Selasa, September 06, 2022

Sahih bukhari kitab ilmu 0059(89) 20/8/22(7)

Sahih bukhari kitab ilmu 20/8/22(7)

¹³⁰ Perkataan وِرِثُوا boleh diterima sebagai fi`il mādhi daripadaباب التفعيل  .Ertinya adalah sebagaimana diberikan di atas. Dhamīr fā`ilnya kembali kepada perkataan الأنبياء 
Boleh juga diterima ia sebagai fi`il mādhi mujarrad daripada bab َسَمِع atau َحَسِب.
Kalau ia dipakai sebagai mādhi mujarrad..
maka dhamīr fā`ilnya kembali kepada perkataanالعلماء . Kalau begitu, maka ertinya ialah mereka (para `ulama’) itu mewarisi ilmu (para nabi).

Kebanyakan riwayat nampaknya lebih menguatkan ia dibaca sebagai fi`il mādhi iaitu daripada. Siyāqnya menghendaki begitu. Sebagai contoh lihat saja 
riwayat ad-Daarimi di bawah ini:
 إِنَّ الْعُلَمَاءَ  وَرَثَةُ الْأَنْبِيَاءِ إِنَّ الْأَنْبِيَاءَ لَمْ يُوَرِّثُوا دِينَارًا وَلَا دِرْهَمًا وَإِنَّمَا وَرَّثُوا الْعِلْمَ فَمَنْ أَخَذَ بِهِ أَخَذَ بِحَظِّهِ أَوْ بِحَظٍّ وَافِرٍ
Bermaksud: Sesungguhnya para `ulama’ itu pewaris para nabi. Sesungguhnya para nabi tidak meninggalkan (sebagai pesaka) dinar dan dirham. Mereka hanya meninggalkan ilmu. Sesiapa mengambilnya bererti ia telah mengambil habuannya atau habuan yang banyak.

Tentu sekali peninggalan nabi-nabi itu suatu yang istimewa. Walaupun ilmu yang ditinggalkan mereka menuntut amal, tetapi yang disebutkan adalah ilmu.
Mengetahui ilmu yang dibawa oleh Nabi s.a.w. sahaja tidaklah terus menjadikan seseorang pewaris Nabi, kerana jika begitu, maka orang-orang kafir seperti kebanyakan golongan orientalis juga akan dianggap sebagai pewaris Nabi. Maksud pewaris Nabi di sini ialah yang mewarisi ilmunya serta beramal dengannya.Apa yang menariknya ialah Nabi s.a.w. tidak menyebut  العاملون (yang beramal) 
sebagai pewaris para nabi, sebaliknya yang disebut ialah العلماء`(ulama’).
Jumlah (ayat)من أخذه أخذ بحظ وافرزboleh diterima sebagai jumlah khabariyyah pada lafaz dan 
ma`nanya  (جملة خبرية  لفظا ومعنى) Ertinya adalah seperti yang diberikan di atas. 
Boleh juga ia diterima sebagai jumlah (ayat) khabariyyah pada lafaznya sahajasedangkan pada ma`nanya ia adalah insya’ (جملةخبرية لفظا َوإنشائيةة مَعْنًى).
(Kalau begitu, maka terjemahannya ialah sesiapa yang (hendak) mengambilnya, dia hendaklah mengambilnya dengan banyak. 

Isnin, September 05, 2022

Sahih bukhari kitab ilmu 0059(89) 20/8/22(6)

Sahih bukhari kitab ilmu  20/8/22(6)

¹²⁹ “Dan Sesungguhnya Para `Ulama’ Mereka Itulah Pewaris Para Nabi” sebenarnya adalah sebahagian daripada hadits yang diriwayatkan daripada Abu ad-Dardā’. Ia diriwayatkan oleh Ahmad, Abu Daud, Tirmidzi dan Dārimi di dalam kitab-kitab mereka. Imam Bukhari juga ada meriwayatkannya di dalam kitab at-Tārīkh al-Kabīrnya secara maushūl. Pada sanadnya terdapat sedikit idhthirāb. Ĥamzah al-Kināni bagaimanapun mengatakan hadits itu hasan. Ia dikemukakan oleh Bukhari sebagai dalil kedua bagi da`waannya. Sesetengah `ulama’ tidak menganggap apa yang dikemukakan oleh Bukhari ini sebagai riwayat 
ta`līqnya. Seperti telah disebutkan sebelum ini bahawa ia memang sebahagian daripada hadits yang diriwayatkan daripada Abu ad-Dardā’, walaupun di sini tidak
dikemukakan oleh Bukhari sebagai riwayat ta`liq. Apa yang penting riwayat itu ada asasnya. Firman Allah yang akan dikemukakan nanti boleh dijadikan sebagai penyokong yang membenarkan kandungannya. Allah berfirman:
Fatir 35:32 ثُمَّ أَوْرَثْنَا ٱلْكِتَٰبَ ٱلَّذِينَ ٱصْطَفَيْنَا مِنْ عِبَادِنَاۖ 
Bermaksud: Kemudian Kami wariskan Kitab (Al-Qur’an) itu kepada orang-orang yang Kami pilih dari kalangan hamba-hamba Kami;… (Fāthir:32). 

Apa yang diwarisi para `ulama’ daripada para nabi tidak lain melainkan ilmu mereka. Apabila dikatakan para `ulama’ mewarisi peninggalan Nabi Muhammad s.a.w. maka 
itu bererti mereka mewarisi ilmunya, sama ada berupa al-Qur’an atau as-Sunnah. 

Tentu sekali warisan peninggalan Nabi s.a.w. tidak untuk ditonton dan diperagakan, sebaliknya ia untuk diamalkan. Tetapi sebelum diamal bukankah perlu diketahui dan 
dipelajari dahulu bagaimana cara-caranya? Dengan itu terbukti benarlah apa yangdikatakan oleh Imam Bukhari bahawa “Ilmu mesti ada dahulu sebelum bercakap dan 
beramal”.
Yang menariknya ialah Baginda tidak bersabda: 
العاملون/العمال ورثة األنبياء
(Orang-orang yang beramal itu pewaris para nabi), bahkan Baginda bersabda, “orang-orang yang berilmu atau para `ulama’ itulah pewaris para nabi.

Sahih bukhari kitab ilmu 0059(89) 20/8/22(5)

Sahih bukhari kitab ilmu  20/8/22(5)

¹²⁸ Ini adalah dalil pertama yang dikemukakan oleh Imam Bukhari untuk membuktikan kebenaran da`waannya
  العلم قبل القول والعمل 
(Ilmu mesti ada sebelum bercakap dan beramal). Pendalilan beliau akan kelihatan dengan lebih terang apabila anda membaca ayat berkenaan selengkapnya. Ia adalah seperti berikut: 

Muhammad 47:19
فَٱعْلَمْ أَنَّهُۥ لَآ إِلَٰهَ إِلَّا ٱللَّهُ وَٱسْتَغْفِرْ لِذَنۢبِكَ وَلِلْمُؤْمِنِينَ وَٱلْمُؤْمِنَٰتِۗ وَٱللَّهُ يَعْلَمُ مُتَقَلَّبَكُمْ وَمَثْوَىٰكُمْ 
Bermaksud: Maka ketahuilah bahawa sesungguhnya tiada tuhan (yang layak disembah) selain Allah dan beristighfarlah bagi salah silap yang engkau lakukan, dan 
bagi (dosa-dosa) orang-orang yang beriman, laki-laki dan perempuan; dan (ingatlah) Allah mengetahui tempat kamu berusaha (di dunia) dan tempat kamu tinggal (di akhirat). (Muhammad:19). 

Kata Imam Bukhari, “Allah s.w.t. memulakan firmanNya ini dengan menyebut ilmu terlebih dahulu فَٱعْلَمْ (Maka ketahuilah).” Ia menunjukkan kedudukan ilmu yang
terdahulu berbanding amal. Kemudian baru ilmu itu disusuli dengan amal وَأَسْتَغْفِرْ لِذَنْبِكَ (dan beristighfarlah bagi salah silap yang engkau lakukan). Ayat 19 Surah Muhammad ini mengutamakan ilmu yang wajib diketahui terlebih dahulu
 أَنَّهُ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ
iaitu ilmu tauhid, satu ilmu yang amal ibadat tidak sah tanpanya. Ilmu yang mesti diketahui walaupun seseorang itu bisu dan tidak mampu mengucapkannya. Selepas itu 
barulah diperintahkan beramal iaitu beristighfar.
Orang yang baru memeluk agama Islam, baru saja mengenal Allah s.w.t. dan tidak sempat beramal apa-apa pun, lalu meninggal dunia, ilmu tauhid yang baru 
diperolehinya itu tetap berfaedah untuknya sehingga ia boleh memasuki syurga Allah s.w.t. kerananya. Itulah yang dimaksudkan oleh Rasulullah s.a.w. dalam sabdanya:
مَنْ كَانَ آخِرُ كَلَامِهِ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ دَخَلَ الْجَنَّةَ
Bermaksud: Orang yang ucapan terakhirnya ialah pasti masuk syurga. 
(Hadits riwayat Ahmad, Abu Daud, at-Thabaraani, al-Ĥākim dan lain-lain).

Imam Sufyan bin `Uyainah juga berdalil dengan firman Allah di atas untuk membuktikan kelebihan ilmu berbanding yang lain-lain. 
Susunan ayat  فَٱعْلَمْ أَنَّهُۥ لَآ إِلَٰهَ إِلَّا ٱللَّهُ juga menunjukkan bahawa apa-apa ilmu yang membawa kepada tauhid boleh dipelajari.

Sahih bukhari kitab ilmu 0059(89) 20/8/22(4)

Sahih bukhari kitab ilmu 20/8/22(4)
¹²⁷ Terjemahan yang diberikan di dalam kurungan di atas adalah berdasarkan taqdīr لابدمنه sebelum  perkataan قبل 
Ada `ulama’ mengatakan ilmu itu hanyalah wasilah dan alat sahaja, sedangkan amal itulah sebenarnya yang dimaksudkan ( مقصود بالذات ) dan yang dikehendaki daripada ilmu. Kalau begitu, tentu sekali daripada segi kelebihan, amal-lah yang lebih berbanding ilmu.

Bagi `ulama’ yang berpendapat begini, ilmu tanpa amal itu tidak ada gunanya dan tiada kelebihannya, lebihnya ilmu itu adalah kerana amal, ilmu semata-mata tidak menyampaikan kepada maksud kenapa ia dipelajari. 
Imam Bukhari tidak bersetuju dengan pendapat ini. Beliau menegaskan bahawa ilmu itu sendiri daripada segi darjatnya melebihi amal. Ilmu itu juga daripada segi zaman
(masa) dan zatnya terdahulu daripada amal dan ucapan, kerana tidak boleh dikerjakan sesuatu sembahyang tanpa mengetahui tentang cara-cara sembahyang yang 
semestinya dipelajari terlebih dahulu.

Sudah tentunya ilmu yang disertai amal itu lebih istimewa daripada ilmu semata-mata, namun orang yang berilmu tetap lebih daripada orang yang tidak berilmu, biar apapun
jenis ilmu yang ada padanya. Ilmu yang disusuli dengan amal pula akan memantapkan lagi ilmu yang telah sedia ada pada seseorang, kelebihan mengamalkan ilmu tidak dinafikan oleh Imam Bukhari.

Sesungguhnya amal itu adalah hasil ilmu, dan buah tidak akan berputik tanpa adanya pokok terlebih dahulu. Amal ibadat sekalipun boleh menjadi punca seseorang berdosa 
sekiranya dilakukan tanpa ilmu, seperti amalan-amalan bid`ah.

Daripada perbincangan sebelum ini telah pun sama-sama kita ketahui bahawa ilmu itu juga adalah suatu amal, iaitu amal hati. Adapun amalan-amalan lain, ia merupakan
amal anggota lahir. Kelebihan ilmu itu adalah kerana tempatnya di hati. 

Berbeda keadaannya dengan amal-amal yang lain, kerana semuanya berlaku pada anggota-anggota lahir. Peri pentingnya hati berbanding anggota-anggota badan yang lain dapat dilihat pada sabda Nabi s.a.w. berikut:
أَلَا وَإِنَّ فِي الْجَسَدِ مُضْغَةً إِذَا صَلَحَتْ صَلَحَ الْجَسَدُ كُلُّهُ وَإِذَا فَسَدَتْ فَسَدَ الْجَسَدُ كُلُّهُ أَلَا وَهِيَ الْقَلْبُ
Bermaksud: Ketahuilah bahawa di dalam jasad (badan) itu terdapat segumpal daging, jika ia baik maka baiklah seluruh jasadnya, jika ia rosak maka rosaklah seluruh 
jasadnya, ketahuilah bahawa ia adalah hati (jantung). (Hadits riwayat Bukhari dan Muslim).

Bukankah sesuatu amalan yang tidak disertakan niat itu tidak menjadi dan bukankah sesuatu yang tidak diketahui bagaimana cara membuat dan cara mengucapkannya itu 
juga tidak menjadi? Ini semua menunjukkan ilmu itu melebihi amal sehingga boleh menyebabkannya tidak sah jika tidak ada ilmu terlebih dahulu.

Penghayatan, rasa khusyu`, tunduk dan tawadhu` seseorang itu tidak akan nyata pada zahir amalannya, kerana ia hanya kelihatan sama sahaja antara orang yang berilmu dan tidak berilmu. Hanya Allah s.w.t. sahaja yang mengetahui apa yang tersirat di dalam hati manusia. Apa yang tersebut itu semakin bertambah kuat hanya dengan 
bertambahnya ilmu seseorang.

Sahih bukhari kitab ilmu 0059(89) 20/8/22(3)

Sahih bukhari kitab ilmu  20/8/22(3)

¹²⁶ Para pensyarah Sahih Bukhari berbeza pendapat tentang maksud dan tujuan Imam Bukhari mengadakan tajuk bab ini. Perinciannya adalah seperti berikut:

(1) Kata al-Kirmāni, “Maksudnya ialah sesuatu perkara itu diketahui terlebih dahulu, kemudian baru diucap dan diamalkan. Dengan itu, kewujudan ilmu daripada segi 
masanya tentu sekali terdahulu daripada ucapan dan amalan. Daripada segi kedudukan dan darjat juga ilmu terdahulu dan melebihi kedua-duanya, kerana ilmu itu 
amalan hati dan hati adalah anggota badan yang paling mulia.”

(2) Menurut Ibnu al-Munaiyyir, “Tujuan Bukhari mengadakan tajuk bab ini ialah untuk menyatakan ilmu merupakan syarat bagi sahnya sesuatu ucapan dan amalan. 
Ucapan dan amalan tidak bernilai tanpa ilmu (dan adanya niat yang betul). Kerana itu, ilmu sewajarnya berada di hadapan dan sebelum kedua-duanya. Imam Bukhari juga 
mahu menghilangkan kekeliruan yang mungkin timbul dalam fikiran seseorang kerana ada juga orang berkata, “Ilmu tanpa amalan itu tiada gunanya”. Sangkaan 
bahawa ilmu tanpa amalan itu tidak berguna boleh membuatkan seseorang tidak memandang ilmu sebagai sesuatu yang penting dan perlu dituntut dengan bersungguh-sungguh.” 

(3) As-Sindi berpendapat, “Tujuan diadakan bab ini ialah menyatakan terkedepannya ilmu daripada ucapan dan amalan daripada segi kedudukan dan darjatnya. Ia tidak
hendak menyatakan tentang terdahulunya daripada segi masa. Daripada ayat-ayat, hadits-hadits dan atsar-atsar yang dikemukakan beliau dapat diketahui hakikat ini.”

(4) Pada pandangan Maulana Zakariya, “Ilmu daripada segi masa kewujudannya memang terdahulu daripada ucapan dan amalan. Apa yang dikemukakan oleh Bukhari 
dalam bab ini sudah cukup untuk membuktikannya. Oleh kerana terdapat ancaman terhadap orang-orang yang tidak beramal dengan ilmunya, sesetengah orang mungkin 
terfikir kalau begitu adalah lebih baik tidak menuntut terus ilmu. Dengan mengadakan bab ini Imam Bukhari sebenarnya hendak menolak fahaman seperti itu. Ilmu itu
sendiri tetap melebihi yang lain-lain dan ia juga terdahulu daripada segi masanya. 
Tidak beramal dengan ilmu itu satu perkara lain pula, ia tentunya merugikan dan mendedahkan seseorang kepada ancaman.”

(5) Secara umumnya para pensyarah Sahih Bukhari bersetuju tentang ilmu seharusnya dituntut sebelum bercakap dan beramal. Setelah ada ilmu, barulah bercakap, mengajar, berda`wah dan sebagainya. Setelah ada ilmu juga barulah sesuatu amalan dikerjakan. 
Biar apapun, ilmu semestinya ada dahulu. Itulah yang difahami mereka daripada tajuk bab ini.

(6) Selain tujuan yang tersebut di atas, Imam Bukhari juga membuat tajuk bab ini untuk menyatakan kelebihan ilmu sekali lagi. Pada bab pertama di bawah “Kitab al-`Ilmi” telah pun berlalu Bab: Kelebihan `Ilmu. Di sana Imam Bukhari hanya mengemukakan dua sahaja ayat al-Qur’an tanpa membawakan apa-apa hadits dan atsar. Kerana kelebihan ilmu itu tersangat banyak, Imam Bukhari berpada dengan 
mengemukakan dua ayat al-Qur’an sahaja untuk menyatakan kelebihannya. Jika dibawakan satu atau dua hadits, maka dibimbangi akan ada orang yang menganggap bahawa kelebihan ilmu hanya tsabit berdasarkan hadits yang dibawakan itu sahaja. Kerana itulah tidak disebut langsung hadits di situ. Begitulah juga sikap Imam Bukhari di sini dalam menyatakan kelebihan dan keistimewaan ilmu, beliau hanya mengemukakan beberapa lagi ayat al-Qur’an yang lain untuk membuktikannya, tetapi ditambah juga dengan hadits-hadits dan atsar-atsar shahabat yang turut menyatakan perkara yang sama. 
Beliau tidak membawa apa-apa hadits musnad di bawah bab ini, bukan kerana tiada yang  menepati syarat shahihnya, tetapi kerana ia sangat banyak dan memadailah
dengan disebutkan beberapa sahaja daripadanya di dalam tajuk bab. Imam Bukhari sebenarnya mahu memberitahu kepada umum sikap `ulama’ Ahlul hadits, bahawa mereka itu bukanlah orang yang hanya melihat kepada hadits sahaja, tetapi melihat juga kepada al-Qur’an. Kalau di dalam al-Qur’an pun sudah sangat banyak menceritakan tentang sesuatu, maka itu sudah pun mencukupi dan tidak perlu
lagi dilihat kepada hadits-hadits yang tentunya lebih banyak.

Doa selepas solat yang dah diamalkan 4

Doa selepas solat yang dah diamalkan 4

Doa lepas solat.

0.Doa untuk ibubapa.
Al-Isra' 17:24
 رَّبِّ ٱرْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِى صَغِيرًا 
 “Wahai Tuhanku! Sayangilah keduanya sebagaimana mereka berdua telah mendidik aku pada waktu kecil



1.Doa mohon diperbaiki urusan dunia &akhirat
اللَّهُمَّ أَصْلِحْ لِي دِينِي الَّذِي هُوَ عِصْمَةُ أَمْرِي 
 وَأَصْلِحْ لِي دُنْيَايَ  الَّتِي فِيهَا مَعَاشِي 
وَأَصْلِحْ لِي آخِرَتِي الَّتِي فِيهَا مَعَادِي 
وَاجْعَلِ الْحَيَاةَ زِيَادَةً لِي فِي كُلِّ  خَيْرٍ 
وَاجْعَلِ الْمَوْتَ رَاحَةً لِي مِنْ كُلِّ شَرٍّ
Ya Allah perbaikilah pegangan agamaku yg dengannya aku mengurus kehidupan ini.
Perbaikilah akhirat ku yg merupakan tempat aku kembali.
Jadikanlah hidup ku ini sebagai tambahan bg ku dlm setiap kebaikan .
Serta jadikanlah matiku sebagai kebebasan dari segala keburukan.


2.
رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
[البقرة :201]
 Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dari siksa neraka.[QS 2:201]



3. Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa. [QS 25:74]
رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَاجِنَا وَذُرِّيَّاتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَامًا
[الفرقان :74]
4.Doa untuk anak
Ibrahim 14:40
رَبِّ ٱجْعَلْنِى مُقِيمَ ٱلصَّلَوٰةِ وَمِن ذُرِّيَّتِىۚ رَبَّنَا وَتَقَبَّلْ دُعَآءِ 
Ya Tuhanku, jadikanlah aku dan anak cucuku orang yang tetap melaksanakan shalat, ya Tuhan kami, perkenankanlah doaku.

Al-Ahqaf 46:15
 رَبِّ أَوْزِعْنِىٓ أَنْ أَشْكُرَ نِعْمَتَكَ ٱلَّتِىٓ أَنْعَمْتَ عَلَىَّ وَعَلَىٰ وَٰلِدَىَّ وَأَنْ أَعْمَلَ صَٰلِحًا تَرْضَىٰهُ وَأَصْلِحْ لِى فِى ذُرِّيَّتِىٓۖ إِنِّى تُبْتُ إِلَيْكَ وَإِنِّى مِنَ ٱلْمُسْلِمِينَ 

“Ya Tuhanku, berilah aku petunjuk agar aku dapat mensyukuri nikmat-Mu yang telah Engkau limpahkan kepadaku dan kepada kedua orang tuaku dan agar aku dapat berbuat kebajikan yang Engkau ridhai; dan berilah aku kebaikan yang akan mengalir sampai kepada anak cucuku. Sesungguhnya aku bertobat kepada Engkau dan sungguh, aku termasuk orang muslim.”

5.Doa  diwaktu pagi ,memohon ilmu yg bermanfaat
اللّٰهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ عِلْمًا نَافِعًا   وَرِزْقًا طَيِّبـًا  وَعَلًا مُتَقَبَّلًا
Ya Allah Sesungguhnya aku memohon kepada Mu ilmu yg bermanfaat,rezeki yg baik dan amalan yg diterima.

6.Doa agar diberi manfaat ilmu & ilmu yg bermanfaat
اللّٰهُمَّ انْفَعَنِى  بِمَا عَلَّمْتَنِى وَعَلِّمْنِى مَا يَنْفَعُنِى وَزِدْنِى عِلْمًا
Wahai Allah ,Berikanlah kepada ku manfaat dengan ilmu yg telah Engkau ajarkan kepada ku,
Dan ajarkanlah kepada ku ilmu yg bermanfaat bg ku dan berilah aku tambahan ilmu.

7.Doa perlindungan dr ilmu yg tidak bermanfaat
اللّٰهُمَّ إِنِّى أَعُوْذَبِكَ مِنْ قَلْبٍ لَا يَخْشَعُ
  وَمِنْ دُعَاءٍ لَا يُسْمَعُ وَمِنْ نَفْسٍ لَا تَشْبَعُ
وَمِنْ عِلْمٍ لَا يَنْفَعُ 
اللّٰهُمَّ إِنِّى أَعُوْذَبِكَ مِن هَؤٌلَاءِ الْأَرْبَعِ
Ya Allah Sesungguhnya aku berlindung kepada Mu dari hati yg tidak khusyuk.
Dan dari doa yg tidak didengar
Dan dari jiwa yg tidak pernah puas.
Dan dari ilmu yg tidak bermanfaat.
Ya Allah, Aku berlindung kepada  Mu dari 4 perkara itu.



8.Doa al afwa dan al afiyah
Doa pagi dan petang

اَللّٰهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ العَافِيَةَ فِي الدُّنْيَاوَالآخِرَةِ
اَللّٰهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ العَفْوَ وَ العَافِيَةَ فِي دِينِي وَدُنْيَايَ وَأَهْلِي وَمَالِي
اَللّٰهُمَّ اسْتُرْ عَوْرَاتِي وَآمِنْ رَوْعَاتِي  
اَللّٰهُمَّ احْفَظْنِي مِنْ بَيْنِ يَدَيَّ  وَ مِنْ خَلْفِي وَعَنْ يَمِينِي وَعَنْ 
شِمَالِي  وَ مِنْ فَوْقِي وَأَعُوذ  ُبِعَظَمَتِكَ أَنْأُغْتَالَ مِنْ تَحْتِي
Ya Allah ,sesungguhnya aku memohon al afiyah didunia dan diakhirat.
Ya Allah aku memohon ampunan dan al afiyah pad agama ,keluarga dan hartaku.
Ya Allah tutuplah aurat ku (aib dan sesuatu yg tak layak dilihat atau diketahui orang)dan tenteramkanlah aku dari rasa takut .
Ya Allah peliharalah aku dari depan ,belakang ,kanan dan kiri dan dari atas ku.
Aku berlindung dengan kebesaran Mu agar  aku tidak disambar dari bawah ku.

 

9.Doa agar diberi hati yg selamat  & lidah yg jujur.

اللّٰهُمَّ إِنِّي أسْأَلُكَ الثَّبَاتَ فِي الْأَمْر ِوَالْعَزِيمَةَ عَلَى  الرُّشْدِ
وَ أسْأَلُكَ مُوجِبَاتِ رَحْمَتِكَ وَعَزَائِمَ مَغْفِرَتِكَ
وَ أسْأَلُكَ شُكْرَ نِعْمَتِكَ وَحُسْنَ عِبَادَتِكَ
وَ أسْأَلُكَ قَلْبًا سَلِيمًا وَلِسَانًا صَادِقًا
وَ أسْأَلُكَ مِنْ خَيْرِ مَا تَعْلَمُ وَأَعُوذُبِكَ مِنْ شَرِّ مَا تَعْلَمُ
وَأَسْتَغْفِرُكَ لِمَا تَعْلَمُ  إِنَّكَ أَنْتَ عَلَّامُ الْغُيُوبِ

Ya Allah ,Aku memohon kepada Mu keteguhan dalam segala perkara,tekad kuat untuk meniti petunjuk.
Aku memohon kepada Mu segala yg boleh mendatangkan rahmat Mu dan segala yg boleh mengundang ampunan Mu.
Aku memohon kepadaMu rasa syukur atas nikmat Mu dan ibadah yg bagus.
Aku juga memohon hati yg selamat  dan lisan yg jujur.
Aku juga memohon kepada Mu kebaikan yg Wngkau ketahui.
Aku berlindung  kepada Mu dari keburukan yg Engkau ketahui.
Aku meminta ampunan kepada Mu atas dosa yg Engkau ketahui.
Sesungguhnya Engkau adalah Maha Memgetahui perkara2 ghaib


10.Doa bahagia dunia dan akhirat.
اللَّهُمَّ إِنَّي  أَسْأَلُكَ الْهُدَى وَالتُّقَى وَالْعَفَافَ وَالْغِنَى 
 Ya Allah ,Aku memohon kepada Mu petunjuk,ketakwaan,iffah(kebersihan dan kesucian) dan kekayaan.


11.Ya Tuhan kami, kami telah menganiaya diri kami sendiri, dan jika Engkau tidak mengampuni kami dan memberi rahmat kepada kami, niscaya pastilah kami termasuk orang-orang yang merugi. [QS 7:23]
رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنفُسَنَا وَإِن لَّمْ تَغْفِرْ لَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُونَنَّ مِنَ الْخَاسِرِينَ
[الأعراف :23]

12.Doa Meminta perlindungan dari kesusahan yang menyengsarakan(dari bala yg teruk/dashyat)

اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ سُوءِ الْقَضَاءِ وَمِنْ دَرَكِ الشَّقَاءِ وَمِنْ شَمَاتَةِ الْأَعْدَاءِ وَمِنْ جَهْدِ الْبَلَاءِ
berlindung dari takdir buruk, kesialan, dan cacian musuh (karena kemalangan diri), dan dari ujian yang memayahkan


0013. Doa iftitah dlm qiamulail.

اللّٰهُمَّ رَبَّ جِبْرِيْلَ وَمِيْكَائِيْلَ  وَإِسْرَافِيْلَ 

فَاطِرَ السَّمَوَاتِ وَالأَرْضِ عَالِمَ الْغَيْبِ وَالشَّهَادَةِ

أَنْتَ تَحْكُمُ بَيْنَ عِبَادِكَ فِيْمَا كَانُوْا فِيْهِ يَخْتَلِفُوْنَ

اهْدِنِى لِمَا اخْتُلِفَ فِيْهِ مِنَ الْقِّ بِإِذْنِكَ 

إِنَّكَ تَهْدِى مَنْ تَشَاءُ إِلَى صِرَاطٍ مُسْتَقِيْمٍ


Ya Allah ,Rabbnya Jibrail dan Mikail dan Israfil
Pencipta langit dan bumi.
Yang Mengetahui yg ghaib dan yg terlihat.
Engkau memberi keputusan pada masalah yg diperselisihkan diantara para hamba Mu.
Berilah aku petunjuk kepada kebenaran dari sesuatu yg diperselisihkan dengan izin Mu,
Sesungguhnya Engkau memberi petunjuk kepada siapa saja yg Engkau kehendaki menuju jalan yg lurus.

0014. Doa berlindung dr hilang nikmat Allah swt.

اللَّهُمَّ إِنِّ أَعُوذُبِكَ مِنْ زَوَالِ نِعْمَتِكَ 

وَتُحَوُّلِ عَافِيَتِكَ 

وَفُجَاءَةِ نِقْمَتِكَ   وَجَمِيعِ سَخَطِكَ

Wahai Allah  aku berlindung kepada Mu dari lenyapnya  kenikmatan Mu 
dan berubahnya afiyah (kesejahteraan) dari Mu 
dan aku berlindung dari kemurkaan Mu  yg datang dgn tiba2 dan seluruh kemarahan Mu.


0015.Doa diakhir  solat witir.

اللَّهُمَّ أَعُوذُ بِرِضَاكَ مِنْ سَخَطِكَ 

وَبِمُعَافَاتِكَ مِنْ عُقُوبَتِكَ

وَأَعُوذُ بِكَ مِنْك

َ لَا أُحْصِي ثَنَاءً عَلَيْكَ 

أَنْتَ كَمَا أَثْنَيْتَ عَلَى نَفْسِكَ

Ya allah sesungguhnya aku berlindung dengan  keridhaan Mu dari kemarahan Mu dan dengan keselamatan Mu dari ancaman Mu .
Aku tidak mampu menghitung pujian  dan sanjungan kepada Mu.
Engkau adalah sebagaimana yg Engkau sanjungkan kepada diriMu sendiri


Doa selepas tasyahud sebelum salam

16) Doa Mohon Perlindungan Daripada Azab Neraka., Azab Kubur, Fitnah Kehidupan Dan Kematian Dan Fitnah Dajjal.

اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ عَذَابِ جَهَنَّمَ ، 

وَمِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ ، 

وَمِنْ فِتْنَةِ الْمَحْيَا وَالْمَمَاتِ ،

وَمِنْ شَرِّ فِتْنَةِ الْمَسِيحِ الدَّجَّال

Maksudnya, “Ya Allah! Aku berlindung denganMu daripada azab neraka jahanam,
daripada azab kubur, 
daripada fitnah kehidupan dan kematian, 
dan daripada kejahatan fitnah dajjal.” 
(Hadis Riwayat Muslim)

17) Doa Ini Sangat Baik Diamalkan Jika Kita Ada Masaalah Hutang.

اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ ،

 وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ فِتْنَةِ الْمَسِيحِ الدَّجَّالِ ، 

وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ فِتْنَةِ الْمَحْيَا وَفِتْنَةِ الْمَمَاتِ ،

 اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنَ الْمَأْثَمِ وَالْمَغْرَمِ

Maksudnya, “Ya Allah! Aku berlindung denganMu daripada azab kubur, aku berlindung denganMu daripada fitnah Dajjal, aku berlindung denganMu daripada fitnah kehidupan dan kematian. Ya Allah! Aku berlindung denganMu daripada dosa dan hutang.” 
(Hadis Riwayat Bukhari)

18) Doa Yang Ini Amat Baik Untuk Melupuskan Sifat Mazmumah Yang Ada Pada Diri Kita.

اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَعُوْذُ بِكَ مِنَ الْبُخْلِ، وَأَعُوْذُ بِكَ مِنَ الْجُبْنِ، وَأَعُوْذُ بِكَ مِنَ أَنْ أُرَدَّ إِلَى أَرْذَلِ الْعُمْرِ، وَأَعُوْذُ بِكَ مِنَ فِتْنَةِ الدُّنْيَا وَعَذَابِ الْقَبْرِ.

Maksudnya, “Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepadaMu dari bakhil, aku berlindung kepadaMu dari penakut, aku berlindung kepadaMu dari dikembalikan ke usia yang terhina, dan aku berlindung kepadaMu dari fitnah dunia dan siksa kubur. (Hadis Riwayat Bukhari)

19) Doa Mohon Diampunkan Dosa Yang Terdahulu.

اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِي مَا قَدَّمْتُ وَمَا أَخَّرْتُ 

وَمَا أَسْرَرْتُ وَمَا أَعْلَنْتُ 

وَمَا أَسْرَفْتُ وَمَا أَنْتَ أَعْلَمُ بِهِ مِنِّي,

 أَنْتَ الْمُقَدِّمُ وَأَنْتَ الْمُؤَخِّرُ, 

لاَ إِلهَ إِلاَّ أَنْت

“Ya Allah, ampunilah bagiku dosa-dosa yang terdahulu, yang terkemudian,
 yang aku rahsiakan, yang aku nyatakan, 
yang aku melampau dan yang Engkau lebih mengetahui daripadaku tentangnya. 
Engkaulah yang mendahulukan dan mengemudiankan sesuatu, tiada illah sebenar melainkan Engkau.” 
(Hadis Riwayat Muslim no. 1762).



20) Doa Mohon Ampun Kerana Menzalimi Diri Sendiri.

اللَّهُمَّ إِنِّي ظَلَمْتُ نَفْسِي ظُلْماً كَثِيراً 

وَلاَ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلاَّ أَنْتَ. 

فَاغْفِرْ لِي مَغْفِرَةً مِنْ عِنْدِكَ وَارْحَمْنِي، 

إِنَّكَ أَنْتَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ

 “Ya Allah, sesungguhnya aku telah menzalimi diriku dengan kezaliman yang banyak. 
Tiada sesiapa yang dapat mengampunkan dosa-dosa melainkan Engkau, 

maka ampunilah bagiku dengan keampunan dariapda-Mu dan rahmatilah aku. 

Sesungguhnya Engkau maha pengampun lagi maha penyayang.” 

(Hadis Riwayat Bukhari no. 6181 dan Muslim no. 6819).

21) Doa Yang Amat Baik Untuk Memohon Allah Jadikan Kita Hambanya Yang Bersyukur Dan Sentiasa Mengingatinya.

اَللَّهُمَّ أَعِنِّيْ عَلَى ذِكْرِكَ، وَشُكْرِكَ، وَحُسْنِ عِبَادَتِكَ.

Maksudnya, “Ya Allah! Berilah pertolongan kepadaku untuk mengingati-Mu, bersyukur kepadaMu dan ibadah yang baik untukMu” (Hadis Riwayat Abu Daud dan Nasaie)

22) Doa Ini Untuk Memohon Allah Mudahkan Urusan Hisab / Perbicaraan Kita Di Mahkamah Allah Di Akhirat Nanti.

اللهم حَاسِبْنِي حِسَابًا يَسِيرَا

Maksudnya, “Ya Allah! Hitunglah aku dengan perhitungan yang mudah.” (Hadis Riwayat Ahmad)

23) Doa Ini Adalah Doa Taubat. Sesuai Sangat Dibaca Selepas Membaca Tahiyyat Akhir Dalam Solat Taubat.

اللَّهُمَّ إِنِّي ظَلَمْتُ نَفْسِي ظُلْمًا كَثِيرًا وَلَا يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلَّا أَنْتَ ، فَاغْفِرْ لِي مَغْفِرَةً مِنْ عِنْدِكَ ، وَارْحَمْنِي إِنَّك أَنْتَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ

Maksudnya, “Ya Allah! Sesungguhnya aku telah banyak menzalimi diriku sendiri. Tiada yang dapat mengampunkan dosa-dosa kecuali Engkau, maka ampunilah diriku dengan keampunan yang Engkau miliki. Rahmatilah aku. Sesungguhnya Maha Pengampun dan Penyayang.(Hadis Riwayat Bukhari)

24) Doa Mohon Ampun Dosa

اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ يَا اللَّهُ الْأَحَدُ الصَّمَدُ الَّذِي لَمْ يَلِدْ وَلَمْ يُولَدْ وَلَمْ يَكُنْ لَهُ كُفُوًا أَحَدٌ ، أَنْ تَغْفِرَ لِي ذُنُوبِي إِنَّكَ أَنْتَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ

Maksudnya, “Ya Allah! Aku memohon kepada Mu. Ya Allah Yang Maha Esa Yang… Yang Tidak Melahirkan dan Tidak Dilahirkan, dan tidak ada yang setara dengannya, Engkau ampunilah dosa-dosaku. Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun dan Penyayang (Hadis Riwayat Abu Daud)

25) Doa Memohon Dimasukkan Ke Syurga Dan Diselamatkan Dari Neraka

اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَسْأَلُكَ الْجَنَّةَ وَأَعُوْذُ بِكَ مِنَ النَّارِ

Maksudnya, “Ya Allah! Sesungguhnya aku mohon kepada-Mu, agar dimasukkan ke Syurga dan aku berlindung kepada-Mu dari Neraka.” (Hadis Riwayat Abu Daud)

 26)Doa2  ketika tahajud

Doa sahih bukhari sesi 002

Hadis 5841
Doa minta cahaya semasa tahajud
Kalu dia sudah cahaya kenapa masih berdoa minta cahaya?
Cahaya bererti cerah.
Minit 34
اللَّهُمَّ اجْعَلْ فِي قَلْبِي
 نُورًا وَفِي بَصَرِي نُورًا 
وَفِي سَمْعِي نُورًا 
وَعَنْ يَمِينِي نُورًا 
وَعَنْ يَسَارِي نُورًا 
وَفَوْقِي نُورًا 
وَتَحْتِي نُورًا
 وَأَمَامِي نُورًا 
وَخَلْفِي نُورًا وَاجْعَلْ لِي نُورًا 
Ya Allah, jadikanlah cahaya di dalam hatiku,
cahaya di dalam pendengaranku,
cahaya di penglihatanku,
cahaya di sebelah kananku,
cahaya di sebelah kiriku, cahaya di hadapanku,
cahaya di belakangku,
cahaya di atasku,
cahaya di bawahku dan muliakanlah cahaya bagiku.

Hadis 5842 
Doa semasa tahajud
اللَّهُمَّ لَكَ الْحَمْدُ أَنْتَ نُورُ السَّمَوَاتِ وَالْأَرْضِ
 وَمَنْ فِيهِنَّ
 وَلَكَ الْحَمْدُ أَنْتَ قَيِّمُ السَّمَوَاتِ وَالْأَرْضِ
 وَمَنْ فِيهِنَّ 
وَلَكَ الْحَمْدُ أَنْتَ الْحَقُّ 
وَوَعْدُكَ حَقٌّ
 وَقَوْلُكَ حَقٌّ 
وَلِقَاؤُكَ حَقٌّ
 وَالْجَنَّةُ حَقٌّ 
وَالنَّارُ حَقٌّ 
وَالسَّاعَةُ حَقٌّ 
وَالنَّبِيُّونَ حَقٌّ 
وَمُحَمَّدٌ حَقٌّ 
اللَّهُمَّ لَكَ أَسْلَمْتُ وَعَلَيْكَ تَوَكَّلْتُ
 وَبِكَ آمَنْتُ 
وَإِلَيْكَ أَنَبْتُ وَبِكَ خَاصَمْتُ
 وَإِلَيْكَ حَاكَمْتُ
 فَاغْفِرْ لِي مَا قَدَّمْتُ وَمَا أَخَّرْتُ 
وَمَا أَسْرَرْتُ وَمَا أَعْلَنْتُ
 أَنْتَ الْمُقَدِّمُ وَأَنْتَ الْمُؤَخِّرُ
 لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ
 أَوْ لَا إِلَهَ غَيْرُكَ
Ya Allah, bagi-Mu lah segala puji,
Engkau cahaya langit dan bumi dan sesuatu yang berada di antara keduanya,
bagiMu segala puji,
Engkau adalah pemelihara langit dan bumi dan siapa saja yang menghuninya,
Engkau adalah benar,
dan janji-Mu benar,
firman-Mu benar,
pertemuan dengan-Mu benar,
surga-Mu benar,
neraka-Mu benar,
kiamat benar,
para nabi benar, dan Muhammad adalah benar.
Ya Allah, kepada-Mu aku berserah,
kepada-Mu aku beriman,
kepada-Mu aku bertawakkal,
kepada-Mu aku menyandarkan diri,
karena-Mu aku memusuhi,
dan kepada-Mu aku meminta penghakiman,
maka ampunilah bagiku apa yang telah aku perbuat dan apa yang belum aku lakukan, apa yang aku lakukan secara sembunyi-sembunyi dan apa yang aku lakukan secara terang-terangan, Engkaulah Dzat Yang Maha terdahulu dan Engkaulah Dzat Yang Maha terakhir, tiada sesembahan yang hak selain Engkau atau tiada sesembahan selain Engkau."

Doa iftitah dlm qiamulail.
اللّٰهُمَّ رَبَّ جِبْرِيْلَ وَمِيْكَائِيْلَ  وَإِسْرَافِيْلَ 
فَاطِرَ السَّمَوَاتِ وَالأَرْضِ عَالِمَ الْغَيْبِ وَالشَّهَادَةِ
أَنْتَ تَحْكُمُ بَيْنَ عِبَادِكَ فِيْمَا كَانُوْا فِيْهِ يَخْتَلِفُوْنَ
اهْدِنِى لِمَا اخْتُلِفَ فِيْهِ مِنَ الْقِّ بِإِذْنِكَ 
إِنَّكَ تَهْدِى مَنْ تَشَاءُ إِلَى صِرَاطٍ مُسْتَقِيْمٍ

Ya Allah ,Rabbnya Jibrail dan Mikail dan Israfil
Pencipta langit dan bumi.
Yang Mengetahui yg ghaib dan yg terlihat.
Engkau memberi keputusan pada masalah yg diperselisihkan diantara para hamba Mu.
Berilah aku petunjuk kepada kebenaran dari sesuatu yg diperselisihkan dengan izin Mu,
Sesungguhnya Engkau memberi petunjuk kepada siapa saja yg Engkau kehendaki menuju jalan yg lurus.


Hadis 5886
 Do`a » 3375. Meminta perlindungan dari dikuasai orang lain(dari dijajah)
اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ الْهَمِّ وَالْحَزَنِ وَالْعَجْزِ وَالْكَسَلِ وَالْبُخْلِ وَالْجُبْنِ وَضَلَعِ الدَّيْنِ وَغَلَبَةِ الرِّجَالِ
Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu dari keluh kesah dan kesedihan, dari kelemahan dan kemalasan, dari sifat bakhil dan penakut(pengecut), dan dari lilitan hutang dan penindasan(dijajah)

Hadis 5869
Doa saat kesusahan(resah gelisah atau gundah gulana)
لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ الْعَظِيمُ الْحَلِيمُ
لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ رَبُّ السَّمَوَاتِ وَالْأَرْضِ وَرَبُّ الْعَرْشِ الْعَظِيمِ
Tiada Ilah selain Allah Yang Maha Agung dan Maha Penyantun. Tiada ilah selain Allah, Tuhan langit dan bumi serta Tuhan arasy yang mulia."


Hadis 5868
Doa Nabi Shallallahu 'alaihi Wasallam untuk pembantunya agar panjang usia.
اللَّهُمَّ أَكْثِرْ مَالَهُ وَوَلَدَهُ وَبَارِكْ لَهُ فِيمَا أَعْطَيْتَهُ
Ya Allah, perbanyaklah hartanya, anak-anaknya dan berkahilah atas apa yang Engkau berikan.

Doa Dr maza minta ampun.
اللهم  غفرلي زنب كله   دقه وجله  واوله واخره وعلى نيته وسرّه


Doa sahih muslim  sesi  001

1. Ar Rahman الرحمن Yang Maha Pengasih 
2. Ar Rahiim الرحيم Yang Maha Penyayang 
3. Al Malik الملك Yang Maha Merajai 
4. Al Quddus القدوس Yang Maha Suci 
5. As Salaam السلام Yang Maha Memberi Kesejahteraan 
6. Al Mu`min المؤمن Yang Maha Memberi Keamanan 
7. Al Muhaimin المهيمن Yang Maha Mengatur 
8. Al Aziz العزيز Yang Maha Perkasa 
9. Al Jabbar الجبار Yang Memiliki Mutlak Kegagahan 
10. Al Mutakabbir المتكبر Yang Maha Megah 

11. Al Khaliq الخالق Yang Maha Pencipta 
12. Al Baari البارئ Yang Maha Melepaskan 
13. Al Mushawwir المصور Yang Maha Membentuk Rupa 
14. Al Ghaffaar الغفار Yang Maha Pengampun 
15. Al Qahhaar القهار Yang Maha Memaksa 
16. Al Wahhaab الوهاب Yang Maha Pemberi Karunia 
17. Ar Razzaaq الرزاق Yang Maha Pemberi Rezeki 
18. Al Fattaah الفتاح Yang Maha Pembuka Rahmat 
19. Al `Aliim العليم Yang Maha Mengetahui 
20. Al Qaabidh القابض Yang Maha Menyempitkan 

21. Al Baasith الباسط Yang Maha Melapangkan 
22. Al Khaafidh الخافض Yang Maha Merendahkan 
23. Ar Raafi الرافع Yang Maha Meninggikan 
24. Al Mu`izz المعز Yang Maha Memuliakan 
25. Al Mudzil المذل Yang Maha Menghinakan 
26. Al Samii السميع Yang Maha Mendengar 
27. Al Bashiir البصير Yang Maha Melihat 
28. Al Hakam الحكم Yang Maha Menetapkan 
29. Al `Adl العدل Yang Maha Adil 
30. Al Lathiif اللطيف Yang Maha Lembut 

31. Al Khabiir الخبير Yang Maha Mengenal 
32. Al Haliim الحليم Yang Maha Penyantun 
33. Al `Azhiim العظيم Yang Maha Agung 
34. Al Ghafuur الغفور Yang Maha Memberi Pengampunan 35. As Syakuur الشكور Yang Maha Pembalas Budi 
36. Al `Aliy العلى Yang Maha Tinggi 
37. Al Kabiir الكبير Yang Maha Besar 
38. Al Hafizh الحفيظ Yang Maha Memelihara 
39. Al Muqiit المقيت Yang Maha Pemberi Kecukupan 
40. Al Hasiib الحسيب Yang Maha Membuat Perhitungan 

41. Al Jaliil الجليل Yang Maha Luhur 
42. Al Kariim الكريم Yang Maha Pemurah 
43. Ar Raqiib الرقيب Yang Maha Mengawasi 
44. Al Mujiib المجيب Yang Maha Mengabulkan 
45. Al Waasi الواسع Yang Maha Luas 
46. Al Hakiim الحكيم Yang Maha Maka Bijaksana 
47. Al Waduud الودود Yang Maha Mengasihi 
48. Al Majiid المجيد Yang Maha Mulia 
49. Al Baa`its الباعث Yang Maha Membangkitkan 
50. As Syahiid الشهيد Yang Maha Menyaksikan 

51. Al Haqq الحق Yang Maha Benar 
52. Al Wakiil الوكيل Yang Maha Memelihara 
53. Al Qawiyyu القوى Yang Maha Kuat 
54. Al Matiin المتين Yang Maha Kokoh 
55. Al Waliyy الولى Yang Maha Melindungi 
56. Al Hamiid الحميد Yang Maha Terpuji 
57. Al Muhshii المحصى Yang Maha Menghitung 
58. Al Mubdi المبدئ Yang Maha Memulai 
59. Al Mu`iid المعيد Yang Maha Mengembalikan Kehidupan 60. Al Muhyii المحيى Yang Maha Menghidupkan 

61. Al Mumiitu المميت Yang Maha Mematikan 
62. Al Hayyu الحي Yang Maha Hidup 
63. Al Qayyuum القيوم Yang Maha Mandiri 
64. Al Waajid الواجد Yang Maha Penemu 
65. Al Maajid الماجد Yang Maha Mulia 
66. Al Wahid الواحد Yang Maha Tunggal 
67. Al Ahad الاحد Yang Maha Esa 
68. As Shamad الصمد Yang Maha Dibutuhkan 
69. Al Qaadir القادر Yang Maha Menentukan 
70. Al Muqtadir المقتدر Yang Maha Berkuasa 

71. Al Muqaddim المقدم Yang Maha Mendahulukan 
72. Al Mu`akkhir المؤخر Yang Maha Mengakhirkan 
73. Al Awwal الأول Yang Maha Awal 
74. Al Aakhir الأخر Yang Maha Akhir 
75. Az Zhaahir الظاهر Yang Maha Nyata 
76. Al Baathin الباطن Yang Maha Ghaib 
77. Al Waali الوالي Yang Maha Memerintah 
78. Al Muta`aalii المتعالي Yang Maha Tinggi 
79. Al Barru البر Yang Maha Penderma 
80. At Tawwaab التواب Yang Maha Penerima Tobat 

81. Al Muntaqim المنتقم Yang Maha Pemberi Balasan 
82. Al Afuww العفو Yang Maha Pemaaf 
83. Ar Ra`uuf الرؤوف Yang Maha Pengasuh 
84. Malikul Mulk مالك الملك Yang Maha Penguasa Kerajaan 85. Dzul Jalaali Wal Ikraam ذو الجلال و الإكرام Yang Maha Pemilik Kebesaran dan Kemuliaan 
86. Al Muqsith المقسط Yang Maha Pemberi Keadilan 
87. Al Jamii` الجامع Yang Maha Mengumpulkan 
88. Al Ghaniyy الغنى Yang Maha Kaya 
89. Al Mughnii المغنى Yang Maha Pemberi Kekayaan 
90. Al Maani المانع Yang Maha Mencegah 

91. Ad Dhaar الضار Yang Maha Penimpa Kemudharatan 
92. An Nafii النافع Yang Maha Memberi Manfaat 
93. An Nuur النور Yang Maha Bercahaya 
94. Al Haadii الهادئ Yang Maha Pemberi Petunjuk 
95. Al Badii’ البديع Yang Maha Pencipta 
96. Al Baaqii الباقي Yang Maha Kekal 
97. Al Waarits الوارث Yang Maha Pewaris 
98. Ar Rasyiid الرشيد Yang Maha Pandai 
99. As Shabuur الصبور Yang Maha Sabar


Subuh.
Doa minta ilmu
Doa perbaiki pegangan agama
Robana
Jauhi bala
Doa ibubapa 
Doa anak
Doa dari kuasai orang
Doa afiyah
Doa minta lisan selamat dan sejahtera

Zohor 
Doa robana

Asar 
Doa jauhi bala

Magrib.
Afiah
Lisan

Ya Fattah18. Al Fattaah الفتاح Yang Maha Pembuka Rahmat 

Ya Alim19. Al `Aliim العليم Yang Maha Mengetahui

Ya Nur93. An Nuur النور Yang Maha Bercahaya 

Ya Hakim46. Al Hakiim الحكيم Yang Maha Maka Bijaksana 

Ya Rashid98. Ar Rasyiid الرشيد Yang Maha Pandai 

Ya Hafiz 38. Al Hafizh الحفيظ Yang Maha Memelihara 

Ya Muhaimin7. Al Muhaimin المهيمن Yang Maha Mengatur 



Sahih bukhari kitab ilmu 0059(89) 20/8/22(2)

Sahih bukhari kitab ilmu 20/8/22(2)

Bab (10):¹²⁶Ilmu (Mesti Ada Dahulu) Sebelum Bercakap Dan Beramal¹²⁷ Kerana Firman Allah S.W.T. Yang Bermaksud: “Maka Ketahuilah Bahawa Sesungguhnya Tiada Tuhan Selain Allah Dan Beristighfarlah Untuk Kesalahanmu.” 
Allah S.W.T. Memulakan Dengan Ilmu.¹²⁸ Dan Sesungguhnya Para `Ulama’, Mereka Itulah Pewaris Para Nabi.¹²⁹ Mereka (Para Nabi) Meninggalkan Ilmu,¹³⁰  Sesiapa Yang Mengambilnya Bererti Dia Telah Mengambil Bahagian (Habuan) Yang  Banyak,¹³¹ Sesiapa Yang Mengikuti Sesuatu Jalan Demi Mencari Ilmu, Allah S.W.T. Mempermudahkan Jalan Untuknya Ke Syurga.¹³²  Allah S.W.T. Berfirman 
(maksudnya): Sesungguhnya Yang Takut Kepada Allah Dari Kalangan Hamba-HambaNya Hanyalah `Ulama’.¹³³ Allah S.W.T. (Juga) Berfirman (Bermaksud): “…Dan Tiada Yang Memahaminya Kecuali Orang-Orang Yang Berilmu.”¹³⁴ Allah S.W.T. (Juga) Berfirman (Bermaksud): Mereka Berkata: Kalaulah Dahulu Kami Mendengar Dan Kami Berfikir Tentulah Kami Tidak Berada Dalam Golongan Orang-Orang Yang Masuk Neraka.¹³⁵ Allah S.W.T. (Juga) Berfirman (Bermaksud): Adakah Sama Orang Yang Mengetahui (Orang Yang Berilmu) Dan Orang Yang Tidak Mengetahui (Tidak Berilmu)? ¹³⁶ Nabi S.A.W. (Pula) Bersabda: Sesiapa Yang Allah Mahukan Kebaikan Yang Besar (Istimewa) ¹³⁷  Untuknya Nescaya Dia S.W.T. Memberi Faham Yang Mendalam ¹³⁸  Kepadanya  Tentang Agama.¹³⁹ Sesungguhnya Ilmu Itu Hanya Diperolehi Dengan Belajar.¹⁴⁰
Kata Abu Dzar: Sekiranya Kamu Meletakkan Pedang-Pedang Yang Tajam Di Atas Ini (Sambil Beliau Mengisyaratkan Kepada Tengkuknya), Kemudian Aku Rasa Aku Dapat Mengucapkan Satu Perkataan Yang Pernah Aku Dengar Daripada Nabi S.A.W. Sebelum Kamu Melaksanakan Kehendak Kamu Itu Ke Atasku, Nescaya Aku Akan Keluarkan (Aku Akan Ucapkan).¹⁴¹ Dan Sabda Nabi S.A.W.: Hendaklah Orang Yang Hadhir Menyampaikan Kepada Orang Yang Tidak Hadhir,¹⁴² Dan Ibnu `Abbaas (Pula) Berkata: Hendaklah Kamu Menjadi Orang-Orang Rabbaniy, Siapa Itu Rabbaniy? Hukama’, `Ulama’,¹⁴³ Fuqaha’,¹⁴⁴ Dan Dikatakan Rabbaniy Itu Orang Yang Mengajar (Mendidik) Manusia Dengan Pengetahuan Yang Kecil-Kecil¹⁴⁵ Sebelum Pengetahuan Yang Besar-Besar.¹⁴⁶ 

Sahih bukhari kitab ilmu 0059(89) 20/8/22(1)

Sahih bukhari kitab ilmu 20/8/22(1)
١٠-باب الْعِلْمُ قَبْلَ الْقَوْلِ وَالْعَمَلِ: 
لِقَوْلِ اللَّهِ تَعَالَى: {فَاعْلَمْ أَنَّهُ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَأَسْتَغْفِرْ لِذَنْبِكَ} فَبَدَأَ بِالْعِلْمِ، وَأَنَّ الْعُلَمَاءَ هُمْ وَرَثَةُ الأَنْبِيَاءِ- وَرَّثُوا الْعِلْمَ- مَنْ أَخَذَهُ أَخَذَ بِحَظٍّ وَافِرٍ، وَمَنْ سَلَكَ طَرِيقًا يَطْلُبُ بِهِ عِلْمًا سَهَّلَ اللَّهُ لَهُ طَرِيقًا إِلَى الْجَنَّةِ. 
وَقَالَ جَلَّ ذِكْرُهُ: {إِنَّمَا يَخْشَى اللَّهَ مِنْ عِبَادِهِ الْعُلَمَاءُ} وَقَالَ: {وَمَا يَعْقِلُهَا إِلاَّ الْعَالِمُونَ}، {وَقَالُوا لَوْ كُنَّا نَسْمَعُ أَوْ نَعْقِلُ مَا كُنَّا فِي أَصْحَابِ السَّعِيرِ}. 
وَقَالَ: {هَلْ يَسْتَوِي الَّذِينَ يَعْلَمُونَ وَالَّذِينَ لاَ يَعْلَمُونَ}. 
وَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: مَنْ يُرِدِ اللَّهُ بِهِ خَيْرًا يُفَقِّهْهُ فِي الدِّينِ، وَإِنَّمَا الْعِلْمُ بِالتَّعَلُّمِ)). 
وَقَالَ أَبُو ذَرٍّ لَوْ وَضَعْتُمُ الصَّمْصَامَةَ عَلَى هَذِهِ وَأَشَارَ إِلَى قَفَاهُ- ثُمَّ ظَنَنْتُ أَنِّي أُنْفِذُ كَلِمَةً سَمِعْتُهَا مِنَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَبْلَ أَنْ تُجِيزُوا عَلَيَّ لأَنْفَذْتُهَا. 
وَقَوْالنَّبِىٍ صَلَّى عليه وسلم لِيُبَلِّغِ الشَّاهِدُالْغَئِبَ
وَقَالَ ابْنُ عَبَّاسٍ: {كُونُوا رَبَّانِيِّينَ} حُكَمَاءَ فُقَهَاءَ. وَيُقَالُ الرَّبَّانِيُّ الَّذِي يُرَبِّي النَّاسَ بِصِغَارِ الْعِلْمِ قَبْلَ كِبَارِهِ. 

Resepi :Kari ayam Bangladesh


Resepi :Kari ayam Bangladesh

- 1/2 ekor ayam
- 2 sudu makan rempah kari ayam/daging
- 1/2 sudu makan serbuk kunyit
- 2 sudu makan minyak masak
-1 batang kulit kayu manis
- 4 biji buah pelaga 
- 1 biji bawang besar
- 2 biji ubi kentang
- 1 biji bawang kecil
- 4 ulas bawang putih
- 1 sudu teh jintan putih
- 1/2 - 1 inci halia
- 1 biji cili merah
- bendi
- tomato
- 300 - 400ml air
- 2 sudu yogurt asli/santan
- 1 sudu teh garam

.........................................................................................
english recipe//

- 1/2 chicken
- 2 tablespoons chicken/meat curry powder
- 1/2 tablespoon of turmeric powder
- 1 cinnamon stick
- 4 cardamoms
- 2 tablespoons of cooking oil
- 1 large onion
- 2 potatoes
- 1 small onion
- 4 cloves of garlic
- 1 teaspoon cumin
- 1/2 - 1 inch of ginger
- 1 red chili
- okra
- tomatoes
- 300 - 400ml of water
- 2 tbsp of natural yogurt/coconut milk
- 1 teaspoon of salt

#karibangladesh

Khamis, September 01, 2022

KA.000 Rumahtangga akan bertahan lama

KA.000 Rumahtangga akan bertahan lama apabila suami isteri turunkan ego dan bertindak seolah-olah tak pernah jadi apa-apa yang negatif antara kedua-duanya.

Bertengkar, bermasam muka, merajuk.

Semua itu adalah asam garam kehidupan.

Kalau dua-dua pun berkeras.
Suami jenis tak endah.
Isteri pula terlebih memendam.

Maka masalah pun takkan selesai.

Dalam kehidupan perkahwinan ini perlu ada komunikasi dan perbincangan. Semua ini untuk kurangkan ketidakharmonian dan ketegangan.

Terimalah hakikat bahawa hidup berumahtangga tidak selamanya aman damai. Pasti ada pasang surutnya.

Hadapilah dengan berhemah dan bersabar. Mengalah tak semestinya kita bersalah, ia juga tak bermaksud kita jadi lemah.

Namun mengalah itu yang jadi resipi untuk menamatkan sebuah pertelingkahan besar.

Yang penting, suami kembali memeluk isteri dan mengucapkan "maafkan abang."

Dan isteri pula memeluk suami dan kata "saya pun minta maaf ya bang."

Kan indah apabila ego suami isteri berjaya diturunkan. Moga semakin harmoni ya rumahtangga kalian di luar sana.

Dato' Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah,
Kuncinya, rendahkan ego.