Selasa, Februari 02, 2021

K102.Ada Anak Usia 1.5 hingga 3 Tahun?

K102.Ada Anak Usia 1.5 hingga 3 Tahun?

Rasa perlu kesabaran menggunung tak?

Label negatif: keras kepala, degil tu kita buangkan.

Sebab sebenarnya ia perfectly normal ya.

Keyword tu kita ganti dengan: Bijak sangat ni, kuat semangat, kuat kemahuan.
.

Raikan, Support perkembangan mereka ni.

Sabar memang kena kuat. 
Kuatkan lagi kesabaran anda.
.

Ini fasa dia. Hari dia. 
Hari kita tua esok? (Nak ke dilabelkan mak ayah ni keras kepala betul, degil ketegaq)

Amat mencabar anak usia 1½-3 tahun.
Mereka perlu
1.Diraikan dan dibenarkan keinginanya mahu lakukan sendiri (buat air susunya, makan sendiri,gosok gigi sendiri,bermain dengan cara sendiri,dll)

2.Di fahami mereka sukar berkongsi mainan.

3.Difahami emosi marah dan kecewa mudah dirasai.

4.Difahami pabila emosi dirasai mudah dilepaskan melalui tangisan ,jeritan, tantrum , pukul dan tendang (fizikal).

Ini kerana :

PERINGKAT EGOSENTRIK
1.peringkat usia ini,mereka melihat dunia mengikut perspektif mereka sendiri sahaja.
2.mereka tidak dapat memahami dunia mengikut perspekti kita.
3.Jika barang mainan ,pada mereka ianya mereka punya (samada milik mereka atau milik orang lain -semua pun milik dia juga)

FASA AUTONOMI 
1.mahu lakukan sesuatu perkara mengikut cara mereka sendiri (cara gosok gigi dia macam ni, cara kacau air susu dia macam ni)
2,semangat lakukan sendiri ini amat tinggi,kuasa di tangan  dia (bagus ni sebenarnya untuk orang dewasa yang mandiri)
3.mereka mula membentuk identiti diri sendiri,self concept dan berdikari.

KESIMPULAN NYA;
RAIKAN,SABAR,SUPPORT.

Daurah tafsir 2019 sesi 17(45)nota 14(297-301)

Daurah tafsir 2019 sesi 17(45)nota 14(297-301)

Daurah tafsir 2016
045.Surah al jathiyat 
Da'wa surah ayat 18
ثُمَّ جَعَلْنَاكَ عَلَىٰ شَرِيعَةٍ مِنَ الْأَمْرِ فَاتَّبِعْهَا وَلَا تَتَّبِعْ أَهْوَاءَ الَّذِينَ لَا يَعْلَمُونَ
Kesudahannya Kami jadikan engkau (wahai Muhammad dan utuskan engkau) menjalankan satu Syariat (yang cukup lengkap,agong ,jelas dengan dalil dan bukti jadi tak perlu kepada syariat yang lain) dari hukum-hukum ugama; maka turutlah Syariat itu,  dan janganlah engkau menurut hawa nafsu orang-orang yang tidak mengetahui (perkara yang benar).

Daurah tafsir 2019
Surah al jathiyat 
Tertib surah 45
Bilangan ayatnya 37
Bilangan rukuk 4
Surah Makkiyah
Tertib turunnya yg ke 65
Bilangan paragrafnya ada 7
Paragraf 1ayat 1-6 Dalil2 alQuran tentang akidah tauhid dan kepercayaan kepada hari akhirat  drp العزيز الحكيم
Paragraf 2 ayat 7-11 Kesombongan musyirikin Mekah,sikap suka memperolok2an ayat2 Allah dan kesyirikan  mereka dlm menyembah selain dr Allah.
Paragraf 3 ayat 12-15 Dalil2 keperluan bersyukur dan dalil2 (تاريخي(أيام الله
Paragraf 4 ayat 16-20 Tujuan syariat Muhamad selepas syariat Bani Israel
Paragraf 5 ayat 21-25 Perbahasan dgn golongan atheis yg hanya menurut hawa nafsu
Paragraf 6 ayat 26-35 Keadaan hari qiamat ,akibat buruk orang2 durjana,sombong dan memperolok2kan agama
Paragraf 7 ayat 36-37 Puji2an kepada tuhan semesta alam yg Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.

Zaman Diturunkan Surah Dan Latar Belakangnya
Surah al-Jaatsiyah merupakan surah ke-6 dalam rangkaian surah-surah حَوامميم , Surah al-Jaatsiyah diturunkan di peringkat ketiga kehidupan Rasulullah s.a.w. di Madinah antara tahun ke-6 hingga ke-10 Kenabian, ia diturunkan bersama-sama Surah ad-Dukhan, besar sekali kemungkinan ia diturunkan di zaman berlakunya kemarau yang dahsyat di Mekah pada tahun ke-7 Kenabian. Ketika itulah al-Qur'an
yang menyampaikan 'aqidah tauhid dan kepercayaan kepada hari akhirat banyak menggunakan dalil-dalil آفاقي ،تاريخي ،نقلي ،عقلي dan أنفسي .   Dalil-dalil itu beberapa kali disebutkan sebagai آية  atau آيات di dalam surah ini. Orang-orang musyrikin pula menerimanya dengan ejekan dan olokan, mereka terlibat dengan kesyirikan dalam kekuasaan mutlaq Allah, selain tidak percaya kepada hari akhirat, mereka juga tenggelam dalam pemujaan dunia, mempertuhankan hawa nafsu dan begitu teruk mengidap penyakit sombong dan cintakan dunia. Orang-orang musyrikin Quraisy difahamkan bahawa jika mereka
memahami maksud kejadian alam semesta ini berpandukan dalil-dalil al-Qur'an nescaya mereka akan
berjaya dan selamat.

Kesinambungan Surah Al-Jaatsiyah Dengan Surah Sebelum Dan Selepasnya
1. Di dalam Surah ad-Dukhan manusia dicegah daripada bermaharajalela di bumi seperti Fir'aun, di dalam Surah al-Jaatsiyah ini pula disebutkan sebab-sebab manusia boleh menjadi seperti Fir'aun yang bermaharajalela di bumi. Perangai-perangai dan sikap-sikap seperti Fir'aun yang keji itu berpunca daripada menurut hawa nafsu, bersikap sombong dan memperolok-olokkan kebenaran yang datang dari Allah (Ayat:23).

Al-Jasiyah 45:23
أَفَرَءَيْتَ مَنِ ٱتَّخَذَ إِلَٰهَهُۥ هَوَىٰهُ وَأَضَلَّهُ ٱللَّهُ عَلَىٰ عِلْمٍ وَخَتَمَ عَلَىٰ سَمْعِهِۦ وَقَلْبِهِۦ وَجَعَلَ عَلَىٰ بَصَرِهِۦ غِشَٰوَةً فَمَن يَهْدِيهِ مِنۢ بَعْدِ ٱللَّهِۚ أَفَلَا تَذَكَّرُونَ 
Maka pernahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhannya dan Allah membiarkannya sesat dengan sepengetahuan-Nya, dan Allah telah mengunci pendengaran dan hatinya serta meletakkan tutup atas penglihatannya? Maka siapa yang mampu memberinya petunjuk setelah Allah (membiarkannya sesat? ) Mengapa kamu tidak mengambil pelajaran?

Beberapa Kata Kunci Dan Tema Utama Surah
1. Di dalam surah ini 2 kali disebutkan العزيز الحكيم sebagai sifat Allah, di permulaan surah dan di akhirnya. Melaluinya dikatakan bahawa dengan sifat itulah Allah menguasai langit dan bumi (Ayat:2 dan 37).

Al-Jasiyah 45:2
تَنزِيلُ ٱلْكِتَٰبِ مِنَ ٱللَّهِ ٱلْعَزِيزِ ٱلْحَكِيمِ 
Kitab (ini) diturunkan dari Allah Yang Mahaperkasa, Mahabijaksana.

Al-Jasiyah 45:37
وَلَهُ ٱلْكِبْرِيَآءُ فِى ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلْأَرْضِۖ وَهُوَ ٱلْعَزِيزُ ٱلْحَكِيمُ 
Dan hanya bagi-Nya segala keagungan di langit dan di bumi, dan Dialah Yang Mahaperkasa, Mahabijaksana.

2. Tujuan diturunkan al-Qur'an.
(a) Al-Qur'an diturunkan secara beransur-ansur daripada Allah yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana (Ayat:2).
(b) Qur'an adalah petunjuk (Ayat: 11).
(c) Al-Qur'an adalah hidayat dan rahmat kepada orang-orang yang mempercayainya dan ia juga
merupakan penyuluh dalam kehidupan manusia (Ayat 20).

Al-Jasiyah 45:20
هَٰذَا بَصَٰٓئِرُ لِلنَّاسِ وَهُدًى وَرَحْمَةٌ لِّقَوْمٍ يُوقِنُونَ 
(Al-Qur'an) ini adalah pedoman bagi manusia, petunjuk dan rahmat bagi kaum yang meyakini.

(d) Antara tujuan al-Qur'an diturunkan ialah memperbaiki kerosakan dan bencana yang berpunca daripada penyelewengan Bani Israil (Ayat: 16 hingga 19).

Al-Jasiyah 45:16
وَلَقَدْ ءَاتَيْنَا بَنِىٓ إِسْرَٰٓءِيلَ ٱلْكِتَٰبَ وَٱلْحُكْمَ وَٱلنُّبُوَّةَ وَرَزَقْنَٰهُم مِّنَ ٱلطَّيِّبَٰتِ وَفَضَّلْنَٰهُمْ عَلَى ٱلْعَٰلَمِينَ 
Dan sungguh, kepada Bani Israil telah Kami berikan Kitab (Taurat), kekuasaan dan kenabian, Kami anugerahkan kepada mereka rezeki yang baik dan Kami lebihkan mereka atas bangsa-bangsa (pada masa itu).

Al-Jasiyah 45:19
إِنَّهُمْ لَن يُغْنُوا۟ عَنكَ مِنَ ٱللَّهِ شَيْـًٔاۚ وَإِنَّ ٱلظَّٰلِمِينَ بَعْضُهُمْ أَوْلِيَآءُ بَعْضٍۖ وَٱللَّهُ وَلِىُّ ٱلْمُتَّقِينَ 
Sungguh, mereka tidak akan dapat menghindarkan engkau sedikit pun dari (azab) Allah. Dan sungguh, orang-orang yang zhalim itu sebagian menjadi pelindung atas sebagian yang lain, sedangkan Allah pelindung bagi orang-orang yang bertakwa.

3. Salah satu tujuan kejadian langit dan bumi dan adanya pengadilan di hari kiamat ialah untuk menyatakan hasil dan balasan bagi ujian pada amalan manusia oleh tuhan yang bersifat العزيز الحكيم(Ayat 22).وَلِتُجْزَىٰ كُلُّ نَفْسٍۭ بِمَا كَسَبَتْ

Al-Jasiyah 45:22
وَخَلَقَ ٱللَّهُ ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلْأَرْضَ بِٱلْحَقِّ وَلِتُجْزَىٰ كُلُّ نَفْسٍۭ بِمَا كَسَبَتْ وَهُمْ لَا يُظْلَمُونَ 
Dan Allah menciptakan langit dan bumi dengan tujuan yang benar dan agar setiap jiwa diberi balasan sesuai dengan apa yang dikerjakannya, dan mereka tidak akan dirugikan.

4. Beberapa dalil tauhid telah dikemukakan di dalam surah ini menggunakanlafaz آية dan أيات
(a) Dalil-dalil tauhid qudrat ialah kejadian langit dan bumi (Ayat: 3).

Al-Jasiyah 45:3
إِنَّ فِى ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلْأَرْضِ لَءَايَٰتٍ لِّلْمُؤْمِنِينَ 
Sungguh, pada langit dan bumi benar-benar terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi orang-orang mukmin.

(b) Dalil-dalil tauhid qudrat juga terdapat pada kejadian manusia itu sendiri (Ayat: 4).
Al-Jasiyah 45:4
وَفِى خَلْقِكُمْ وَمَا يَبُثُّ مِن دَآبَّةٍ ءَايَٰتٌ لِّقَوْمٍ يُوقِنُونَ 
Dan pada penciptaan dirimu dan pada makhluk bergerak yang bernyawa yang bertebaran (di bumi) terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) untuk kaum yang meyakini,

(c) Dalil-dalil adanya tauhid qudrat dan hari akhirat juga terdapat pada ayat 5, 6 dan 32 (Ayat 5).

Al-Jasiyah 45:5
وَٱخْتِلَٰفِ ٱلَّيْلِ وَٱلنَّهَارِ وَمَآ أَنزَلَ ٱللَّهُ مِنَ ٱلسَّمَآءِ مِن رِّزْقٍ فَأَحْيَا بِهِ ٱلْأَرْضَ بَعْدَ مَوْتِهَا وَتَصْرِيفِ ٱلرِّيَٰحِ ءَايَٰتٌ لِّقَوْمٍ يَعْقِلُونَ 
dan pada pergantian malam dan siang dan hujan yang diturunkan Allah dari langit lalu dengan (air hujan) itu dihidupkan-Nya bumi setelah mati (kering); dan pada perkisaran angin terdapat pula tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi kaum yang mengerti.

Al-Jasiyah 45:6
تِلْكَ ءَايَٰتُ ٱللَّهِ نَتْلُوهَا عَلَيْكَ بِٱلْحَقِّۖ فَبِأَىِّ حَدِيثٍۭ بَعْدَ ٱللَّهِ وَءَايَٰتِهِۦ يُؤْمِنُونَ 
Itulah ayat-ayat Allah yang Kami bacakan kepadamu dengan sebenarnya; maka dengan perkataan mana lagi mereka akan beriman setelah Allah dan ayat-ayat-Nya.

Al-Jasiyah 45:32
وَإِذَا قِيلَ إِنَّ وَعْدَ ٱللَّهِ حَقٌّ وَٱلسَّاعَةُ لَا رَيْبَ فِيهَا قُلْتُم مَّا نَدْرِى مَا ٱلسَّاعَةُ إِن نَّظُنُّ إِلَّا ظَنًّا وَمَا نَحْنُ بِمُسْتَيْقِنِينَ 
Dan apabila dikatakan (kepadamu), “Sungguh, janji Allah itu benar, dan hari Kiamat itu tidak diragukan adanya,” kamu menjawab, “Kami tidak tahu apakah hari Kiamat itu, kami hanyalah menduga-duga saja, dan kami tidak yakin.”

(d) Dalil-dalil tauhid rububiyyah terdapat pada ayat ke-12 dan 13 (Ayat: 12).

Al-Jasiyah 45:12
ٱللَّهُ ٱلَّذِى سَخَّرَ لَكُمُ ٱلْبَحْرَ لِتَجْرِىَ ٱلْفُلْكُ فِيهِ بِأَمْرِهِۦ وَلِتَبْتَغُوا۟ مِن فَضْلِهِۦ وَلَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ 
Allah-lah yang menundukkan laut untukmu agar kapal-kapal dapat berlayar di atasnya dengan perintah-Nya, dan agar kamu dapat mencari sebagian karunia-Nya dan agar kamu bersyukur.

Al-Jasiyah 45:13
وَسَخَّرَ لَكُم مَّا فِى ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَمَا فِى ٱلْأَرْضِ جَمِيعًا مِّنْهُۚ إِنَّ فِى ذَٰلِكَ لَءَايَٰتٍ لِّقَوْمٍ يَتَفَكَّرُونَ 
Dan Dia menundukkan apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi untukmu semuanya (sebagai rahmat) dari-Nya. Sungguh, dalam hal yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi orang-orang yang berpikir.

(e) Untuk orang-orang yang tidak percaya kepada hari akhirat, dalil-dalil أَيَّام الله) تاريخي) dikemukakan (Ayat: 14).
Al-Jasiyah 45:14
قُل لِّلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ يَغْفِرُوا۟ لِلَّذِينَ لَا يَرْجُونَ أَيَّامَ ٱللَّهِ لِيَجْزِىَ قَوْمًۢا بِمَا كَانُوا۟ يَكْسِبُونَ 
Katakanlah (Muhammad) kepada orang-orang yang beriman hendaklah mereka memaafkan orang-orang yang tidak takut akan hari-hari Allah karena Dia akan membalas suatu kaum sesuai dengan apa yang telah mereka kerjakan.

(f) Dalil aqli untuk adanya hari akhirat yang diberikan kepada orang-orang yang tidak percaya kepada
hari kiamat ialah mana mungkin balasan yang akan diterima oleh orang-orang yang beramal shaleh sama
seperti balasan yang akan diperolehi orang-orang yang berdosa (Ayat: 21).

Al-Jasiyah 45:21
أَمْ حَسِبَ ٱلَّذِينَ ٱجْتَرَحُوا۟ ٱلسَّيِّـَٔاتِ أَن نَّجْعَلَهُمْ كَٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ وَعَمِلُوا۟ ٱلصَّٰلِحَٰتِ سَوَآءً مَّحْيَاهُمْ وَمَمَاتُهُمْۚ سَآءَ مَا يَحْكُمُونَ 
Apakah orang-orang yang melakukan kejahatan itu mengira bahwa Kami akan memperlakukan mereka seperti orang-orang yang beriman dan yang mengerjakan kebajikan, yaitu sama dalam kehidupan dan kematian mereka? Alangkah buruknya penilaian mereka itu.

5. Beberapa kesalahan berat orang-orang musyrikin juga dikemukakan di dalam surah ini.
(a) Tidak ada pelindung dan penolong selain Allah yang dapat menyelamatkan orang-orang musyrikin pada hari kiamat nanti, Allah pula hanya akan menjadi pelindung dan penolong kepada orang-orang yang bertaqwa (Ayat: 10 dan 19). Melalui ayat-ayat itu 'aqidah walayah (iaitu 'aqidah bahawa tuhan-tuhan yang lain sebagai pelindung, penolong dan penyelamat manusia selain Allah) orang-orang
musyrikin ternyata karut.

Al-Jasiyah 45:10
مِّن وَرَآئِهِمْ جَهَنَّمُۖ وَلَا يُغْنِى عَنْهُم مَّا كَسَبُوا۟ شَيْـًٔا وَلَا مَا ٱتَّخَذُوا۟ مِن دُونِ ٱللَّهِ أَوْلِيَآءَۖ وَلَهُمْ عَذَابٌ عَظِيمٌ 
Di hadapan mereka neraka Jahanam dan tidak akan berguna bagi mereka sedikit pun apa yang telah mereka kerjakan, dan tidak pula (bermanfaat) apa yang mereka jadikan sebagai pelindung-pelindung (mereka) selain Allah. Dan mereka akan mendapat azab yang besar.

Al-Jasiyah 45:19
إِنَّهُمْ لَن يُغْنُوا۟ عَنكَ مِنَ ٱللَّهِ شَيْـًٔاۚ وَإِنَّ ٱلظَّٰلِمِينَ بَعْضُهُمْ أَوْلِيَآءُ بَعْضٍۖ وَٱللَّهُ وَلِىُّ ٱلْمُتَّقِينَ 
Sungguh, mereka tidak akan dapat menghindarkan engkau sedikit pun dari (azab) Allah. Dan sungguh, orang-orang yang zhalim itu sebagian menjadi pelindung atas sebagian yang lain, sedangkan Allah pelindung bagi orang-orang yang bertakwa.

(b) Walaupun telah menerima seruan tauhid, orang-orang musyrikin Mekah terus menunjukkan sikap takabbur dan sombong mereka terhadap ayat-ayat tuhan (Ayat: 8 hingga 31).

Al-Jasiyah 45:8
يَسْمَعُ ءَايَٰتِ ٱللَّهِ تُتْلَىٰ عَلَيْهِ ثُمَّ يُصِرُّ مُسْتَكْبِرًا كَأَن لَّمْ يَسْمَعْهَاۖ فَبَشِّرْهُ بِعَذَابٍ أَلِيمٍ 
(yaitu) orang yang mendengar ayat-ayat Allah ketika dibacakan kepadanya namun dia tetap menyombongkan diri seakan-akan dia tidak mendengarnya. Maka peringatkanlah dia dengan azab yang pedih.

Al-Jasiyah 45:31
وَأَمَّا ٱلَّذِينَ كَفَرُوٓا۟ أَفَلَمْ تَكُنْ ءَايَٰتِى تُتْلَىٰ عَلَيْكُمْ فَٱسْتَكْبَرْتُمْ وَكُنتُمْ قَوْمًا مُّجْرِمِينَ 
Dan adapun (kepada) orang-orang yang kafir (difirmankan), “Bukankah ayat-ayat-Ku telah dibacakan kepadamu tetapi kamu menyombongkan diri dan kamu menjadi orang-orang yang berbuat dosa?”

(c) Musyrikin Mekah tidak yakin terhadap hari akhirat, mereka selalu menyatakan kesangsian dan keraguan mereka tentangnya (Ayat: 32).

Al-Jasiyah 45:32
وَإِذَا قِيلَ إِنَّ وَعْدَ ٱللَّهِ حَقٌّ وَٱلسَّاعَةُ لَا رَيْبَ فِيهَا قُلْتُم مَّا نَدْرِى مَا ٱلسَّاعَةُ إِن نَّظُنُّ إِلَّا ظَنًّا وَمَا نَحْنُ بِمُسْتَيْقِنِينَ 
Dan apabila dikatakan (kepadamu), “Sungguh, janji Allah itu benar, dan hari Kiamat itu tidak diragukan adanya,” kamu menjawab, “Kami tidak tahu apakah hari Kiamat itu, kami hanyalah menduga-duga saja, dan kami tidak yakin.”

(d) Orang-orang musyrikin Mekah selalu mengemukakan hujjah karut mereka berkenaan dengan adanya hari akhirat, kata mereka: "Cuba kamu hidupkan kembali nenek moyang kita yang telah mati!" (Ayat:25).

Al-Jasiyah 45:25
وَإِذَا تُتْلَىٰ عَلَيْهِمْ ءَايَٰتُنَا بَيِّنَٰتٍ مَّا كَانَ حُجَّتَهُمْ إِلَّآ أَن قَالُوا۟ ٱئْتُوا۟ بِـَٔابَآئِنَآ إِن كُنتُمْ صَٰدِقِينَ 
Dan apabila kepada mereka dibacakan ayat-ayat Kami yang jelas, tidak ada bantahan mereka selain mengatakan, “Hidupkanlah kembali nenek moyang kami, jika kamu orang yang benar.”

(e) Orang-orang musyrikin Mekah leka dan lalai terhadap pertemuan manusia dengan tuhan di akhirat kelak dan kerana itulah mereka akan masuk neraka jahanam 
(Ayat:34).

Al-Jasiyah 45:34
وَقِيلَ ٱلْيَوْمَ نَنسَىٰكُمْ كَمَا نَسِيتُمْ لِقَآءَ يَوْمِكُمْ هَٰذَا وَمَأْوَىٰكُمُ ٱلنَّارُ وَمَا لَكُم مِّن نَّٰصِرِينَ 
Dan kepada mereka dikatakan, “Pada hari ini Kami melupakan kamu sebagaimana kamu telah melupakan pertemuan (dengan) harimu ini; dan tempat kembalimu ialah neraka dan se-kali-kali tidak akan ada penolong bagimu.

(f) Orang-orang musyrikin Mekah telah menjadikan hawa nafsu mereka sebagai +l! (tuhan yang ditaati dan diturut kehendaknya), mereka memang mengikut tuhan itu (Ayat: 23).

Al-Jasiyah 45:23
أَفَرَءَيْتَ مَنِ ٱتَّخَذَ إِلَٰهَهُۥ هَوَىٰهُ وَأَضَلَّهُ ٱللَّهُ عَلَىٰ عِلْمٍ وَخَتَمَ عَلَىٰ سَمْعِهِۦ وَقَلْبِهِۦ وَجَعَلَ عَلَىٰ بَصَرِهِۦ غِشَٰوَةً فَمَن يَهْدِيهِ مِنۢ بَعْدِ ٱللَّهِۚ أَفَلَا تَذَكَّرُونَ 

Maka pernahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhannya dan Allah membiarkannya sesat dengan sepengetahuan-Nya, dan Allah telah mengunci pendengaran dan hatinya serta meletakkan tutup atas penglihatannya? Maka siapa yang mampu memberinya petunjuk setelah Allah (membiarkannya sesat?) Mengapa kamu tidak mengambil pelajaran?

(g) Di kalangan penduduk Mekah juga terdapat orang-orang yang betul-betul memuja dunia dan mereka adalah golongan dahriyyah (atheis), orang-orang ini selalu 
berkata  وَمَا يُهْلِكُنَآ إِلَّا ٱلدَّهْرُ ,mereka begitu terpedaya dengan kehidupan dunia (Ayat: 24 dan 25).

Al-Jasiyah 45:24
وَقَالُوا۟ مَا هِىَ إِلَّا حَيَاتُنَا ٱلدُّنْيَا نَمُوتُ وَنَحْيَا وَمَا يُهْلِكُنَآ إِلَّا ٱلدَّهْرُۚ وَمَا لَهُم بِذَٰلِكَ مِنْ عِلْمٍۖ إِنْ هُمْ إِلَّا يَظُنُّونَ 
Dan mereka berkata, “Kehidupan ini tidak lain hanyalah kehidupan di dunia saja, kita mati dan kita hidup, dan tidak ada yang membinasakan kita selain masa.” Tetapi mereka tidak mempunyai ilmu tentang itu, mereka hanyalah menduga-duga saja.

(h) Kepada orang-orang musyrikin dikatakan dengan terus terang bahawa semua manusia akan melutut
di hadapan Allah pada hari kiamat nanti (Ayat: 28).  جَاثِيَةًۚ adalah isim fa'il dalam bentuk muannats, ertinya ialah yang melutut.

Al-Jasiyah 45:28
وَتَرَىٰ كُلَّ أُمَّةٍ جَاثِيَةًۚ كُلُّ أُمَّةٍ تُدْعَىٰٓ إِلَىٰ كِتَٰبِهَا ٱلْيَوْمَ تُجْزَوْنَ مَا كُنتُمْ تَعْمَلُونَ 
Dan (pada hari itu) engkau akan melihat setiap umat berlutut. Setiap umat dipanggil untuk (melihat) buku catatan amalnya. Pada hari itu kamu diberi balasan atas apa yang telah kamu kerjakan.

Daurah tafsir 2019 sesi 17(45)nota 14(301)

301

Resepi koleh kacang

Resepi koleh kacang

Tahi minyak
1 atau 2 cawan santan
½ atau1 sudu kecil garam
Toskan minyak bila siap.

Kolehnya
Air gula melaka
1 atau 2 cawan air dan  
1½ atau 3 keret gula melaka 
Daun pandan
1 atau 2 cawan tepung kacang hijau disangai
Masukkan air gula melaka
1 atau 2 cawan santan dan
Garam
Masuk minyak dari tahi minyak tadi
Masak sehingga kuih likat ,pekat dan berminyak (lebihkurang 40 minit)
- kan dalam loyang yg berlapis plastik dan taburkan tahi minyak

Isnin, Februari 01, 2021

K102.5 TIP PRAKTIKAL BINA SELF-ESTEEM ANAK-ANAK

K102.5 TIP PRAKTIKAL BINA SELF-ESTEEM ANAK-ANAK
 
#PSIKOLOGISIKECIL 

Kini ramai orang mula prihatin terhadap pembentukan keyakinan diri anak-anak. Ia sebenarnya sebahagian komponen penting pembentukan peribadi dan kestabilan emosi dan mental anak-anak. Self-confidence tak datang dengan bentuk coklat atau vitamin, ia perlukan sentuhan ibubapa dan suasana pembesaran anak-anak.   

Self-esteem bukan sekadar isu anak berani kehadapan atau tidak. Tapi yang lebih penting adalah kemampuan anak melihat harga diri (self-worth). Hilangnya self-worth adalah antara putik bermulanya masalah mental di kalangan anak-anak. 

1. PUJI DAN BERI GALAKAN

Yang ini orang selalu buat, tetapi buat dengan silap. JANGAN puji anak kerana kepandaiannya. Tetapi puji usahanya. Gunakan ayat "Adik memang bagus SEBAB adik cuba jawab dengan baik" berbanding "Adik memang pandai". Anak-anak perlu diajar bahawa dia layak dipuji kerana USAHA bukan KEISTIMEWAAN. Ini yang didapati daripada kajian psikologi kanak-kanak. Kalau anak-anak membesar dalam keadaan dipuji kerana 'pandainya anak papa', 'anak mama memang bijak'.. mereka akan terperangkap dengan pujian ini dan takut berusaha sesuatu yang lebih sukar - kerana takut tidak lagi menerima pujian yang selalu diberikan. Akhirnya, pujian ini hanya membunuh keyakinan anak-anak. 

2. SET SASARAN YANG REALISTIK 

Jangan jadi ibubapa 'reality show' - maksudnya, jangan bina imej perfect son/daughter anda berdasarkan apa yang dicapai oleh orang lain. Setiap anak anda diberi anugerah dengan bakat/kelebihan masing-masing. Jangan biarkan anak anda jadi 'tikus eksperimen' untuk feed ego anda. Jangan paksa anak anda pandai berpidato, pandai berenang, pandai kumon, pandai 7 bahasa dan pandai tenis semata-masa rakan-rakan dalam wassap group anda share gambar anak mereka menang pertandingan tersebut minggu lepas. 

3. JUJUR DENGAN ANAK ANDA

Mereka perlu tahu yang anda juga sebagai orang dewasa tidak sempurna. Kajian psikologi menunjukkan kanak-kanak berusia 12 tahun sudah tahu menilai seorang dewasa menipu atau tidak bila berkongsi sesuatu dengan mereka. Jangan puji anak jika mereka tidak berjaya semata-mata tidak mahu mereka kecewa. Beri kritikan, tapi yang membantu mereka untuk bangkit semula. 

4. BERI MEREKA RUANG UNTUK LAKUKAN KESILAPAN

Jangan cuba tutup kelemahan mereka, semata-mata tidak mahu mereka kecewa. Terus terang adalah jalan terbaik. Beri mereka galakkan dan kesedaran bahawa tidak mengapa gagal/tewas dalam sesuatu, asalkan kita memperoleh sesuatu daripadanya - contohnya 'at least you had fun with your friends'. Ketahuilah bahawa kegagalan lebih banyak memberi kita pengajaran dalam hidup berbanding kejayaan. 

5. PASTIKAN MEREKA ADA IDOLA YANG TERBAIK

Modelling Theory - Belajar dari contoh adalah kaedah belajar paling berpengaruh dikalangan kanak-kanak. Jika mereka cari idola yang salah, mereka akan kecewa. Ajar anak-anak mengenal peribadi Rasulullah seawal mungkin dan jadikan baginda contoh terbaik dalam hidup. Anda sendiri sebagai ibubapa perlu jadi antara idola mereka.

K1101.Teknik Ruler ,teknik mudah macam mana kita nak fahamkan anak supaya anak belajar urus dan kenal emosi (contoh macam story ni.)

K1101.Teknik Ruler ,teknik mudah macam mana kita nak fahamkan anak supaya anak belajar urus dan kenal emosi (contoh macam  story  ni.) 

Anaknya jatuh basikal 
Itu hari Muawwiz belajar naik basikal. Saya tengok dari jauh. Tak lama kemudian Muawwiz jatuh tergolek. Macam mana tak tergolek, dia lipat habis time kona. Kengkonon tengah fefeling ride motor lumba.

Terus meraung kesakitan.

Terincut-incut jalan pada saya sambil sebelah tangan pegang peha kanan. Saya tengok lutut Muawwiz luka sikit dan berdarah.
 
Semacam orang pandai berpawang, saya terkuat-kamit baca serapah (sebenarnya selawat, saja buat drama lebih masa ni) lepas tu saya puhhh kuat-kuat dekat lutut tadi.

Tangisan Muawwiz sedikit reda tapi masih menangis. 

Saya tanya kenapa menangis lagi?

"Pedihhhh" Muawwiz jawab meleret. Alolo cian sangat tengok. Merah-merah muka hidung. Hingus tak payah cakap lah. Meleleh.

Saya jawab "mami tahu apa Awiz rasa ni. Sakit kan? Masa mami kecik dulu, mami pun selalu jatuh. Luka macam ginilah" saya tunjuk ke lutut Muawwiz.

Muawwiz mula diam. Terhinjut-hinjut bahu tahan esak menangis.

"Masa mami kecik dulu, bila baik luka je berdarah balik. Bila baik je, luka lagi. Kadang tak sempat baik, berdarah lagi" sungguh-sungguh saya story.

"Tapi Muawwiz tahu apa jadi lepas tu?"

Muawwiz mengangguk tanda nak tahu.

"Lama-lama mami pandai bawak basikal. Kali ni tak ada roda belakang tau!"

Bersinar-sinar mata Muawwiz dengar saya sembang.

"Bila mami dah terer, mami siap boleh kayuh basikal sambil lepas tangan" kata saya sambil depa dua-dua tangan. Macam tengah terbang gitu.

Kali ni Muawwiz tak cakap apa-apa. Terus dia berlalu pergi dan angkat basikal yang jatuh tadi.

Aik. Macam magik.

Lepas tu terus dia sambung main basikal macam tak ada apa-apa jadi. 

Sungguh lah budak-budak ni sebenarnya mendidik kita menjadi 'orang'. Baru je tadi saya dengar live pendek dari FB page Dr Rozanizam Zakaria. Beliau berkongsi teknik RULER.

Teknik ini teknik mudah macam mana kita nak fahamkan anak supaya anak belajar urus dan kenal emosi (contoh macam saya story dekat atas ni.) 

Tapi point utama dekat sini, ia mengajar saya supaya saya sendiri boleh cope dengan kesihatan mental sendiri.

Kalian tahu kan yang saya banyak berkongsi kisah #CatatanNaziaSuhaimi. Saya banyak buat sharing mengenai anxiety dan depression disorder.

Benda yang paling susah nak cope ialah urus emosi sendiri. Sebab bila dah bertahun-tahun jiwa berkecamuk dan tunggang-langgang, kadang kita susah nak faham apa kita tengah rasa. 

Contoh, it's okay not to be okay. Ada masa, bila kita dah berusaha buat macam-macam untuk sihat, kita rasa feelings kita makin baik. Kita pun happy. 

Tapi ada masa kita dah usaha makan ubat, jaga makan, cari hobi, bersenam dan tidur awal, emosi kita masih lagi berkecamuk. Lagi teruk bila emosi down dan makin sedih.

Nah. Dekat sinilah kita boleh pujuk diri. 

It's okay kalau kita jadi macam tu.
It's okay kalau kita ada rasa give up.
It's okay kalau nak menangis.
It's okay kalau rasa nak masuk gua.
It's okay kalau nak tidur je.

Sebab memang fitrah manusia, kejap naik kejap turun. Macam gitu juga dengan keadaan diri kita.

Sedangkan demam panas pun ambil masa untuk kebah. Apakah lagi dengan penyakit mental. 

Berilah ruang untuk kita berehat sebentar.

Nanti bila emosi dah reda, kita cuba lagi.

Cuba dan cuba lagi. Biar lambat asal selamat. Biar sedikit janji menjadi.

Dan kalau rasa perlukan ruang untuk masuk gua, bercakaplah pada pasangan atau ibu bapa, jangan biarkan mereka berteka-teki sendiri. Shian ke mak ayah. Shian ke isteri. Shian ke suami. Nanti terpinga-pinga diaorang tengok kita tiba-tiba senyap.

Bila dah okay, jangan lupa spend masa semula dengan mereka sebab mereka sentiasa risaukan keadaan kita. Siapa lagi yang kita ada selain mereka.

K909.Jangan bagi anak buku untuk belajar di rumah. Bagi mereka mainan Education !

K909.Jangan bagi anak buku untuk belajar di rumah. Bagi mereka mainan Education !

Spelling game merupakan permainan yang dicipta untuk menarik minat kanak-kanak mengenal huruf & warna.

Fokus utama adalah untuk meningkatkan kemahiran mengeja dan dapat bertutur dengan fasih 😍

Bayangkan anak anda dapat mengeja dan bertutur dengan betul di awal usia. Seronok dan gembira tak terkata kan? 😭❤️

Paling penting permainan ini dapat mengurangkan ketagihan gajet anak!

Mama papa diluar sana sangat disarankan untuk dapatkan spelling game ni. Banyak manfaat untuk anak-anak tau!

K902.Gaduh baik gaduh baik gaduh baik

K902.Gaduh baik gaduh baik gaduh baik

"Abang garang"- kata KN (2 tahun) 

"Abang cuma tegur.." - kata Fateh (5 tahun)

"Fateh bagitahu la macam ni, Adik, abang tak boleh bagi adik main ni takut bercampur, tapi Adik boleh main ni" (explain,  dan replace, beri option lain/alternatif) 

1. Fateh mendengar sahaja,  dan saya yakin dia rakam skrip jenis ini, dan akan guna nanti.
.

2. Sebab sebelum ini kaedah lama dia, dia akan cepat tarik Adik ke belakang dari TV dengan cara pegang kedua ketiak adik. Adiknya tidak suka. 
.

Saya ajar alternatif, distract adik tengok ke belakang kemudian ajak dia ke belakang, memang itulah teknik distraction yang dia selalu guna selepas itu. -  kat sini teknik alternatif memang perlu diajar kepada anak, dia tak tahu /ada idea langsung ok.
.

3. Fahami karektor dan style anak sulong kita, memang 'protector', dominan, 'leader', ditambah hormon kelelakian sedang 'peak' di usia 5, dan Otak Thinking : sah, suka jawatan, kuasa, tanggungjawab dan memang tegas 'straight to the point' orangnya, 
.

4. Raikan ciri anak lelaki sulong kita, bukan matikan dengan tak izinkan dia tunjuk kuasa keabangan dia, tapi bantu  dia 'adjust' tenaga dan teknik keabangan dia, dan bantu adik 'adjust' dengan karektor 'strong' si abang ni. 
.

5. Ingat,  semua anak berpotensi jadi 'leader', cuma anak kedua belum ada adik untuk dia 'leading' kan.  Hakikatnya apa dia pelajari dari abang-adik kini, akan jadi konsep kendiri adik-beradik mereka kelak, dan diwarisi turun temurun nanti.
.

6. Untuk Fateh mudah, dia sudah sangat FAHAMI si adik sedang peringkat egosentrik tinggi, 'emotional brain' sedang 'peak' (emosi dirasai - terus letus),  dan dia faham dan percaya dirinya juga begitu  masa usia 2, cuma dia tak tahu cara sebenar diri dia bagaimana sebab takda rakaman video atau saksi lain selain apa mami ayah dia cakapkan 😃. Bukti dia faham benar ialah bila dia kata kat mami dia "Mami, adik kan kecil lagi, budak kecil memang macam tu" bila saya ada terlupa dan berbuat silap melayani si adik.
.

7. Untuk si adik ni, dia tetap rasa hormat abang, salam tangan abang bila lagu Omar dan Hana (main sama-sama, kongsi mainan) tu, dan terusan diasuh/'educate' untuk teknik asertif, beritahu abang apa dia nak, bukan terus menangis meledak dan mengadu pada ibubapa sahaja.... -  yang ni makan masa untuk dia master skil asertif ni, pernah dia berjaya buat, kebanyakan masa dia terlupa dan tak berjaya buat. 
.

25 Sept 2017
.....

Haaa.. kini sudah 9 tahun si abang dan 6 tahun si adik (Kakak KN: Feb 2021 nanti), dan KN memiliki adik lagi Yumna (akan 3 tahun bulan 5 nanti),

Mudah untuk KN lalui fasa ini sebab dia telah lalui dididik semasa dia fasa 2 tahun yang keras tu hehehe. Dia banyak kali tanya, Mummy Yumna dah 3 tahun ke (sebab dia tahu perkembangan adiknya yang egosentrik sungguh sejak 2 tahun, panjang rasanya... dia sabar dan terus bersabar. Malah dia dibuli Yumna lagi ada la hahah).

Didik dan terus didik.
Bukan marah semata tapi meng arahkan hala yang baik, 
dengan cara yang lebih sesuai, iaitu masukkan input:

1. info perkembangan adik (fasa adik usia itu apa dia, usia bayi tidak bergerak dan belum boleh bermain, terlentang dan memerlukan bantuan, usia 2 ego, keras, dan semua barang dia barang dia dan barang abang/kakak barang dia,)

2. skil tegas diri ( say no, dan request: Adik tak boleh tarik rambut kakak tapi sentuhan selamat aja)

3. Falsafah orang sabar ialah orang yang menang. Sabar itu ada ganjarannya walau tak nampak hasil lagi, ibu ayah lah yang nampak dan berikan ganjaran pujian dan peneguhan melalui perkataan dan perhatian. 
.

Refleksi, 
Maznah Ibrahim

Tafsir asas quran nota 9(232)14

Tafsir asas quran nota 9(232)14

(10) Firman Allah di dalam Surah an-Nisaa':

An-Nisa' 4:15
وَٱلَّٰتِى يَأْتِينَ ٱلْفَٰحِشَةَ مِن نِّسَآئِكُمْ فَٱسْتَشْهِدُوا۟ عَلَيْهِنَّ أَرْبَعَةً مِّنكُمْۖ فَإِن شَهِدُوا۟ فَأَمْسِكُوهُنَّ فِى ٱلْبُيُوتِ حَتَّىٰ يَتَوَفَّىٰهُنَّ ٱلْمَوْتُ أَوْ يَجْعَلَ ٱللَّهُ لَهُنَّ سَبِيلًا 

An-Nisa' 4:16
وَٱلَّذَانِ يَأْتِيَٰنِهَا مِنكُمْ فَـَٔاذُوهُمَاۖ فَإِن تَابَا وَأَصْلَحَا فَأَعْرِضُوا۟ عَنْهُمَآۗ إِنَّ ٱللَّهَ كَانَ تَوَّابًا رَّحِيمًا 
Bermaksud: Dan sesiapa yang melakukan perbuatan keji (zina) di antara perenpuan-perempuan kamu, maka carilah empat orang lelaki di antara kamu yang menjadi saksi
terhadap perbuatan mereka. Kemudian kalau keterangan- keterangan saksi itu mengesahkan perbuatan tersebut, maka kurunglah mereka (perempuan yang berzina
itu) dalam rumah sampai mereka menemui ajalnya atau sampai Allah rnemberi jalan lain kepadanya. (15). Dan (mana-mana) dua orang lelaki di antara kamu yang
melakukan perbuatan keji itu, (setelah sabit kesalahannya) maka hendaklah kamu menyakiti keduanya; kemudian jika rnereka bertaubat dan memperbaiki keadaan diri mereka (yang buruk itu), maka biarkanlah mereka; kerana sesungguhnya Allah adalah sentiasa Menerima taubat, lagi Maha Luas rahmatNya.(16). (an-Nisaa':15-16).

Menurut kebanyakan 'Ulama', 2 ayat di atas telah dimansukhkan dengan ayat 2 Surah an-Nuur berikut:

An-Nur 24:2
ٱلزَّانِيَةُ وَٱلزَّانِى فَٱجْلِدُوا۟ كُلَّ وَٰحِدٍ مِّنْهُمَا مِا۟ئَةَ جَلْدَةٍۖ وَلَا تَأْخُذْكُم بِهِمَا رَأْفَةٌ فِى دِينِ ٱللَّهِ إِن كُنتُمْ تُؤْمِنُونَ بِٱللَّهِ وَٱلْيَوْمِ ٱلْءَاخِرِۖ وَلْيَشْهَدْ عَذَابَهُمَا طَآئِفَةٌ مِّنَ ٱلْمُؤْمِنِينَ 
Bermaksud: Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina, hendaklah kamu sebat tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali sebat dan janganlah kamu dipengaruhi oleh perasaan belas kasihan terhadap keduanya dalam menjalankan hukum agama Allah, jika benar kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat dan hendaklah disaksikan hukuman seksa yang dikenakan kepada mereka itu oleh sekumpulan dariorang-orang yang beriman. (an-Nuur:2).

Pada pandangan mereka, hukum untuk penzina wanita dan lelaki asalnya ialah seperti tersebut di dalam dua ayat berkenaan. Kemudian setelah ayat 2 Surah an-Nuur
ditumnkan. Nabi s.a.w bersabda:

خُذُوا عَنِّي خُذُوا عَنِّي قَدْ جَعَلَ اللَّهُ لَهُنَّ سَبِيلًا الْبِكْرُ بِالْبِكْرِ جَلْدُ مِائَةٍ وَنَفْيُ سَنَةٍ وَالثَّيِّبُ بِالثَّيِّبِ جَلْدُ مِائَةٍ وَالرَّجْمُ

232

Daurah tafsir 2019 sesi 17(45)nota 14(300)

300