106 hingga 109 disebut betapa Bani Israil itu kuat berdengki,kerana dengkilah mereka gembira sekali kalau orang-orang yang telah memeluk Islam
kembali menjadi kafir.
Melalui ayat 10 hingga 115 Allah menyebutkan betapa rasisnya puak Bani Israil itu.Mereka berasa amat selesa,bangga dan yakin dengan semangat nasionalisma mereka yang begitu tebal itu, sehinggga mereka berkata:
Al-Baqarah 2:111
وَقَالُوا۟ لَن يَدْخُلَ ٱلْجَنَّةَ إِلَّا مَن كَانَ هُودًا أَوْ نَصَٰرَىٰۗ تِلْكَ أَمَانِيُّهُمْۗ قُلْ هَاتُوا۟ بُرْهَٰنَكُمْ إِن كُنتُمْ صَٰدِقِينَ
111. Dan mereka (Yahudi dan Nasrani) berkata: "sekali-kali tidak akan masuk syurga kecuali orang-orang (yang beragama) Yahudi atau Nasrani.
Di dalam ayat-ayat 116 hingga 123 disebutkan dengan terang bahawa Allah tidak mempunyai anak. Dia mempunyai kuasa "kun fa yakun". Umat Islam diingatkan
bahawa orang-orang Yahudi dan Kristian tidak akan redha dengan kamu selagi kamu tidak mengikuti agama dan cara hidup mereka. Dan di akhir sekali Allah mengancam
orang-orang Yahudi dan Kristian terhadap azab yang akan menimpa mereka pada hari kiamat nanti.
Ayat 122 merupakan pengulangan ayat 47 sebelumnya juga. Setelah mengemukakannya Bani Israil diancam pula dengan azab di hari kiamat nanti.
(6) Paragraf keenam dan terakhir. Ia bermula dari ayat 124 hingga ayat 141. Didalamnya tersebut seruan kepada Bani Israil supaya kembali kepada ajaran nenek moyang mereka dahulu, khususnya Nabi Ibrahim a.s.Mereka diberitahu bahawa Allah telah melantik Nabi Ibrahim menjadi imam
(pemimpin) kepada semua manusia إنى جاعلك الناس إماما Tetapi Allah juga telah menyebut kepada Nabi Ibrahim dengan terang لا ينال عهدى الظالمين bahawa jawatan itu
tidak layak diperolehi anak cucunya yang zalim. Ia hanya layak disandang oleh orang yang beriman dan beramal saleh. (Lihat ayat 124).
Nabi Ya'qub berjanji dengan semua anak-anaknya dan berpesan kepada mereka ketika hampir meninggal dunia agar mereka menyembah hanya Tuhan yang Maha
Esa.(lihat ayat 133).
Di dalamnya juga dinyatakan bahawa kebangkitan Nabi Muhammad adalah hasil doa Nabi Ibrahim yang dimaqbulkan oleh Allah.(Lihat ayat t29).
Ahli Kitab diperintahkan supaya mengikuti agama Nabi Ibrahim a.s. (Lihat ayat 135).
Mereka juga diseru supaya tidak membeza-bezakan antara rasul-rasul. Kerana itu mereka hendaklah beriman kepada ajaran Nabi Muhammad yang merupakan rasul terakhir yang dilantik dari kalangan Bani Ismail.(Lihat ayat 136).
Ahli Kitab diseru supaya meninggalkan agarna Yahudi dan Kristian lalu memilih celupan (agama) Allah.(Lihat ayat 138).
Mesej Utama Bahagian Kedua Surah Al-Baqarah
Bani Israil diseru agar beriman kepada syari'at Muhammad,rasul terakhir daripada Allah. Mereka juga diberitahu kenapa mereka disingkirkan daripada jawatan
kepimpinan umat dan kenapa mereka tidak lagi layak mendapat keutamaan itu.
Bahagian Ke tiga Surah Al Baqarah ayat 141-283.Dan ia dibahagikan kepada 12 paragraf.
Mesej utama
Hendaklah kamu menerima ajaran Islam semua sekali dan beramal mengikut syariat rasul yg terakhir supaya kamu benar2 menjadi ummat terpilih dan dapat menjadi contoh serta saksi untuk manusia sekaliannya.
Ada 12paragraf.
Melaluinya diberi syariat yg terakhir kepada yg baru dipilih atau diberi panduan untuk mengurus kehidupan.
Paragraf 1 ayat 142-152.
Ayat 143 Tugas umat terpilih ialah menjadi saksi kebenaran.
Ayat 144-150 Penukaran arah kiblat.
Ayat 150 jangan takut keoada Ahli kitab.
Ayat 151 tumuan kerasulan.
Ayat 152 Janji bersyarat.
Paragraf 2 Ayat 153-158
Didlmnya ada hukum hakam solat,sabar,jihad, haji dan umrah.
Ayat 153-156 Tentang solat ,sabar dan jihad.
Ayat 157-158 Tentang haji dan umrah.
Paragraf 3 ayat 159-167
(Penekanan terhadap)Aqidah tauhid.
Ayat 159-162 hukuman kerana menyembunyikan akidah tauhid.
Ayat 163 Tauhid Uluhiyah.
Ayat 164 Tauhid Rububiyah.
Ayat 165-167 Tauhid dan syirik
Paragraf 4 ayat 168-176
Hukum2 yg berkenaan rezeki yg halal dan haram.
(Didlmnya dinyatakan hukum halal dan haram)
4 perkara dihukum haram makan atau minum.
Ayat 168-172 Tentang rezeki yg halal.
Ayat 173 Tentang rezeki yg haram.
Ayat 174-176 Perbuatan menyembunyikan hukum2.
Paragraf 5 ayat 177
Ruh hukum2
(Pati kepada ajaran baik yg kemuncak)
Paragraf 6 ayat 178-189 Tentang Hukum2.
Ayat 178-179 Hukum qisas.
Ayat 180-182 Hukum wasiat( Hukum wasiat lengkap)
Ayat 183-187 Hukum puasa(diferdukan)
Ayat 188 Rasuah.
Ayat 189 Kalendar Qamari.
Paragraf 7 ayat 190-207
(Didlmnya ada)Hukum jihad , infaq(sekali lagi cerita tentang jihad kali kedua,ini kata kunci)dan haji.
Ayat 190-194 Tentang peperangan dan jihad.
Ayat 195 Infaq
Ayat 196-203 Haji dan umrah.
Ayat 204-207 taghut
Paragraf 8 ayat 208-213.
Terimalah Islam semua sekali اد خلوا في السلم كافة
Ayat 208-212 tuntutan menerima Islam yg lengkap.
Ayat 213 Perangai Bani Israel dan penderhakaan mereka
Paragraf 9 Ayat 214-218
(Didlm nya dinyatakan) hukum2 jihad dan infaq.
Ayat 215 Tentang infaq
Ayat 216-218 Tentang jihad.
Paragraf 10 Ayat 219-242.
Hukum2 kemasyarakatan.
Ayat 217-218 kemurtadan dan keimanan.
Ayat 219 arak dan judi.
Ayat 220 anak2 yatim .
Ayat 221 Perkahwinan.
Ayat 222-223 Haidh.
Ayat 224-225 Hukum sumpah.
Ayat 226 Hukum Ilaa'.
Ayat 227-232 Hukum talaq.
Ayat 233 hukum penyusuan
Ayat 234-235 hukum Iddah janda.
Ayat 236-237 hukum mas kahwin.
Ayat 238 solat ketakutan dan keimanan.
Ayat 239-242 maskahwin.
Paragraf ke11 ayat 243-274
(Didlmnya ada hukum) jihad dan infaq
Ayat 243 jihad
Ayat 244-245 umat islam digesa berbelanja dijalan allah (sebagai qardanhasanat.hutang yg membawa pulangan yg sangat menguntungkan dari pihaknya kepada allah).
ayat 246-250 (didlmnya disebutkan) kisah perjuangan dan jihad bani israel (dibawah pimpinan talut dan bgmana beliau dapat mengalahkan Jalut)
Ayat 251-253(didlmnya dterangkan) tujuan dan matlamat jihad. menerusi jihad allah menghapuskan golongan yg zalim. ayat 251.
jumlah muktaridoh.
Ayat 254 (didlmnya allah memerintahkan orang2 islam berbelanja dijalan allah)infaq.
Ayat 255-259 Dua macam jihad.
Ayat 260 Dalil2 akhirat.
Ayat 261-274 Infaq.
(ayat selepasnya merupakan ayat selingan ,kita panggil ayat jumlah muktaridoh.iaitu
Ayat 255 dan ayat ini dipanggil ayat al kursi adalah ,didlmnya allah menceritakan sifat2nya.dinyatakan juga dua macam jihad.jihad kerana allah dan jihad kerana taghut.pergantungan yg kukuh adalah kepada. allah,ni Ayat 256 selepas hok tadi selepas ayat kursi. dlmnya ada tentang Rush dan ghaib.rush tu apa dan ghaib tu apa?
Ayat 257allah dgn sifat tersebut dlm ayag kursi dikatakan wali dan pelindung orang2 mukmin.dan taghut pula pelindung orang2 kafir.
Ayat 258 didlmnya dikemukan nabi ibrahim sebagai contoh rush
Ayat 259dikemukakan dalil kedua untuk membuktikan hari akhirat ,
Ayat 260 disebutkan dalil ke3 hari akhirat atau hari kebangkitan.ibrahim diperintah mengambil 4 ekor burung yg berlainan jenis )
Ayat 261-274 balik semula tentang infaq dijalan allah dan adab2 perlu dlm perjuangan hidup.
Paragraf 12 ayat 275-283.
Hukum2 munakahat.
Ayat 275-281 Riba.
Ayat 282 Hutang.
Ayat 283 Gadaian.
Struktur Makro Bahagian Ketiga Surah Al-Baqarah
Bahagian ketiga ini mengandungi 12 paragraf. Melaluinya diberikan hukum-hukum syari'at yang terakhir kepada umat yang baru terpilih.
Antara ciri-ciri bahagian ketiga Surah Al-Baqarah ialah di celah-celah hukum-hakam yang diberikan di dalamnya terdapat arahan berinfaq dan berjihad. Ia mengisyaratkan
kepada keperluan adanya negara Islam untuk menyempurnakan pelaksanaan hukum-hukum Islam. Untuk itu umat Islam hendaklah berjihad dengan harta bendanya
menerusi iniaq dan dengan jiwa raganya menerusi perang fiihad).
(1) Paragraf pertama bermula dari ayat I42 hingga 153. Di dalamnya tersebut perlantikan umat terpilih أمة وسطا memegang jawatan sebagai saksi dan contoh
kepada manusia شهادة على الناس. Penyingkiran Bani Israil daripada jawatan kepemimpinan. Arahan bershalat ke arah Ka'bah. (Lihat ayat 143-144).
Penukaran arah qiblat berlaku pada tahun ke-2 Hijrah. Sebelum itu umat Islam bershalat dengan mengadap ke arah Baitul Maqdis selama 16 bulan. Terdapat dua isyarat di sebalik penukaran arah qiblat:
(a) Ia mengisyaratkan kepada peralihan jawatan kepemimpinan daripada Bani Israil kepada Bani Ismail.
(b) Ia mengisyaratkan kepada perlunya Ka'bah yang menjadi qiblat umat Islam itu dibersihkan daripada berhala-berhala. Bagaimana pun Ka'bah baru dapat dibersihkan daripada berhala-berhala enam tahun kemudian, pada bulan Ramadhan tahun ke-8
Hijrah setelah umat Islam berjaya menkluki Mekah.
Terdapat arahan daripada Allah supaya umat Islam tidak takut kepada orang-orang Yahudi berhubung dengan penukaran arah qiblat itu. فلا تخشو هم واخشونى.
(Lihat ayat 150).
Umat terakhir diberi janji bersyarat oleh Allah. Jika mereka ingat kepada Allah, maka Allah akan ingat juga kepada mereka. فاذكر ونى أذكركم (Lihat ayat 152).
Ketika diberi arahan kepada mereka supaya berjihad, bersabar dan bershalat,diberikan juga kepada mereka orang-orang yang bersabar dan berita gembira bahawa petolongan Allah ada bersama berjihad.(Lihat ayat 153).
Perkataan صابرين di sini digunakan untuk pejuang-pejuang yang tetap pendirian dan tidak berganjak di medan peperangan. Di dalam paragraf ini juga sudah ada
pendahuluan bagi perintah berjihad. (Lihat ayat 153-157).
(2) Paragraf kedua (bermula dari ayat 153 hingga 158).
Di dalamnya tersebut hukum-hakam haji dan 'umrah. Dari beberapa sudut sememangnya ada keserupaan di antara
jihad dan haji.
(3) Paragraf ketiga (bermula dari ayat 159 hingga 167).
Di dalamnya terdapat penekanan terhadap aqidah tauhid. Tanpanya segala amalan tidak dikira sah. Dalil-dalil tauhid rububiyyah dan pembatalan kepercayaan syirik juga terdapat di dalamnya.
(4) Paragraf keempat (bermula dari ayat 168 hingga 176).
Di dalamnya dinyatakan hukum halal dan haram. Semua benda-benda yang baik di muka bumi dihalalkan.
Dalam masalah halal dan haram tidak boleh dipakai prinsip (ما ألفينا عليه آباءنا),
sebaliknya hendaklah dipakai prinsip (ما أنزل الله ).
Empat perkara dihukum haram:
(i)bangkai.
(ii) darah.
(iii) daging babi.
(iv) dan binatang yang disembelih tidak dengan
nama Allah.
Bagaimanapun dalam keadaan dharurat diperbolehkan memakan semua yang tersebut itu.Balasan menyembunyikan (ما أنزل الله ) adalah api neraka.
(5) Paragraf kelima terdiri daripada ayat ke-177. Di dalamnya terdapat roh bagi sekalian hukum. Ayat ini dipanggil آية البر(ayat kebaikan dan kebajikan). Orang yang
benar-benar bertaqwa ialah orang yang tidak hanya mementingkan soal menghadap ke arah timur atau barat, sebaliknya ia adalah orang yang beriman kepada Allah, hari
kemudian, para malaikat, kitab dan para nabi, ia juga menunaikan hak-hak Allah dan juga hak-hak manusia. Selain itu ia bershalat, memberi zakat, menyempurnakan janji dan tetap pendirian di medan perjuangan.
(6) Paragraf keenam (bermula dai' ayat 178 hingga 189). Di dalamnya terdapat hukum-hukum qishash, wasiat, puasa, rasuah dan lain-lain.
(a) Pada asalnya hukuman qishash diwajibkan. Tetapi jika pewaris-pewaris orang yang terbunuh mema'afkan, maka tiada lagi kewajibannya. Dalam keadaan itu pembunuh akan bayaran fidyah (tebusan) sahaja. Pada melaksanakan hukum qishash dikatakan ada
kehidupan.ولكم فى القصاص حياة g'.(Lihat ayat 178-179).
(b) Puasa di bulan Ramadhan difardhukan.
Kepada orang-orang yang bermusafir atau sakit dibenarkan tidak berpuasa, tetapi ia perlu mengqadh'nya pada hari-hari (Lihat ayat 183-184).
(c) Dilarang memakan harta orang lain dengan cara yang tidak benar iaitu dengan memberi rasuah kepada pihak pemerintah. (Lihat ayat 188).
(7) Paragraf ketujuh, ia bermula dari ayat 190 hingga 207. Di dalamnnya terdapat hukum jihad, infaq dan haji. Di sini sekali lagi cerita tentang jihad disebutkan. Bulan-bulan haji hendaklah ditentukan berdasarkan bulan.
Kemudian diperintahkan berjihad dan berperang. Tujuan berperang ialah untuk menghapuskan
fitnahوقاتالوهم حتى لاتكون فتنة . (Lihat ayat 193).
Diperintahkan agar ada sifat ihsan apabila berbelanja. Tidak berbelanja di jalan Allah bererti membinasakan
masyarakat. Dan berbelanja di jalan Allah pula akan menyebabkan seseorang dikasihi Allah.(Lihat ayat 195).
Di dalamnya juga ada hukum haji. Orang yang hendak mengerjakan haji diperintahkan supaya berbekal.
(Lihat ayat 196-203).
Selepas itu disebut pula tentang taghut. Taghut adalah kuasa jahat yang mesti diperangi. Cakap-cakapnya nampak baik, tetapi ia sebenarnya adalah perosak di muka
bumi, ia juga pemusnah tanam-tanaman dan binatang ternakan. Taghut adalah ahli neraka. Orang yang menentang dan memeranginya adalah orang yang mencari
keredhaan Allah. (Lihat ayat 204-207).
(8) Paragraf kelapan (bermula dari ayat 208 hingga 213).
Di dalamnya Allah memerintahkan supaya masuk ke dalam Islam secara menyeluruh. Dan jangan mengikut langkah-langkah syaitan. (Lihat ayat 208).
Umat Islam dikehendaki mengelak diri daripada sifat melampau Bani Israil. (Lihat ayat 213).
(9) Paragraf kesembilan(bermula dari ayat 214 hingga 218). Di dalamnya dinyatakan hukum-hakam infaq dan jihad. Di sini cerita tentang jihad diulangi buat kali ketiga.
Tanpa berjihad dan mengalami pelbagai ujian, sesorang jangan berfikir dapat masuk syurga dengan mudah.
Galakan berinfaq. Dinyatakan pada perkara-perkara yang tidak disukai juga terdapat kebaikan.Orang yang berhijrah dan berjihad adalah orang yang mengharapkan rahmat Allah.(Lihat ayat 218).
(10) Paragraf kesepuluh(bermula dari ayat 219 hingga 242) Di dalamnya dinyatakan hukum arak, anak-anak yatim, perkahwinan, haidh, sumpah, iilaa', thalaq, penyusuan,
'iddah, mas kahwin dan lain-lain hukum berkaitan dengan kemasyarakatan.
(a) Arak dan judi, faedahnya sedikit, mudharatnya lebih banyak. (Lihat ayat 219).lni adalah hukum arak di peringkat permulaan. Selepas itu datang pula ayat ke-143 didalam Surah an-Nisaa' tentangnya. Dan akhir sekali turun ayat ke-90 di dalam Surah al-Maa'idah yang mengharamkan arak secara putus. Demikianlah peringkat-peringkat
pengharaman arak yang tersebut di dalam al-Qur'an.
(b) Dibenarkan berkongsi dalam pelaburan harta anak-anak yatim. (Lihat ayat220).
(c) Diharamkan berkahwin dengan perempuan-perempuan kafir musyrik. (Lihat ayat 221).
(d) Dilarang bersetubuh dengan isteri ketika berhaidh. (Lihat ayat 222).
(e) Berhubung dengan orang-orang yang melakukan iilaa' terhadap isteri-isteri mereka, iaitu orang-orang yang bersumpah untuk tidak menyetubuhi isterinya, diberikan kepadanya tempoh selama 4 bulan. Dalam masa itu ia masih boleh meruju kembali kepada isterinya. Selepas itu tidak boleh lagi ia menahan isterinya. Dia hendaklah menceraikannya. (Lihat ayat 226).
(f) 'Iddah perempuan yang dicerai adalah tiga quru'.
(Lihat ayat 228).
(g) Perempuan mengandung dilarang menyembunyikan kandungannya.(Lihat ayat 228).
(h) Hak-hak perempuan sama seperti hak-hak lelaki, cuma orang lelaki mempunyai satu darjat lebih daripada orang perempuan.
(Lihat ayat 228).
(i) Thalaq yang boleh diruju' ada dua kali sahaja.
(Lihat ayat 229).
(j) Selepas thalaq ketiga tidak ada peluang meruju' lagi. (Lihat ayat 230).
(k) si isteri boleh menebus thalaq terhadap suaminya. (Lihat ayat229).
(l) Selepas berlaku thalaq ketiga, si isteri tidak boleh berkahwin dengan suami yang telah menceraikannya kecuali setelah ia berkahwin dengan lelaki lain, kemudian ia bercerai dengan suami kedua itu atau suami keduanya meninggal dunia. (Lihat ayat 230).
(m) Lelaki diperintahkan supaya berkelakuan baik terhadap isterinya. (Lihat ayat 231-232).
(n) Tempoh penyusuan paling lama disebut dua tahun
(o) Bapabertanggungjawab terhadap perbelanjaan anak-anaknya.(Lihat ayat233).
(p) 'Iddah perempuan kematian suami adalah empat bulan sepuluh hari. (Lihat ayat 234). Dalam masa 'iddah perempuan dilarang berkahwin dan tidak boleh dipinang.
(Lihat ayat 235).
(q) Keharusan bercerai sebelum bersetubuh. Berhubung dengan mas kahwin, jika bercerai sebelum bersetubuh, maka mas kahwin yang perlu dibayar hanyalah separuh
daripada yang disebutkan di dalam 'aqad. Tetapi boleh juga masing-masing pihak bermurah hati. (Lihat ayat 236-237).
(r) Kepada isteri yang diceraikan hendaklah diberikan mas kahwin dan sesuatu pemberian yang lain sebagai cenderamata.(Lihat ayat24l-242).
(11) paragraf kesebelas (bermula dari ayat 243 hingga 274). Di dalamnya terdapat hukum jihad dan infaq. Ini adalah kali keempat persoalan jihad dan infaq disentuh .Perhatikanlah baik-baik struktur makro paragraf kesebelas ini. Ia dapat disimpulkan sebagai berikut:
Ayat 243: Berkaitan dengan jihad Bani Israil.
Ayat 244: Umat Islam diperintahkan berjihad.
Ayat 245: Umat Islam digesa berbelanja di jalan Allah sebagai قرضاحسا (hutang yang membawa pulangan yang sangat menguntungkan) dari pihaknya kepada Allah.
Ayat 246-250: Di dalamnya disebutkan kisah perjuangan dan jihad Bani Israil dibawah pimpinan Thalut dan bagaimana beliau dapat mengalahkan Jalut.
Ayat 251-253: Di dalamnya diterangkan tentang tujuan dan matlamat jihad. Menerusi jihad Allah menghapuskan golongan yang zalim. Tanpa jihad bumi ini akan penuh
dengan kerosakan. Menerusi jihad Allah melimpahkan kurniaNya ke seluruh dunia.ولكن الله ذو فضل على العلمين
(Lihat ayat 251).
Ayat 254: Di dalamnya Allah memerintahkan orang-orang Islam supaya berbelanja dijalan Allah.
Enam ayat selepasnya merupakan ayat
selingan (جملة معترضة), iaitu ayat 255 hingga 260.
Selepas itu bermula semula cerita tentang berbelanja di jalan Allah daripada ayat 267.Apa kelebihan dan apa perbandingannya. Ia berterusan hingga ke ayat 274.
Ayat selingan atau جملة معترضة yang disebutkan itu bermula dari ayat 255. Dan ayat 255 itu dipanggil ayat al-Kursi. Di dalamnya Allah memperkenalkan ZatNya menerusi sifat-sifatNya .
Ayat 256: Di dalamnya diterangkan perbezaan di antara رشد dan غى. Dinyatakan juga dua macam jihad. Jihad kerana Allah dan jihad kerana Thaghut. Pergantungan yang
kukuh ialah keimanan kepada Allah.
Ayat 257: Allah dengan sifat-sifat yang tersebut di dalam Ayat al-Kursi itu dikatakan sebagai wali (pelindung) orang-orang mu'min dan Thaghut pula dikatakan wali
(pelindung) orang-orang kafir.
Ayat 258: Di dalamnya dikemukakan Nabi Ibrahim sebagai contoh رشد dan Namrud yang merupakan Thaghut di zamannya pula dikemukakan sebagai contoh غى .Namrud
menda'wa berkuasa menghidup dan mematikan, dia juga tidak percaya kepada hari kemudian. Namrud tercengang apabila mendengar dalil 'aqli yang diberikan oleh
Nabi Ibrahim untuk mernbuktikan adanya hari kemudian.
Ayat 259 Di dalamnya dikemukakan dalil kedua untuk membuktikan kewujudan hari akhirat. Kepercayaan penuh tentang wujudnya hari akhirat merupakan prasyarat
kepada seseorang yang berjuang menentang Thaghut. Allah telah menghidup semula seorang yang telah mati selama seratus tahun.
Ayat 260: Di dalamnya dikemukakan dalil ketiga bagi adanya hari akhirat dan hari kebangkitan. Nabi Ibrahim diperintah mengambil empat ekor burung yang berlainan
jenis dan mencencangnya, kemudian setelah digaul dan dicampur aduk kesemua bahagian burung-burung itu, diletakkanlah di atas tiap tiap satu bukit (daripada empat
buah bukit) satu bahagian dari burung-burung yang telah dicencang itu. Kemudian Allah memerintah Ibrahim supaya memanggilnya. Burung-burung itu dalam keadaan
sempurna kejadiannya terus terbang pergi kepada Ibrahim dengan segera.
Ayat 261 hingga 274: Di dalamnya disebut kembali tentang infaq di jalan Allah dan adab-adabnya. Infaq hendaklah dilakukan dengan ikhlas kerana Allah. Setelah diberi
jangan diungkit-ungkit dan jangan pula menyakiti hati orang yang diberi. Jangan dipilih sesuatu yang buruk dan tidak elok untuk diberikan. Memberikan sesuatu secara
sulit lebih baik. Jangan ada sifat menunjuk-nunjuk. Infaq adalah suatu amalan yang meneguhkan jiwa manusia. Selepas selesai menyebutkan tentang infaq, Allah
menyebutkan pula tentang pengharaman riba. Kerana berinfaq dan mengamalkan riba ada dua sifat yang berlawanan. Infaq melambangkan kemurahan, memakan riba pula melambangkan kebakhilan.
(12) Paragraf kedua belas (bermula dari ayat 275 hingga 283).Di dalamnya dinyatakan hukum riba, hutang, gadaian dan lain lain.
Di bawah paragraf kedua belas bagi bahagian ketiga surah al-Baqarah ini terkandung beberapa hukum muamalat seperti berikut:
(a) Di dalam ayat 275 hingga 281 terdapat hukum haram riba. Allah mengharamkan riba dan menghalalkan jual beli. Perang terhadap pemakan riba diisytiharkan.
Pemakan riba disebut sebagai ahli neraka.
(b) Di dalam ayat 282 terdapat hukum hutang piutang. Hutang perlu dicatat atau disaksikan. Dua orang saksi laki-laki atau seorang laki-laki bersama dua orang perempuan diperlukan sebagai saksi. Tujuan hukum ini diadakan ialah untuk menjaga hak kedua belah pihak yang berurusan dan untuk menegakkan keadilan.
(c) Di dalam ayat 283 terdapat hukum gadaian. Perbuatan mencagar dibenarkan,tetapi dalam setiap muamalah (urusan harta benda) perlulah sentiasa ada sifat taqwa
kepada Allah di samping tidak menyembunyikan persaksian jika perlu.
Mesej Utama Bahagian Ketiga Surah Al-Baqarah
Umat Islam dalam peranannya sebagai saksi dan contoh hidup buat sekalian manusia hendaklah sedar tentang jawatan kepemimpinan yang disandangnya. Dia hendaklah
betui-betul menjadi "Ummatan Wasatha" dengan cara menerima Islam secara keseluruhannya dan mengamalkan ajaran syari'at terakhir yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w. dengan penuh keikhlasan.
Struktur Makro Bahagian Keempat Dan Terakhir Surah Al-Baqarah
Ia bermula dai ayat 284 hingga 286. Dan ia terdiri daripada tiga paragraf.Lihat cartanya di bawah ini:
Mesej utama
Hendaklah kamu mengikut hukum2 syariat terakhir yang dibawa oleh Nabi Muhamad dengan ikhlas dan semampu2 kamu.
Paragraf pertama ayat 284
Pemilik langit dan bumi mempunyai hak memilik untuk membuat pertukaran kepada kepimpinan.
Manusia dikira dalam mengikut hukum2 ketentuan tuhan pemilik langit dan bumi berdasarkan niat dan kerja yang dilakukan.
Paragraf kedua ayat 285
Sikap umat Islam ialah سمعنا وأطعنا bukan seperti Bani Israel yang bersikap سمعنا وعصينا
Umat Islam tidak seperti Bani Israel membeza2kan antara rasul2.
Orang yang mula2 beriman kepada syariat yg baru dan hukum2 yg terdapat dudalamnys ialah Muhamad dan para sahabatnya.
Paragraf ketiga ayat 286
Amalan manusia dalam mengikut hukum hakam tuhan adalah mengikut kemampuan.
Orang2 yang melakukan keburukan akan mendapat balasannya dan orang2vyang melakukan kebaikan akan mendapat balasannya.
Allah tidak mengira salah kerana manusia terlupa dan tersalah.
Umat Islam hendaklah berdoa supaya tidak diuji dengan ujian2 berat seperti Bani Israel.
Untuk menghadapi orang2 kafir khususnya Banu Israel selain memerlukan jihad umat Islam hendaklah sentiasa memohon pertolongan kepada Allah.
Hingga ke Hari Qiamat saingan umat Islam yang sebenarnya adalah Bani Israel.
Bahagian keempat dan terakhir sebagai penutup Surah al-Baqarah hanya terdiri
daripada tiga ayat sahaja. Bahagian keempat ini mempunyai perkaitan yang rapat sekali dengan tiga bahagian seberumnya, terutamanya dengan bahagian ketiga yang
berkaitan dengan hukum-hakam syari'at terakhir. Bahagian keempat ini merupakan
penutup bagi surah al-Baqarah dan ia juga merupakan inti sari dan inti patinya.
(l) Di dalam ayat 284 dinyatakan bahawa Allah sebagai pemilik langit dan bumi
mempunyai hak untuk menukarkan kepimpinan manusia di bumi. Dia Maha berkuasa
atas segala sesuatu. Allah, pemilik langit dan bumi akan menghitung dan mengira
segala amalan dan niat manusia yang hidup di zaman syari'at terakhir berdasarkan hukum-hakamnya.
(2) Di dalam ayat 285 dinyatakan bahawa orang yang mula-mula sekali beriman dan mengamalkan hukum-hakam syari'at terakhir itu adalah Rasulullah s.a.w. dan para sahabatnya. Umat Islam tidak seperti orang-orang Yahudi yang membeza-bezakan para rasul. Mereka percaya kepada rasul-rasul dari kedua-dua keluarga Ismail dan Ishaq. Cogan kata umat Islam adalah سمعنا وأطعنا (kami dengar dan patuh kepada pemimpin). Dan begitulah juga sikap mereka. Mereka tidak berkata seperti orang-
orang Yahudi Bani Israil: سمعنا وعصينا(kami dengar tetapi kami mahu patuh), seperti telah tersebut pada ayat ke-93 yang lalu.
(3) Menerusi ayat 286, iaitu ayat terakhir Surah al-Baqarah, umat Islam diarahkan supaya sentiasa ingat akan beberapa prinsip yang terkandung di dalam ayat ini.
(a) Umat Islam tidak dibebankan lebih daripada kemampuannya dalam mengamalkan hukum-hukum agama syari'at terakhir. لا يكلف الله نفسا إلا وسعها
(b) Masing-masing daripada amalan baik dan buruk ada balasannyayangtersendiri. ما كسبت وعليها مااكتسنت
(c) Mereka tidak dikira bersalah jika melakukan sesuatu yang dilarang dengan terlupa atau
tersalah. ربنا لا تؤاخنل إن نسينا أو أخطأنا.
(d) Sentiasa berdoa supaya terhindar daripada ujian yang tidak tertanggung. تحملنا مل لا طاقة لنابه
(e) Sentiasa ingat kepada Allah sebagai penolong dan pelindung (مولانا) dalam usaha-usaha menentang dan memerangi orang-orang kafir. Hubungan ruhani yang kukuh dengan Allah mestilah dijalin, dan ia tidak akan dapat dicapai tanpa memohon keampunan, maghfirah dan rahmatNya. واعف عنا واغفرلنا أنت مولانا
(f) Musuh pesaing umat Islam hingga ke hari kiamat adalah orang-orang kafir dari
kalangan Bani Israil. Untuk mencapai kemenangan dalam pertarungan dengan mereka
pertolongan Allah diperlukan. Oleh itu, selain mempersiapkan diri dengan senjata dan
kelengkapan perang, umat Islam hendaklah sentiasa berdoa kepada Allah begini:فانصر على القوم الكافرين
Mesej Utama Bahagian Terakhir Surah Al-Baqarah.
Umat Islam hendaklah mernpunyai hubungan yang teguh dengan Allah s.w.t. Selain itu mereka hendaklah mengamalkan hukum-hukum syari'at terakhir dengan penuh keikhlasan setakat termampu, supaya dengan itu mereka dapat mengalahkan orang-orang kafir, khususnya Ahlil Kitab.
Daurah tafsir 2023 sesi 03-4 (2)nota1(015-030)
Daurah tafsir 2023 sesi 03 (2)nota1(015-030)