Khamis, Februari 04, 2021

Tafsir asas quran nota 9(240)15

Tafsir asas quran nota 9(240)15


membiarkan mereka memilih hukum agama mereka sendiri. Pilihan seperti itu diberikan kepada Rasulullah s.a.w. untuk seketika sahaja. Panduan yang diberikan
kepada Nabi s.a.w. jika Baginda hendak menyelesaikan kes mereka ialah mempastikan hukuman dijatuhkkan dengan penuh keadilan. Setelah kedudukan agama Islam lebih kuat, tiada lagi pilihan seperti itu diberikan. Nabi s.a.w. diperintah supaya melaksanakan hukum Islam yang diturunkan oleh Allah sahaja ke atas setiap ra'yat dan warganegara di bawah pemerintahan Baginda, baik ia muslim, Ahlil Kitab atau siapa saja. Perintah ini diberi Allah kepada NabiNya melalui ayat 49 Surah al-Maa'idah. Dengan itu termansukhlah pilihan yang diberikan kepada Rasulullah s.a.w. melalui ayat 42 Surah al-Maa'idah. sama ada mahu menghukum Ahlil Kitab menurut hukum Islam atau menyerahkan kepada mereka sendiri untuk menyelesaikan apa-apa kes dan perkara yang berlaku di kalangan mereka berdasarkan peraturan dan hukum yang ada pada mereka.

Menurut Shah Waliyyullah dan ahli-ahli Tafsir dari golongan kedua yang tidak menerima ayat 42 Surah al-Maa'idah di mansukhkan oleh ayat 49, mereka mengatakan ayat 49 sebenarnya hanya menjelaskan maksud ayat 42. القسط
(keadilan) yang tersebut di dalam ayat 42 itu mujmal, ma'nanya masih samar-samar.Ayat 49 menjelaskannya. Ayat 49 menjadi mubayyin dan mufasshil bagr ayal 42.
Perkataan القسط (keadilan) yang tersebut di dalam ayat 42 itu tidak lain dan tidak bukan ialah "apa yang diturunkan oleh Allah". Perintah Allah di dalam ayat 42 supaya NabiNya menghukum di antara mereka dengan adil itu ialah menghukum menurut apa yang diturunkan oleh Allah. Ini kerana keadilan yang betul-betul terjamin kebenarannya hanyalah yang datang dari Allah. Soal pilihan yang diberikan kepada Rasulullah s.a.w. melalui ayat 42 itu, ia tetap diberikan kepada Baginda khususnya dalam perkara-perkara yang berkaitan dengan undang-undang kekeluargaan, adat resam dan sebagainya. Ra'yat bukan muslim di dalam negara Islam dibenarkan meruju' dalam perkara itu kepada pendeta-pendeta atau ketua-ketua mereka sendiri.Kalau ada pun kes-kes jenayah yang diminta mereka supaya Nabi s.a.w. menyelesaikannya dan Nabi s.a.w. pula menyuruh meruju' kepada hukum yang
terdapat di dalam agama mereka, tentulah ia yang tidak bercanggah dengan apa yang diturunkan oleh Allah juga. Sebagai contohnya hukuman ke atas penzina muhshan.
Hukuman ke atas penzina Muhshan yang terdapat di dalam Kitab Taurat yang ada dizaman Nabi s.a.w. jiga sama dengan hukuman menurut hukum Islam iaitu rejam. Jadi

240

Daurah tafsir 2019 sesi 18(46)nota 14(303)

Daurah tafsir 2019 sesi 18(46)nota 14(303)

Zaman Diturunkan Surah Dan Latar Belakangnya.
Surah al-Ahqaaf besar kemungkinan diturunkan bersama Surah al-Jin di suatu tempat bernama Nakhlah ketika Rasulullah s.a.w. pulang dari Tha'if, peristiwa itu berlaku pada bulan Syawwaal tahun ke-10 Kenabian, 3 tahun sebelum berhijrah ke Madinah. Tuduhan sebagai tukang sihir dan pendusta kepada Rasulullah tersebar dengan meluas pada ketika itu. Dari segi tertib kitabi, Surah al-Ahqaaf merupakan surah yang ketujuh dan yang terakhir daripada rangkaian surah-surah حَوامِيم (surah-surah yang dimulakan dengan حم.

Kesinambungan Surah Al-Ahqaaf Dengan Surah Sebelum Dan Selepasnya
1. Di dalam Surah al-Jaatsiyah telahpun dijelaskan punca-punca manusia bersikap seperti Fir'aun,
sombong, takabbur, cintakan dunia, mempertuhankan nafsu dan lain-lain. Di dalam Surah al-Ahqaaf ini
pula dijelaskan sikap negatif kaum'Aad yang sombong.

2. Di dalam Surah al-Ahqaaf disebutkan tentang kaum yang telah dibinasakan oleh Allah secara langsung, sementara di dalam Surah Muhammad yang merupakan salah satu Surah Madaniyyah umat Islam diperintah supaya berjihad menentang pencerobohan orang-orang Quraisy. Dengan cara begitu Allah kadang-kadang membinasakan orang-orang kafir secara tidak langsung.

Beberapa Kata Kunci Dan Tema Utama Surah
1. Di dalam Surah al-Ahqaaf terdapat tema-tema yang membuktikan kebenaran ajaran tauhid, kekarutan
syirik, penjelasan tentang kedudukan dan pangkat kerasulan. Di dalamnya juga terdapat kritikan dan
bantahan yang keras terhadap 'aqidah orang-orang Quraisy tentang keperluan adanya wasilah (orang tengah di antara manusia dan tuhan). Selain itu kelemahan tuhan-tuhan selain Allah juga dinyatakan dengan jelas.

2. Surah ini juga termasuk dalam salah satu surah jalaliyyah, di dalamnya tersebut kisah kebinasaan dan
kemusnahan kaum 'Aad di Wadi Ahqaaf di dalamnya juga dikemukakan beberapa sebab bagi kebinasaan sesuatu kaum. Orang-orang musyrikin Mekah ditegur kerana kesyirikan dan kesombongan mereka dan mereka diancam dengan bencana yang telah menimpa kaum 'Aad dan ayat terakhir surah ini mengandungi ancaman kebinasaan dan kemusnahan kepada kaum yang derhaka. (Ayat:35).

Al-Ahqaf 46:35
فَٱصْبِرْ كَمَا صَبَرَ أُو۟لُوا۟ ٱلْعَزْمِ مِنَ ٱلرُّسُلِ وَلَا تَسْتَعْجِل لَّهُمْۚ كَأَنَّهُمْ يَوْمَ يَرَوْنَ مَا يُوعَدُونَ لَمْ يَلْبَثُوٓا۟ إِلَّا سَاعَةً مِّن نَّهَارٍۭۚ بَلَٰغٌۚ فَهَلْ يُهْلَكُ إِلَّا ٱلْقَوْمُ ٱلْفَٰسِقُونَ 
Maka bersabarlah engkau (Muhammad) sebagaimana kesabaran rasul-rasul yang memiliki keteguhan hati dan janganlah engkau meminta agar azab disegerakan untuk mereka. Pada hari mereka melihat azab yang dijanjikan, mereka merasa seolah-olah mereka tinggal (di dunia) hanya sesaat saja pada siang hari. Tugasmu hanya menyampaikan. Maka tidak ada yang dibinasakan kecuali kaum yang fasik (tidak taat kepada Allah).



3. Manusia dimalukan apabila dikatakan golongan jin lebih baik dari kamu, setelah mereka mendengar al-Qur'an mereka bukan sahaja menjadi orang-orang Islam malah menjadi penda'wah dan pejuang Islam(Ayat:31).

Al-Ahqaf 46:31
يَٰقَوْمَنَآ أَجِيبُوا۟ دَاعِىَ ٱللَّهِ وَءَامِنُوا۟ بِهِۦ يَغْفِرْ لَكُم مِّن ذُنُوبِكُمْ وَيُجِرْكُم مِّنْ عَذَابٍ أَلِيمٍ 
Wahai kaum kami! Terimalah (seruan) orang (Muhammad) yang menyeru kepada Allah. Dan berimanlah kepada-Nya, niscaya Dia akan mengampuni dosa-dosamu dan melepaskan kamu dari azab yang pedih.



303

Rabu, Februari 03, 2021

Sahih muslim kitab fitnah&tanda qiamat sesi 011

Sahih muslim kitab fitnah&tanda qiamat sesi 011

٥٤ -  الفتن وأشراط الساعة » ١٣٨١ -  لا تقوم الساعة حتى يمر الرجل بقبر الرجل فيتمنى أن
54. Fitnah dan tanda kiamat » 1381. Tidak akan terjadi hari kiamat hingga ketika seseorang melewati kuburan kemudian ia mengucapkan,


٥١٧٩ - حَدَّثَنَا أَبُو بَكْرِ بْنُ أَبِي شَيْبَةَ وَابْنُ أَبِي عُمَرَ وَاللَّفْظُ لِأَبِي بَكْرٍ قَالَا حَدَّثَنَا سُفْيَانُ بْنُ عُيَيْنَةَ عَنْ زِيَادِ بْنِ سَعْدٍ عَنْ الزُّهْرِيِّ عَنْ سَعِيدٍ سَمِعَ أَبَا هُرَيْرَةَ يَقُولُا عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُخَرِّبُ الْكَعْبَةَ ذُو السُّوَيْقَتَيْنِ مِنْ الْحَبَشَةِ

5179. Telah menceritakan kepada kami Abu Bakr bin Abu Syaibah dan Ibnu Abi Umar, teks milik Abu Bakr, keduanya berkata: Telah menceritakan kepada kami Sufyan bin Uyainah dari Ziyad bin Sa'ad dari Az Zuhri dari Sa'id ia mendengar Abu Hurairah berkata: Dari nabi shallallahu 'alaihi wasallam: Dzus Suwaiqatain dari Habasyah meruntuhkan ka'bah.(kaabah akan diruntuh oleh orang yang mempunyai dua betis yang kecil)

٥١٨٠ - و حَدَّثَنِي حَرْمَلَةُ بْنُ يَحْيَى أَخْبَرَنَا ابْنُ وَهْبٍ أَخْبَرَنِي يُونُسُ عَنْ ابْنِ شِهَابٍ عَنْ ابْنِ الْمُسَيَّبِ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُخَرِّبُ الْكَعْبَةَ ذُو السُّوَيْقَتَيْنِ مِنْ الْحَبَشَةِ

5180. Telah menceritakan kepadaku Harmalah bin Yahya telah mengkhabarkan kepada kami Ibnu Wahab telah mengkhabarkan kepadaku Yunus dari Ibnu Syihab dari Ibnu Al Musayyib dari Abu Hurairah berkata: Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Dzus Suwaiqatain dari Habasyah meruntuhkan ka'bah."

٥١٨١ - حَدَّثَنَا قُتَيْبَةُ بْنُ سَعِيدٍ حَدَّثَنَا عَبْدُ الْعَزِيزِ يَعْنِي الدَّرَاوَرْدِيَّ عَنْ ثَوْرِ بْنِ زَيْدٍ عَنْ أَبِي الْغَيْثِ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ ذُو السُّوَيْقَتَيْنِ مِنْ الْحَبَشَةِ يُخَرِّبُ بَيْتَ اللَّهِ عَزَّ وَجَلَّ

5181. Telah menceritakan kepada kami Qutaibah bin Sa'id telah menceritakan kepada kami Abdulaziz Ad Darawardi dari Tsaur bin Zaid dari Abu Al Ghaits dari Abu Hurairah Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Dzus Suwaiqatain dari Habasyah meruntuhkan rumah Allah 'azza wajalla."


٥١٨٢ - و حَدَّثَنَا قُتَيْبَةُ بْنُ سَعِيدٍ أَخْبَرَنَا عَبْدُ الْعَزِيزِ يَعْنِي ابْنَ مُحَمَّدٍ عَنْ ثَوْرِ بْنِ زَيْدٍ عَنْ أَبِي الْغَيْثِ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لَا تَقُومُ السَّاعَةُ حَتَّى يَخْرُجَ رَجُلٌ مِنْ قَحْطَانَ يَسُوقُ النَّاسَ بِعَصَاهُ

5182. Telah menceritakan kepada kami Qutaibah bin Sa'id telah mengkhabarkan kepada kami Abdulaziz bin Muhammad dari Tsaur bin Zaid dari Abu Al Ghaits dari Abu Hurairah Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Kiamat tidak terjadi hingga seseorang(lelaki) muncul dari Qahtan menggiring(menghalau/memerintah ) manusia dengan tongkatnya."

٥١٨٣ - حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ بَشَّارٍ الْعَبْدِيُّ حَدَّثَنَا عَبْدُ الْكَبِيرِ بْنُ عَبْدِ الْمَجِيدِ أَبُو بَكْرٍ الْحَنَفِيُّ حَدَّثَنَا عَبْدُ الْحَمِيدِ بْنُ جَعْفَرٍ قَالَ سَمِعْتُ عُمَرَ بْنَ الْحَكَمِ يُحَدِّثُ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لَا تَذْهَبُ الْأَيَّامُ وَاللَّيَالِي حَتَّى يَمْلِكَ رَجُلٌ يُقَالُ لَهُ الْجَهْجَاهُ قَالَ مُسْلِم هُمْ أَرْبَعَةُ إِخْوَةٍ شَرِيكٌ وَعُبَيْدُ اللَّهِ وَعُمَيْرٌ وَعَبْدُ الْكَبِيرِ بَنُو عَبْدِ الْمَجِيدِ

5183. Telah menceritakan kepada kami Muhammad bin Basyar Al Abdi telah menceritakan kepada kami Abdulkabir bin Abdulmajid Abu Bakr Al Hanafi telah menceritakan kepada kami Abdulhamid bin Ja'far berkata: Aku mendengar Umar bin Al Hakam menceritakan dari Abu Hurairah dari Nabi shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Siang dan malam(hari2 dan malam) itu tidak akan lenyap (terjadi kiamat) sampai ada seorang lelaki bernama Jahjah menjadi penguasa." Muslim berkata: Mereka empat bersaudara; Syarik, Ubaidillah, Umair dan Abdul Kabir dari(anak2) bani Abdul Majid.

٥١٨٤ - حَدَّثَنَا أَبُو بَكْرِ بْنُ أَبِي شَيْبَةَ وَابْنُ أَبِي عُمَرَ وَاللَّفْظُ لِابْنِ أَبِي عُمَرَ قَالَا حَدَّثَنَا سُفْيَانُ عَنْ الزُّهْرِيِّ عَنْ سَعِيدٍ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لَا تَقُومُ السَّاعَةُ حَتَّى تُقَاتِلُوا قَوْمًا كَأَنَّ وُجُوهَهُمْ الْمَجَانُّ الْمُطْرَقَةُ وَلَا تَقُومُ السَّاعَةُ حَتَّى تُقَاتِلُوا قَوْمًا نِعَالُهُمْ الشَّعَرُ

5184. Telah menceritakan kepada kami Abu Bakr bin Abu Syaiba dan Ibnu Abi Umar, teks milik Ibnu Abi Umar, keduanya berkata: Telah menceritakan kepada kami Sufyan dari Az Zuhri dari Sa'id dari Abu Hurairah nabi shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Kiamat tidak terjadi hingga kalian memerangi (berperang)kaum, wajah-wajah mereka seperti perisai ditambal (yang perisai yang berlapis2) dan kiamat tidak akan terjadi hingga kalian memerangi suatu kaum bersandalkan rambut."(kasut berbulu)

٥١٨٥ - و حَدَّثَنِي حَرْمَلَةُ بْنُ يَحْيَى أَخْبَرَنَا ابْنُ وَهْبٍ أَخْبَرَنِي يُونُسُ عَنْ ابْنِ شِهَابٍ أَخْبَرَنِي سَعِيدُ بْنُ الْمُسَيَّبِ أَنَّ أَبَا هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَا تَقُومُ السَّاعَةُ حَتَّى تُقَاتِلَكُمْ أُمَّةٌ يَنْتَعِلُونَ الشَّعَرَ وُجُوهُهُمْ مِثْلُ الْمَجَانِّ الْمُطْرَقَةِ

5185. Telah menceritakan kepadaku Harmalah bin Yahya telah mengkhabarkan kepada kami Ibnu Wahab telah mengkhabarkan kepadaku Yunus dari Ibnu Syihab telah mengkhabarkan kepadaku Sa'id bin Al Musayyib bahwa Abu Hurairah berkata: Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Kiamat tidak terjadi hingga kalian diperangi ummat bersandalkan(bersepatu) rambut(bulu) dan wajah-wajah mereka seperti perisai ditambal."(berlapis2)(perisai yang bagaikan diketuk2 denagn tukul.)

٥١٨٦ - و حَدَّثَنَا أَبُو بَكْرِ بْنُ أَبِي شَيْبَةَ حَدَّثَنَا سُفْيَانُ بْنُ عُيَيْنَةَ عَنْ أَبِي الزِّنَادِ عَنْ الْأَعْرَجِ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ يَبْلُغُ بِهِ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لَا تَقُومُ السَّاعَةُ حَتَّى تُقَاتِلُوا قَوْمًا نِعَالُهُمْ الشَّعَرُ وَلَا تَقُومُ السَّاعَةُ حَتَّى تُقَاتِلُوا قَوْمًا صِغَارَ الْأَعْيُنِ ذُلْفَ الْآنُفِ

5186. Telah menceritakan kepada kami Abu Bakr bin Abu Syaibah telah menceritakan kepada kami Sufyan bin Uyainah dari Abu Az Zinad dari Al A'raj dari Abu Hurairah sampai kepada nabi shallallahu 'alaihi wasallam, beliau bersabda: "Kiamat tidak terjadi hingga kalian memerangi kaum bersandalkan(kasut2) rambut(berbulu) dan hingga kalian memerangi kaum bermata sipit(kecil) berhidung(kepet) kecil."

٥١٨٧ - حَدَّثَنَا قُتَيْبَةُ بْنُ سَعِيدٍ حَدَّثَنَا يَعْقُوبُ يَعْنِي ابْنَ عَبْدِ الرَّحْمَنِ عَنْ سُهَيْلٍ عَنْ أَبِيهِ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لَا تَقُومُ السَّاعَةُ حَتَّى يُقَاتِلَ الْمُسْلِمُونَ التُّرْكَ قَوْمًا وُجُوهُهُمْ كَالْمَجَانِّ الْمُطْرَقَةِ يَلْبَسُونَ الشَّعَرَ وَيَمْشُونَ فِي الشَّعَرِ

5187. Telah menceritakan kepada kami Qutaibah bin Sa'id telah menceritakan kepada kami Ya'qub bin Abdurrahman dari Suhail dari ayahnya dari Abu Hurairah Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Kiamat tidak terjadi hingga kaum muslimin memerangi Turki, kaum dengan wajah seperti perisai ditambal( yang berlapis2), mereka berbaju rambut dan berjalan mengenakan rambut."(kasut berbulu)


٥١٨٨ - حَدَّثَنَا أَبُو كُرَيْبٍ حَدَّثَنَا وَكِيعٌ وَأَبُو أُسَامَةَ عَنْ إِسْمَعِيلَ بْنِ أَبِي خَالِدٍ عَنْ قَيْسِ بْنِ أَبِي حَازِمٍ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ تُقَاتِلُونَ بَيْنَ يَدَيْ السَّاعَةِ قَوْمًا نِعَالُهُمْ الشَّعَرُ كَأَنَّ وُجُوهَهُمْ الْمَجَانُّ الْمُطْرَقَةُ حُمْرُ الْوُجُوهِ صِغَارُ الْأَعْيُنِ

5188. Telah menceritakan kepada kami Abu Kuraib telah menceritakan kepada kami Waki' dan Abu Usamah dari Isma'il bin Abu Khalid dari Qais bin Abu Hazim dari Abu Hurairah berkata: Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Dihadapan kiamat, kalian memerangi suatu kaum, sandal mereka rambut(kasut berbulu), wajah mereka seperti perisai ditambal, berwajah merah dan bermata sipit."(kecil)



٥١٨٩ - حَدَّثَنَا زُهَيْرُ بْنُ حَرْبٍ وَعَلِيُّ بْنُ حُجْرٍ وَاللَّفْظُ لِزُهَيْرٍ قَالَا حَدَّثَنَا إِسْمَعِيلُ بْنُ إِبْرَاهِيمَ عَنْ الْجُرَيْرِيِّ عَنْ أَبِي نَضْرَةَ قَالَ كُنَّا عِنْدَ جَابِرِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ فَقَالَ يُوشِكُ أَهْلُ الْعِرَاقِ أَنْ لَا يُجْبَى إِلَيْهِمْ قَفِيزٌ وَلَا دِرْهَمٌ قُلْنَا مِنْ أَيْنَ ذَاكَ قَالَ مِنْ قِبَلِ الْعَجَمِ يَمْنَعُونَ ذَاكَ ثُمَّ قَالَ يُوشِكُ أَهْلُ الشَّأْمِ أَنْ لَا يُجْبَى إِلَيْهِمْ دِينَارٌ وَلَا مُدْيٌ قُلْنَا مِنْ أَيْنَ ذَاكَ قَالَ مِنْ قِبَلِ الرُّومِ ثُمَّ سَكَتَ هُنَيَّةً ثُمَّ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَكُونُ فِي آخِرِ أُمَّتِي خَلِيفَةٌ يَحْثِي الْمَالَ حَثْيًا لَا يَعُدُّهُ عَدَدًا قَالَ قُلْتُ لِأَبِي نَضْرَةَ وَأَبِي الْعَلَاءِ أَتَرَيَانِ أَنَّهُ عُمَرُ بْنُ عَبْدِ الْعَزِيزِ فَقَالَا لَا و حَدَّثَنَا ابْنُ الْمُثَنَّى حَدَّثَنَا عَبْدُ الْوَهَّابِ حَدَّثَنَا سَعِيدٌ يَعْنِي الْجُرَيْرِيَّ بِهَذَا الْإِسْنَادِ نَحْوَهُ

5189. Telah menceritakan kepada kami Zuhair bin Harb dan Ali bin Hujr, teks milik Zuhair, keduanya berkata: Telah menceritakan kepada kami Isma'il bin Ibrahim dari Al Jurairi dari Abu An Nadhrah berkata: Kami berada di dekat Jabir bin Abdullah, ia berkata: Hampir saja Irak tidak dipunguti(dicukaikan) takaran (berupa sukatan yang dipanggil khofis)dan dirham. Kami bertanya: Kenapa(begitu)? Ia menjawab: Karena orang-orang ajam, mereka(yang) menahannya. Setelah itu ia berkata: Hampir saja penduduk Syam tidak dipunguti(dicukaikan) dinar dan mud. Kami bertanya: Kenapa? Ia menjawab: Karena orang-orang Romawi. Ia diam sejenak lalu berkata: Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Diakhir ummatku nanti akan ada seorang khalifah menebar (mengaut )harta tanpa menghitungnya.(dengan banyak sekali)" Aku berkata kepada Abu Nadhrah dan Abu Al Ala`: Maksud kalian Umar bin Abdulaziz? Keduanya menjawab: Tidak. telah menceritakan kepada kami Ibnu Al Mutsanna telah menceritakan kepada kami Abdulwahhab telah menceritakan kepada kami Sa'id Al Jurairi dengan sanad ini dengan matan serupa.


٥١٩٠ - حَدَّثَنَا نَصْرُ بْنُ عَلِيٍّ الْجَهْضَمِيُّ حَدَّثَنَا بِشْرٌ يَعْنِي ابْنَ الْمُفَضَّلِ ح و حَدَّثَنَا عَلِيُّ بْنُ حُجْرٍ السَّعْدِيُّ حَدَّثَنَا إِسْمَعِيلُ يَعْنِي ابْنَ عُلَيَّةَ كِلَاهُمَا عَنْ سَعِيدِ بْنِ يَزِيدَ عَنْ أَبِي نَضْرَةَ عَنْ أَبِي سَعِيدٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مِنْ خُلَفَائِكُمْ خَلِيفَةٌ يَحْثُو الْمَالَ حَثْيًا لَا يَعُدُّهُ عَدَدًا وَفِي رِوَايَةِ ابْنِ حُجْرٍ يَحْثِي الْمَالَ

5190. Telah menceritakan kepada kami Nashr bin Ali Al Jahdhami telah menceritakan kepada kami Bisyr bin Al Mufadhdhal. Telah menceritakan kepada kami Ali bin Hujr As Sa'di telah menceritakan kepada ibu Isma'il bin Ulaiyah keduanya dari Sa'id bin Yazid dari Abu An Nadhrah dari Abu Sa'id berkata: Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Diantara khalifah-khalifah kalian, ada seorang khalifah yang menabur harta tanpa menghitungnya." Riwayat Ibnu Hujr menyebut: YAHTSIL MAAL.


٥١٩١ - و حَدَّثَنِي زُهَيْرُ بْنُ حَرْبٍ حَدَّثَنَا عَبْدُ الصَّمَدِ بْنُ عَبْدِ الْوَارِثِ حَدَّثَنَا أَبِي حَدَّثَنَا دَاوُدُ عَنْ أَبِي نَضْرَةَ عَنْ أَبِي سَعِيدٍ وَجَابِرِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ قَالَا قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَكُونُ فِي آخِرِ الزَّمَانِ خَلِيفَةٌ يَقْسِمُ الْمَالَ وَلَا يَعُدُّهُ و حَدَّثَنَا أَبُو بَكْرِ بْنُ أَبِي شَيْبَةَ حَدَّثَنَا أَبُو مُعَاوِيَةَ عَنْ دَاوُدَ بْنِ أَبِي هِنْدٍ عَنْ أَبِي نَضْرَةَ عَنْ أَبِي سَعِيدٍ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِمِثْلِهِ

5191. Telah menceritakan kepadaku Zuhair bin Harb telah menceritakan kepada kami Abdushshamad bin Abdulwarits telah menceritakan kepada kami ayahku telah menceritakan kepada kami Dawud dari Abu An Nadhrah dari Abu Sa'id dan Jabir bin Abdullah, keduanya berkata: Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Di akhir zaman nanti akan ada khalifah yang membagi-bagikan harta tanpa menghitungnya." Telah menceritakan kepada kami Abu Bakr bin Abu Syaibah telah menceritakan kepada kami Abu Mu'awiyah dari Dawud bin Abu Hind dari Abu Nadhrah dari Abu Sa'id dari nabi shallallahu 'alaihi wasallam sepertinya.

٥١٩٢ - حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ الْمُثَنَّى وَابْنُ بَشَّارٍ وَاللَّفْظُ لِابْنِ الْمُثَنَّى قَالَا حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ جَعْفَرٍ حَدَّثَنَا شُعْبَةُ عَنْ أَبِي مَسْلَمَةَ قَالَ سَمِعْتُ أَبَا نَضْرَةَ يُحَدِّثُ عَنْ أَبِي سَعِيدٍ الْخُدْرِيِّ قَالَ أَخْبَرَنِي مَنْ هُوَ خَيْرٌ مِنِّي أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لِعَمَّارٍ حِينَ جَعَلَ يَحْفِرُ الْخَنْدَقَ وَجَعَلَ يَمْسَحُ رَأْسَهُ وَيَقُولُ بُؤْسَ ابْنِ سُمَيَّةَ تَقْتُلُكَ فِئَةٌ بَاغِيَةٌ و حَدَّثَنِي مُحَمَّدُ بْنُ مُعَاذِ بْنِ عَبَّادٍ الْعَنْبَرِيُّ وَهُرَيْمُ بْنُ عَبْدِ الْأَعْلَى قَالَا حَدَّثَنَا خَالِدُ بْنُ الْحَارِثِ ح و حَدَّثَنَا إِسْحَقُ بْنُ إِبْرَاهِيمَ وَإِسْحَقُ بْنُ مَنْصُورٍ وَمَحْمُودُ بْنُ غَيْلَانَ وَمُحَمَّدُ بْنُ قُدَامَةَ قَالُوا أَخْبَرَنَا النَّضْرُ بْنُ شُمَيْلٍ كِلَاهُمَا عَنْ شُعْبَةَ عَنْ أَبِي مَسْلَمَةَ بِهَذَا الْإِسْنَادِ نَحْوَهُ غَيْرَ أَنَّ فِي حَدِيثِ النَّضْرِ أَخْبَرَنِي مَنْ هُوَ خَيْرٌ مِنِّي أَبُو قَتَادَةَ وَفِي حَدِيثِ خَالِدِ بْنِ الْحَارِثِ قَالَ أُرَاهُ يَعْنِي أَبَا قَتَادَةَ وَفِي حَدِيثِ خَالِدٍ وَيَقُولُ وَيْسَ أَوْ يَقُولُ يَا وَيْسَ ابْنِ سُمَيَّةَ

5192. Telah menceritakan kepada kami Muhammad bin Al Mutsanna dan Ibnu Basyar, teks milik Al Mutsanna, keduanya berkata: Telah menceritakan kepada kami Muhammad bin Ja'far telah menceritakan kepada kami Syu'bah dari Abu Maslamah berkata: Aku mendengar Abu Nadhrah menceritakan dari Abu Sa'id Al Khudri berkata: telah mengkhabarkan kepadaku orang yang lebih baik dariku bahwa Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda kepada Ammar saat beliau mulai menggali parit dan beliau mengusap kepala: "Sengsara Ibnu Sumaiyah, kau akan dibunuh oleh kelompok pembelot." Telah menceritakan kepadaku Muhammad bin Mu'adz bin Abbad Al Ambari dan Huraim bin Abdula'la keduanya berkata: Telah menceritakan kepada kami Khalid bin Al Harits. Telah menceritakan kepada kami Ishaq bin Irahim, Ishaq bin Manshur, Mahmud bin Ghailan dan Muhammad bin Qudamah, mereka berkata: Telah mengkhabarkan kepada kami An Nadhr bin Syumail keduanya dari Syu'bah dari Abu Maslamah dengan sanad ini dengan matan serupa, hanya saja dalam hadits An Nadhr disebutkan: Telah mengkhabarkan kepadaku orang yang lebih baik dariku, Abu Qatadah. Disebutkan dalam hadits Khalid bin Al Harits: Ia berkata: Menurutku yang ia maksud (Abu Sa'id Al Khudri) adalah Abu Qatadah. Sedangkan dalam hadits Khalid disebutkan: Beliau bersabda: "WAISA" atau "YAA WAISA IBNI SUMAIYAH."

٥١٩٣ - و حَدَّثَنِي مُحَمَّدُ بْنُ عَمْرِو بْنِ جَبَلَةَ حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ جَعْفَرٍ ح و حَدَّثَنَا عُقْبَةُ بْنُ مُكْرَمٍ الْعَمِّيُّ وَأَبُو بَكْرِ بْنُ نَافِعٍ قَالَ عُقْبَةُ حَدَّثَنَا و قَالَ أَبُو بَكْرٍ أَخْبَرَنَا غُنْدَرٌ حَدَّثَنَا شُعْبَةُ قَالَ سَمِعْتُ خَالِدًا يُحَدِّثُ عَنْ سَعِيدِ بْنِ أَبِي الْحَسَنِ عَنْ أُمِّهِ عَنْ أُمِّ سَلَمَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لِعَمَّارٍ تَقْتُلُكَ الْفِئَةُ الْبَاغِيَةُ و حَدَّثَنِي إِسْحَقُ بْنُ مَنْصُورٍ أَخْبَرَنَا عَبْدُ الصَّمَدِ بْنُ عَبْدِ الْوَارِثِ حَدَّثَنَا شُعْبَةُ حَدَّثَنَا خَالِدٌ الْحَذَّاءُ عَنْ سَعِيدِ بْنِ أَبِي الْحَسَنِ وَالْحَسَنِ عَنْ أُمِّهِمَا عَنْ أُمِّ سَلَمَةَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِمِثْلِهِ

5193. Telah menceritakan kepadaku Muhammad bin Amru bin Jabalah telah menceritakan kepada kami Muhammad bin Ja'far. Telah menceritakan kepada kami Uqbah bin Makram Al Ammi dan Abu Bakar bin Nafi' berkata Uqbah: telah menceritakan kepada kami, sementara Abu Bakar berkata: Telah mengkhabarkan kepada kami Ghundar telah menceritakan kepada kami Syu'bah berkata: Aku mendengar Khalid menceritakan dari Sa'id bin Abu Al Hasan dari ibunya dari Ummu Salamah Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda kepada Ammar: "Kau akan dibunuh oleh kelompok pembelot.(pemberontak)" Telah menceritakan kepadaku Ishaq bin manshur telah mengkhabarkan kepada kami Abdushshamad bin Abdulwarits telah menceritakan kepada kami Syu'bah telah menceritakan kepada kami Khalid Al Hadzdza` dari Sa'id bin Abu Al Hasan dan Al Hasan dari ibunya dari Ummu Salamah dari nabi shallallahu 'alaihi wasallam sepertinya.

٥١٩٤ - و حَدَّثَنَا أَبُو بَكْرِ بْنُ أَبِي شَيْبَةَ حَدَّثَنَا إِسْمَعِيلُ بْنُ إِبْرَاهِيمَ عَنْ ابْنِ عَوْنٍ عَنْ الْحَسَنِ عَنْ أُمِّهِ عَنْ أُمِّ سَلَمَةَ قَالَتْ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ تَقْتُلُ عَمَّارًا الْفِئَةُ الْبَاغِيَةُ
5194. Telah menceritakan kepada kami Abu Bakr bin Abu Syaibah telah menceritakan kepada kami Isma'il bin Ibrahim dari Ibnu Aun dari Al Hasan dari ibunya dari Ummu Salamah berkata: Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Ammar akan dibunuh oleh kelompok pembelot."

٥١٩٥ - حَدَّثَنَا أَبُو بَكْرِ بْنُ أَبِي شَيْبَةَ حَدَّثَنَا أَبُو أُسَامَةَ حَدَّثَنَا شُعْبَةُ عَنْ أَبِي التَّيَّاحِ قَالَ سَمِعْتُ أَبَا زُرْعَةَ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ يُهْلِكُ أُمَّتِي هَذَا الْحَيُّ مِنْ قُرَيْشٍ قَالُوا فَمَا تَأْمُرُنَا قَالَ لَوْ أَنَّ النَّاسَ اعْتَزَلُوهُمْ و حَدَّثَنَا أَحْمَدُ بْنُ إِبْرَاهِيمَ الدَّوْرَقِيُّ وَأَحْمَدُ بْنُ عُثْمَانَ النَّوْفَلِيُّ قَالَا حَدَّثَنَا أَبُو دَاوُدَ حَدَّثَنَا شُعْبَةُ فِي هَذَا الْإِسْنَادِ فِي مَعْنَاهُ
5195. Telah menceritakan kepada kami Abu Bakr bin Abu Syaibah telah menceritakan kepada kami Abu Usamah telah menceritakan kepada kami Syu'bah dari Abu At Tayyah berkata: Aku mendengar Abu Zur'ah dari Abu Hurairah dari nabi shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Ummatku(akan) dibinasakan oleh sekelompok(qabilah) Quraisy ini." mereka bertanya: Lalu apa yang Tuan perintahkan kepada kami. Beliau bersabda: "Andai orang-orang(ramai) meninggalkan(tidak terikut2) mereka." Telah menceritakan kepada kami Ahmad bin Ibrahim Ad Dauraqi dan Ahmad bin Utsman An Naufali keduanya berkata: Telah menceritakan kepada kami Abu Dawud telah menceritakan kepada kami Syu'bah dalam sanad ini dalam maknanya.

٥١٩٦ - حَدَّثَنَا عَمْرٌو النَّاقِدُ وَابْنُ أَبِي عُمَرَ وَاللَّفْظُ لِابْنِ أَبِي عُمَرَ قَالَا حَدَّثَنَا سُفْيَانُ عَنْ الزُّهْرِيِّ عَنْ سَعِيدِ بْنِ الْمُسَيَّبِ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَدْ مَاتَ كِسْرَى فَلَا كِسْرَى بَعْدَهُ وَإِذَا هَلَكَ قَيْصَرُ فَلَا قَيْصَرَ بَعْدَهُ وَالَّذِي نَفْسِي بِيَدِهِ لَتُنْفَقَنَّ كُنُوزُهُمَا فِي سَبِيلِ اللَّهِ و حَدَّثَنِي حَرْمَلَةُ بْنُ يَحْيَى أَخْبَرَنَا ابْنُ وَهْبٍ أَخْبَرَنِي يُونُسُ ح و حَدَّثَنِي ابْنُ رَافِعٍ وَعَبْدُ بْنُ حُمَيْدٍ عَنْ عَبْدِ الرَّزَّاقِ أَخْبَرَنَا مَعْمَرٌ كِلَاهُمَا عَنْ الزُّهْرِيِّ بِإِسْنَادِ سُفْيَانَ وَمَعْنَى حَدِيثِهِ
5196. Telah menceritakan kepada kami Amru An Naqid dan Ibnu Abi Umar teks milik Abu Umar, keduanya berkata: Telah menceritakan kepada kami Sufyan dari Az Zuhri dari Sa'id bin Al Musayyib dari Abu Hurairah berkata: Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Kisra telah mati, maka tidak ada lagi Kisra setelahnya dan bila Kaisar binasa, tidak ada lagi Kaisar setelahnya. Demi Dzat yang jiwaku berada ditnaganNya, kalian akan membelanjakan harta simpanan mereka berdua dijalan Allah." Telah menceritakan kepadaku Harmalah bin Yahya telah mengkhabarkan kepada kami Ibnu Wahab telah mengkhabarkan kepadaku Yunus. Telah menceritakan kepadaku Ibnu Rafi' dan Abdu bin Humaid dari Abdurrazzaq telah mengkhabarkan kepada kami Ma'mar, keduanya dari Az Zuhri dengan sanad Sufyan dan makna haditsnya.

٥١٩٧ - حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ رَافِعٍ حَدَّثَنَا عَبْدُ الرَّزَّاقِ حَدَّثَنَا مَعْمَرٌ عَنْ هَمَّامِ بْنِ مُنَبِّهٍ قَالَ هَذَا مَا حَدَّثَنَا أَبُو هُرَيْرَةَ عَنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَذَكَرَ أَحَادِيثَ مِنْهَا وَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ هَلَكَ كِسْرَى ثُمَّ لَا يَكُونُ كِسْرَى بَعْدَهُ وَقَيْصَرُ لَيَهْلِكَنَّ ثُمَّ لَا يَكُونُ قَيْصَرُ بَعْدَهُ وَلَتُقْسَمَنَّ كُنُوزُهُمَا فِي سَبِيلِ اللَّهِ حَدَّثَنَا قُتَيْبَةُ بْنُ سَعِيدٍ حَدَّثَنَا جَرِيرٌ عَنْ عَبْدِ الْمَلِكِ بْنِ عُمَيْرٍ عَنْ جَابِرِ بْنِ سَمُرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا هَلَكَ كِسْرَى فَلَا كِسْرَى بَعْدَهُ فَذَكَرَ بِمِثْلِ حَدِيثِ أَبِي هُرَيْرَةَ سَوَاءً

5197. Telah menceritakan kepada kami Muhammad bin Rafi' telah menceritakan kepada kami Abdurrazzaq telah menceritakan kepada kami Ma'mar dari Hammam bin Munabbih berkata: Inilah yang diceritakan Abu Hurairah dari Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam, ia menyebut beberapa hadits, diantaranya: Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Kisra telah binasa (mati)kemudian tidak ada lagi Kisra setelahnya, dan Kaisar akan binasa, kemudian tidak ada lagi Kaisar setelahnya. Kalian sungguh akan menafkahkan harta simpanan mereka di jalan Allah." Telah menceritakan kepada kami Qutaibah bin Sa'id telah menceritakan kepada kami Jarir dari Abdulmalik bin Umair dari Jabir bin Samurah berkata: Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Bila Kisra binasa, tidak ada lagi Kisra setelahnya, " lalu ia menyebut sama persis dengan hadits Abu Hurairah.

٥١٩٨ - حَدَّثَنَا قُتَيْبَةُ بْنُ سَعِيدٍ وَأَبُو كَامِلٍ الْجَحْدَرِيُّ قَالَا حَدَّثَنَا أَبُو عَوَانَةَ عَنْ سِمَاكِ بْنِ حَرْبٍ عَنْ جَابِرِ بْنِ سَمُرَةَ قَالَ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ لَتَفْتَحَنَّ عِصَابَةٌ مِنْ الْمُسْلِمِينَ أَوْ مِنْ الْمُؤْمِنِينَ كَنْزَ آلِ كِسْرَى الَّذِي فِي الْأَبْيَضِ قَالَ قُتَيْبَةُ مِنْ الْمُسْلِمِينَ وَلَمْ يَشُكَّ حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ الْمُثَنَّى وَابْنُ بَشَّارٍ قَالَا حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ جَعْفَرٍ حَدَّثَنَا شُعْبَةُ عَنْ سِمَاكِ بْنِ حَرْبٍ قَالَ سَمِعْتُ جَابِرَ بْنَ سَمُرَةَ قَالَ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِمَعْنَى حَدِيثِ أَبِي عَوَانَةَ

5198. Telah menceritakan kepada kami Qutaibah bin Sa'id dan Abu Kamil Al Jahdari, keduanya berkata: Telah menceritakan kepada kami Abu Awanah dari Simak bin Harb dari Jabir bin Samurah berkata: Aku mendengar Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "(Pasti)Sekelompok kaum muslimin atau mu`minin akan menaklukkan harta simpanan keluarga Kisra yang ada di (istana/rumah) putih." Qutaibah berkata: Dari kaum muslimin, ia tidak(tanpa) ragu(syak). Telah menceritakan kepada kami Ibnu Al Mutsanna dan Ibnu Basyar, keduanya berkata: Telah menceritakan kepada kami Muhammad bin Ja'far telah menceritakan kepada kami Syu'bah dari Simak bin Harb berkata: Aku mendengar Jabir bin Samurah berkata: Aku mendengar Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam, dengan makna hadits Abu Awanah.(lafaz tidak sama )

Minit 16
Akhir zaman= bermula zaman nabi saw lagi sampai qiamat.
Bukan hanya 1,000 tahun selepas kewafatannya.
Zaman kita sudah 1,500 tahun belum berlaku tetapi akan berlaku kerana kita percaya kepada Nabi saw.
Tidaklah setinggi percaya pada quran tetapi hanya zanniyughuruk bukan kat'ieghuruk.
Ini untuk dipercayai dengan tujuan untuk beritahu akan berlaku perubahan2..
Tanda2 qiamat telah berlaku beberapa bulan selepas kematian nabi saw.
Ini adalah Kaabah diroboh sebab diceroboh bukan untuk diperbaiki.
Ada juga peristiwa hajarul aswad dibawa lari telah berlaku.
Pernah juga Kaabah kena manjanik ,kaabah roboh sedikit sahaja.
Ini cerita benar2 akhir zaman sehingga ada yang kata ketika sudah tidak ada orang2 Islam.

Hadits 5179
Hadits 5180
Hadits 5181
Hadits 5182
Hadits 5183
Hadits 5184
Hadits 5185
Hadits 5186
Hadits 5187
Hadits 5188
Hadits 5189
Hadits 5190
Hadits 5191
Hadits 5192
Hadits 5193
Hadits 5194
Hadits 5195
Hadits 5196
Hadits 5197
Hadits 5198

Hadits 5179
Hadits 5180
Hadits 5181
👉kaabah akan diruntuh oleh orang yang mempunyai dua betis yang kecil.
-usoiliyah =kepala botak didepan sedikit

Hadits5182
👉dari Abu Hurairah Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Kiamat tidak terjadi hingga seseorang(lelaki) muncul dari Qahtan menggiring(menghalau/memerintah ) manusia dengan tongkatnya."
-dia memerintah dengan adil seperti imam mahdi,

Hadits 5183
👉dari Abu Hurairah dari Nabi shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Siang dan malam(hari2 dan malam) itu tidak akan lenyap (terjadi kiamat) sampai ada seorang lelaki bernama Jahjah menjadi penguasa." Muslim berkata: Mereka empat bersaudara; Syarik, Ubaidillah, Umair dan Abdul Kabir dari(anak2) bani Abdul Majid.

-bilakahzaman jahjah?
Ada yang kata zaman selepas imam mahadi.

Hadits 5184
👉dari Abu Hurairah nabi shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Kiamat tidak terjadi hingga kalian memerangi (berperang)kaum, wajah-wajah mereka seperti perisai ditambal (yang perisai yang berlapis2) dan kiamat tidak akan terjadi hingga kalian memerangi suatu kaum bersandalkan rambut."(kasut berbulu)

-kulit yang berlapis2
-atau ada yang berlekuk2
Hadits 5185
👉Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Kiamat tidak terjadi hingga kalian diperangi ummat bersandalkan  (bersepatu) rambut(bulu) dan wajah-wajah mereka seperti perisai ditambal."(berlapis2)(perisai yang bagaikan diketuk2 dengan tukul.)

Hadits 5186
👉dari Abu Hurairah sampai kepada nabi shallallahu 'alaihi wasallam, beliau bersabda: "Kiamat tidak terjadi hingga kalian memerangi kaum bersandalkan(kasut2) rambut(berbulu) dan hingga kalian memerangi kaum bermata sipit(kecil) berhidung(kepet) kecil."



Hadits 5187
👉dari Abu Hurairah Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Kiamat tidak terjadi hingga kaum muslimin memerangi Turki, kaum dengan wajah seperti perisai ditambal( yang berlapis2), mereka berbaju rambut dan berjalan mengenakan rambut."(kasut berbulu)
أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لَا تَقُومُ السَّاعَةُ حَتَّى يُقَاتِلَ الْمُسْلِمُونَ التُّرْكَ قَوْمًا وُجُوهُهُمْ كَالْمَجَانِّ الْمُطْرَقَةِ يَلْبَسُونَ الشَّعَرَ وَيَمْشُونَ فِي الشَّعَرِ
Turki itu lain, turالتُّرْكَ ini lain

Hadits 5188
👉dari Abu Hurairah berkata: Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Dihadapan kiamat, kalian memerangi suatu kaum, sandal mereka rambut(kasut berbulu), wajah mereka seperti perisai ditambal, berwajah merah dan bermata sipit."(kecil)


Hadits 5189
👉dari Al Jurairi dari Abu An Nadhrah berkata: Kami berada di dekat Jabir bin Abdullah, ia berkata: Hampir saja Irak tidak dipunguti(dicukaikan) takaran (berupa sukatan yang dipanggil khofis)dan dirham. Kami bertanya: Kenapa(begitu)? Ia menjawab: Karena orang-orang ajam, mereka(yang) menahannya. Setelah itu ia berkata: Hampir saja penduduk Syam tidak dipunguti(dicukaikan) dinar dan mud. Kami bertanya: Kenapa? Ia menjawab: Karena orang-orang Romawi. Ia diam sejenak lalu berkata: Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Diakhir ummatku nanti akan ada seorang khalifah menebar (mengaut )harta tanpa menghitungnya.(dengan banyak sekali)" Aku berkata kepada Abu Nadhrah dan Abu Al Ala`: Maksud kalian Umar bin Abdulaziz? Keduanya menjawab: Tidak. 

-ketika Islam naik.
-Perkataan Mahdi tiada dalam sahih muslim dan bukhari cuma sebut perkataan khalifah sahaja yang ada(boleh lihat berikut hadis nombor 5189,5190,5191.
-Ramai juga yg tak terima termasuk Ibnu khaldun tidak terima khalifah itu adalah Imam Mahdi.
-Tak terima  imam Mahdi ini bukan menafikan akan adanya  pemerintahan Islam  yang adil suatu masa nanti.
-Ini perkara furuk aqidah bukan usul aqidah.ini masalah khilaf.
-Furuk aqidah boleh nak terima dan boleh tak mau terima.
Usul aqidah semua orang Islam kena terima dan ada dalam quran.
-Ramai tak dapat bezakan antara furuk aqidah dan usul aqidah dan menyebabkan pertelingkahan.
-Juga tak boleh kata bukan ahli sunnah dan jauh sekali kata keluar dari Islam.
-Hadis2 tentang Imam Mahdi  tiada dalam bukhari dan muslim tetapi ada banyak juga dalam kitab yang bawah.
-Ia mutawatir dari segi makna yg boleh jadi aqidah peringkat furuk.
- kaut emas
1jam 01minit
Hadits 5190.  
👉dari Abu Sa'id berkata: Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Diantara khalifah-khalifah kalian, ada seorang khalifah yang menabur harta tanpa menghitungnya." Riwayat Ibnu Hujr menyebut: YAHTSIL MAAL.
Hadits 5191.
👉  dari Abu Sa'id dan Jabir bin Abdullah, keduanya berkata: Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Di akhir zaman nanti akan ada khalifah yang membagi-bagikan harta tanpa menghitungnya." 

1jam 14 minit
Hadits 5192
👉5192. Telah menceritakan kepada kami Muhammad bin Al Mutsanna dan Ibnu Basyar, teks milik Al Mutsanna, keduanya berkata: Telah menceritakan kepada kami Muhammad bin Ja'far telah menceritakan kepada kami Syu'bah dari Abu Maslamah berkata: Aku mendengar Abu Nadhrah menceritakan
dari Abu Sa'id Al Khudri berkata: telah mengkhabarkan kepadaku orang yang lebih baik 
-sebab nabi saw yg bg tau..
dariku bahwa Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda kepada Ammar saat beliau mulai menggali parit dan beliau mengusap kepala(amar): "Sengsara Ibnu Sumaiyah(mak amar), kau akan dibunuh oleh kelompok pembelot(golongan pemberontak perang sifin)." 
-ini qadak taqweini .
-ali dan muawiyah..
-amar duduk sebelah ali.
-kenapa tiada yg berpindah?
-ali dipihak benar?
-kenapa sahabat2 tak pindah kepada Ali?
-sebab ada pihak ketiga bukan Ali bukan Muawiyah.
-puak2 yang berselindung  dibelakang Ali.
-Ibnu Abbas juga duk belah Muawiyah.
 -ini masalah politik bukan sebab maqam disisi Allah tinggi.
-al fiatul baghiyah itu difahami
Telah menceritakan kepadaku Muhammad bin Mu'adz bin Abbad Al Ambari dan Huraim bin Abdula'la keduanya berkata: Telah menceritakan kepada kami Khalid bin Al Harits. Telah menceritakan kepada kami Ishaq bin Irahim, Ishaq bin Manshur, Mahmud bin Ghailan dan Muhammad bin Qudamah, mereka berkata: Telah mengkhabarkan kepada kami An Nadhr bin Syumail keduanya dari Syu'bah dari Abu Maslamah dengan sanad ini dengan matan serupa, hanya saja dalam hadits An Nadhr disebutkan: Telah mengkhabarkan kepadaku orang yang lebih baik dariku, Abu Qatadah. Disebutkan dalam hadits Khalid bin Al Harits: Ia berkata: Menurutku yang ia maksud (Abu Sa'id Al Khudri) adalah Abu Qatadah. Sedangkan dalam hadits Khalid disebutkan: Beliau bersabda: "WAISA" atau "YAA WAISA IBNI SUMAIYAH."

K104.Kenapa Anak 2 Tahun Banyak Akal? Ke Sana Sini, Buka Tombol Pintu, Bercakap Macam Kakak Tua.

K104.Kenapa Anak 2 Tahun Banyak Akal? Ke Sana Sini, Buka Tombol Pintu, Bercakap Macam Kakak Tua.

“Penatnya tengok si anak yang tak penat-penat ni” kata si ibu pada anaknya yang berusia 2 tahun. Tanpa ibu sedar sebenarnya fasa ini sangat penting buat si anak untuk meneroka, mencuba sesuatu yang baru termasuklah dalam pertuturanya. 

Diamnya hanyalah ketika tidur. Anak dalam fasa ini memang sangat banyak akal. Mereka akan mencuba segalanya. Perkongsian dari Noor Afidah Abu Bakar, Parent Connect Consultancy mungkin akan memberikan penjelasan lebih kepada mama papa yang mempunyai anak sedang membesar.

KENAPA ANAK 2 TAHUN BANYAK AKAL?

Dari kaca mata seorang anak kecil, dunia ini berada di luar kawalan dan capaian mereka. Mereka tidak berpeluang untuk membuat keputusan tentang apa yang perlu dilakukan, apa yang boleh dimakan, dengan siapa mereka boleh berkawan dan ke mana mereka boleh berkeliaran.


Semua keputusan ini dibuat oleh orang dewasa dan semestinya perlu dibuat oleh orang dewasa kerana anak-anak ini belum berpengalaman dan belum boleh menilai baik dan buruk.

Walau bagaimanapun, pada masa yang sama anak-anak yang berusia di antara 1-3 tahun sedang mengalami pembesaran dan perkembangan yang sangat pesat dalam semua aspek.

Perkembangan mereka perlukan sokongan daripada orang dewasa.

SUKA KE SANA KE SINI.

Kanak-kanak usia ini sedang meneroka pelbagai cara untuk bergerak dari setempat ke setempat – berguling, merangkak, menyusur, berjalan, berlari, melompat dan memanjat.
Ini normal.

Mereka juga berupaya untuk memusing atau menarik tombol pintu dan membuka tudung balang atau botol.
Ini juga normal.


Sediakan ruang dan pelbagaikan aktiviti yang dapat membantu perkembangan fizikal ini.
Lapangkan rumah agar mereka boleh bernafas dan bergerak dengan bebas dan selamat.


Kurangkan atau tangguhkan dari membeli perabut dan perhiasan rumah di Shopee atau Lazada.

SAINTIS CILIK.

Pada fasa ini juga mereka aktif menggunakan sensori untuk meneroka dunia sekeliling mereka. Mereka akan cuba untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi ketika penerokaan dengan kaedah mudah ‘trial and error’. Mereka tidak suka di’suap’ dengan solusi kerana mereka mahu mencuba sendiri. Mereka akan melakukan sesuatu aktiviti yang menarik bagi mereka berulang-ulang kali sehingga mencapai tahap masteri.
Ini juga normal.

Selagi aktiviti itu bermanfaat untuk perkembangan mereka, usah dihalang.
Biarkan mereka meneroka dan mencuba pelbagai aktiviti yang memberi stimulasi kepada sensori mereka. Walau bagaimanapun tetapkan batasan agar keselamatan mereka terpelihara.

SEUMPAMA BURUNG KAKAK TUA


Mereka juga sedang melalui fasa ‘language explosion’. Dengan pantas mereka menangkap apa yang didengari dari orang sekeliling dan juga dari media. Mereka akan menyebut semula seakan ‘latihan praktikal’ subjek bahasa dan komunikasi.
Ini juga normal.

Banyakkan bercakap DENGAN anak – bukan bercakap KEPADA anak sahaja dan pantau juga apa yang disebut dan didengari oleh anak.
Anak-anak 1-3 tahun banyak akal kerana mereka sedang berkembang dan membesar dengan sangat pesat. TANTRUM juga kerap berlaku pada fasa ini apabila mereka kecewa kerana ingin mencuba, inginkan kawalan dan inginkan autonomi.
Ini adalah sesuatu yang normal.

Apa yang tidak normal ialah ibubapa yang mengharapkan agar anak-anak usia ini berupaya untuk diam, patuh dan langsung tiada ‘protes’.
Tetapkan jangkaan yang realistik.

Fahami perkembangan, pembawaan dan keperluan anak.
Pelajari cara untuk menguruskan kerenahnya.

Kredit: Noor Afidah Abu Bakar
Parent ConnectConsultancy

Tafsir asas quran nota 9(223-234)14s

Tafsir asas quran nota 9(223-234)14s

(Sambungan 20{nombor 5-10} ayat yang dikatakan telah dimansukh bersama-sama nasikhnya
oleh Ibnu al-'Arabi dan as-Suyuthi di samping komentar Shah Waliyyullah: )

(5) Firman Allah di dalam Surah al-Baqarah ayat 240 di bawah ini juga mansukh:

Al-Baqarah 2:240
وَٱلَّذِينَ يُتَوَفَّوْنَ مِنكُمْ وَيَذَرُونَ أَزْوَٰجًا وَصِيَّةً لِّأَزْوَٰجِهِم مَّتَٰعًا إِلَى ٱلْحَوْلِ غَيْرَ إِخْرَاجٍۚ فَإِنْ خَرَجْنَ فَلَا جُنَاحَ عَلَيْكُمْ فِى مَا فَعَلْنَ فِىٓ أَنفُسِهِنَّ مِن مَّعْرُوفٍۗ وَٱللَّهُ عَزِيزٌ حَكِيمٌ 
Bermaksud: Dan orang-orang yang akan meninggal dunia di antaramu dan meninggalkan isteri, hendaklah berwasiat untuk isteri-isterinya, (iaitu) diberi nafkah hingga setahun lamanya dan tidak disuruh pindah (dari rumahnya). Akan tetapi jika mereka pindah (sendiri), maka tidak ada dosa bagimu (wali atau waris dari yang meninggal) membiarkan mereka berbuat yang ma'ruf terhadap diri mereka. Dan Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. (al-Baqarah:240).

Ia dikatakan dimansukh oleh firman Allah berikut:
Al-Baqarah 2:234
وَٱلَّذِينَ يُتَوَفَّوْنَ مِنكُمْ وَيَذَرُونَ أَزْوَٰجًا يَتَرَبَّصْنَ بِأَنفُسِهِنَّ أَرْبَعَةَ أَشْهُرٍ وَعَشْرًاۖ فَإِذَا بَلَغْنَ أَجَلَهُنَّ فَلَا جُنَاحَ عَلَيْكُمْ فِيمَا فَعَلْنَ فِىٓ أَنفُسِهِنَّ بِٱلْمَعْرُوفِۗ وَٱللَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ خَبِيرٌ 


Bermaksud: Orang-orang yang meninggal dunia di antaramu dengan meninggalkan isteri-isteri (hendaklah para isteri itu) rnenangguhkan dirinya (ber'iddah) empat bulan sepuluh hari. Kemudian apabila telah habis iddahnya, maka tiada dosa bagirnu (para wali) membiarkan mereka berbuat terhadap diri mereka menurut yang patut. Allah
mengetahui apa yang kamu perbuat. (al-Baqarah:234).

 
Semasa jahiliah perempuan yang kematian suami beriddah selama setahun. Itulah yang disebut di dalam ayat 240 Surah al-Baqarah di atas. Islam juga menerima
tempoh itu di peringkat permulaannya. Tetapi Allah memerintahkan orang-orang yang akan meninggal dunia dan meninggalkan isteri agar berwasiat untuk isteri-isterinya, (iaitu) diberi nafkah hingga setahun lamanya dan tidak disuruh pindah (dari rumah atau tempat tinggalnya). Akan tetapi jika mereka sendiri mahu berpindah, maka tidak ada dosa bagi wali atau waris dari yang meninggal membiarkan mereka berbuat yang ma'ruf terhadap diri mereka.
Kemudian tempoh iddah selama setahun itu dirnansukhkan kepada empat bulan sepuluh hari melalui ayat 234 Surah al-Baqarah, kecuali kalau si isteri mengandung,maka iddahnya ialah sehingga ia melahirkan kandungannya. Wasiat yangdiperintahkan itu pula dimansukhkan dengan ayat pesaka. Tentang tempat tinggal isteri pula terdapat khilaf di kalangan'ulama'. Ada yang berkata, ia dikekalkan dan ada pula yang berkata, ia dimansukhkan dengan hadits: ولا سكنى. Bagi golongan ini isteri yang kematian suami tidak mempunyai hak lagi baik untuk mendapat nafqah atau tempat tinggal selama setahun itu. Keistimewaan mendapat nafqah dan tempat tinggal kalau pun ada hanyalah selagi belum habis iddah dengan berlalu empat bulan sepuluh hari atau dengan si isteri melahirkan kandungan. Menurut jumhur mufassirin ayat 240 dari Surah itu sememangnya dimansukhkan dengan ayat 234 dan surah yang sama. Itulah yang disebutkan oleh Jalaluddin as-Suyuti. Tetapi menurut Syah Waliyyullah ayat 240 Surah al-Baqaarah itu masih boleh dita'wilkan lagi dan tidak perlu dikatakan ia mansukh. Masih ada ruang untuk diamalkan isi kandungan ayat itu dengan kita mengatakan perintah Allah supaya berwasiat itu hanya mustahab, elok atau harus saja dilaksanakan oleh si suami yang akan meninggal dunia. Ia bukanlah suatu yang wajib. Hak berwasiat bukan lagi merupakan tuntutan undang- undang,sebaliknya ia hanya termasuk dalam tuntutan akhlak yang mulia semata-mata. Jika seseorang mengamalkannya, ia akan mendapat pahala kerananya dan jika tidak, maka tidaklah ia berdosa. Si isteri juga tidak berkewajipan mengikut wasiat si suami supaya tinggal di rumahnya selama setahun. Terpulang kepadanyalah, sama ada mahu terus berada di rumah suaminya atau meninggalkannya sebelum cukup setahun.

Demikianlah pandangan Ibnu 'Abbaas terhadap ayat 240 Surah al-Baqaarah. Bahkan itulah yang zahir daripada ayat berkenaan. Maka tidak perlulah ia disenaraikan
sebagai ayat yang mansukh.

(6) Firman Allah ini:
Al-Baqarah 2:284
لِّلَّهِ مَا فِى ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَمَا فِى ٱلْأَرْضِۗ وَإِن تُبْدُوا۟ مَا فِىٓ أَنفُسِكُمْ أَوْ تُخْفُوهُ يُحَاسِبْكُم بِهِ ٱللَّهُۖ فَيَغْفِرُ لِمَن يَشَآءُ وَيُعَذِّبُ مَن يَشَآءُۗ وَٱللَّهُ عَلَىٰ كُلِّ شَىْءٍ قَدِيرٌ 
Bermaksud: Kepunyaan Allah-lah segala apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi. Dan jika kamu melahirkan apa yang ada di dalam hatimu atau kamu
menyembunyikannya niscaya Allah akan membuat perhitungan dengan kamu tentang perbuatanmu itu. Maka Allah mengampuni siapa yang dikehendaki-Nya dan
menyiksa siapa yang dikehendaki-Nya; dan Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu.(al-Baqarah:284).

Menurut sesetengah 'ulama', ia dimansukhkan dengan firmanNya:
Al-Baqarah 2:286
لَا يُكَلِّفُ ٱللَّهُ نَفْسًا إِلَّا وُسْعَهَاۚ لَهَا مَا كَسَبَتْ وَعَلَيْهَا مَا ٱكْتَسَبَتْۗ رَبَّنَا لَا تُؤَاخِذْنَآ إِن نَّسِينَآ أَوْ أَخْطَأْنَاۚ رَبَّنَا وَلَا تَحْمِلْ عَلَيْنَآ إِصْرًا كَمَا حَمَلْتَهُۥ عَلَى ٱلَّذِينَ مِن قَبْلِنَاۚ رَبَّنَا وَلَا تُحَمِّلْنَا مَا لَا طَاقَةَ لَنَا بِهِۦۖ وَٱعْفُ عَنَّا وَٱغْفِرْ لَنَا وَٱرْحَمْنَآۚ أَنتَ مَوْلَىٰنَا فَٱنصُرْنَا عَلَى ٱلْقَوْمِ ٱلْكَٰفِرِينَ 
Bermaksud: Allah tidak kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dar'i kejahatan) yang dikerjakannya. (Mereka berdoa): "Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukurn kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. Beri maaflah kami; ampunilah kami; dan rahmatilah karni. Engkaulah Penolong kami,  maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir". (al-Baqarah:286).

Jika firman Allah (ما في أنفسكم) di dalam ayat 284 Surah al-Baqarah di atas dipakai dengan erti umum, maka termasuklah juga dalam yang dikira salah oleh Allah s.w.t.
itu segala lintasan hati yang di luar daripada kemampuan manusia untuk mengawalnya. Allah juga akan menyeksa mereka kerana lintasan-lintasan hati mereka yang tidak baik. Kalau begitu nampaknya tiada siapa pun manusia yang akan terlepas daripada azab Allah. Kerana itulah ada 'ulama" mengatakan ayat 284 Surah al-Baqarah itu tidak muhkam. Ia sebaliknya dimansukhkan oleh ayat selepasnya iaitu ayat 286 dari Surah yang sama. Kerana ayat 286 dengan tegas menyebutkan bahawa:
[Allah tidak membebankan sesaorang melainkan sesuai dengan kesanggupanya]kerana mengawal hati daripada segala lintasan-lintasan sama ada baik atau buruk yang sentiasa tenggelam timbul itu di luar daripada kemampuan manusia, maka ia tentunya tidak dimaksudkan oleh Allah.
Pada pandangan Shah Waliyyullah, hubungan di antara ayat 284 dan 286 Surah al-Baqarah itu bukannya hubungan nasikh dan mansukh, tetapi adalah hubungan khas
dan 'aam. Ayat 286 sebetulnya hanya mentakhsiskan (mengkhususkan mafhum) ayat 284 sebelumnya. Tidak perlu sama sekali dikatakan ayal 286 memansukhkan ayat
281.

Ayat 286 menjelaskan bahawa yang dimaksudkan dengan (ما في أنفسكم) di dalam ayat 284 ialah keikhlasan (sifat ikhlas) dan kemunafikan (sifat nifaq) yang tersemat di dalam hati manusia. Sifat-sifat itu sama ada dinyatakan atau disembunyikan, tetap akan dikira oleh Allah. Ia sama sekali tidak bermaksud segala lintasan hati yang tidak mampu dikuasai oleh sesiapa pun. Manusia sememangnya tidak mempunyai ikhtiar kesanggupan untuk mengawalnya. Oleh kerana ia termasuk dalam perkara-perkara yang di luar daripada kemampuan dan kesanggupan manusia, maka tentulah Allah tidak akan mengiranya sebagai suatu yang mendatangkan dosa atau pahala. ltulah yang dinyatakan oleh Allah di dalam ayat 286. Hakikat itulah juga yang pernah disabdakan oleh Rasulullah s.a.w. di dalam beberapa hadits Baginda. Di bawah ini dikemukakan dua sahaja daripadanya:
(1)إِنَّ اللَّهَ تَجَاوَزَ عَنْ أُمَّتِي مَا حَدَّثَتْ بِهِ أَنْفُسَهَا مَا لَمْ تَعْمَلْ أَوْ تَتَكَلَّمْ
Bermaksud: Sesungguhnya Allah mema'afkan (tidak mengira salah) segala bisikan hati umatku selagi ia tidak melakukannya atau mengucapkannya. (Hadits riwayat
Bukhari).

(2)- إنَّ اللهَ تجاوَز عن أُمَّتي ما حدَّثَتْ بِهَا أنفُسَها، وَمَا أُكْرِهُوا عَلَيْهِ إِلَّا أَنْ  يَتَكَلَّمُو بِهِ، أَوْ يَعْمَلُوا بِهِ.
Bermaksud: Sesungguhnya Allah mema'afkan (tidak mengira salah) segala bisikan hati umatku dan segala apa yang dilakukannya dengan terpaksa, kecuali kalau
mereka mengucapkannya atau melakukannya. (Hadits riwayat ad-Daaraquthni).

(7) Firman Allah di dalam Surah Aali 'imraan berikut:
Aal-e-Imran 3:102
يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ ٱتَّقُوا۟ ٱللَّهَ حَقَّ تُقَاتِهِۦ وَلَا تَمُوتُنَّ إِلَّا وَأَنتُم مُّسْلِمُونَ 
Bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa dan jangan sekali-kali kamu mati melainkan dalam
keadaan Islam. (Aali' lmraan: 102).

Menurut sesetengah ulama', ia mansukh dengan firman Allah berikut:
At-Taghabun 64:16
فَٱتَّقُوا۟ ٱللَّهَ مَا ٱسْتَطَعْتُمْ وَٱسْمَعُوا۟ وَأَطِيعُوا۟ وَأَنفِقُوا۟ خَيْرًا لِّأَنفُسِكُمْۗ وَمَن يُوقَ شُحَّ نَفْسِهِۦ فَأُو۟لَٰٓئِكَ هُمُ ٱلْمُفْلِحُونَ 
Bermaksud: Maka bertaqwalah kamu kepada Allah menurut kemampuanmu dan dengarlah (akan pengajaran- pengajaranNya) serta ta'atlah (akan perintah-
perintahNya) dan belanjakanla harta yang baik untuk dirimu. Dan barangsiapa yang terpelihara daripada kebakhilan dirinya, maka mereka itulah orang-orang yang
beruntung. (at-Taghaabun:16).

Sesetengah 'ulama' pula berpendapat ia tidak mansukh, ia bahkan satu ayat yang muhkam.

Imam Ibnul 'Arabi berkata, "Di dalam Surah Aali 'Imraan tidak ada satu pun ayat lain selain ayat 102 itu yang layak dida'wa telah mansukh.

Alasan para  'ulama' yang mengatakan ayat 102 Surah Aali 'Imraan itu mansukh ialah kandungan perintah Allah yang tersebut di dalamnya di luar daripada kemampuan dan kesanggupan manusia. 

Sedangkan di dalam ayat 286 Surah al-Baqarah Allah telah menegaskan bahawa Dia tidak membebankan manusia melainkan sekadar kemampuannya. 

Perintah Allah di dalam Surah Aali-lmraan ayat 102 pula menghendaki manusia bertaqwa kepadanya dengan sebenar-benar taqwa. Tentu sekali manusia tidak mampu sentiasa ta'at dan ingat kepada Allah setiap masa. Tidak melakukan ma'shiat langsung di sepanjang hayat juga di luar daripada kemampuan dan kesanggupan manusia.

Maka semestinya ada ayat lain yang memansukhkannya. Ia sama ada ayat 16 Surah at-Taghabun atau ayat 286 Surah al-Baqarah yang telah dikemukakan sebelum ini. 

Shah Waliyy'ullah pula berpendapat, ayat 102 di dalam Surah Aali Imran itu tidak perlu dikatakan mansukh dengan mana-mana ayat lain. Ia sememangnya tidak mansukh. Ayat 16 Surah at-Taghabun yang dikatakan sebagai nasikhnya itu sebenarnya hanya menjelaskan dan mentafsirkan ma'na taqwa yang berbeza pada kedua-dua ayat tersebut. Di dalam ayat 102 Surah Aali'imraan ia bererti memelihara diri dengan betul-betul daripada kesyirikan dan kekufuran atau dengan kata lain dalam bab akidah umat Islam hendaklah betul-betul menjaga akidahnya. Di dalam ayat 16 Surah at-Taghabun pula orang-orang yang beriman diperintahkan agar bertaqwa sekadar termampu, ia bererti beramal saleh sekadar termampu. Manusia dikira bersalah apabila meninggalkan amalan yang mampu dibuatnya, tetapi jika sesuatu amalan yang diperintahkan itu tidak mampu dikerjakannya, maka tidaklah ia dikira bersalah kerana meninggalkannya. Sebagai contohnya orang yang tidak mampu berwudhu', hendaklah bertayammum. Ia tidak dipaksa menggunakan air juga walaupun ketika tiada air atau ketika tidak boleh menggunakannya kerana sakit dan sebagainya. Demikian juga orang yang tidak mampu bersembahyang sambil berdiri, boleh saja bersembahyang sarnbil duduk. Allah tidak mengira salah apabila manusia meninggalkan apa yang tidak mampu dibuatnya. Memang begitulah Sunnatullah (ketetapan Allah). Jadi tidak perlu langsung ayat 102 Surah Aali 'Imraan itu dimansukhkan. Ia tetap dengan halnya menuntut orang-orang yang beriman agar benar-benar beriman dan menjauhi kesyirikan serta kekufuran hingga ke akhir hayat mereka. Memang itu pun yang diisyaratkan oleh siaq (halaman) ayat berkenaan
apabila ia ditutup dengan firman Allah: "...dan jangan sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan Islam". Pada kebiasaannya ketika hampir mati manusia
tidak mampu rnelakukan apa-apa amalan zahir lagi selain daripada amalan hati yang boleh tetap teguh dengan kepercayaan dan akidah yang dipegang selama ini. Itu jua
yang dapat dilakukan seseorang yang hampir mati, iaitu bertaqwa kepada Allah dengan erti  berpegang teguh dengan agamaNya, mentauhidkanNya serta memelihara diri daripada kesyirikan dan kekufuran.

Berbeza dengan ayat 16 Surah at-Taghabun, ia sedari awal lagi menuntut orang-orang yang beriman supaya beramal sebanyak mungkin, tetapi tidak pula ia menuntut
mereka melakukan sesuatu yang di luar daripada kemampuan seorang manusia.

(8) Firman Allah di dalam Surah an-Nisa'
An-Nisa' 4:33
وَلِكُلٍّ جَعَلْنَا مَوَٰلِىَ مِمَّا تَرَكَ ٱلْوَٰلِدَانِ وَٱلْأَقْرَبُونَۚ وَٱلَّذِينَ عَقَدَتْ أَيْمَٰنُكُمْ فَـَٔاتُوهُمْ نَصِيبَهُمْۚ إِنَّ ٱللَّهَ كَانَ عَلَىٰ كُلِّ شَىْءٍ شَهِيدًا 
Bermaksud: Dan bagi tiap-tiap (lelaki dan perempuan yang telah mati). kami telah tetapkan orang-orang yang berhak mewarisi peninggalannya iaitu ibu bapa dan kerabat yang dekat dan mana-mana orang yang kamu telah membuat ikatan setia dengan mereka (untuk bantu-membantu dalam masa kecemasan dan kesusahan) maka berikanlah kepada mereka bahagiannya. Sesungguhnya Allah sentiasa Menyaksikan tiap-tiap sesuatu. (an-Nisaa':33).

Menurut Imam Ibnu 'Arabi, Jalaluddin as-Suy'uthi dan lain-lain, ayat ini dimansukhkan oleh ayat berikut:

Al-Ahzab 33:6
ٱلنَّبِىُّ أَوْلَىٰ بِٱلْمُؤْمِنِينَ مِنْ أَنفُسِهِمْۖ وَأَزْوَٰجُهُۥٓ أُمَّهَٰتُهُمْۗ وَأُو۟لُوا۟ ٱلْأَرْحَامِ بَعْضُهُمْ أَوْلَىٰ بِبَعْضٍ فِى كِتَٰبِ ٱللَّهِ مِنَ ٱلْمُؤْمِنِينَ وَٱلْمُهَٰجِرِينَ إِلَّآ أَن تَفْعَلُوٓا۟ إِلَىٰٓ أَوْلِيَآئِكُم مَّعْرُوفًاۚ كَانَ ذَٰلِكَ فِى ٱلْكِتَٰبِ مَسْطُورًا 
Bermaksud: Nabi itu (hendaknya) lebih utama bagi orang-orang mukmin dari diri mereka sendiri dan isteri-isterinya adalah ibu-ibu mereka. Dan orang-orang yang mempunyui hubungan dalah satu sama lain lebih berhak (waris-mewarisi) di dalam Kitab Allah daripada orang-orang mukmin dan orang-orang Muhajirin (orang bukan kerabatnya). kecuali kalau kamu berbuat baik kepada saudara-saudararnu (seagama).Adalah yang demikian itu telah tertulis di dalam Kitab(Allah). 
(al-Ahzaab:6).

Bagi mereka di peringkat permulaan zaman hijrah ke Madinah, Nabi s.a.w. telah mempersaudarakan orang-orang Muhajirin dan Anshaar. Persaudaraan yang dijalinoleh Rasulullah s.a.w. di antara mereka itu dipanggil "Muakhaat". Setiap orangdaripada mereka yang dipersaudarakan itu dianggap seperti saudara sebenar yang mempunyai pertalian darah, sehingga kalau orang Anshaar yang dipersaudarakan dengan orang Muhajir meninggal dunia, saudaranya yang Muhajir akan mewarisinya seperti pewaris-pewarisnya yang lain. Begitulah juga sebaliknya. Inilah hukum yang tersebut di dalam ayat 33 Surah an-Nisaa' itu. 

Apabila hukum pesaka dengan segala perinciannya ditumnkan, pada ketika itu saudara-mara yang mempunyai pertalian darah dengan si mati diutamakan daripada saudara seagama dari kalangan Muhajirin dan Anshaar yang dijalin persaudaraanya oleh Rasulullah s.a.w. sebelum itu. Mereka tidak lagi dikira sebagai pewaris simati. 


Hukum yang menyatakan kedudukan saudara-mara yang mempunyai pertalian darah dengan si mati lebih utama daripada saudara seagama hasil "muaakhaat" itu terdapat didalam ayat 6 Surah al-Ahzaab. Ayat inilah yang menjadi nasikh kepada ayat 33 Surah an-Nisaa'.

Menurut Shah Waliyyullah pula, ayat 33 Surah an-Nisaa' itu tidak mansukh, ia bahkan satu ayat yang muhkam. Maksudnya ialah pesaka sememangnya hak pewaris
yang terdiri daripada sanak saudara si mati. Saudara-saudara seagama si mati pula berhak mendapat bahagiannya berupa wang ehsan, sagu hati dan lain-lain daripada keluarga si mati yang merupakan pewaris- perwarisnya. Adapun saudara seagama yang terjalin persaudaraannya melalui 'aqad muaakhaat itu mereka sebenarnya tidak pernahpun diberikan hak sebagai pewaris. Apa yang diberikan kepada mereka itu tidak lebih daripada wang ehsan atau sagu hati sahaja. Tetapi sesetengah pihak menganggap apa yang diberi kepada mereka sebagai pesaka. Pendapat Shah Waliylullah ini nampaknya lebih sesuai dan selari dengan terjemahan dan tafsir al-Qur'an terbitan Departmen agama Indonesia. Lihatlahn terjemahannya itu di bawah ini:

An-Nisa' 4:33
وَلِكُلٍّ جَعَلْنَا مَوَٰلِىَ مِمَّا تَرَكَ ٱلْوَٰلِدَانِ وَٱلْأَقْرَبُونَۚ وَٱلَّذِينَ عَقَدَتْ أَيْمَٰنُكُمْ فَـَٔاتُوهُمْ نَصِيبَهُمْۚ إِنَّ ٱللَّهَ كَانَ عَلَىٰ كُلِّ شَىْءٍ شَهِيدًا 

Bermaksud: Bagi tiap-tiap harta peninggalan dari harta yang ditinggalkan ibu bapak dan karib kerabat, Kami jadikan pewaris-pewarisnya. Dan (jika ada) orang-orang yang kamu telah bersumpah setia dengan mereka, maka berilah kepada mereka bahagiannya. Sesungguhnya Allah menyaksikan segala sesuatu. (an-Nisaa':33).

Bahagian yang diberikan kepada orang-orang yang kamu telah bersumpah setia dengan mereka itu adalah berupa wang ehsan atau sagu hati dan sebagainya. Ia bukanlah berupa pesaka seperti yang diberikan kepada pewaris-pewaris si mati. Ayat 6 Surah al-Ahzaab juga menceritakan perkara yang sama, iaitu orang-orang yang
mempunyai hubungan darah satu sama lain lebih berhak dalam waris-mewarisi harta peninggalan. Adapun orang-orang mukmin dan orang-orang Muhajirin yang bukan kerabat si mati, maka mereka haruslah dilayani dengan baik dan penuh simpati. Boleh juga diwasiatkan sesuatu yang bernilai untuknya. Walaupun mereka tidak berhak mendapat pesaka daripada si mati, mereka juga sewajarnya diberikan sesuatu oleh penerima pesaka sebagai sagu hati, bukan sebagai sesuatu yang mesti atau wajib diberikan.

Al-Ahzab 33:6
ٱلنَّبِىُّ أَوْلَىٰ بِٱلْمُؤْمِنِينَ مِنْ أَنفُسِهِمْۖ وَأَزْوَٰجُهُۥٓ أُمَّهَٰتُهُمْۗ وَأُو۟لُوا۟ ٱلْأَرْحَامِ بَعْضُهُمْ أَوْلَىٰ بِبَعْضٍ فِى كِتَٰبِ ٱللَّهِ مِنَ ٱلْمُؤْمِنِينَ وَٱلْمُهَٰجِرِينَ إِلَّآ أَن تَفْعَلُوٓا۟ إِلَىٰٓ أَوْلِيَآئِكُم مَّعْرُوفًاۚ كَانَ ذَٰلِكَ فِى ٱلْكِتَٰبِ مَسْطُورًا 

Nabi itu lebih utama bagi orang-orang mukmin dibandingkan diri mereka sendiri dan istri-istrinya adalah ibu-ibu mereka. Orang-orang yang mempunyai hubungan darah satu sama lain lebih berhak (waris-mewarisi) di dalam Kitab Allah daripada orang-orang mukmin dan orang-orang Muhajirin, kecuali kalau kamu hendak berbuat baik kepada saudara-saudaramu (seagama). Demikianlah telah tertulis dalam Kitab (Allah).


Menurut Shah Waliylullah, perkataan    أولو الأرحام  yang tersebut di dalam aya 33 Surah al-Ahzaab itu merupakan bayan atau mubayyin bagi perkataan موالي yang tersebut di
dalam  ayat ayat 33 Surah an-Nisaa'. Oleh itu nasakh dengan erti yang dipakai oleh 'ulama' muta'akkhirin tidak terdapat juga di sini.

(9) Firman Allah s.w.t. di dalam Surah an-Nisaa, berikut:

An-Nisa' 4:8
وَإِذَا حَضَرَ ٱلْقِسْمَةَ أُو۟لُوا۟ ٱلْقُرْبَىٰ وَٱلْيَتَٰمَىٰ وَٱلْمَسَٰكِينُ فَٱرْزُقُوهُم مِّنْهُ وَقُولُوا۟ لَهُمْ قَوْلًا مَّعْرُوفًا 

Bermaksud: Dan apabila kerabat (yang tidak berhak mendapat pusaka) dan anak-anak yatim serta orang-orang miskin hadir ketika pembahagian (harta pusaka) itu, maka
berikanlah kepada mereka sedikit daripadanya dan berkatalah kepada mereka dengan kata-kata yang baik. (an-Nisaa' : 8).

Menurut sesetengah 'ulama', ia dimansukhkan dengan ayat pesaka yang sedia dimaklumi.

Menurut sesetengah yang lain pula, ia tidak mansukh. Ia juga merupakan salah satu ayat yang muhkam.

Golongan 'ulama' yang mengatakan ia mansukh berhujah dengan ayat-ayat pesaka yang nenunjukkan tidak semua kerabat berhak mendapat pusaka. Apa lagi anak-anak
yatim dan orang-orang miskin yang bukan pewaris. Kalau mereka termasuk juga dalam kalangan pewaris, tentu bahagian-bahagian mereka juga disebutkan dengan
jelas di dalam ayat-ayat pesaka seperti disebutkan bahagian-bahagian orang-orang yang memang berhak menerima pesaka.

Ada juga yang berpendapat ketika ayat itu diturunkan sememangnya mereka berhak mendapat sesuatu pemberian yang bukan merupakan pesaka sebagai suatu yang wajib. Kemudian setelah ayat pesaka diturunkan kewajibannya dimansukhkan pemberian itu hanya tinggal sebagai suatu yang digalakkan sahaja.

Sementara segolongan yang lain pula berpendapat, ayat itu tidak pernah mansukh, baik oleh ayat pesaka atau ayat-ayat yang lain. Ia dari awal lagi diturunkan sebagai galakan kepada para penerirna pesaka agar tidak terlepas pandang terhadap orang- orang itu. Mereka seeloknya diberikan sesuatu, bukan sebagai pesaka tetapi sebagai
hadiah dan penghibur hati. Jika ada antara penerima pesaka anak-anak yatim misalnya, maka tidak harus diambil daripada harta pesakanya untuk diberikan kepada
rnereka yang tersebut. Mereka sebaliknya dilayan dengan mesra dan diucapkan kepada mereka ucapan-ucapan yang baik. Misalnya, apa boleh buat kami tidak dapat berikan kepada kamu kerana ia adalah harta anak-anak yatim. Si mati pula tidak ada berwasiat apa-apa untuk kamu. Ibnu 'Abbaas dan Shah Waliyyullah adalah antara tokoh yang berpendapat begini. Bagi mereka ayat 8 Surah an-Nisaa' itu muhkam, ia tidak pernah dimansukhkan.


(10) Firman Allah di dalam Surah an-Nisaa':

An-Nisa' 4:15
وَٱلَّٰتِى يَأْتِينَ ٱلْفَٰحِشَةَ مِن نِّسَآئِكُمْ فَٱسْتَشْهِدُوا۟ عَلَيْهِنَّ أَرْبَعَةً مِّنكُمْۖ فَإِن شَهِدُوا۟ فَأَمْسِكُوهُنَّ فِى ٱلْبُيُوتِ حَتَّىٰ يَتَوَفَّىٰهُنَّ ٱلْمَوْتُ أَوْ يَجْعَلَ ٱللَّهُ لَهُنَّ سَبِيلًا 

An-Nisa' 4:16
وَٱلَّذَانِ يَأْتِيَٰنِهَا مِنكُمْ فَـَٔاذُوهُمَاۖ فَإِن تَابَا وَأَصْلَحَا فَأَعْرِضُوا۟ عَنْهُمَآۗ إِنَّ ٱللَّهَ كَانَ تَوَّابًا رَّحِيمًا 
Bermaksud: Dan sesiapa yang melakukan perbuatan keji (zina) di antara perenpuan-perempuan kamu, maka carilah empat orang lelaki di antara kamu yang menjadi saksi
terhadap perbuatan mereka. Kemudian kalau keterangan- keterangan saksi itu mengesahkan perbuatan tersebut, maka kurunglah mereka (perempuan yang berzina
itu) dalam rumah sampai mereka menemui ajalnya atau sampai Allah rnemberi jalan lain kepadanya. (15). Dan (mana-mana) dua orang lelaki di antara kamu yang
melakukan perbuatan keji itu, (setelah sabit kesalahannya) maka hendaklah kamu menyakiti keduanya; kemudian jika rnereka bertaubat dan memperbaiki keadaan diri mereka (yang buruk itu), maka biarkanlah mereka; kerana sesungguhnya Allah adalah sentiasa Menerima taubat, lagi Maha Luas rahmatNya.(16). (an-Nisaa':15-16).

Menurut kebanyakan 'Ulama', 2 ayat di atas telah dimansukhkan dengan ayat 2 Surah an-Nuur berikut:

An-Nur 24:2
ٱلزَّانِيَةُ وَٱلزَّانِى فَٱجْلِدُوا۟ كُلَّ وَٰحِدٍ مِّنْهُمَا مِا۟ئَةَ جَلْدَةٍۖ وَلَا تَأْخُذْكُم بِهِمَا رَأْفَةٌ فِى دِينِ ٱللَّهِ إِن كُنتُمْ تُؤْمِنُونَ بِٱللَّهِ وَٱلْيَوْمِ ٱلْءَاخِرِۖ وَلْيَشْهَدْ عَذَابَهُمَا طَآئِفَةٌ مِّنَ ٱلْمُؤْمِنِينَ 
Bermaksud: Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina, hendaklah kamu sebat tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali sebat dan janganlah kamu dipengaruhi oleh perasaan belas kasihan terhadap keduanya dalam menjalankan hukum agama Allah, jika benar kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat dan hendaklah disaksikan hukuman seksa yang dikenakan kepada mereka itu oleh sekumpulan dari orang-orang yang beriman. (an-Nuur:2).

Pada pandangan mereka, hukum untuk penzina wanita dan lelaki asalnya ialah seperti tersebut di dalam dua ayat berkenaan. Kemudian setelah ayat 2 Surah an-Nuur
diturunkan. Nabi s.a.w bersabda:
خُذُوا عَنِّي خُذُوا عَنِّي قَدْ جَعَلَ اللَّهُ لَهُنَّ سَبِيلًا الْبِكْرُ بِالْبِكْرِ جَلْدُ مِائَةٍ وَنَفْيُ سَنَةٍ وَالثَّيِّبُ بِالثَّيِّبِ جَلْدُ مِائَةٍ وَالرَّجْمُ
Bermaksud: Ambillah (terimalah) daripadaku, Ambillah (terimalah) daripadaku. Sesungguhnya Allah telah memberi jalan lain kepada mereka. Anak dara yang berzina
dengan anak dara hendaklah disebat seratus sebatan dan dibuang negeri selama setahun. Janda yang berzina dengan janda hendaklah disebat seratus sebatan dan
direjam. (Hadits riwayat Muslim. Abu Daud, lbnu Majah, Ibnu Hibbaan, Ahmad, an-Nasaa'i. ad-Daarimi dan lain-lain).


Menurut Shah Walipullah pula, tidak ada hukum yang dinasakhkan di sini. Apa yang berlaku ialah tempoh hukum yang tersebut didalamnya telah tamat setelah berlalu
sekian lama masa. Selepas itu datanglah pula hukum lain untuk kesalahan yang sama.

Ini kerana nasakh dalam istilah muta'akkhirin ialah menamatkan hukum sebelumnya secara mutlaq. Adapun hukum yang terta'luk dengan jangka masa atau ia
dilaksanakan hingga ke suatu tempoh tertentu, tidaklah ia mansukh dengan hukum yang datang kemudian. Di dalam kitab Usul Fiqh mazhab Hanafi yang terkenal
bernama Nurul Anwar tersebut begini:

إذا التحق به التوقيت لا ينسخ قبل ذلك الوقت وبعده لا يطلق عليه اسم النسخ

Bermaksud: Apabila sesuatu hukum terikat dengan waktu, maka ia tidak boleh dinasakhkan sebelum habis waktunya. Setelah habis waktunya pula ia tidak boleh dikatakan mansukh. (Lihat Nur-l Anwar m/s 209).

Perkataan  سبيلا yang tersebut di akhir ayat 15 Surah an-Nisaa' itu merupakan suatu yang mujmal. Ayat 2 Surah an-Nuur dan hadits yang dikemukakan di atas tidak lebih
daripada bayan (keterangan) bagi perkataan   سبيل itu. Ia bukan nasikhnya, tetapi bayan baginya. Perintah Allah supaya menyakiti dua orang yang melakukan perbuatan keji (zina) di dalam ayal 16 Surah an-Nisaa' juga mujmal, kerana tidak jelas bentuk dan kadarnya. Ayat 2 Surah an-Nuur dan hadits yang dikemukakan di atas juga menjadi
bayan atau mubayyin (penjelas) dan mufasshal (keterangan terperinci) kepada apa yang mujmal itu. Namun ia tetap tidak memanansukhkannya.

Syeikhul Hadits Darul Uloom Deoband, Maulana Sa'id Ahmad Palanpuri pula berpendapat, ayat 15 dan 16 itulah yang seharusnya dipakai dalam keadaan hukum
hudud berdasarkan ayat 2 Surah an-Nuur tidak dilaksanakan di sesebuah negara.

Dalam keadaan negara betul-betul merdeka dan berdaulat pula ayat 2 Surah an-Nuur itulah yang seharusnya dikuatkuasakan. Ayat 15 dan 16 Surah an-Nisaa' muhkam
seperti ayat 2 Surah an-Nuur juga. Tidak ada mana-mana daripadanya dimansukhkan,cuma masing-masing daripadanya haruslah digunakan dalam keadaan-keadaan yang sesuai.

Sebilangan 'ulama' tafsir, termasuk juga sekumpulan 'ulama' tafsir al-Azhar seperti al-Imam al-Ustaz Muhammad 'Abduh, Rasyid Ridha, 'Abdul Jalil 'Isa dan lain-lain
berpendapat ayat 15 dan 16 Surah an-Nisaa' tidak dimansukhkan, baik dengan ayat2 Surah an-Nuur atau hadits yang dikemukakan di atas. Bagi mereka, ayat 15 Surah an-Nisaa' berkenaan dengan hukuman terhadap wanita-wanita yang terlibat dengan amalan seks sumbang sesama jenis (lesbianisme). Sementara ayat 16 pula berkaitan dengan hukuman terhadap lelaki homoseksual yang terlibat dengan amalan seks sumbang sesama jenis mereka. Adapun ayat 2 Surah an-Nuur, maka ia berkenaan
dengan hukuman terhadap penzina lelaki dan wanita. Demikian juga dengan hadits diatas. Ia memperincikan lagi hukuman terhadap penzina. Antara tokoh tafsir yang
berpendapat demikian dari kalangaan Salaf ialah Mujahid.

An-Nisa' 4:15
وَٱلَّٰتِى يَأْتِينَ ٱلْفَٰحِشَةَ مِن نِّسَآئِكُمْ فَٱسْتَشْهِدُوا۟ عَلَيْهِنَّ أَرْبَعَةً مِّنكُمْۖ فَإِن شَهِدُوا۟ فَأَمْسِكُوهُنَّ فِى ٱلْبُيُوتِ حَتَّىٰ يَتَوَفَّىٰهُنَّ ٱلْمَوْتُ أَوْ يَجْعَلَ ٱللَّهُ لَهُنَّ سَبِيلًا 
Dan para perempuan yang melakukan perbuatan keji di antara perempuan-perempuan kamu, hendaklah terhadap mereka ada empat orang saksi di antara kamu (yang menyaksikannya). Apabila mereka telah memberi kesaksian, maka kurunglah mereka (perempuan itu) dalam rumah sampai mereka menemui ajalnya, atau sampai Allah memberi jalan (yang lain) kepadanya.

An-Nisa' 4:16
وَٱلَّذَانِ يَأْتِيَٰنِهَا مِنكُمْ فَـَٔاذُوهُمَاۖ فَإِن تَابَا وَأَصْلَحَا فَأَعْرِضُوا۟ عَنْهُمَآۗ إِنَّ ٱللَّهَ كَانَ تَوَّابًا رَّحِيمًا 
Dan terhadap dua orang yang melakukan perbuatan keji di antara kamu, maka berilah hukuman kepada keduanya. Jika keduanya tobat dan memperbaiki diri, maka biarkanlah mereka. Sungguh, Allah Maha Penerima tobat, Maha Penyayang.







Tafsir asas quran nota 9(234)14

Tafsir asas quran nota 9(234)14

seperti ayat 2 Surah an-Nuur juga. Tidak ada mana-mana daripadanya dimansukhkan,cuma masing-masing daripadanya haruslah digunakan dalam keadaan-keadaan yang sesuai.

Sebilangan 'ulama' tafsir, termasuk juga sekumpulan 'ulama' tafsir al-Azhar seperti al-Imam al-Ustaz Muhammad 'Abduh, Rasyid Ridha, 'Abdul Jalil 'Isa dan lain-lain
berpendapat ayat 15 dan 16 Surah an-Nisaa' tidak dimansukhkan, baik dengan ayat2 Surah an-Nuur atau hadits yang dikemukakan di atas. Bagi mereka, ayat 15 Surah an-Nisaa' berkenaan dengan hukuman terhadap wanita-wanita yang terlibat dengan amalan seks sumbang sesama jenis (lesbianisme). Sementara ayat 16 pula berkaitan dengan hukuman terhadap lelaki homoseksual yang terlibat dengan amalan seks sumbang sesama jenis mereka. Adapun ayat 2 Surah an-Nuur, maka ia berkenaan
dengan hukuman terhadap penzina lelaki dan wanita. Demikian juga dengan hadits diatas. Ia memperincikan lagi hukuman terhadap penzina. Antara tokoh tafsir yang
berpendapat demikian dari kalangaan Salaf ialah Mujahid.

An-Nisa' 4:15
وَٱلَّٰتِى يَأْتِينَ ٱلْفَٰحِشَةَ مِن نِّسَآئِكُمْ فَٱسْتَشْهِدُوا۟ عَلَيْهِنَّ أَرْبَعَةً مِّنكُمْۖ فَإِن شَهِدُوا۟ فَأَمْسِكُوهُنَّ فِى ٱلْبُيُوتِ حَتَّىٰ يَتَوَفَّىٰهُنَّ ٱلْمَوْتُ أَوْ يَجْعَلَ ٱللَّهُ لَهُنَّ سَبِيلًا 
Dan para perempuan yang melakukan perbuatan keji di antara perempuan-perempuan kamu, hendaklah terhadap mereka ada empat orang saksi di antara kamu (yang menyaksikannya). Apabila mereka telah memberi kesaksian, maka kurunglah mereka (perempuan itu) dalam rumah sampai mereka menemui ajalnya, atau sampai Allah memberi jalan (yang lain) kepadanya.

An-Nisa' 4:16
وَٱلَّذَانِ يَأْتِيَٰنِهَا مِنكُمْ فَـَٔاذُوهُمَاۖ فَإِن تَابَا وَأَصْلَحَا فَأَعْرِضُوا۟ عَنْهُمَآۗ إِنَّ ٱللَّهَ كَانَ تَوَّابًا رَّحِيمًا 
Dan terhadap dua orang yang melakukan perbuatan keji di antara kamu, maka berilah hukuman kepada keduanya. Jika keduanya tobat dan memperbaiki diri, maka biarkanlah mereka. Sungguh, Allah Maha Penerima tobat, Maha Penyayang.



234

Daurah tafsir 2019 sesi 18(46)nota 14(302)

Daurah tafsir 2019 sesi 18(46)nota 14(302)


Maksud penting ayat 28
فَلَوْلَا نَصَرَهُمُ الَّذِينَ اتَّخَذُوا مِنْ دُونِ اللَّهِ قُرْبَانًا آلِهَةً ۖ بَلْ ضَلُّوا عَنْهُمْ ۚ وَذَٰلِكَ إِفْكُهُمْ وَمَا كَانُوا يَفْتَرُونَ
Maka sepatutnya mereka dibela oleh segala yang mereka sembah yang lain dari Allah sebagai penyembahan untuk mendekatkan diri (kepada Allah)? (Tetapi tidak), 
bahkan segala yang mereka sembah itu telah hilang lenyap dari mereka. Dan demikianlah akibat penyelewengan mereka dan kepercayaan yang mereka telah ada-adakan.


Surah  al ahqaf
Tertib surah 46
Bilangan ayatnya 35
Bilangan rukuk 6
Surah Makkiyah
Tertib turunnya yg ke 66
Bilangan paragrafnya ada 10
Paragraf 1 ayat 1-3 Tujuan العزيزالحكيم menurunkan alQuran
Paragraf 2 ayat 4-6 Musyirikin Mekah yg percaya kepada tauhid خالقيةjuga dituntut menerima tauhid دعاء dan tauhid ألوهية
Paragraf 3 ayat 7-11 Kritikan orang2 kafir terhadap Muhamad dan alQuran  
Paragraf 4 ayat 12-14 Sudut keserupaan antara kitab Taurat dan alQuran seruan beristiqamah diatas aqidah tauhid.
Paragraf 5 ayat 15-20 Perbezaan sikap  antara si bapa yg berakidah tauhid dan si anak yg kafir ,akibat buruk sifat takabur ,fasiq dan amalan jahat.
Paragraf 6 ayat 21-26 Seruan tauhid oleh Nabi Hud dan penolakan serta olok2an oleh kaum Aad yg musyrik dan jahat
Paragraf 7 ayat 27-28 Keadaan tidak berdaya dan lemahnya tuhan2 yg disembah  oleh orang musyrik ketika mereka dibinasakan.
Paragraf 8 ayat 29-32 Perihal jin yg mendengar al Quran , pendakwah dan penyebar ajaran tauhid dikalangan jin
Paragraf 9 ayat 33-34 Dalil tentang adanya hari akhirat melalui tauhidخالقية
Paragraf 10 ayat 35 Nasihat kepada Rasullah saw supaya sabar dan cekal  disamping ancaman akan binasa kepada orang2 fasiq.

Mesej utama
Setelah percaya kepada alQuran yg diturunkan
 oleh العزيز الحكيم, mendapat pengajaran  daripada akibat buruk yg menimpa kaum Aad yg musyrik, kamu hendaklah menjadi pendakwah kepada alQuran  seperti sikap golongan jin yg beraqidah tauhid.


302

Selasa, Februari 02, 2021

K103.SOLUSI Untuk Kurangkan Risiko Sibling Rivalry(persaingan)

K103.SOLUSI Untuk Kurangkan Risiko Sibling Rivalry(persaingan)

.

SOLUSI Untuk Kurangkan Risiko Sibling Rivalry

1) BERI MEREKA ‘INDIVIDUAL  ATTENTION’.
- Setiap anak-anak perlukan individual attention. Terutamanya anak yang jarang kita beri perhatian. Kekurangan ‘individual attention’ boleh jadi major trigger kepada tingkah aku agresif anak-anak.

- Cari masa untuk layan anak kita yang tersisih tu. Kadang-kadang, anak yang tersisih ni akan jadi manja terlebih sikit. Pakai baju, makan dan mandi pun nak mintak tolong kita buatkan. Tebalkan sabar, dan layankan aje. Insya Allah kalau penuh tangki emosi, kita pun tak pening layan ragam mereka.

- Cuba  libatkan kesemua anak-anak dalam satu aktiviti. Mana yang selalu buat perangai tu, puji setiap kali mereka berjaya bertoleransi dan layan adik-adik.

- Sesekali, ajak anak-anak ambil turn untuk ‘dating’ dengan mak/ ayah. Waktu dating tu, beri pelung untuk mereka pilih aktiviti yang mereka suka.
.

2) Cipta ruang private
Tak semestinya sebuah bilik. Satu sudut kecil untuk dia letak barang personal pun ok dah.

Ataupun satu sudut untuk dia buat aktiviti. Nak tambahkan keistimewaan, beri anak peluang untuk pilih alatan, warna kegemaran atau apa yang dia nak letak kat situ.
.

3) Galakkan kerjasama
Kalau si adik baby lagi, ajak anak yang besar untuk butangkan baju adik, sapu bedak kat pipi, atau agah adik.

Kalau dah besar rancang aktiviti bersama yang tak perlukan mereka bersaing.

 Contohnya, bina lego bersama,kakak golek bola-adik tangkap bola,  atau membaca buku untuk mereka.

Bila dah nampak serasi, boleh boleh ajak mereka main permainan yang berbentuk bersaingan. Contohnya board games dan lumba lari. Ajar anak untuk ucap tahniah dan puji yang menang. Dan bagi semangat pada adik beradik yang sedang mencuba.
.

4) Galakkan anak problem-solving
Untuk anak 3 tahun ke atas, beri ruang untuk selesaikan konflik.

Bila nampak mereka bertekak, kita tak perlu masuk campur. Cukup untuk encourage mereka berbincang dengan baik.

Kalau dah sampai tahap mencederakan masing-masing, baru kita masuk campur.

 Validate their feelings first sebelum buka kembali ruang mereka untuk berbincang.
“Mama nampak abang kecewa tak dapat pinjam barang kakak. Kakak pun tak happy sebab abang ambil barang kakak.
Abang tau tak apa yang kakak rasa? Kakak tau apa yang abang rasa?
Can you discuss? 
Sementara discuss, mama pegang barang ni. Kalau 2-2 happy with each other, baru mama bagi.”

Panjang kan drama dia?
Biar panjang, asalkan senang di kemudian hari.

Quick fix is easy. Tapi tak bagi kesan baik untuk jangka masa panjang.

5 toksik yang mak ayah (juga mulut orang luar) selalu buat sampaikan anak bermusuh hingga ke besar.
Betapa tindakan kita memberi kesan pada anak. 
Jadi, berhati-hatilah dalam memberi respon pada mereka.


1.MEMBANDING-MEMBANDINGKAN.
Adik boleh buat .kenapa kamu tak boleh buat?
Abang senang je dengar cakap aku kenapa kau susah sangat?
Kenapa Angah tak boleh pandai macam  abang?

2.MELABEL.
Anak saya yang ni memang nakal sikit.
Si adik ni tak pandai sangat.

Melabel juga merosakan potensi dalam diri anak .
Salah faham ibu bapa tentang anak ini akhirnya buat anak percaya diri mereka tak pandai ,pemalu dan nakal.

3.FAVORITISM.
- Akan ada anak yang menyenangkan hati dan sebaliknya.
-Walaupun kata tak berniat untuk berat sebelah  tapi anak2 merasai perbezaan layanan.
-terkadang anak yang kuat sakat,annoying dan tak dependent itu mungkin kerana inginkan perhatian
-dahulukan perhatian buat anak yang paling nakal.Puji mereka apabila mereka buat bailagi nakal mereka ,kita rasa,lagi banyak mereka perlu dipuji.


4.TEKANAN BERLEBIHAN KEPADA ANAK YANG LEBIH TUA.
-tak salahnya u tuk ajar anak bertanggungjawab.cuma berpadalah.
- anak sulung bukan "punching bag" untuk kita lepaskan segalanya sehingga mereka rasa hilang harga diri.
-bahagikan tanggungjawab sama rata kepada anak-anak lain ,termasuk diri kita sekalipun kena bekerjasama
-jangan hanya anak sulung yang beralah dan sering dipersalahkan.

5.MENYAKAT.
- memang menyeronokan menyakat anak yang cemburu.
-tanpa sedar ,rasa terancam terbina dalam diri anak lalu menunjukan tingkahlaku agresif terhadap adikberadik lain.

Tafsir asas quran nota 9(233)14

Tafsir asas quran nota 9(233)14


Bermaksud: Ambillah (terimalah) daripadaku, Ambillah (terimalah) daripadaku. Sesungguhnya Allah telah memberi jalan lain kepada mereka. Anak dara yang berzina

dengan anak dara hendaklah disebat seratus sebatan dan dibuang negeri selama setahun. Janda yang berzina dengan janda hendaklah disebat seratus sebatan dan

direjam. (Hadits riwayat Muslim. Abu Daud, lbnu Majah, Ibnu Hibbaan, Ahmad, an-Nasaa'i. ad-Daarimi dan lain-lain).



Menurut Shah Walipullah pula, tidak ada hukum yang dinasakhkan di sini. Apa yang berlaku ialah tempoh hukum yang tersebut didalamnya telah tamat setelah berlalu

sekian lama masa. Selepas itu datanglah pula hukum lain untuk kesalahan yang sama.


Ini kerana nasakh dalam istilah muta'akkhirin ialah menamatkan hukum sebelumnya secara mutlaq. Adapun hukum yang terta'luk dengan jangka masa atau ia

dilaksanakan hingga ke suatu tempoh tertentu, tidaklah ia mansukh dengan hukum yang datang kemudian. Di dalam kitab Usul Fiqh mazhab Hanafi yang terkenal

bemama Nurul Anwar tersebut begini:


إذا التحق به التوقيت لا ينسخ قبل ذلك الوقت وبعده لا يطلق عليه اسم النسخ


Bermaksud: Apabila sesuatu hukum terikat dengan waktu, maka ia tidak boleh dinasakhkan sebelum habis waktunya. Setelah habis waktunya pula ia tidak boleh dikatakan mansukh. (Lihat Nur-l Anwar m/s 209).


Perkataan  سبيلا yang tersebut di akhir ayat 15 Surah an-Nisaa' itu merupakan snatu yang mujmal. Ayat 2 Surah an-Nuur dan hadits yang dikemukakan di atas tidak lebih

daripada bayan (keterangan) bagi perkataan   سبيل itu. Ia bukan nasikhnya, tetapi bayan baginya. Perintah Allah supaya menyakiti dua orang yang melakukan perbuatan keji (zina) di dalam ayal 16 Surah an-Nisaa' juga mr.rjmal, kerana tidak jelas bentuk dankadarnya. Ayat 2 Surah an-Nuur dan hadits yang dikemukakan di atas juga menjadi

bayan atau mubayyin (penjelas) dan mufasshal (keterangan terperinci) kepada apa yang mujmal itu. Namun ia tetap tidak memanansukhkannya.


Syeikhul Hadits Darul Uloom Deoband, Maulana Sa'id Ahmad Palanpuri pula berpendapat, ayat 15 dan 16 itulah yang seharusnya dipakai dalam keadaan hukum

hudud berdasarkan ayat 2 Surah an-Nuur tidak dilaksanakan di sesebuah negara.


Dalam keadaan negara betul-betul merdeka dan berdaulat pula ayat 2 Surah an-Nuur itulah yang seharusnya dikuatkuasakan. Ayat 15 dan 16 Surah an-Nisaa' muhkam


233

K103.CARA GALAK ANAK BUAT KEPUTUSAN YANG BETUL

K103.CARA GALAK ANAK BUAT KEPUTUSAN YANG BETUL

.

CARA 1⃣: Beri anak pilihan antara dua, sejak dia usia 2. Anak usia 2 ni dah peringkat autonomi iaitu buat sendiri ikut apa dia rasa dan fikir betul.

“Adik hari ni nak pakai baju Biru atau Hijau ni?”
“Adik nak makan sekarang atau 5 minit lagi”
“Adik nak pergi senaman di taman depan tu atau di taman sebelah?”

.

CARA 2⃣: Puji bila anak buat pilihan, walau apa jua pilihan dia.

“Hmm Mama suka adik boleh buat pilihan iaitu nak makan nasi bukan mee. Mudah lah Mama nak memasak makanan yang adik akan makan”.

.

CARA 3⃣: Bimbing dia ke arah keputusan yang betul seperti kita tahu ia adalah keputusan lebih tepat buat masa itu.

“Adik pilih, sama ada nak dapat mainan ni minggu depan atau bulan depan?” (bukan sekarang).

“Bagus sebab adik berjaya tangguh keinginan adik, tak semua kita nak tu boleh dapat sekarang, kan?”






* pasti anak rasa sgt gembira dpt seolah autonomi, kuasa dlm pembuatan keputusannya... wlu pkara kecil. self esteem dia pun akan meningkat sesuai dgn keperluan usianya itu yg perlu disokong akan tindakannya kan 😍.