Rabu, Jun 29, 2022

K999.Momen Ambil Anak Dari Sekolah (082)Sangat Penting Untuk Dijadikan Rutin Berbual

K999.Momen Ambil Anak Dari Sekolah (082)Sangat Penting Untuk Dijadikan Rutin Berbual.


Alhamdulillah… kalau dapat peluang ambil anak balik dari sekolah, waktu inilah peluang mak ayah nak bagi anak belajar bercerita. Tapi soalan pun kena lah berlapik, jangan main hentam yang tak ada kaitan dengan aktiviti anak di sekolah.


Macam yang Ustazah Sharifah Zahidah kongsikan kali ini, soalan-soalan positif daripada mak ayah inilah yang buat anak seronok ke sekolah. Percayalah, ini satu momen mahal yang tak dapat dibeli.


Bila Ambil Anak Dari Sekolah

Minggu lepas, penuh di newsfeed ibubapa share moment indah, gembira, sedih, terharu, cuak – bila anak-anak yang sebelum ni selalu merengek manja sekarang ini sudah memasuki darjah 1.


Masing-masing tak ketinggalan, pos gambar anak mereka pertama kali pakai baju sekolah.

Comel kan? Saya tengok pun, ralit.


Layan 1 demi 1 gambar anak-anak kepada kawan-kawan saya.



Dan tak kurang jugak, ramai ibubapa yang share dialog dengan anak-anak bila balik sekolah.


Antara dialog famous,


.“Makan apa di sekolah tadi?”

“Bekal bawak tadi, habis makan tak?”

“Rehat dengan siapa tadi?”

“Siapa nama kawan baru?”


Bagus. Soalan simple sebegini dapat bantu kita buka lebih banyak dialog dan mendorong anak kita bercerita dengan kita.



Bagi saya, moment ibubapa ambil anak dari sekolah, adalah moment yang sangat penting untuk terus dijadikan sebagai rutin kita berbual-bual dengan anak.


Anak penat?

Ya, penat!

Tapi mereka juga sangat excited nak share pengalaman dan cerita baru mereka dengab kita.



Apa yang perlu kita buat, adalah manipulate moment ini untuk RANGSANG anak-anak berfikir dengan matang, dan MENANAM RASA EMPATHY dalam diri mereka, supaya mereka membesar jadi manusia yang ada hati dan perasaan.


Mudah Tapi Inilah Perkara Yang Mak Ayah Dah Tak Buat



Bunyi simple kan?

Tapi ketahuilah ibubapa,


Berapa ramai manusia yang dibesarkan harini menjadi manusia berhati kering, tiada nilai empathy, sifar nilai kemanusiaan.



Buka mata tengok realiti.

Tengoklah kanan kiri.


.Jadi, usah ambil ringan tentang peranan dan kepentingan kita sebagai ibubapa untuk didik anak SUPAYA MEREKA JADI EMPATHY.


Bukan sikit kes perceraian, kerana isu sifar empathy dalam diri.

Berapa banyak kes buli, kerana isu sifar empathy dalam diri.

Berapa banyak jenayah rompak dan bunuh, juga kerana isu sifar empathy dalam diri.


Macam mana nak instill empathy dalam diri anak?

InshALLAH, saya akan kongsikan,

Tips ibubapa boleh manipulate ‘moment dalam kereta’ lepas ambil anak dari sekolah, untuk jadikan anak-anak insan yang MAMPU LAHIRKAN SIFAT EMPATHY DALAM DIRI, secara semulajadi.

.

Ya.

Bukan empathy yang dibuat-buat.

Tapi empathy yang memang kita BENTUK DAN KELUARKAN DARI DALAM DIRINYA SENDIRI.


Sehingga bila sampai dalam babak-babak hidup yang menuntut empathy untuk diterjemah pada karakter diri, dia akan mampu berperanan sebagai manusia paling banyak kasih sayang dan rahmahnya, empathynya untuk orang lain. Bukan empathy yang acah-acah dibuat, tapi hakikatnya hati langsung tidak peduli.



Isnin, Jun 27, 2022

Doa memohon perlindungan dari bala(bila khuatir)

Doa memohon perlindungan dari bala(bila khuatir)


الْحَمْدُ لِلّٰهِ الَّذِي  عَا فَانِي مِمَّا ابْتَلَاكَبِهِ 

وَفَضَّلَنِي عَلَى كَثِيرٍ مِمَّنْ خَلَقَ تَفْضِيلًا

Segala puji bg Allah  yg telah menghindarikan ku  dari bala yg tertimpa kepada mu dan memberi kelebihan kepada ku diatas banyak makhluk lain.



Segala puji bg Allah  yg telah menghindarikan 
ku  الْحَمْدُ لِلّٰهِ الَّذِي  عَا فَانِي

dari bala/ujian yg tertimpa kepada mu  مِمَّا ابْتَلَاكَبِهِ 

dan memberi kelebihan kepada ku diatas banyak makhluk lain وَفَضَّلَنِي عَلَى كَثِيرٍ مِمَّنْ خَلَقَ تَفْضِيلًا


Ahad, Jun 26, 2022

Kitab ilal 01-15sssP07 sesi 15,16

Kitab ilal 01-15sssP07 sesi 15,16,17

Perkara ketujuh
Perawi- perawi haditsnya tidak boleh dijadikan dalil(hujjah)

قَالَ أَبُو عِيسَى التَّرْمِذِي رَحِمَهُ اللهُ تَعِالَى

 فَكل من روى عَنهُ حَدِيث مِمَّن يتهم أَو يضعف لِغَفْلَتِه وَكَثْرَة خطئه وَلَا يعرف ذَلِك الحَدِيث إِلَّا من حَدِيثه فَلَا يحْتَج بِهِ 

وَقد روى غير وَاحِد من الْأَئِمَّة عَن الضُّعَفَاء وبنيوا أَحْوَالهم للنَّاس حَدثنَا إِبْرَاهِيم بن عبد الله بن الْمُنْذر الْبَاهِلِيّ حَدثنَا يعلى بن عبيد قَالَ لنا سُفْيَان الثَّوْريّ اتَّقوا الْكَلْبِيّ فَقيل لَهُ فَإنَّك تروي عَنهُ قَالَ أَنا أعرف صدقه من كذبه


 قَالَ وَأَخْبرنِي مُحَمَّد بن إِسْمَاعِيل حَدثنِي يحيى بن معِين حَدثنَا عَفَّان عَن أبي عوَانَة قَالَ لما مَاتَ الْحسن الْبَصْرِيّ اشْتهيت كَلَامه فتتبعته عَن أَصْحَاب الْحسن فَأتيت بِهِ أبان بن أبي عَيَّاش فقرأه عَليّ كُله عَن الْحسن فَمَا أستحل أَن أروي عَنهُ شَيْئا 

قَالَ أَبُو عِيسَى قد روى عَن أبان بن أبي عَيَّاش غير وَاحِد من الْأَئِمَّة وَإِن كَانَ فِيهِ من الضعْف والغفلة مَا وَصفه أَبُو عوَانَة وَغَيره فَلَا تعْتَبر بِرِوَايَة الثِّقَات عَن النَّاس لِأَنَّهُ يروي عَن أبي سِيرِين قَالَ إِن الرجل يحدثني فَمَا أَتَّهِمهُ وَلَكِن أتهم من فَوْقه

 وَقد روى غير وَاحِد عَن إِبْرَاهِيم النَّخعِيّ عَن عبد الله بن مَسْعُود أَن النَّبِي صلى الله عَلَيْهِ وَسلم كَانَ يقنت فِي وتره قبل الرُّكُوع وروى أبان بن أبي عَيَّاش عَن إِبْرَاهِيم النَّخعِيّ عَن عَلْقَمَة عَن عبد الله بن مَسْعُود أَن النَّبِي صلى
 الله عَلَيْهِ وَسلم كَانَ يقنت فِي وتره قبل الرُّكُوع هَكَذَا روى سُفْيَان الثَّوْريّ عَن أبان بن أبي عَيَّاش وروى بَعضهم عَن أبان بن أبي عَيَّاش بِهَذَا الْإِسْنَاد نَحْو هَذَا وَزَاد فِيهِ قَالَ عبد الله بن مَسْعُود وأخبرتني أُمِّي أَنَّهَا باتت عِنْد النَّبِي صلى الله عَلَيْهِ وَسلم فرأت النَّبِي صلى

 الله عَلَيْهِ وَسلم قنت فِي وتره قبل الرُّكُوع 
قَالَ أَبُو عِيسَى وَأَبَان بن أبي عَيَّاش وَإِن كَانَ قد وصف بِالْعبَادَة والإجتهاد فَهَذِهِ حَاله فِي الحَدِيث وَالْقَوْم كَانُوا أَصْحَاب حفظ فَرب رجل وَإِن كَانَ صَالحا لَا يُقيم الشَّهَادَة وَلَا يحفظها فَكل من كَانَ مُتَّهمًا فِي الحَدِيث بِالْكَذِبِ أَو كَانَ مغفلا يخطىء الْكثير فَالَّذِي اخْتَارَهُ أَكثر أهل الحَدِيث من الْأَئِمَّة أَن لَا يشْتَغل بالرواية عَنهُ أَلا ترى أَن عبد الله بن الْمُبَارك حدث عَن قوم من أهل الْعلم فَلَمَّا تبين لَهُ أَمرهم ترك الرِّوَايَة عَنْهُم 

أَخْبرنِي مُوسَى بن حزَام قَالَ (أنه) سَمِعت صَالح بن عبد الله يَقُول كُنَّا عِنْد أبي مقَاتل السَّمرقَنْدِي فَجعل يروي عَن عون بن أبي شَدَّاد الْأَحَادِيث الطوَال الَّذِي كَانَ يروي فِي وَصِيَّة لُقْمَان وَقتل سعيد بن جُبَير وَمَا أشبه هَذِه الْأَحَادِيث فَقَالَ لَهُ بن أخي أبي مقَاتل يَا عَم لَا تقل حَدثنَا عون فَإنَّك لم تسمع هَذِه الْأَشْيَاء قَالَ يَا بني هُوَ كَلَام حسن

وَسَمِتُ الْجَروْدَ يَقُوْلُ: كُنَّا عِنّدَ أَبِي مُعَاوِيَةِ فَذُكِرِ لَهُ حَدِيْثُ أَبِي مُقَاتِلٍ عَنْ سُفْيَانَ الثَّوْرِيِّ عَنْ الْأِعْمِشِ عَنْ أَبِي ظِبْيَا قَالَ : سُئِلَ عَلِىٌّ عَنْ كُوْرِ الزَّنَابِيْرِ قَالَ ((لَا بَأْسِ بِهِ هُوَبِمَنْزِلَةِ صَيْدِ الْبَحْرِ)) فَقَالِ أَبُو مُعَاوِيَةَ : مَا أقُوْلُ: إِنِّ صِاحَبِكُمْ كَذَّابٌ، وِلَكِنَّ هِذِا الْحَدِيْثِ كَذِبٌ

Bermaksud: Kata Abu 'Isa at-Tirmidzi r.a., "Semua orang yang diriwayatkan sesuatu hadits daripadanya dari kalangan orang-orang yang tertuduh atau dikatakan dha'if kerana kecuaiannya dan banyak kesilapannya, di samping tidak pula diketahui hadits itu melainkan daripada haditsnya, tidaklah boleh dijadikan hujah.⁶⁹

Sambung  dengan sesi 16

Bermaksud: Bukan seorang imam telah meriwayatkan (hadits) daripada perawi-perawi dha'if, tetapi mereka menerangkan keadaan perawi-perawi yang lemah itu
kepada orang ramai. Ibrahim bin 'Abdillah bin al-Mundzir al-Baahili meriwayatkan kepada kami, katanya. Ya'la bin 'Ubaid meriwayatkan kepada kami, katanya, kata Sufyan ats-Tsauri: "Jauhilah al-Kalbi,” Maka ada orang berkata kepada beliau,”Kamu sendiri itu bagaimana boleh meriwayatkan daripadanya?' Jawab Sufyan,
"Aku dapat membezakan mana yang benar dari mana yang dusta.”⁷⁰

-al-Kalbi ditemui sebagai ahli tafsir, ahli keturunan dan ahli maghazi


Bermaksud: Muhammad bin Ismail meriwayatkan kepadaku, katanya: Yahya bin Ma'in meriwayatkan kepadaku, katanya: 'Affaan meriwayatkan kepada kami daripada Abi 'Awaanah, katanya: "Apabila Hasan al-Bashri meninggal dunia, aku teringinkan kata-katanya. Maka aku mencarinya daripada murid-murid Hasan. Aku membawanya pergi kepada Abaan bin Abi 'Ayyaasy. Dia terus membaca semuanya dihadapanku sebagai riwayat daripada Hasan. Kerana itu aku tidak menganggap halal meriwayatkan sesuatu daripadanya.⁷¹

Bermaksud: kata Abu 'lsa, "Bukan seorang imam telah meriwayatkan hadits daripada Abaan, walaupun kelemahan dan kealpaan yang ada padanya seperti apa yang disebut
oleh Abu dan lain-lain itu.⁷² Kerana itu janganlah kamu terpedaya dengan riwayat perawi-perawi tsiqaat (muhadditsin) daripada perawi-perawi dha'if. Justeru dinukilkan daripada Ibnu Sirin bahawa beliau berkata: "Sesungguhnya ada orang meriwayatkan hadits kepadaku.  Aku tidak mentohmahnya ⁷³ sebaliknya mentohmah perawi di atasnya.⁷⁴


Bermaksud: Kata Abu 'Isa, "Ramai orang telah meriwayatkan daripada Ibrahim an-Nakhai bahawa 'Abdullah bin Masud berqunut dalam witirnya sebelum ruku'.⁷⁵ Abaan bin Abi 'Ayyaasy pula meriwayatkan daripada Ibrahim an-Nakha'i daripada 'Alqamah daripada 'Abdillah bin Masud bahawa Nabi s.a.w. berqunut dalam witirnya sebelum rukuk. ⁷⁶  Demikianlah Sufyan ats-Tsauri meriwayatkan daripada Abaan bin Abi 'Ayyaasy.⁷⁷  Sesetengah perawi (seperti Yazid bin Zurai') meriwayatkan daripada Abaan bin Abi 'Ayyaasy dengan sanad ini sama seperti ma'na hadits sebelum ini, tetapi dengan tambahan berikut: "Kata 'Abdullah bin Masud, "Ibuku menceritakan kepadaku bahawa sesungguhnya ia telah bermalam di rumah Nabi s.a.w. la melihat Nabi s.a.w berqunut di dalam witirnya sebelum ruku.⁷⁸
Kata Abu 'Isa, Abaan bin Abi 'Ayyaasy walaupun diketahui kuat beribadat, tetapi inilah keadaannya dalam hadits.⁷⁹

Minit 22

Para muhadditsin (sejati) pula adalah orang-orang
yang kuat ingatannya. Ada juga orang, walaupun saleh, tetapi ia tidak dapat memberikan kesaksiannya dengan betul, la tidak ingat betul-betul apa yang hendak
disaksikannya.⁸⁰  Oleh itu orang yang tertuduh berdusta dalam meriwayatkan hadits atau ia seorang yang Ieka(alpa) dan banyak melakukan kesilapan dalam periwayatan, menurut apa yang dipilih oleh kebanyakan imam-imam hadits ialah riwayatnya tidak boleh diterima. Tidakkah engkau lihat bagaimana 'Abdullah bin al-Mubarak meriwayatkan daripada sekumpulan ahli ilmu (perawi-perawi hadits), tetapi setelah mengetahui keadaan mereka yang sebenarnya, beliau tidak lagi mahu meriwayatkan daripada mereka?

Minit 26

Bermaksud: (Imam at-Tirmidzi berkata)⁸¹ Musa bin Hizaam meriwayatkan kepadaku, katanya: Aku mendengar Saleh bin 'Abdillah berkata; "Pernah kami berada di samping Abi Muqatil as-Samarqandi.⁸² Dia mula meriwayatkan daripada 'Aun bin Abi Syaddaad hadits-hadits panjang yang diriwayatkan tentang wasiat Luqman dan pembunuhan Said bin Jubair dan cerita-cerita seumpamanya. Maka berkatalah anak saudara Abi Muqatil, "Wahai Pak cik! Janganlah Pak cik berkata, ""Aun meriwayatkan kepada kami. Kerana Pak cik tidak mendengar benda-benda ini (daripadanya)." Abu Muqatil pun berkata, "Wahai anakku! la adalah cerita yang bagus ⁸³

(Kata Imam Tirmidzi lagi) Aku mendengar al-Jaarud berkata, "Pernah kami di samping Abi Mu'aawiah, lalu disebutkan kepadanya hadits Abi Muqatil daripada Sufyan ats-Tsauri daripada al-A'masy daripada Abi Zhabyaan, kata beliau, 'Ali pernah ditanya tentang sarang tebuan. Jawab beliau, "Tidak mengapa denganya. la sama seperti perburuan laut." Maka berkata Abu Mu'aawiah: "Sesungguhnya aku tidak berkata sahabatmu pendusta, tetapi hadits ini dusta."

- ini ditanya tentang orang yang berihram.
Minit 35
___________

⁶⁹Kritikan terhadap perawi-perawi yang menyebabkan mereka tidak diterima dalam istilah hadits disebut الطعن atau الجرح  .Perkara الطعن atau itu الجرح berlaku terhadap sepuluh perkara. 
Lima daripadanya berkaitan dengan 'Adaalah (العدالة) dan lima lagi berkenaan dengan  الضبط.

 'Adaalah adalah suatu sifat yang apabila ada pada seseorang, ia akan dianggap sebagai seorang yang baik dan berugama. la terhasil daripada sikap seseorang yang mengelak diri daripada dosa-dosa besar, tidak berterusan melakukan dosa-dosa kecil dan sentiasa menjaga maruah diri. 

Ad-Dabth (الضبط) bererti menjaga dan mengingati dengan baik apa yang diterima daripada guru, sama ada melalui catatan atau hafalan. Dhabth terbahagi kepada dua; ضبط الصدر dan ضبط الكتابة. Mengingati dengan baik apa yang diterima daripada guru dipanggil ضبط dan mencatit serta menyimpan dengan baik apa yang diterima daripada guru pula dipanggil ضبط الكتابة

'Adaalah seseorang perawi tercedera dengan adanya salah satu daripada lima perkara berikut: 
(1) Berdusta. 
(2) Tertuduh berdusta. 
(3) Kefasiqan. 
(4) Keadaan tidak dikenali atau diketahui. 
(5) Terbabit dengan biďah.

Maksud berdusta di sini ialah perawi telah terbukti sengaja berdusta atas nama Nabi s.a.w. Sama ada dengan sengaja mengatakan atau meriwayatkan apa yang tidak dikata atau dibuat oleh Nabi s.a.w. Termasuk dalam maksud berdusta juga mengaitkan sesuatu yang bukan sebenar dengan Rasulullah s.a.w. Riwayat atau hadits pendusta dihukum sebagai maudhu' .Maksud tertuduh berdusta ialah perawi yang tidak terbukti dengan jelas telah berdusta dalam meriwayatkan hadits, tetapi terdapat sedikit tanda-tanda yang menimbulkan keraguan ia telah berdusta. 
Antaranya ialah: 
(1) Ia ada meriwayatkan hadits yang bercanggah dengan qaedah-qaedah syari'at yang diketahui dan diterima oleh semua pihak. 
(2) Perawi terbukti telah berdusta dalam perkara lain selain hadits. Maka timbul keraguan bahawa boleh jadi dia ada berdusta juga dalam hadits. Riwayat perawi yang dikatakan tertuduh berdusta dihukum matruk (tidak diterima riwayatnya).

Maksud kefasiqan ialah suatu sifat yang mendatang pada perawi apabila ia: 
(1) Melakukan dosa besar, sama ada dengan kata-katanya atau dengan perbuatannya. 
(2) Mengucapkan sesuatu ucapan yang membayangkan kekufuran atau membawa kepada kekufuran. 
(3) Suka memaki hamun orang atau 
(4) Melakukan dosa-dosa kecil secara berterusan.
Maksud keadaan tidak dikenali atau diketahui ialah perawi yang tidak diketahui keadaannya, sama ada ia seorang tsiqah atau tidak tsiqah.

Maksud terbabit dengan biďah ialah perawi terbabit dengan biďah i'tiqadi yang menyesatkan. Orang yang terbabit dengan biďah i'tiqadi dianggap sesat atau ahli biďah yang menyeleweng. Demikianlah bid'ah menurut istilah Usul Hadits. Adapun bidăah menurut istilah syari'at, maka ia adalah apa saja perkara baharu yang tidak ada asalnya di dalam alQur'an atau as-Sunnah. Dan ia tidak terdapat di zaman as-Salaf as-Saleh yang diakui Rasulullah s.a.w. sebagai sebaik-baik kurun.

Dhabth seseorang perawi pula tercedera dengan adanya salah satu daripada lima perkara berikut: 
(1) Kesilapan yang teruk فُحّش الغَلَطِ
(2) Terlalu alpa كَثْرَة الغَفَةُ 
(3) Keliru وَهْمٌ
(4) Menyalahi perawi-perawi yang dipercayai مُخَالَفَةُ الثِّفَاتِ
(5) Ingatan yang teruk سُوْءُ الحِفْظَ

Maksud kesilapan yang teruk ialah perawi banyak sekali melakukan kesilapan yang teruk. Hadits-hadits yang diriwayatkannya banyak mengandungi kesilapan yang teruk. Yang salah lebih banyak daripada yang betul.

Maksud terlalu alpa ialah perawi terlalu alpa dalam mengingati hadits. Ia juga alpa dalam mencatat hadits. Akibatnya ia tersalah apabila meriwayatkan hadits.

Maksud Waham ialah kesilapan perawi kerana terlupa atau terkeliru. Perawi yang banyak waham ialah perawi yang banyak tersalah akibat terlupa atau terkeliru. Kerana terlupa dan terkeliru perawi mengubah sanad dan matan sesuatu hadits. Hadits mursal atau munqathi' diriwayatkannya secara muttashil. Sepotong ayat yang terdapat di dalam satu hadits dimasukkannya ke dalam hadits yang lain. Menokok tambah hadits sehingga hilang lafaz  asalnya. Menukar perawi dha'if dengan perawi yang kuat dan sebagainya. Hadits yang terdapat waham seseorang perawi dipanggil hadits mu'allal, iaitu hadits yang mengandungi kecacatan yang tersembunyi.

Maksud menyalahi perawi-perawi yang dipercayai ialah menyalahi mereka dalam 6 bentuk
berikut: 
(i)مُدْرَجُ الإِسْنِاد    ( tambahan isnad) 
(ii)مُدْرَجُ المَتَن
(iii)مَقْلُوب   (terbalik)                      
(iv)مَزِيدُ فِي مُتَّصِل الأِسْانِيد(tertambah dalam sanad)
(v)مُضْطَرِب (tidak tetap)
(vi)ْمُصَحَفْ وَمُحَرَف (rumah perkataan jadi lain)
Maksud ingatan yang teruk ialah perawi mempunyai ingatan yang teruk. Kerananya ia lebih banyak tersalah dalam periwayatannya. Riwayatnya yang tersalah lebih banyak daripada yang betul atau kalau tidak lebih banyak pun kedua-duanya sama banyak.

Sambungan dengan sesi 16

⁷⁰ Maksud Sufyan ialah aku mengetahui mana riwayatnya yang sahih dan mana yang tidak sahih. Kerana itu aku dapat memilih riwayat-riwayatnya yang sahih untuk diriwayatkan. Riwayat-riwayatnya yang dha'if pula tidak ku pilih. Adapun orang ramai yang tidak dapat membezakan riwayat-riwayatnya, maka dia hendaklah menjauhinya. 
Jangan sekali-kali terpedaya dengan perawi-perawi dha'if kerana semata-mata imam-imam besar ada meriwayatkan sesuatu daripadanya. Telah diterangkan sebelum ini bahawa riwayat tiga macam perawi dha'if tidak boleh dijadikan hujah dan dalil. Akan tetapi kadang-kadang ditemui juga tokoh-tokoh hadits meriwayatkan hadits daripada perawi-perawi seperti itu. Apakah pendirian mereka terhadap perawi-perawi dha'if perlulah diketahui dan difahami dengan baik.

Sepintas lalu anda mungkin merasakan seolah-olahnya seseorang imam dalam bidang hadits apabila meriwayatkan hadits daripada seseorang perawi yang dha'if dan tidak tsiqah bererti ia mengi'tirafnya dan mengangggapnya kuat dan tsiqah. Ketahuilah bahawa terdapat banyak sebab kenapa seseorang imam hadits meriwayatkan hadits daripada perawi dha'if dan tidak tsiqah. 

Di bawah ini dikemukakan sebab-sebabnya:
(1) Riwayat seseorang perawi yang dha'if kadang-kadang sahih pada pandangan tokoh-tokoh hadits tertentu. Kerana itu ia menerimanya dan memasukkannya ke dalam kitabnya. Di dalam Sahih Bukhari dan Sahih Muslim pun terdapat hadits-hadits yang dikritik oleh pakar-pakar hadits kerana kedudukan perawinya yang dipertikaikan. Apakah jawapan yang diberikan oleh pensyarah-pensyarah kedua kitab tersebut yang membelanya? Jawapan yang diberikan oleh mereka ialah kerana riwayat-riwayat yang dikemukakan oleh perawi-perawi dha'if itü sahih pada pandangan pengarangnya.

(2) imam-imam hadits mampu membezakan antara riwayat-riwayat sahih dan dha'if yang dikemukakan oleh perawi-perawi dha'if. Mereka hanya memilih yang sahih sahaja untuk diterima dan diriwayatkan. İnilah sikap Sufyan ats-Tsauri seperti tergambar daripada riwayat yang dikemukakan oleh Timidzi di ataş.

(3) Tujuan meriwayatkan hadits daripada perawi dha'if ialah untuk menyatakan kedha'ifannya. Dengan mengemukakan riwayatnya yang dha'if itulah para pelajar dapat mengetahui sebab-sebab kedha'ifannya. 

(4) Riwayat perawi yang dha'if diterima kerana ada riwayat mutabi'nya atau riwayat syahidnya yang kuat dan sahih.

(5)Riwayat dha'if dikemukakan untuk memperkenalkan perawinya. Jikalau riwayatnya tidak dikemukakan, niscaya tidak adalah peluang untuk memperkenalkan perawi-perawinya.

(6)Riwayat perawi yang dha'if kerana bid'ahnya kadang-kadang dikemukakan bukanlah bertujuan membenarkan fahamannya, sebaliknya kerana ia menyokong fahaman Sunnah yang betul.

(7)Kadang-kadang seseorang perawi dianggap dha'if oleh sesetengah ahli hadits, sedangkan ia pada pandangan sesetengah yang lain tidak dha'if.

(8) Kadang-kadang seorang perawi hanya dianggap dha'if apabila ia meriwayatkan daripada orang tertentu sahaja. Adapun riwayatnya daripada orang-orang lain tidak pula dianggap dha'if.

(9)Sesetengah perawi hanya dianggap dha'if setelah tahun tertentu sahaja. Adapun riwayatnya sebelum tahun tertentu itu, maka tidak pula dianggap dha'if.

(10)Selalu juga riwayat perawi dha'if diketengahkan, semata-mata untuk mendedahkan keganjilannya dan kecenderungan fahamannya.

Bagaimanapun apa yang disebutkan oleh Tirmidzi sebelum ini tetap terpakai, iaitu "Semua orang yang diriwayatkan sesuatu hadits daripadanya dari kalangan orang-orang yang tertuduh atau dikatakan dha'if kerana kecuaiannya dan banyak kesilapannya, di samping tidak pula diketahui hadiis itü melainkan daripada haditsnya, tidaklah boleh dijadikan hujah.

⁷¹Maksud kata-kata Abu 'Awaanah ini menurut an-Nawawi ialah Abaan meriwayatkan apa saja atas nama Hasan al-Bashri. Dia meriwayatkannya berdasarkan permintaan orang. Dan dia memang berdusta dalam riwayatnya itu. Menurut Maulana Rasyid Ahmad Gaggohi pula, Abaan kadang-kadang meriwayatkan daripada Hasan sesuatu yang agak sukar diterima ia sabagai kata-kata Hasan. Justeru dustanya jelas sekali. Kerana itulah Abu 'Awaanah tidak menganggap halal meriwayatkan sesuatu daripadanya. Imam Ahmad dan Ibnu Ma'in menganggap Abaan seorang perawi matruk. Waki' pula mengatakan dia perawi munkarul hadits.

⁷² Antara imam dan tokoh yang telah meriwayatkan daripadanya ialah Sufyan ats-Tsauri' Maimar, Yazid bin Harun, Abu Ishaq al-Fazaari dan lain-lain.

⁷³Kerana dia perawi yang tsiqah dan boleh dipercayai.

⁷⁴ Maksudnya ialah aku meragui gurunya atau guru kepada gurunya, kerana ia tidak tsiqah. Berpandukan kata-kata Ibnu Sirin ini dapatlah difahami bahawa adakalanya perawi tsiqah meriwayatkan daripada perawi yang tidak tsiqah kerana maksud dan tujuan tertentu seperti telah disebutkan sebelum ini. Imam Tirmidzi selepas ini menghuraikan bagaimana Abaan menimbukan masalah dalam periwayatannya.

⁷⁵ Riwayat ini adalah mauquf dan munqathi'. la hanya bercerita tentang amalan Ibnu Masud, bukan amalan Nabi s.a.w. la dikatakan munqathi' (terputus) kerana Ibrahim tidak sempat dengan zaman Ibnu Mas'ud. Riwayat ini dikemukakan oleh Imam Muhammad bin al-Hasan di dalam kitabnya yang bernama Kitab al-Aatsaar.

⁷⁶Apa yang dilakukan oleh Abaan dalam riwayatnya ini ialah ia memarfu'kannya. Dikatanya Nabi s.a.w. yang berqunut sebelum rukuk itu. la juga memaushukannya dengan menambahkan 'Alqamah di antara Ibrahim dan 'Abdullah bin Masud. Padahal tidak ada pun perantaraan itu.

⁷⁷ Riwayat Sufyan ini terdapat di dalam Mushannaf Ibnu Abi Syaibah.

⁷⁸ Hadits ini juga terdapat di dalam Mushannaf Ibnu Abi Syaibah. Kesimpulannya ialah Abaan telah melakukan beberapa perkara apabila meriwayatkan hadits 'Abdullah bin Masud itu. 
Pertamanya ialah dia telah memarfu'kan hadits mauquf. Keduanya ialah dia telah menambahkan hadits ibu Ibnu Masud. Dan 
ketiganya ialah dia telah memaushulkan hadits yang munqathi'. 
Dua perkara terakhir ini bukanlah suatu perkara yang mustahil, tetapi oleh kerana Abaan bersendirian dałam meriwayatkannya begitu dan tidak ada perawi lain yang tsiqah menjadi mutabi înya, maka dia tertuduh dałam periwayatannya.

Kata Ibnu Hibbaan, "Abaan selalu menghadhiri majlis Hasan Bahsri. Apa yang didengarinya daripada Hasan, dikaitkan secara marfu' dengan Anas r.a. Dia melakukan begitu
dalam keadaan alpa sehingga kira-kira 1,500 hadits diriwayatkannya dengan cara itu. Padahal kebanyakannya tidak berasas sama sekali.

⁸⁰ Begitulah keadaan perawi-perawi lemah seperti Abaan bin Abi 'Ayyaasy.

⁸¹ Perenggan ini hanya terdapat di dalam nuskhah cetakan Mesir sahaja. la pada asalnya tidak terdapat dalam cetakan India.

⁸² Abu Muqatil adalah seorang perawi yang sangat dha'if, Nama sebenarnya ia!ah Hafsh bin Salm, Dia meriwayatkan daripada Ayyub as-Sakhtiani, 'Ubaidullah bin 'Umar. Ibnu Abi Rawwaad dan 'Aun bin Abi Syaddand banyak sekali riwayat-riwayat munkar. Qutaibah bin Sa'id mengatakan dia seorang perawi yang sangat dha'if. Ibbu Hibbaan berkata, 'Dia meriwayatkan banyak riwayat munkar yang langsung tidak berasas." Ibnu 'Adi berkata, "Riwayat-riwayatnya tidak boleh dìpercayai." Ibnu Mahdi dan Waki pula mengatakan dia pendusta. Umurnya panjang, Dia telah hidup hingga ke tahun 208 Hijrah.

⁸³ Baginya asalkan cerita bagus, maka bolehlah ia dikaitkan dengan seseorang seperti 'Aun bin Abi Syaddaad dan lain-lain.


Perawi dhaif
1.Al-Kalbi
2.Hasan al-Bashri
3.Abaan bin Abi 'Ayyaasy
4.Abi Muqatil as-Samarqandi.

K000.Anak akan belajar menghina ibu, bila mereka nampak si ayah menghina ibu.

K000.Anak akan belajar menghina ibu, bila mereka nampak si ayah menghina ibu.

Anak akan belajar melawan ayah, bila nampak ibu banyak melawan ayah.

Anak akan mengarah-ngarah ibu bila nampak ayah selalu mengarah-ngarah ibu.

Anak juga akan belajar berdalih dan menipu bila nampak mak ayah selalu berdalih dan menipu.

Sebaliknya, anak akan patuh cakap ayah bila nampak ibu patuh cakap ayah.

Dan anak akan ikut rajin tolong ibu bila nampak ayah selalu rajin tolong ibu.

Tolong.
Jaga tingkah laku kita dengan pasangan. Cuba jadi seseorang yang kita nak anak jadi.

Kredit: Wawa Shauqi

neorobion

Neorobion

Dr Manjit

1.Thiamine hydrochloride

(Vitamin B1) 100 mg

2.Pyridoxine hydrochloride

(Vitamin B6) 200 mg

3.Cyanocobalamin (Vitamin B12) 200 mcg


Dalam  Kkm punya.

1.Thiamine hcl (b1)5mg

2.Pyridoxine hcl (b6)1mg

3.Cyanocobalamin (b12) 3mg

4.Nicotinamide 10mg

5.Riboflavin 1.5 mg


Mg=10³mcg


Apa itu Neurobion?

Neurobion adalah suplemen vitamin neurotropik yang mengandung vitamin B kompleks dosis tinggi, termasuk vitamin B1 (thiamine), vitamin B6 (pyridoxine), dan vitamin B12 (cyanocobalamin). 


Ketiga vitamin ini penting untuk metabolisme tubuh, terutama di sistem saraf perifer dan pusat.


Berikut adalah kandungan vitamin B yang terdapat di dalam Neurobion:

Thiamine hydrochloride (Vitamin B1) 100 mg

Pyridoxine hydrochloride (Vitamin B6) 100 mg

Cyanocobalamin (Vitamin B12) 200 mcg


Ada pula Neurobion Forte (pink), yaitu suplemen vitamin B kompleks dengan kandungan vitamin B12 yang jauh lebih tinggi dibanding dengan Neurobion biasa yang berwarna putih. Berikut adalah kadar vitamin B kompleks yang terkandung dalam Neurobion Forte (pink):

Thiamine mononitrate (Vitamin B1) 100 mg

Pyridoxine hydrochloride (Vitamin B6) 100 mg

Cyanocobalamin (Vitamin B12) 5000 mcg



Vitamin B kompleks adalah gabungan dari berbagai vitamin yang larut dalam air dan dapat ditemukan di berbagai jenis makanan. Vitamin larut dalam air artinya tubuh dapat menyerap kandungan dari vitamin tersebut, sisanya akan terbuang melalui urine.

Kedua jenis Neurobion ini memiliki kandungan yang dapat mencukupi kebutuhan harian vitamin B kompleks.


Berdasarkan rekomendasi National Institutes of Health, berikut adalah kebutuhan vitamin B kompleks yang dibutuhkan sehari-hari:


Vitamin B1 (thiamine)

Usia 14-18 tahun: 1,2 mg (pria); 1,0 mg (wanita); dan 1,4 mg (ibu hamil)

Usia 19-50 tahun: 1,2 mg (pria); 1,1 mg (wanita); dan 1,4 mg (ibu hamil)

Usia 51 tahun ke atas: 1,2 mg (pria) dan 1,1 mg (wanita)


Vitamin B6

Usia 14-18 tahun: 1,3 mg (pria); 1,2 mg (wanita); dan 1,9 mg (ibu hamil)

Usia 19-50 tahun: 1,3 mg (pria); 1,3 mg (wanita); dan 1,9 mg (ibu hamil)

Usia 51 tahun ke atas: 1,7 mg (pria) dan 1,5 mg (wanita)


Vitamin B12

Usia 14 tahun ke atas: 2,4 mcg (pria dan wanita) dan 2,6 mcg (ibu hamil)


Mak

 b1 1.1mg

B2 1.5mg

B1.2 2.4mcg



Sahih bukhari kitab azan sesi 063(1545-1551)s5


Sahih bukhari kitab azan sesi 63  4/6/22(5)
¹⁷⁸⁸ Bersama beberapa orang sahabatnya setelah selesai bersembahyang Zohor.

¹⁷⁸⁹ bin Malik. Mereka dari kalangan puak Aus. Aus adalah salah satu daripada dua qabilah Anshaar. Daerah mereka terletak di Qubaa'.

¹⁷⁹⁰ Mu'adzdzin yang dimaksudkan di sini ialah Bilal. Perginya Bilal kepada Abu Bakar adalah dengan perintah Rasulullah s.a.w.sendiri berdasarkan satu riwayat yang dikemukakan oleh at-Thabaraani, juga daripada Abi Haazim bin Dinar daripada Sahal bin Sa'ad as-Saa'idi, Baginda saw bersabda:
يَا بِلالُ إنْ حَضَرَتِ العِعْرُ وَلَمْ آتِكَ فَمُرْ أَبَا بِكّرٍ فَلْيُصَلِّ بِالنَّاسِ
Bermaksud :Jika masuk waktu `Ashar dan aku belum juga sampai kepadamu, maka suruhlah Abu Bakar, biar dia yang menjadi imam kepada orang ramai.”
(Lihat hadits ini selengkapnya di dalam al-Mu' jamu al-Kabir j.6 m/s 182).

¹⁷⁹¹Hingga ke shaf pertama di belakang Abu Bakar. Perbuatan meredah masuk melalui celah-celah shaf untuk sampai ke shaf pertama seperti ini harus kepada imam.Tetapi ia makruh kepada orang-orang lain. Di dalam riwayat Muslim tersebut:
فَخَرَقَ الصُّفُوفَ حَتَّى قَامَ عِنْدَ الصَّفِّ الْمُقَدَّمِ
Bermaksud;Lalu Baginda membelah shaf-shaf sehingga berdiri pada shaf pertama.

¹⁷⁹² Aaishah meriwayatkan bahawa dia pernah bertanya Rasulullah s.a.w.tentang berpaling ketika bershalat, maka Baginda bersabda:
هُوَ اخْتِلَاسٌ يَخْتَلِسُهُ الشَّيْطَانُ مِنْ صَلَاةِ الْعَبْدِ
Bermaksud:Itu adalah peluang meragut yang diperolehi syaitan daripada shalat seseorang hamba(Allah).
(Hadits riwayat Bukhari,Ahmad,Tirmidzi,Abu Daud, Nasaa'i, Ibnu Khuzaimah,Ibnu Hibbaan,Abu Ya'la dan lain-lain).

Abu Bakar juga tentu sekali telah mengetahui tentangnya,kerana itu beliau tidak berpaling ketika bershalat.



¹⁷⁹³ Kerana itu bererti restu Allah dan RasulNya buat dirinya.

¹⁷⁹⁴Abi Quhaafah adalah nama panggilan (kuniah) ayahanda Abu Bakar. Nama sebenarnya ialah `Utsman bin 'Aamir. Beliau memeluk agama Islam pada tahun pembukaan Mekah. Dan meninggal dunia pada tahun 14 Hijrah di zaman pemerintahan Saiyyidina 'Umar. Abu Bakar tidak menyebut namanya, sebaliknya mengatakan anak Abi Quhaafah, semata-mata untuk merendah diri kepada Rasulullah s.a.w. dan memperlekeh kedudukannya berbanding kedudukan seorang nabi. Begitulah adab Abu Bakar dengan Rasulullah s.a.w.

¹⁷⁹⁵ Dan Rasulullah s.a.w. pula menjadi ma'mumnya! Satu persoalan timbul di sini bahawa bagaimana Abu Bakar boleh menyalahi perintah Rasulullah s.a.w. Bukankah Rasulullah telah mengisyaratkan kepadanya supaya terus menjadi imam? Oleh kerana persoalan ini mungkin
timbul dalam benak seseorang dan ia menjadi mangsa prejudis terhadap Abu Bakar, maka Rasulullah s.a.w. sendiri telah bertanya Abu Bakar, kenapa beliau menyalahi perintah Baginda?
Rasulullah s.a.w. mahu Abu Bakar sendiri yang membersih dan membela dirinya. 

Kesimpulan yang dapat difahami daripada jawapan Abu Bakar ialah beliau lebih mengutamakan adab dengan Rasulullah s.a.w. daripada yang lain-lain. Memang benar Baginda telah menyuruh beliau meneruskan shalat, tetapi suruhan dan perintah itu tidak difahami Abu Bakar sebagai suruhan dan perintah yang wajib. Ia hanya sebagai penghormatan Baginda s.a.w. kepadanya semata-mata.
Bukti bahawa perintah itu hanya sebagai penghormatan kepadanya ialah perbuatan Rasulullah s.a.w. yang menyusup masuk melalui celah-celah shaf hingga ke shaf pertama. Ia menunjukkan Baginda berhasrat menjadi imam sebenarnya. Cuma sebagai menghormati Abu Bakar Baginda mengisyaratkan kepadanya agar meneruskan shalat. Setelah menghargai penghormatan dan restu
Rasulullah dengan mengangkat tangan memuji Allah, beliau terus mundur. Daripada tindakan Abu Bakar itu para `ulama' menyimpulkan bahawa jika seseorang diperintah oleh orang yang lebih tinggi kedudukan daripadanya supaya melakukan sesuatu, sedang ia memahami perintah itu
tidak lebih daripada menghormatinya semata-mata, maka tidak mestilah ia menurut perintah itu.
Malah tidak menurut perintahnya, itulah yang dianggap sebagai lebih beradab dan lebih matang dalam memahami maksud seseorang. Bagaimanapun, perlu sekali diingat bahawa menjunjung perintah dengan melakukan apa yang disuruh juga suatu yang penting. Kerana itu bila al-
Mughirah bin Syu'bah ditanya, pernahkan rasululllah s.a.w. bersembahyang dengan menjadi ma'mum kepada seseorang selain Abu Bakar? Maka jawab beliau, “Ya, pernah.”Semasa perang Tabuk, pernah Rasulullah terlambat datang bersembahyang Subuh, lalu orang ramai
bersembahyang dengan berimamkan `Abdur Rahman bin `Auf. Setelah menunaikan satu raka'at sembahyang Subuh, aku dan Rasulullah s.a.w.tiba-tiba datang kepada mereka. 'Abdur Rahman mahu mundur, tetapi Rasulullah s.a.w.memerintahkan supaya beliau terus menjadi imam. Maka Abdur Rahman terus menjadi imam hingga akhir. Rasulullah s.a.w. sebagai masbuq telah menambahkan satu raka'at lagi setelah `Abdur Rahman memberi salam. Daripada dua peristiwa itu dapat disimpulkan bahawa dua orang sahabat agung Rasulullah s.a.w.telah mengambil sikap dan langkah yang berbeza terhadap perintah Baginda. 'Abdur Rahman bin 'Auf telah mentarjihkan perintah Rasulullah s.a.w. Abu Bakar pula telah mentarjihkan adab daripada yang lain-lain. Mungkin juga `Abdur Rahman bin `Auf mentarjihkan perintah Baginda kerana beliau telah pun bersembahyang satu raka'at. Mundur ke belakang baginya boleh menimbulkan kecelaruan kepada para ma'mum. Berbeza dengan apa yang berlaku dalam peristiwa Abu Bakar, kerana Rasulullah s.a.w. datang ke masjid ketika beliau baru memulakan shalat.

¹⁷⁹⁶ Antara pengajaran,panduan, pedoman dan hukum yang dapat disimpulkan daripada hadits ini ialah: 
(1) Kelebihan menyelesaikan masalah masyarakat dan kelebihan mendamaikan pihak-pihak yang berkelahi dan bertelagah. 
(2) Perpaduan masyarakat dan keharmonian ra'yat perlu
diutamakan daripada perkara-perkara lain. 
(3) Pemimpin negara sendiri harus berusaha
memulihkan keadaan masyarakat, daripada tidak baik kepada baik dan lebih baik. 
(4) Usaha mendamaikan masyarakat lebih diutamakan daripada menjadi imam shalat. 
(5) Hadits ini menunjukkan sembahyang fardhu yang sama dalam sesetengah keadaan boleh dipimpin oleh dua
orang imam, seorang lepas seorang. 
(6) Imam ratib boleh menugaskan seseorang
menggantikannya untuk memimpin shalat fardhu tertentu semasa ketiadaannya. Jika ia kembali setelah naibnya memulakan shalat, ia boleh memilih sama ada mahu menjadi ma'mumnya atau ia sendiri mengambil alih tempat naibnya, lalu menyambung sembahyang sebagai imam.Naibnya pula akan menjadi ma'mum seperti ma'mum-ma'mum yang lain tanpa memutuskan shalat.
Walaupun begitu,shalat semua mereka tetap sah.
(7) Kelebihan Abu Bakar daripada sekalian
sahabat yang lain. 
(8) Melaungkan iqamat dan bertanya imam tentang kesediaannya untukmemulakan shalat berjama'ah adalah termasuk tugas muadzdzin. Itulah yang terbaik.Walaupun
boleh juga orang lain beriqamat.
(9) Keharusan bertasbih (mengucapkan dan bertahmid
(mengucapkan سبحان الله) ketika bershalat, kerana ia juga termasuk dalam mengingati Allah. 
(10)Keharusan berpaling sedikit kerana sesuatu sebab atau keperluan ketika bershalat,dengan syarat dada tidak beralih dari qiblat.
(11)Keharusan menggantikan imam dalam bershalat jama'ah apabila imam mengalami sesuatu yang memestikan ia diganti.
(12)Keharusan meredah shaf-shaf untuk sampai ke shaf pertama. Tetapi ia khusus dengan imam. Adapun bukan imam, maka makruh berbuat begitu.
(13)Keharusan imam mafdhul (imam yang kurang daripada ma mumnya daripada segi kelayakan) memimpin shalat berjama ah.
(14) Pemimpin hendaklah bertanya orang bawahannya tentang kenapa ia tidak menurut perintah yang diberikan kepadanya sebelum menempelak dan memarahinya.(15)Memuliakan orang yang lebih tua dengan memanggilnya menggunakan nama panggilan (kuniah) yang elok-elok. 
(16) Pergerakan yang sedikit dalam shalat tidak membatalkannya. 
(17) Mengutamakan orang yang paling layak untuk memegang sesuatu tugas dan kerja.
(18) Mengangkat tangan ketika shalat tidak membatalkannya.
(19) Ma'mum yang merasakan ada sesuatu yang tidak kena pada imam atau ia mahu menegur dan menarik perhatian imam dalam shalat, hendaklah bertasbih. 
(20) Imam Malik berpendapat, perempuan juga seperti lelaki perlu bertasbih, bukan bertashfiq apabila mahu menegur imam. Beliau berpegang dengan perkataan ْمَن yang tersebut di dalam hadits ini. Ia umum merangkumi lelaki dan perempuan. Tashfiq (menepuk tangan dalam shalat) dimansukhkan dengan sabda Rasulullah s.a.w.: a (Sesiapa menjadi ma'mum lalu ia merasa ada sesuatu yang tidak kena dalam shalat, ia hendaklah bertasbih). 
(21) Keelokan bersyukur kepada Allah apabila anda dijadikanNya seorang yang mempunyai kelebihan dalam agama.

Sahih bukhari kitab azan sesi 063(1545-1551)s4


Sahih bukhari kitab azan sesi 63  4/6/22(4)
684-'Abdullah bin Yusuf meriwayatkan kepada kami, katanya: Malik meriwayatkan kepada kami daripada Abi Haazim (Salamah) bin Dinar daripada Sahal bin Sa'ad as-Saa'idi bahawa (pada suatu hari) Rasulullah s.a.w. pergi¹⁷⁸⁸ ke daerah Bani 'Amar bin 'Auf¹⁷⁸⁹ untuk menyelesaikan masalah di antara mereka. Kemudian tiba waktu shalat('Ashar), lalu mu'adzdzin datang menemui Abu Bakar seraya berkata, “Apakah engkau bersedia memimpin shalat berjama'ah? Kalau bersedia maka aku akan melaungkan iqamat.”¹⁷⁹⁰ Abu Bakar menjawab, “Ya.” Maka Abu Bakar memimpin shalat. Tidak lama kemudian datang Rasulullah s.a.w. ketika itu orang-orang sedang melaksanakan shalat . Lalu Baginda menyusup masuk ke dalam shaf ¹⁷⁹¹Terus para jama`ah bertashfiq (menepuk satu tapak tangan ke belakang tangan yang satu lagi). Abu Bakar biasanya tidak berpaling ketika bershalat¹⁷⁹².  Tetapi setelah mendengar suara tepukan semakin banyak,beliau berpaling, terus beliau nampak Rasulullah s.a.w. (ada di belakangnya).
Rasulullah s.a.w. memberi isyarat yang maksudnya: “Tetaplah kamu pada kedudukanmu". Lantas Abu Bakar mengangkat kedua tangannya lalu memuji Allah¹⁷⁹³
kerana perintah Rasulullah s.a.w. itu.' Kemudian Abu Bakar mundur dan masuk ke dalam shaf (pertama), Rasulullah s.a.w. pula maju ke hadapan dan meneruskan shalat
(sebagai imam). Setelah selesai bershalat, Baginda bersabda: “Wahai Abu Bakar, apa yang menghalangimu ketika aku perintahkan agar kamu tetap pada kedudukanmu?” Abu Bakar menjawab,“Tidaklah patut bagi anak Abi Quhaafah¹⁷⁹⁴   memimpin shalat dihadapan Rasulullah”.¹⁷⁹⁵  Maka Rasulullah s.a.w. pun bersabda: “Mengapa kamu tadi banyak bertepuk tangan? Sesiapa menjadi ma'mum lalu ia merasa ada sesuatu yang tidak kena dalam shalat, ia hendaklah bertasbih. Kerana apabila ia bertasbih, imam akan memperhatikannya. Sesungguhnya bertashfiq (bertepuk tangan) itu untuk wanita (menarik perhatian seseorang di luar shalat).”¹⁷⁹⁶

Sahih bukhari kitab azan sesi 063(1545-1551)s3


Sahih bukhari kitab azan sesi 63  4/6/22(3)
٦٧٤ - حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ يُوسُفَ قَالَ أَخْبَرَنَا مَالِكٌ عَنْ أَبِي حَازِمِ بْنِ دِينَارٍ عَنْ سَهْلِ بْنِ سَعْدٍ السَّاعِدِيِّ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ذَهَبَ إِلَى بَنِي عَمْرِو بْنِ عَوْفٍ لِيُصْلِحَ بَيْنَهُمْ فَحَانَتْ الصَّلَاةُ فَجَاءَ الْمُؤَذِّنُ إِلَى أَبِي بَكْرٍ فَقَالَ أَتُصَلِّي لِلنَّاسِ فَأُقِيمَ قَالَ نَعَمْ فَصَلَّى أَبُو بَكْرٍ فَجَاءَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَالنَّاسُ فِي الصَّلَاةِ فَتَخَلَّصَ حَتَّى وَقَفَ فِي الصَّفِّ فَصَفَّقَ النَّاسُ وَكَانَ أَبُو بَكْرٍ لَا يَلْتَفِتُ فِي صَلَاتِهِ فَلَمَّا أَكْثَرَ النَّاسُ التَّصْفِيقَ الْتَفَتَ فَرَأَى رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَأَشَارَ إِلَيْهِ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنْ امْكُثْ مَكَانَكَ فَرَفَعَ أَبُو بَكْرٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ يَدَيْهِ فَحَمِدَ اللَّهَ عَلَى مَا أَمَرَهُ بِهِ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مِنْ ذَلِكَ ثُمَّ اسْتَأْخَرَ أَبُو بَكْرٍ حَتَّى اسْتَوَى فِي الصَّفِّ وَتَقَدَّمَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَصَلَّى فَلَمَّا انْصَرَفَ قَالَ يَا أَبَا بَكْرٍ مَا مَنَعَكَ أَنْ تَثْبُتَ إِذْ أَمَرْتُكَ فَقَالَ أَبُو بَكْرٍ مَا كَانَ لِابْنِ أَبِي قُحَافَةَ أَنْ يُصَلِّيَ بَيْنَ يَدَيْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَا لِي رَأَيْتُكُمْ أَكْثَرْتُمْ التَّصْفِيقَ مَنْ رَابَهُ شَيْءٌ فِي صَلَاتِهِ فَلْيُسَبِّحْ فَإِنَّهُ إِذَا سَبَّحَ الْتُفِتَ إِلَيْهِ وَإِنَّمَا التَّصْفِيقُ لِلنِّسَاءِ

Sahih bukhari kitab azan sesi 063(1545-1551)s2


Sahih bukhari kitab azan sesi 63  4/6/22(2)
¹⁷⁸⁷ Di dalam tajuk bab ke-48 ini perkataan الأول (yang pertama) tersebut pada dua tempat. 
Pertama, pada kata Imam Bukhari: فَجَاءَ الإِمَامُ الأَوَّلُ. Yang dimaksudkan dengannya ialah imam ratib atau imam sebenar. 
Keduanya, pada kata beliau:فَتَأَخَّرَ الأَوَّلُ.  Di sini pula yang dimaksudkan dengan الأَوَّلُ ialah naib imam iaitu orang yang diminta menjadi imam sementara oleh imam sebenar atau imam ratib. 
Kesimpulannya ialah jika imam ratib kerana sesuatu sebab hendak pergi ke mana-mana dan ia menugaskan seseorang sebagai penggantinya menjadi imam jama'ah untuk sesuatu sembahyang ketika ketiadaannya, tiba-tiba ia datang semasa penggantinya sedang memimpin shalat. apakah langkah yang harus diambil dalam keadaan itu?

Imam Bukhari mengemukakan dua langkah yang boleh diambil dalam keadaan itu:

(1)Naib imam mundur ke shaf di belakangnya. Sementara imam ratib atau imam sebenar pula naik menggantikannya.Alasannya ialah naib imam ditugaskan memimpin shalat semasa ketiadaan imam sebenar sahaja. Sekarang imam sebenar sudah ada, maka habislah kuasa mengganti imam sebenar yang ada pada naib imam.

(2) Apabila naib imam telah memulakan shalat jama'ah dengan izin imam sebenar,dia tidak perlu mundur ke belakang lagi, walaupun imam sebenar datang pada masa itu. Apa yang harus dilakukan oleh imam sebenar hanyalah mengikutnya seperti ma'mum-ma'mum yang lain.

Bagi Bukhari kedua-dua cara itu boleh dipilih. Sembahyang orang-orang yang mengikut salah satu daripada dua cara itu sah. 

Alasan Bukhari ialah dua hadits:
Pertama ialah hadits 'Aaishah (Lihat hadits ke-683) yang telah dikemukakan di bawah bab sebelum ini (Lihat bab ke-47). Di dalamnya tersebut:
فَلَمَّا رَآهُ أَبُو بَكْرٍ اسْتَأْخَرَ فَأَشَارَ إِلَيْهِ أَنْ كَمَا أَنْتَ 
(Bila Abu Bakar nampak Rasulullah s.a.w. datang, dia pun hendak mundur. Tetapi Rasulullah s.a.w. mengisyarat kepadanya supaya terus berada pada kedudukannya).

Daripada isyarat Rasulullah s.a.w. supaya Abu Bakar terus berada pada kedudukannya dapat difahami bahawa naib imam tidak perlu mundur walaupun imam ratib telah datang dan telah berada di belakangnya.Apa yang harus dilakukannya ialah terus menjadi imam hingga ke akhir.

Di dalamnya juga tersebut:
 فَجَلَسَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ حِذَاءَ أَبِي بَكْرٍ إِلَى جَنْبِهِ 
(Lalu Rasulullaln sa.w. duduk di samping Abu Bakar sejajar dengan kedudukannya). Daripada kenyataan ini dapat difahami bahawa imam ratib juga boleh naik ke hadapan untuk menggantikan naibnya. Dalam keadaan ini naib imam hendaklah mundur ke shaf di belakangnya untuk menjadi ma'mum seperti orang-orang lain. 

Dengan hadits itu terbukti mazhab Bukhari bahawa kedua-dua cara tersebut dibolehkan.

Kedua ialah hadits ke-684 di bawah bab ke-48 ini. Peristiwa yang tersebut di dalam hadits ke-684 di bawah bab ini telah berlaku pada tahun ke-3 Hijrah.
Ini bererti dalam masalah ini Imam Bukhari sependapat dengan Imam Syafi'e dan at-Thabari. Mereka juga mengharuskan kedua-dua cara tersebut. Tetapi jumhur 'ulama' yang terdiri daripada kalangan Hanafiyyah, Malikiyyah,Hanaabilah dan lain-lain tidak membenarkan imam ratib menjadi imam menggantikan naibnya. Malah ia hendaklah menjadi ma'mum seperti orang-orang lain di belakang naibnya. Kecuali berlaku sesuatu keuzuran syar'i pada naib imam. Dalam keadaan itu bolehlah ia mundur ke belakang dan bolehlah imam sebenar mengambil alih tempatnya. Jumhur 'ulama' menta'wilkan hadits-hadits yang dikemukakan oleh Bukhari dan orang-orang yang sependapat dengannya sebagai dalil itu dengan tiga ta'wilan berikut:
(1) la khusus dengan Rasulullah s.a.w.Tidak boleh diqiaskan orang-orang lain dengan Rasulullah s.a.w. Kerana itulah lbnu 'Abdil Barr berkata:
Bermaksud: Adapun mundurnya Abu Bakar dan naik Rasulullah s.a.w. ke tempatnya, itu adalah suatu yang khusus (dengan Nabi s.a.w.) menurut majoriti 'ulama'. Semua mereka tidak membenarkan dua imam dalam satu shalat, kecuali kalau shalat imam terbatal kerana berhadats. 
(Lihat al-Istidzkaar j.2 m/s311, at-Tamhid j.21 m/s 104).

(2)Mundurnya Abu Bakar ke belakang adalah kerana telah ada keuzuran padanya. Keuzurannya ialah kehadhiran Rasulullah s.a.w. Beliau terus menjadi kaku dan kelu sebaik sahaja menyedari kehadhiran Rasulullah s.a.w.Jiwanya yang lembut dan kehebatan Rasulullah s.a.w. yang
memenuhi hatinya membuatkan beliau tidak tergamak untuk terus berada di tempat imam. Itulah jiwa yang digambarkan oleh 'Aaishah apabila Nabi s.a.w. memerintahkan supaya disuruh Abu Bakar menjadi imam di akhir hayat Baginda. Kata `Aaishah:   
إن أبا بكر رجل حصر ومتى ما لا يراك الناس يبكون
 Bermaksud: “...Sesungguhnya Abu Bakar adalah seorang yang tidak akan dapat membaca, dan bila orang ramai tidak melihatmu mereka akan menangis...”
(Hadits riwayat Ahmad). 

Di dalam riwayat Ibnu Majah pula tersebut begini kata-katanya:
إِنَّ أَبَا بَكْرٍ رَجُلٌ رَقِيقٌ حَصِرٌ وَمَتَى لَا يَرَاكَ يَبْكِي وَالنَّاسُ يَبْكُونَ فَلَوْ أَمَرْتَ عُمَرَ يُصَلِّي بِالنَّاسِ
Bermaksud::...Wahai Rasulalah. sesungguhnya Abu Bakar adalah seorang yang lembut hatinya dan tidak akan dapat membaca. Bila dia tidak nampak engkau, dia akan menangis. Orang ramai (juga) akan menangis.Bagaimana kalau engkau suruh saja 'Umar memimpin orang ramai bershalat...”

(3) Abu Bakar takut jika ia terus menjadi imam dalam keadaan ada Rasulullah bersama, ia akan termasuk dalam umum larangan Allah yang tersebut di dalam ayat berikut:
Al-Hujurat 49:1
يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ لَا تُقَدِّمُوا۟ بَيْنَ يَدَىِ ٱللَّهِ وَرَسُولِهِۦۖ وَٱتَّقُوا۟ ٱللَّهَۚ إِنَّ ٱللَّهَ سَمِيعٌ عَلِيمٌ 
Bermaksud:Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mendahului Allah dan Rasulnya dan bertaqwalah kamu kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. (al-Hujuraat:1).

Itulah sebabnya apabila Rasulullah bertanya Abu Bakar setelah selesai bershalat begini:
يا أبا بكر ما منعك أن تثبت إذ أمرتك 
(Wahai Abu Bakar, apa yang menghalangimu bila aku perintahkan agar kamu tetap pada kedudukanmu?),

Abu Bakar terus menjawab:
ما كان لابن أبي قحافة يصلي بين يدي رسول الله صلى الله عليه ؤسلم
(Tidaklah patut bagi anak Abi Quhaafah memimpin shalat di hadapan Rasulullah). 

Di dalam sesetengah riwayat bahkan tersebut perkataan  dalam jawapan Abu Bakar. Lihat sebagai contohnya riwayat Ahmad berikut
  ما كان لابن أبي قحلفة أن يتقدم أمام رسول الله صلى الله عليه وسلم 
Bermaksud: Tidaklah patut bagi anak Abi Quhaafah berada di hadapan Rasulullah s.a.w. (dalam shalat).

Imam Bukhari dan orang-orang yang sependapat dengannya pula mengatakan, ia tidak khusus dengan Rasulullah s.a.w. Abu Bakar pula telah mundur dengan kehendak dan pilihannya sendiri. Tidak ada apa-apa keuzuran padanya.

Sahih bukhari kitab azan sesi 063(1545-1551)s1


Sahih bukhari kitab azan sesi 63  4/6/22(1)

٤٨-باب مَنْ دَخَلَ لِيَؤُمَّ النَّاسَ فَجَاءَ الإِمَامُ الأَوَّلُ فَتَأَخَّرَ الأَوَّلُ أَوْ لَمْ يَتَأَخَّرْ جَازَتْ صَلاَتُهُ: 
فِيهِ عَائِشَةُ عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ.
48-Bab:Orang Yang Mengimami Orang Ramai Bershalat, Lalu Imam Sebenar(Imam Ratib) Datang, Imam Yang Pertama Boleh Saja Mundur Atau Tidak,Shalat Tetap Sah. Berhubung Dengan Masalah Ini Ada Riwayat Aaishah Daripada Nabi S.A.W.¹⁷⁸⁷